Friday 22 May 2020

Baiki Atap Rumah Bocor: Kena Tipu atau Memang Kos Sebenar?

Sebenarnya saya dah perasan siling dalam bilik tingkat atas tu ada kesan bocor tapi tak begitu obvious maka saya biarkan sahaja. Lagipun bilik tu kosong, sepatutnya bilik anak-anak kan tapi sebab tak ada anak, jadi bilik penunggu sahaja 😅

Cuma sejak-sejak movement control order due to covid19 ni, banyak masa di rumah. Dan sejak dah lift up movement, boleh la buat kerja-kerja membaiki.

Saya dah cari 3 quoatation untuk baiki atap rumah ni. Minta quotation pun saya sertakan beserta gambar. Tunjuk bahagian mana yang bocor


asalnya spot kecil sahaja

ini pandangan roof rumah dari luar

Jadi saya tunjukkan ketiga-tiga gambar di atas kepada 3 tukang buat. Tak pasti lah kontraktor berdaftar ataupun persendirian sahaja.

1st caj saya RM 2000 - RM 2500
2nd caj saya RM 1800
3rd caj saya RM1300 (tapi dia tak buat sebab dia dari Perak. Kalau buat, dia buat satu rumah RM 1800)

Semua akan tanya, rumah single storey or double storey. Ada beza price kalau rumah single or double. Kalau triple tak tahulah saya.

Jadi, daripada ketiga-tiga tu, saya ambil tukang kedua yang buat. Nak tak nak saya terpaksa. Entahlah. Saya terburu-buru atau memang tiada pilihan atau terlalu runsing jika ditangguhkan lagi.

Bila, keesokan harinya, mereka bertiga datang. Saya syak mereka Indonesian yang dah PR di Malaysia.

Barang yang mereka bawa adalah zink, plaster, gunting dan marker. Itu sahaja. Tidak pula pakai cement.

Saya dah kecewa bila tengok barang repair sikit sahaja. Saya boleh tahu harga barang-barang tersebut sedikit sahaja kosnya.

ini saya panjat tangga sendiri nak tengok dari siling

ini yang selepas zink dipasang dan diplaster. mereka ambil video sebab saya paksa tunjuk kerja dah buat

Mereka datang dengan kereta sahaja, tidak membawa tangga pun. Pakai tangga rumah saya. Nak buat kerja, minta lagi dengan saya kain buruk dan span bersih. Dah caj saya RM 1800 tapi masih minta peralatan extra dengan saya.

Dah selesai, saya pun bayar. Minta diskaun tapi hanya dapat RM100 sahaja. Total kos baiki atap bocor ni RM1700.

Mahal? Kena tipu? Memang macam ni kos sebenar? Entah la. Saya tak tahu. Saya agak ralat. Kos membaiki pun ambil masa 2 jam sahaja.

Bulan Ramadhan, takkan la dorang nak tipu kan? (Saya sedapkan hati walaupun rasa memang dah kena tipu ni). 3 hari saya murung. Apa-apa pun Selamat Hari Raya Covid19 semua.