Wednesday 30 May 2012

Suka Ria di Phuket - Day 4, Day Last

Taking breakfast as usual. Hari ini tak ada tour-tour dah. Hari ni free & easy & berjalan-jalan sekitar Patong je. Lepas breakfast, kami berjalan ke Patong Beach tapi malangnya awan mendung, nak hujan. tapi kami sempat bergambar dulu.


Tak lama lepas kami bergambar, hujan turun dengan lebatnya. Kami patah balik ke hotel. Kat hotel, baring-baring, packing bags untuk balik dah. Mintak nak late checkout tapi tak dapat. Katanya just leh tinggal bags kat reception.


Tengah hari tu hujan pun dah reda, lepas checked out, kami berjalan ke Jungceylon untuk lunch. On the way ke Jungceylon tu, kami masuk ke kedai-kedai jual souvenirs. Ada satu tempat tu, macam tapak kedai pasar malam, kami masuk la tengok-tengok souvenirs. Tapi sorang minah kedai ni, dia nampak the way aku dress kot, dapat agak kami dari Malaysia, terus dia cakap 'Come on LAH, buy LAH, cheap LAH, wait LAH'. Aduh! Rasa annoying plak tapi we Malaysian people always speaks with 'LAH' behind. Apa-apa je LAH.

Then kami singgah dulu kat 1 souvenirs shop ni. Memang murah dan berbaloi dari kedai-kedai lain. Nasib hubby yang perasan sebelum ni. Jumpa kedai ni, kami terus borong apa yang patut.

Ini kedainya. T-shirt just 100bhat. Key-chain, FM pun murah-murah. Kedainya tepi Subway at main Patong road.

Then kami had lunch kat Jungceylon's foodcourt.

Nama kedai Islamtai Bangla. The foods were really delicious. Memang sama seperti sample.

Then kami sambung lagi jalan-jalan, shopping souvenirs kat Jungceylon. Hubby sempat juga wat fish foot spa. Then kami sambuung foot massage kat kedai yang sama. Harganya memang murah & hampir sama je dengan mana-mana kedai. So kalau sesiapa nak buat massage or spa in Phuket, just do it. Don't think.


Habis pusing Jungceylon, shopping souvenirs, kami sambung jalan-jalan sekitar Patong. Then sampai kat Patong beach balik, ada pula Banana Pancake yang aku cari. Memang best tapi manisnya tak yah cerita la. Pastu rupa-rupanya ada Phuket Bike Week 2012 yang baru nak bermula. Ada booth-booth jualan, makan-makan. Nampak banyak yang local-local muslim Phuket berniaga kat situ. Tapi kami tak beli sebab dah kenyang. Hubby sempat beli 1 t-shirt Phuket Bike Week. Memang cantik & murah.

Habis pusing sekitar Patong town, Patong beach, kami balik ke hotel. Kami mandi kat roof top, tempat swimming pool. Ok la, dapat juga mandi even dah check out. Kami balik ke airport dengan Dang, our taxi tour hantarkan. 600bhat, better dari public cab nak caj 700bhat. Katanya sebab dah malam.

Flight kami malam dengan AA. Luckily again AA was boarding on time as scheduled. Aku sempat called mak aku dari Phuket menghabiskan credit international sim card tuuuuu..Hahaha. Kami meninggalkan Phuket dengan 1001 kenangan. Phuket memang best & I Love Phuket!

Tuesday 29 May 2012

Suka Ria di Phuket - Day 3

Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka & mandi...cewah..nyanyi plak. tapi realitynya tak ada hati gembira nyanyi bagai tu. Kami ready g breakfast while husband aku pergi withdrawal duit kat atm sebelah hotel je.  Alhamdulillah, seperti yang diberitahu oleh mamat customer service malam tadi, pagi ni kami berjaya withdrawal duit dari atm Bangkok Bank gituw. Tetba rasa excited boleh withdrawal duit, rasa nak pergi je cucuk kad kat sume atm Phuket tu. Huhuhu

Tengah breakfast, orang van tour datang pickup kami. Memang service excellent betol. Sharp on time datang ambil. So hari ni kami akan buat James Bond Tour.


At jetty. Not as big as our Phi phi tour's jetty but still exciting.

At Ao Phang Nga National Park. White beach. Kat sini boat berhenti untuk kami santai, berjemur & mandi manda.


Memang betul kata orang. James Bond tour lebih santai but i like..tengok keindahan alam semulajadi. Tengok stalactites & stalagmites, laut, batu & etc.


Pastu boat berhenti untuk canoeing. Bukan kita yang kayuh tapi dah ada tukang pengayuh. Kami just menikmati alam je. Tapi mamat pengayuh kami ni excited sangat dapat kami as his customer. Again sebab kami muslim kot. Bole pulak dia panggil aku 'hajjah'. Hahahaha..Ameeen je la kan. Kot-kot dapat buat 'hajjah' dengan cepat. Then ada satu tempat tu, dia boleh berhenti, beria buat 'love shape' dari daun. Pastu nak tangkap gambar kami. Memang orang Phuket ni baik je la bagi aku. Habis je berkayak, kena bagi tips kat mamat pengayuh & hubby bagi extra as dia nampak mamat ni ikhlas & baik. Nampak dia bersyukur sangat & tak berhenti cakap terima kasih kat kami.

Then kami pergi lunch kat Newfern Restaurant Kohpanyee. Sebuah perkampungan muslim kat atas laut.
Makanan dia so-so je la tapi aku tak berapa prefer sebab kena dok semeja dengan group boat tu. Dah memang atas boat tak berborak pun, pastu kena pulak makan semeja tapi kena la juga makan sebab lapar sangat.

 The restaurant & muslim village view from jetty

 Menu local Thai. Tom yam, telur dadar, ikan masak sweet sour, buah, etc & air coke.

 The best part was its toilet. New, clean & big.

Lepas kenyang, kami jalan-jalan pusing satu kampung ni. Mat saleh depan aku tu tengah capture gambar baby kena buai atas buaian gantung tu. Almaklumlah, tak biasa tengok.

Majoriti penduduk kampung ni bekerja sebagai nelayan.

Then kami proceeded to our next destination, James Bond Island. Ramai bangat orang kat sini. Ada juga jual-jual souvenirs tapi mahal sangat. Kami bergambar-gambar je.



 

Last destination was Ice cream Island. tengok stalactites & stalagmites & kelawar. Ada satu stalagmites tu berbentuk ice cream. pastu batunya pun cantik juga. Kilat-kilat macam kristal. Then kami pulang ke jetty dalam kol 5 gitu. Aku suka juga tour boat ni sebab tour guide dia speaking quite well & makanan yang dia serve best-best. Yang paling aku teringat was pineapple biscuit.

Kami sampai hotel ngam-ngam je untuk bersiap, mandi & solat sebab van ke Phuket Fantasea akan pickup kami around 630pm gitu. Memang sharp dorang datang & kami takut nanti kena tinggal pula. Sampai je kat Fantasea tu, kami punya show jam 9pm. So kami bergambar la dulu kat dalam tu.


Kami ambil package show+buffet dinner. Restaurant was really huge. Ada banyak bahagian makanan kat dalam ni. Cakap je nak halal, nanti dorang bawa kita ke section halal.

 My dish. 


Aku rasa banyak juga entry menceritakan pasal Phuket Fantasea ni. Just bila nak entry show tu, kita kena drop off camera & all kind of video / camera. Memang secure punya. Memang best performance Phuket Fantasea dengan adanya segala jenis binatang ternakan kat atas stage tu.

Time nak balik tu, kita kena pergi ke station yang driver van bagitahu. Kena make sure betul-betul station mana sebab orang memang ramai gila, van pun banyak. Takot kena tinggal je. Tapi yang geramnya, 2 couple yang naik van sama dengan kami, dah balik awal sebab show dorang pukul 7, so dorang boring kot tunggu van lama lagi as van datang kol 11. Masalahnya driver tertunggu-tunggu sampai nak kosong dah area parking Phuket Fantasea tu baru la dia gerak. Dia risau kena marah dengan bosnya if customer hilang / complaint.

Sampai je hotel, kami terus ke Bangla Road sebab nak juga pergi tengok pesta jalanan kat situ. Malam ni kan malam last kami kat Phuket. Nak tak nak kena pergi juga even badan letih. Memang kat Bangla Road tu tempat maksiat terang-terangan la. Kami tak lama sebab hujan start turun. Terus balik hotel & tidur. End for Day 3.

Tips: Take James Bond tour for day time & Phuket Fantasea for night time. Not suggested to take Phi-phi tour & Phuket Fantasea/any night package on the same day.

Monday 28 May 2012

Suka Ria di Phuket - Day 2 Part 2

Aku rasa agak slow aku updating cerita pasal Phuket ni
Hope dapat habiskan dengan cepat, tak lengah-lengah,

Sambung dari Part 1
Di hotel, kami tersadai keletihan
memang letih betul buat Phi phi tour ni
nasib baik show Phuket Fantasea adalah Day 3, lepas James Bond tour

Selepas setel mandi, solat, berehat semuanya,
perut kami pun bunyi-bunyi minta diisi
Kali ni lepas search maps kat mana Kusuma tu,
kami keluar cari makan.
Sambil jalan sambil cari restoran tu,
finally jumpa la. Alhamdulillah
rupa-rupanya Kusuma dekat sangat dengan hotel kami duduk, Aspery Hotel
Bangunan sebelah hotel je. Kenapalah semalam aku boleh tak nampak
Bila kat sini, memang dapat jumpa orang local kita yang melancong ke Phuket
kalau tak, susah nak nampak

 kedainya berhadapan dengan Bank Indonesia (if I'm not mistaken)

 menu kami. total RM 70 jugak.


Dah kenyang-kenyang tu, kami berniat nak berjalan-jalan ke Bangla Road
saje nak tengok apa yang happening kat situ
baru je kami start jalan dari kedai Kusuma tu, ada sorang mamat India ni approached kami &
promote-promote pasal tempah suits, pants, dress & etc
so husband pun termakan pujuk. memula katanya nak tengok dulu
tapi bila dah masuk kedai tu, tak adalah tengok saja
terus tempah 2 helai seluar. Harga RM 100 untuk sehelai termasuk kain & upah. Murah la kan
Sebenarnya memang dia pakai seluar custom made & katanya memang sangat murah dari tempah kat Kuching. Biasa 1 seluar dia tempah pun RM300++  so rugi kalau tak cuba kat sini. Esok boleh try. Kalau tak ok, dia alter & terus siap katanya. Memang cepat.
Indian tu kata kalau bawak kawan, dia bagi lagi diskaun tapi kami mana ada kawan kat sini.
Aku pula tengok sahajalah. Tak ada berkenan.

 Kedainya kecil je


Ni nama kedai. Belakang Kusuma je

Ok, keluar je dari Butik High Fashion tu, kami discuss kena keluarkan duit dari atm
sebab cash kat tangan dah habis & tak sempat untuk belanja esok & lusa.
Haiisshh, baru 2 hari di Phuket, kami dah kehabisan duit.
So kami decide nak withdrawal kat CIMB Thai since aku ada CIMB
Kami berjalan menghala ke Bangla Road sebab otw ke situ memang ada atm CIMB Thai
sebenarnya memang banyak atm kat sini. Semua jenis bank kat dunia ni ada kat Phuket ni
(tipu je. sebab Maybank tak ada)
tapi since aku ada CIMB, kami memang nak withdrawal kat atm tu je la

Entry Khas on How to Withdrawal Money from Oversea

Sampai je kat atm CIMB Thai tu, kami terus buat process withdrawal macam biasa
sekali dia tulis 'invalid transaction. kindly contact the issuing bank'
Aku dah tak sedap hati. Hubby risau juga. Kami expected atm tu habis duit.
Hubby try kad atm dia pun sama.
Kami pun pergi la ke beberapa atm lain. Tapi nak cek balance pun tak dapat, nak keluar duit lagi tak dapat.
Then kami decided nak ke atm CIMB Thai yang dekat Junceylon. Jauh juga kena menapak.
Tapi masalah sama menimpa kami. (ayat kena tragis sebab keadaannya memang tragis)
Dah la letih berjalan. Memang leh kurus sekejap
Nak call bank, kami berdua memang tak wat roaming. 
Maxis punya pasal la ni nak caj roaming mahal-mahal. Plan nak ke Bangla Road memang dah lenyap.

Kami plan balik ke hotel semula. Sebab kat hotel ada wifi kan, ada internet.
Nasib juga dengan kecanggihan hp yang ada zaman sekarang, dengan Viber & WhatsApp tu
aku call akak aku minta dia call customer service CIMB tanya pasal procedure nak withdrawal atm kat oversea. Time ni pukul 10 kat Phuket, kat Msia kul 11 la. Mujur kakak aku tak tidur lagi.
Then katanya owner card kena call bank itu sendiri. Haish..problem plak bila dua-dua tak buat roaming.
Kami ke reception hotel minta buat international call tapi malang pulak dia kata phone hotel tak bole buat international call. Katanya beli sim card kat 7 Eleven.
Menapak sekali lagi kami cari 7 Eleven. Nasib dekat je dengan hotel.
Kat 7E tu, aku beli sim card international + topup. Total RM 20 je pun
& Luckily pekerja 7E tu sangat baik hati tolong aku setup sim card tu
Mana nak paham dengan bahasa & tulisan Thai bagai tu


Aku & hubby bertapa kejap kat kaki lima 7E tu. Senang kalau credit habis ke, tak paham ke,
leh mintak tolong dengan orang 7E tu.
Nak jadi cerita lagi, malam tu CIMB punya system down pulak.
Kalau call dari oversea ni, kita kena dail no fixed line kan. yang toll free 1300 tu tak boleh guna.
Jadi bila call tu, dengan iklan CIMB nya la, tekan 1, tekan 2, tekan 3, tekan macam-macam baru dapat cakap dengan customer service tu. Dah la bila kena tekan no IC, dia boleh cakap invalid. Memang hangin. Pastu bila tekan IC husband aku, bole pulak.
Bila aku dapat call je, cakap problem tak dapat nak withdrawal dari Phuket, katanya kena aktifkan dulu.
Untuk pengaktifan tu pulak, kena soal siasat macam-macam. Aku cuak dengan credit yang berapa hinggit je tu. Mamat customer service ni pulak nak berprocedure (Aku paham memang kerja dia)
Tengah-tengah dia soal siasat aku, terus putus. Credit habis.
Memang nak meraung je rasa.
Kami pergi la beli topup kat 7E tu, then call balik CIMB Customer Service
Ha repeat balik kena dengar iklan, tekan 1, tekan 2, tekan 3 bagai, bila dapat je cakap, aku cakap yang tadi dah buat procedure bagai. Tapi mamat tu bole cakap kena repeat procedure soal siasat tu juga.
Haishh..then lastly dia tanya nak aktifkan bila. Aku cakap on the spot until hari aku balik.
Baru ku paham, rupa-rupanya~~~~:
1. kena call bank untuk aktifkan withdrawal dari oversea even dari bank yang sama
2. kena bagitau pengaktifan tu untuk berapa lama. from what date to what date.

Dah habis bercakap tu, aku lega la. Siap bagitau mamat tu yang dia kena tolong juga sebab kalau tak aku & hubby stuck kat Phuket. Tak bole balik Malaysia sebab tak ada duit.
Uwawawawa.

After setengah jam, kami pun pergi la try withdrawal kat CIMB Thai, tapi
malangnya masalah sama berulang. Ingatkan dah setel.
Aduhai, sekali lagi aku kena call Customer Service tanya apa masalah. Repeat procedure ok.
Kali ni mamat lain yang angkat, katanya aku punya kad dah aktif tapi since system CIMB tengah down,
he asked us to wait until the next morning.

Then 2nd night kami kat Phuket berakhir dengan pengaktifan kad CIMB & Bangla Road tu masuk mimpi je la. Tidur pun dalam gelisah sebab selagi tak berjaya withdrawal, selagi tu hati tarak senang wooooo.
End for Day 2 in Phuket.

P/S: Thanks to Phuket's peoples. You are very kind & helpful to tourist.

Thursday 24 May 2012

Suka Ria di Phuket - Day 2 part 1

Pagi-pagi lagi kami bersiap & pergi breakfast
Hari ini kami akan buat Phi-phi tour
Breakfast kat hotel ambil yang light & halal je


habis je breakfast, van tour tiba untuk pick up kami
memang punctual seperti dalam itinerary
Don't forget to bring along hotel towel & sun block cream
Hotel ke jetty tu agak jauh. Siap tertido-tido

Dah sampai kat jetty, follow je group satu van tu
briefing diadakan sebelum speed boat berlepas

nyah yang nak bagi briefing

kat sini, kita boleh sewa swimming fin for RM10/pair
roti pun ada dijual untuk bagi kat ikan nanti
tapi kami memang dah beli roti siap-siap

agak lama tunggu speed boat kami berlepas,
tapi nasib pkai speed boat. laju. enjoy the piccas as follows:

 at jetty

 leaving the jetty


naik boat awal-awal so that you can choose your seat

nak duk kat luar pun boleh tapi kami malas nak berjemur
lagipun on the way ke pulau-pulau tu, hujan di tengah laut
basah la orang kat luar tu

Itinerary package kami:
1. Viking cave (ambil gambar-gambar je)
2. Loh Samah & Pileh Cove
3. Maya Bay
4. Monkey Island
5. Lunch kat Bora Bora at Phi phi Island
6. Khai Island

Maya Bay

masa sampai kat Maya Bay ni, terus kagum dengan ciptaan Allah. Cantik sangat. Dengan angin sepoi-sepoi, laut biru, dengan bunyi laut, bunyi angin, aduhai, memang nikmat sangat. Syukur dapat tengok kejadian Allah macam ni.



kat sini boat akan berhenti selama setengah jam untuk kita rilex-rilex. nak mandi beach pun boleh, ambil gambar sahaja pun tak ada masalah. Kami banyak bergambar je. Tak mandi.







Then boat proceed ke tempat snorkelling untuk tengok coral-coral. Laut dalam. Google & life jacket disediakan oleh pihak boat. Kat sini boleh la nak bawak roti untuk bagi makan ikan.



Dah puas snorkeling, boat proceeded to Monkey Island. Katanya kalau ada luck, monkey ada. Kalau tak ada luck, monkey pun kenyang, dia tak nak turun, tak ada monkey. Biasa je kat sini. Boring lah!

at Monkey Island

Then boat proceeded to Phi Phi Island for lunch. Makan buffet tapi kena dok semeja dengan sama boat.
Kami dapat 4 orang semeja. Sama meja lunch dengan kami was a couple from Israel. Erk!
Memula spoil juga nak borak tapi nak buat camna kan. Borak je la. Dorang bercuti for 3 weeks. Pusing 1 Thailand. Best gila. Tapi that was 1st time dorang bercuti ke luar negara. 

Makanan best. Ada western, ada local.

 Tempat lunch.Aku lunch dengan swimming suit je. Malas dah nak pakai dress.

Satu kat Phuket ni, bila local Phuket nampak je aku, dorang sure bagi salam. Then cakap 'u r muslim'.
Pastu tanya 'from where'. Suka kot tengok ada orang macam aku ni. Mat saleh tu biasa sangat bagi dorang.
So sangat rare bila orang macam aku, sure nak tegur. *Macam retis la plak rasanya

Kat sini ada jual-jual souvenirs juga. Menyesal tak beli. Sebab ada certain tak sama dengan di Phuket Town. Harga memang mahal tapi to me memang tak ada murah kat sana. Kalau nak, just take it.


 Bergambar sebelum boat gerak.


 At Khai Island. Excited bagi makan ikan. 


Balik ke jetty lewat petang. Van memang dah ready pick up kami untuk hantar ke hotel. So tiring yet so enjoyable. Kita sambung what was happen during night time. 

Wednesday 23 May 2012

Wordless Wednesday #4

February 2012 - May 2012
Telah pergi meninggalkan aku
May both of them rest in peace
Uwaaaa....Sedih!
Misi bela pet for the 1st time = gagal