Monday 2 November 2015

Lombok Day 1 Part 2

Untuk tahu Lombok Day 1 Part 1 Klik Sini

Apsal naik speed boat dari Bangsal ke Jeti Gili Trawangan hanya setengah jam tapi aku hanya dapat update cerita kat blog ambil masa setengah tahun? Tak apalah. Jom sambung travel aku di Gili Trawangan plak.

Dah sampai naik speed boat yang menakutkan tu, maka kami pun sampailah di jeti Gili Trawangan. Air kat Gili Trawangan memang jernih, biru dan cantik betul. Tengoklah gambar kat bawah ni. Cuma tak leh terjunlah..dalammmmmmm

Aku dan mini speed boat

Sampai di jeti, kami plan nak jalan kaki untuk ke resort nampak gayanya macam tak dapat. Jaraknya kalau berjalan kaki lenggang kangkung mak limah boleh sampai, tapi sebab ada luggage, campur petang, campur baru sampai, memang tak dapatlah. So kami naik cidomo untuk ke resort. Cidomo ialah kereta kuda. Harga cidomo standard iaitu IDR 50K sehala.

Sebelum ke hotel, supir kami sempat singgah di salah satu agensi untuk aktiviti island hopping kami pada esok hari. Nama ejen ni Gili Bahari. Harga pakej island hopping ni dah termasuk kami bayar pada service supir kami.


Map Gili Trawangan

Kami booked di Good Heart Resort. Kat map tu aku dah highlight bintang merah. Jaraknya dari jeti tak jauh tapi kalau dengan luggage, sengsara juga nak sampai. Kami book hotel belah timur pulau gili ni sebab sebelah timur ni memang lebih happening compare dengan sebelah barat. Sebelah barat masih banyak tanah-tanah kosong, cuma ada beberapa hotel baru naik. Nak makan pun susah. So aku suggest betterlah stay di sebelah timur pulau ni.


Bilik kami

 Depan bilik

Bilik kami tak menghadap pantai. Tapi kebanyakan resort kat belah sini pun memang tak menghadap pantai. Sebab dia buat hotel jenis memanjang ke belakang (menjauhi pantai). Bukan memanjang ke tepi pantai. Tapi view depan cantik & tenang habis. Memang puas hati. Hotel ni pun macam baru lepas siap atau renovate. Part yang kurang syok sikit sebab wifi slow. Kat depan counter je laju.

 Siap ada angsa wei atas katil. Rasa macam honeymoon gitew. Happy betul aku dapat hotel macam ni.


Bilik air dia memang besar gila. Selebar-lebar bilik juga.

Dah masuk bilik, kami kemaruk bergambar dalam bilik dulu. Pastu test tilam empuk ke tak. Ingat nak berehat sekejap sebab nak pergi tengok sunset sebelah west sana, sekali terlajak weh. Gara-gara semalam packing baju lewat, kami sedar-sedar je dah pukul 8 malam. Sunset pejadahnya. Dah malam.

Terus kami mandi, bersiap keluar cari makan malam lah. So kami jalan kaki ke night market yang terletak berdekatan dengan jeti. Sebenarnya, sepanjang jalan tu ada banyak resorts buka untuk sesiapa je nak makan kat resto dorang. Ada macam-macam jenis dan harga. Mostly menu western je yeh. Memang tempat tourist, jadi menu ayam taliwang tu tak nampak pula aku. Sambil jalan, sambil survey, last-last sampai kat night market.



Kat night market ni, bukan pasar malam macam tempat kita tu. Tempat ni macam open food court. Gitulah. Aku pusing-pusing dua kali juga kat pasar malam ni, tapi tak kena dengan selera. Last-last kami makan kat kedai/warung tepi night market tu. Tempat tu nama Green Cafe. Aku order nasi goreng sotong, laki aku order nasi goreng special. Rasa dia boleh lah wat alas perut. Kat tepi kedai makan kami tu juga ada kedai runcit. Lepas makan, kami beli sun block sebab lupa bawa (saje nak juga membazir duit kat tempat orang) & beli chips sekali untuk kunyah-kunyah. Total dinner kami IDR 107K, sunblock IDR 110K & chips IDR 20K.

Malam ni kami jalan-jalan tepi pantai, ambil angin pantai, lepak depan resort, borak-borak dengan laki aku. Tak sabar nak island hopping pagi besok. Tunggu next entry ye.

Good night Gili Trawangan

Wednesday 30 September 2015

Lombok Day 1 Part 1

Masa yang ditunggu untuk ke Lombok has finally arrived. Lepas subuh kami gerak ke Putrajaya Sentral untuk park kereta kat situ sebelum menaiki ERL KLIA Transit ke KLIA 2. Park kat Putrajaya Sentral murah sikit. Hanya RM 4 sehari. Cuma pagi tu kelam kabut sikit sebab pagi Ahad tu palang parking Putrajaya Sentral tak functioned. Banyak kereta beratur & tak kurang juga patah balik. Lastly ada sorang brother call management baru dorang datang bukak palang. Train pagi tu untuk ke airport pun full. Tak dapat nak duduk dari Putrajaya sampailah ke KLIA2. Musim orang pergi melancong ke apa.

Masa check in, seat kami laki bini asing-asing pula. Leceh betul walaupun booking nombor yang sama. Hubby decided nak beli seat even though kami dah checked in. Luckily adik kaunter AA baik. Dia tukarkan seat Hubby just for free. Flight 3 jam tuh. Boring juga kalau dok asing-asing. Jangan lupa juga beli meal siap-siap supaya tak lapar nanti kat atas awan nun. Lepas setel check in & drop luggage, kami terus berjalan ke main gate. Almaklumlah, international gate kat KLIA2 kan jauh. 


Alhamdulillah cuaca hari ni memang sangat baik. Almost all hikers dalam flight dengan aku super excited tengok Mt Rinjani dari atas. Sampaikan akak-akak pelayan AA pun join excited. Akak AA tu cakap dengan kawan dia "Semalam kita fly tak nampak pula kan?"

Pastu dok kat hot seat depan aku usha-usha Mt Rinjani. Aku pun join excited juga even tak dapat panjat. Dapat tengok dari atas awan pun syukur dah.

Flight landed as scheduled, 11.45 am. Airport Lombok tak besar sangat. Jadi, masa kami queue nak cop pasport kat imigresen, aku tengok ada guard kastam bawa anjing besar gila pusing-pusing cium beg kat conveyor tu. Bukan takat cium beg, semua orang yang kat situ pun dia suh cium. Pas tu cakap "Good boy, good boy". Then dia count balik "1,2,3..lets start again" Pusing lagi cium beg & orang-orang. Keliling kawasan tu.

Aku memang dah cuak tapi Hubby cakap "Buat biasa je. Nanti dia suspect kita ada bawak benda-benda salah" Padahal kami tak ada bawa apa-apa pun kecuali 2 maggie cup. Aku doa juga moga pegawai kastam & anjingnya tu cepat-cepat blah tapi malangnya tak. Dah tu borang declaration of arrival kena isi masa menunggu luggage. Aku sempat kena cium dengan angjing tu 2 kali. Memang dia takat cium je, tak ada kena air liur ke apa tapi rasa macam sangat tak selesa.

Ketaq-ketaq juga aku isi form sebab nak cepat. Setel je terus amik luggage & lalu kastam pastu keluar dari airport. Lepas kami keluar tak nampak pula batang hidung supir kami. Pak Azis dah bagi details dalam email siapa supir kami. Hubby terus call & tanya dia kat mana. Dia dah sampai cuma melepak kat luar. Hampeh betul. Nama supir kami Pak Sabri.



Kami naik van terus ke Bangsal Harbour ataupun jeti untuk ke Gili Trawangan. Memang dalam itinerary pun aku nak terus ke Gili Trawangan. Sepanjang perjalanan tu, Pak Sabri memang banyak bercerita. "Saya registered tourist guide" "Baru-baru ni ada artis pakai khidmat kami" "Pelakon cerita Isteri Luar Biasa" (aku tak suka cerita tu) "Saya pernah bekerja di oversea" Sometimes bila kami tak faham, kami minta dia explain in English je. Aku perasan slang English penduduk Indonesia memang slang American.

Pak Sabri ada juga cakap "mau ke pusat-pusat kraf dulu?" "Mau lihat songket?" Semua pun aku cakap "tak apalah pak. Langsung ke jeti je" Sebab memang aku datang Lombok sebab nak bercuti, nak santai. Tak nak shopping.

On the way tu kami singgah untuk lunch dahulu. Lunch makan 'ayam taliwang' yang memang fofular di kalangan warga Lombok. Aku pun excited juga nak try macam mana rasa ayam taliwang tu.

Ayam taliwang & pecal kangkung

Satu ekor ayam adalah untuk seorang makan. Kecik je ayamnya. Aku order ayam taliwang pedas. My hubby order ayam taliwang manis pedas. Tapiiiiiiiiiiii...Bukan pedas sikit-sikit. Pedas berapi bai. Nak tutup bibir pun tak dapat. Menyesal betul order pedas. Sedap tu sedap tapi pedas sangat. Total lunch IDR 185 000.


Lepas lunch kami meneruskan lagi perjalanan ke harbour/jeti. Aku panggil jeti. Pak Sabri panggil harbour. Kat map tu arah perjalanan kami pergi ke Bangsal melalui Senggigi. Aku tanya Pak Sabri "Ada bus direct ke Bangsal tak dari airport?" Katanya " Tak ada. Bus Damri hanya sampai ke Senggigi. Kena charter bas lain untuk ke Bangsal" 

Senggigi ni tempat best untuk stay kalau dok di Pulau Lombok. Banyak hotel di sepanjang kawasan Senggigi. Jalan untuk ke Bangsal agak mencabar & memang bengkang bengkok. Naik bukit turun bukit. Boleh pening juga. Tapi bila dapat tengok keindahan laut, mamang amaze habis. Setiap teluk-teluk kat area Lombok ni memang banyak pantai yang cantik.


Airnya biru turquoise. Setiap kali naik bukit, sampai kawasan cun je, Pak Sabri tanya kami nak berhenti untuk foto-foto atau tak. Siapa yang tak nak kan. Macam tak percaya dapat tengok pantai cantik ciptaan Allah ni depan mata aku.





Pak Sabri banyak paksa aku pose. Hik hik. Katanya, dia belajar ambil gambar masa ada sorang customer dia tu photographer. So dia belajar dari photog tu. Aku pun layan je ikut arahan dia. Bila dah kat area sini, means harbour tu dah dekat dah. Tak jauh.


Aku pun tak pasti kenapa area speed boat aku naik ni tak ada jeti. Kami naik dari pantai ni je. Lantaklah asalkan naik speed boat & sampai ke Gili Trawangan. Pak Sabri pun join naik hantar kami sampai ke Gili Trawangan. Masa kami naik speed boat tu lebih kurang jam 3.30 petang. Waktu Malaysia dan waktu di Lombok adalah sama.

Melalui pembacaan aku pada blog-blog orang pergi Gili ni, adalah dinasihatkan naik speed boat. Ada public boat dengan harga IDR 50 K seorang dengan perjalanan 40 minit. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Laut Jawa ke Laut Bali ke...tidaklah setenang laut-laut lain yang penah aku pergi. Ombaknya ganas yang amat. Masa aku naik speed boat pun, cuak weh. Tak pernah aku cuak naik speed boat tapi kat Lombok ni, ombak dia lagi besar dari boat kami. Dah la boat kami tu ibarat saiz kereta kancil. Sekali ombak ganas datang, sekali tu dia melambung. Aku pegang kuat-kuat je kat boat tu. Boleh brother boat tu cakap "Jalannya rusak bu" Pastu gelak-gelak sebab kami melambung-lambung dalam boat tu. 

Lepas 15 minit yang aku rasakan macam berjam-jam lamanya, akhirnya kami sampai di jetty Gili Trawangan. Yehaaaaa!! To be continued.

Tuesday 22 September 2015

Pre Holiday to Lombok Indonesia

Uhuk Uhuk (batuk sebab ketebalan debu kat blog melebihi 5cm). Hehe. Blog tak masyhur mana, pastu jarang update pastu tak reti nak tutup. Tetiba muncul kembali. Tak pe. Niat aku nak aktifkan blog sentiasa ada, usaha je tak ada.

Ok orang buka blog sebab nak baca info kan, bukan nak dengar alasan aku. Banyak entry travel aku yang tertangguh tapi aku nak update hazy escape trip ke Lombok dahulu sebab yang ini masih latest, masih panas-panas macam pisang baru lepas goreng lepastu taruk cheessssseee..Meleleh gitew!

Aku memang dah lama usha Lombok ni. Flight ke Lombok tak banyak dan setakat sehingga aku update blog ni, flight MAS tak ada ke Lombok kecuali AirAsia dari Kuala Lumpur. Aku beli tiket ni around bulan Februari 2015. Tiket agak murah compare dengan sebelum-sebelum ni. FYI, tiket ke Lombok boleh cecah ribuan ringgit juga. Bila aku dapat tiket yang agak murah dari biasa, terus aku grab tak pandang kiri kanan. Sampaikan bila aku isi particular details laki aku pun, aku boleh wat silap. Dah setel bayar dapat itinerary baru aku perasan. Ada ke tahun lahir dia 1905. Panjang betul umur laki aku. Mujur lah lepas contact, report to AA, dapat settle dengan mudah.

Total flight tiket untuk 2 orang + meal pergi balik + luggage pergi balik + Indonesia airport tax (RM 100) ialah RM 657.00. Bagi aku memang sangat murah sebab if I'm not mistaken, harga tiket aku pada asalnya hanyalah RM 68/pax/one way.

Actually, before ko beli tiket pergi Lombok ni, ko kena usha juga kan apa yang ada kat Lombok tu? Tak kan nak pergi cari pria untuk bagi dorang curi korang pastu ajak kahwin plak kan? Setakat pemahaman aku, pergi Lombok ni ada dua sebab:

1st sebab nak hiking Mount Rinjani (2nd highest active volcano in Indonesia)
2nd sebab nak ke beach & islands sekitar Lombok

or you can have both. Kalau nak pergi untuk hiking, 4D3N memang tak cukup. Member aku pergi Lombok untuk hiking & libur ambil masa 9 hari. Kalau nak hiking & islands, aku rasa mau cuti dekat 2 minggu. Kalau macam aku takat pergi untuk Islands hopping & libur sekitar, setakat 4 hari pun dah cukup.

Macam aku pula, aku dah beli tiket baru aku tahu kat Lombok ni ada hiking kat Mount Rinjani. Tengok gambar perghhhh...SubhanAllah. Cantik amat. Tapi tiket aku tu singkat plak timing. So, hiking Mt Rinjani is a big NO NO for me.

Lepas dah booking tiket, apa pula perlu buat?

1. Kena study pasal trip ke Lombok. For more info pasal Mount Rinjani, aku rasa takat bukak google taip 'Mount Rinjani' pun memang berlambak info keluar. Contohnya RinjaniMountain & RinjaniNationalPark

pic credit to Google

2. Baca blog-blog traveler yang dah pernah sampai Lombok macam haku. Muahahaha

3. Additional info aku study juga kat Tripadvisor dan LonelyPlanet 

4. Optional untuk cari supir. Ada setengah traveller tak pakai supir, semua pun sendiri tapi bagi sesiapa nak mudah & taknak pening-pening, boleh cari supir dari awal. Lepas aku buat research & comparison, aku pilih untuk guna khidmat supir. Supir aku booked via LombokFriendly Dorang ni one of the best tour organizer & they're registered tourist guide. Boleh email je pada dorang & Pak Azis the owner of LombokFriendly memang sangat quick response to our email. Boleh runding harga based on korang punya trip & itinerary.

5. Dah setel tiket, dah study, dah setel supir, cari hotel. Tak mau cari hotel pun walk in je masa kat Lombok tu nanti. Ada kosong tak ada kosong aku tak gerenti eh. Cari ikut bajet masing-masing. Dengan currency Malaysia yang tidak memberangsangkan, memang aku sedikit kecewa sebab tak dapat nak dok hotel mewah dengan harga RM1,000/semalam. (ini poyo_____)

6. Packing! Kalau dah start bukak beg nak packing baju tu means saat yang dinanti-nanti hampir tiba. Excited ok. Packing baju ikut tujuan la kan. Kalau ko hiking, bawaklah barang-barang gunung. Kalau aku pergi pulau ni, aku bawa barang-barang laut such as (gitew) glide mask + snorkel set (tak bawa pun tak apa sebab tour memang sediakan) tapi bagi aku yang konon nak hygiene terlebih ni, so aku bawa sendiri & swim wear & beach wear & bla bla. Jangan lupa untuk bawa international plug extension, pills (ubat demam, selsema, mabuk laut) & paling penting, sunblock untuk kasi kulit cakelat tidak bertambah legam.

Sunblock & international plug extension

7. Lastly rajin-rajinlah check currency exchange. Kalau dah tak musim tak bagus cenggini, memang tak dapat buat apa. Aku tukar dapat IDR 10,000 = RM 3.08. Itu sebenarnya rate tukar kat KLIA kalau musim murah. Paling murah aku pernah dapat IDR 10,000 = RM 2.78 masa bulan Jun pergi ke Jakarta bulan Jun aritu.

Moga-moga sedikit info ni dapat tolong readers blog aku untuk ke Lombok. Dah ready nak fly KeLombokKeKita? Jom kita ke sanaaaaaaaaaa....Buku merah jangan lupa bawa, moga-moga belum tamat tempoh. To be continued!

Sunday 30 August 2015

Pulang Ke Gagang

Bagai Sireh Pulang ke Gagang. Ha camtu juga yang terjadi pada aku. Alhamdulillah, berkat kesabaran, usaha, doa & tawakkal, dapat juga aku balik ke Semenanjung Malaysia setelah hampir 4 tahun aku menetap di Kuching, Sarawak.

Dulu pindah ke Kuching sebab nak follow husband aku kerja sana. So aku pun turun naik HQ minta transfer ke Kuching. Dari November 2011 hinggalah Jun 2013. Setahun setengah dapat aku merasa hidup sebumbung laki bini. Macam-macam dugaan, cabaran hidup di oversea. Aku kira memang oversea sebab kami tak ada saudara mara, tak ada kenalan kecuali colleagues. Pastu survive lagi cari rumah sewa, cari kelengkapan rumah & sebagainya. Your colleagues is your family kalau dok di oversea ni. Siang malam kita dapat berjumpa, dapat minta tolong & apa-apa je during emergency. Tak sama macam di Semenanjung, colleagues only during office hours kan. Kalau kat tempat aku, colleagues is more than office hours. Ye lah, tanpa dorang dengan siapa lagi kita nak bersaudara.

Julai 2013 my husband got better offer. Dia kena balik ke Semenanjung yang bermaksud, aku kena tinggal sorang-sorang kat Kuchingggg!!! Time tu tak tahu nak cakap pe. Allah je tahu. Pengorbanan aku datang ke Kuching untuk hidup sebumbung dengan dia hanyalah sementara. Gitew ayat drama. Bila laki aku pindah Semenanjung, aku tak pindah pun rumah sewa even rumah aku sewa tu agak mahal & rumah jenis double story. So aku continue je menyewa rumah tu. Lagipun senang kalau laki aku nak datang visit, tak yah check in hotel bagai. Pastu aku malas nak sakit kepala dengan housemates.

Strategi mesti ada untuk aku sekali lagi minta transfer. Kali ni minta transfer ke Semenanjung pula. Aku sebenarnya dah masuk mulut buaya. Memang pun. Sarawak kan kaya raya dengan buaya. Macam aku cerita kat entri KembaliPJJ tu, proses nak transfer was not that easy & even extremely difficult to get.

Mid 2014, ada advertisement pasal Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) under Kementerian yang aku kerja. For those yang kerja government memang tahu benda ni. Kalau dalam bahasa mudah, ko dapat full paid study leave. Ko pergi further study, government bagi full scholarship plus full paid gaji. Ini kira bonus pada sesiapa yang dapat. Ada banyak syarat untuk apply & luckily aku passed all terms & conditions HLP tu. Then I got the interview. Alhamdulillah, dengan rezeki Allah, aku passed the interview. Meaning that, aku dapat HLP CBBP tuh!!! Nanges weh dapat result tu. Even aku suh laki aku cek result tu through online sebab aku tak berani nak tengok. Nervous lebih dari tengok result SPM!

Malangnya futher study tu hanya boleh start for first intake 2015/2016. Kalau ikut kalendar universiti, aku kena sambung bulan September 2015. Setahun dari result HLP tu keluar. Memang aku kena bersabar je setahun lagi kat Kuching. Tup tup akhirnya waktu yang ditunggu has finally arrived. Currently, aku dah di Semenanjung, di rumah sendiri, tidak bekerja, belajar sepenuh masa, tapi gaji masuk. Hahahahaha..Bukan nak gelak sombong malahan aku lebih dari bersyukur. Alhamdulillah. 

Bagi orang yang tak tahu, mungkin nampak mudah tetapi kisah disebaliknya penuh dengan ranjau dan berduri. Apa-apa pun, pengalaman living abroad was really beautiful. I looking forward to stay abroad more. Jeng jeng jeng. Niat je. Pengalaman tu betul-betul membuka minda, mata, hati untuk melihat lebih lagi. I think I'm more matured now. Gituh! To me, bagus sebenarnya keluar dari kepompong selesa kita. Take the challenge & be brave. Now, I'm ready for more excitement. 

Tuesday 12 May 2015

Pengaruh Cerita Parut Sarajevo

Semalam kat tv9 ada ditayangkan cerita sempena hari ibu tajuk Parut Sarajevo. Sebenarnya aku dah lama tertarik dengan Sarajevo, Bosnia & Herzogovina ni bila aku ada tengok drama bersiri tajuk Satu Hari kat tv9 juga. Cerita tu lakonan Remy Ishak dan Sara Ali tak silap aku. Memang cantik sangat pemandangan Sarajevo dari cerita tu. Bila semalam ada drama lagi di Sarajevo, hati aku memang lagi excited nak tengok cerita tu dan pemandangan Sarajevo.

Bangun je pagi ini, kepala aku masih tergambar-gambar je Sarajevo. Kenapa aku eksaited terlebih eh? Ntah tapi Bosnia ni memang melekat kat kepala aku dari kecik masa dorang berperang tahun 1993. Masa tu aku ingat lagi tiap jam 10 malam, papa aku akan tengok Berita Dunia. Asal berita dunia je, cerita pasal Bosnia kena perang. Pastu aku selalu salah sebut Bornia & Herzegovinia instead of Bosnia & Herzegovina. Pastu akak aku mesti selalu akan betulkan aku. 

Terus Sarajevo tu masuk dalam list a place must to travel. Bila nak pergi tu memang tak tahulah, yang penting letak angan-angan dulu. Sambil berangan sambil usha tiket. Eh?

 Print screen dari google map sahaja

Untuk makluman, tiada direct flight dari Kuala Lumpur ke Sarajevo. Kalau direct flight macam dalam map kat atas tu mengambil masa selama 14 jam 30 minit. Lama yang hamat!

Dengan menggunakan beberapa laman sesawang pencarian flight seperti OneWorld, google flight, skyscanner & etc, terdapat sekurang-kurangnya satu transit untuk ke Sarajevo dari Kuala Lumpur. Tapi banyak juga flight yang offer lebih dari 1 transit which is memakan masa berjam-jam dan berhari-hari lamanya. Ini berdasarkan pencarian kasar aku je.

Kul - Sarajevo dengan sekali transit di Istanbul. Total 15 jam lebih.

Kul - Sarajevo dengan 2 atau 3 transit. More than 20 hours flight.

Tapi bagi aku yang tak berapa nak pengalaman dan expert ni, rasanya lebih baik cari flight yang transit di Istanbul sahaja ataupun memang cari dahulu tiket untuk ke Istanbul, kemudian baru cari flight lain untuk teruskan ke Sarajevo. Some flights transit di German atau Amsterdam tapi rasanya macam jauh pula sebab negara-negara tu lebih jauh dari Sarajevo, Bosnia & Herzegovina. Aku rasa kalau naik flight dengan 2, 3 kali transit ni, mau kematu punggung atas kapal. Tak pun memang lebam sampai Sarajevo. Terus tak jadi nak berjalan, kot-kot jet-lag kat hotel je. Hihihi.

Bila google lagi, ada juga tourist agent yang menawarkan pakej ke Isntabul & Sarajevo dengan harga berpatutan. Kalau harga pakej lagi murah, better ambil pakej terus kan. Cari yang full board tour. Sebab ada yang aku jumpa tu full board tour 12D 9N to Istanbul & Sarajevo adalah RM 4000 sahaja per person. Memang murah kalau camtu.

pic source: google www.orbus.be

Oh Sarajevo yang indah, bilalah aku dapat ke sana. Memang aku betul-betul terkena penangan & pengaruh drama tv Sarajevo ni. Jomlah mimpi, angan-angan dulu. Sampai Sarajevo melalui Google Earth pun bolehhhhh.