Thursday 13 April 2017

Spring Walks in Perth - Day 2 Part 1

Selamat pagi dari Margaret River Region, Western Australia. Pagi kedua kami berada di Augusta, WA. Musim Spring ni, jam 430 am dah masuk subuh. Terketar-ketar ambil wuduk sebab air dalam toilet atas ada yang sejuk je. Tabah je.

View dari atas lodge
Jam 7.00 am kami masak breakfast kat kitchen berbekalkan makanan yang beli semalam di Woolworths. Cuaca hari tu hujan lebat dan ribut kuat. Aku pasrah sahaja dengan cuaca ni. Aturan Allah juga. Yang penting makan breakfast mesti kenyang. Lepas tu buat balance juga untuk lunch.

Ada small group 4 perempuan mat saleh juga dah siap mandi & prepare breakfast masa tu. Tapi dorang makan mudah je, salad-salad & minum susu. Adeh. Kalau time aku keja boleh kot makan macam tu tapi kalau travel ni nak juga makan berat2.


Pagi tu kami terus check out dari lodge Baywatch Manor dan meneruskan perjalanan ke next destination.

Dengan menggunakan google maps lagi, search sahaja direction ke Cape Leeuwin Lighthouse. Basically, jalan ke sana lurus sahaja ke lighthouse dari lodge tu dan jaraknya hanya 10km dari lodge.


On the way ke sana, hujan masih turun rintik-rintik. Then akan lalu tepi pantai yang sangat luas dan cantik. So, aku and hubby decided untuk stop dahulu untuk snap photos.


Bench yang kami duduk ni rupa2nya memorials kepada someone yang telah mati. Terkejut aku bila baca masa duduk tu. Terus tak jadi duduk lama-lama.

Cape Leeuwin Lighthouse


Dari beach kami sambung drive sampai ke parking lot Cape Leeuwin Lighthouse. Parking free sahaja. Masa kami sampai masih awal tapi Lighthouse dah dibuka untuk pengunjung. Cuaca time ni memang unpredictable. Ribut sangat kuat, tapi ada keluar panas-panas juga, then hujan rintik-rintik sekali sekala. So, in preparation, aku dah bawa rain caot siap-siap dari KL. Haha


Entrance fee untuk Lighthouse ni adalah AUD 8 seorang. Ini yang paling basic, no tour guide, tak naik atas lighthouse. Bila dah bayar kat kaunter tu, kami diberikan audio guide untuk self tour tu. Kat dalam office house tu, ada mini museum dan juga coffee house. Kami terus je masuk menuju ke lighthouse.


Map sekitar area lighthouse. Bila gambar tu tunjuk no 2, kita press je no 2 kat audio device kita tu, dapatlah dengar explanation mengenai lighthouse ni dan kawasan sekitar.

Nak dijadikan cerita, cuaca kat area sini sememangnya tidak menentu. Ribut yang kuattttttttt, hujan yang sekejap ada sekejap tak ada. Disebabkan takut demam, aku pakai rain coat siap-siap. Aku sorang je, my hubby tak nak. Dia cakap hujan skit je. Tapi, kejadahnya, nak pakai rain coat pun susah sebab angin sangat kencang. Badan sampai rasa nak terbang. Sejuk jangan cakaplah.

Aku tengah struggle nak sarung rain coat. Berdiri tepi blok untuk elak angin kencang
Muka kerut-kerut nak tangkap gambar pun susah. Matahari tak ada, gambar pun suram.

Nilah muka paling worst. Angin kencang gila.
Dah sampai kat lighthouse tu, kami menyorok bawah lighthouse sebab memang nak berjalan pun tak dapat. My hubby cakap "Jom balik". Aku replied "Tak lagi. Takkan nak balik dah, bukan selalu dapat sampai". He said "Dah tu ribut kuat sangat ni. Tak ada orang lain pun kat sini. Matahari pun tak ada. Gambar tak nice. Bahaya ni angin kuat sangat". Aku diam tengah pikir idea untuk stay lagi. Dalam hati cuak jugak. Pikir tsunami akan datang tapi slow-slow aku jawab "Ok jap. Kita pergi ambil gambar laut, then balik." He suggested "Bukak rain coat. Susah nak gambar". and I followed him.

Sekali bila kami berjalan untuk ke laut di belakang lighthouse tu, hujan tiba-tiba stop. Angin pun dah slow speednya, and the sun started to shine. Maka gembiralah aku.


Wah, bila tengok laut belakang ni, amazing habis. Cantik! Itu je aku dapat cakap.

Sampai juga aku ke tempat jodoh ni. Tempat pertembungan Southern Ocean & Indian Ocean.


Dah sampai sini jangan lupa tekan no 13 untuk audio tu. Memang tak pelik angin kuat kat sini sebab memang tempat pertembungan 2 laut dan angin. Kalau dalam map, Lighthouse ni memang betul-betul di hujung peta australia belah kiri, belah bawah dah. Dalam hati berdoa, damailah MH370.


Spring at Cape Leeuwin Lighthouse
Happy me
Alhamdulillah, dapat juga kami bergambar dengan baik kat lighthoue ni walaupun pada awalnya cuaca tak baik. Mujur kesabaran aku menunggu membuahkan hasil. Ceewah.

Dah keluar dari lighthouse, kami meneruskan perjalanan menuju ke Perth. Tapi on the way tu, nak singgah beberapa tempat. Bye-bye Augusta.

Cowaramup, A Cow-Themed Town

On the way ke Perth dari Augusta, dengan menggunakan google maps, kami melalui satu kawasan namanya Cowaramup. Masa aku datang day 1 memang dah lalu tapi tak dapat stop sebab dah lewat petang. So, aku cakap kat hubby nak stop sekejap hari ni untuk ambil gambar and he said "Ok".

Cowaramup ni satu pekan yang penuh dengan replika-replika lembu. Masih terletak di Margaret River region. Pekan yang bertemakan lembu. Cantik! Aku rasa nama pekan ni lembu sebab sekeliling area ni, memang banyakkkkkkkkkkkk ladang lembu susu.




Pekan lembu yang cantik




Banyak sangat replika-replika lembu kat tepi-tepi kedai dan tepi-tepi jalan. Ada 42 kesemuanya di pekan ni. Aku dan lembu berpisah tiada disebabkan kesukaan aku pada susu lembu. Haha. Memang peminum susu lembu tegar. Tapi kini aku dah kurang sejak aku noticed yang perut aku tak leh digest susu lembu dengan baik. Nanti perut aku gassy.

Kat pekan ni ada kedai souvenirs dan ada jual postcard & stamp juga. So, if korang nak post postcard, sesuailah di sini.



Aku tengok macam banyak juga tourists stop and stay sini dan nampak a few yang tengah cycling. Menurut Website Margaret River (Klik Sini), ada a few things yang boleh dilakukan di town ini termasuklah melawat vineyards dan beer tastings. Maklumlah, Margaret River memang famous dengan winemaking, sebab vineyards ni memang all around the region.

Dah puas taking photos here and there, masuk a few shops, kami sambung perjalanan ke Chocolate Factory. Tapi aku sambung on next part ye sebabnya dah lenguh jari menaip.

Saturday 8 April 2017

Spring Walks in Perth - Day 1 Part 2

Ok sambung dari Part 1. Dengan kereta, hubby aku drive pakai google maps ke 1st destination, Rockingham Penguin Island. Plan kami adalah menuju ke South dahulu.

Rockingham Penguin Island

Dari Perth City, kami google je location untuk ke sana. Basically jangan risau, memang akan sampai ke tempat dituju. Kami sampai di station Rockingham tu kol 10.00 pagi. Boleh tahan lapar perut sebab kami tak ada stop by mana-mana kedai. Mujur aku ada bawa coco crunch dari Malaysia. So kami makan Coco Crunch sahaja untuk alas perut.

Penguin Ticket Kaunter

Dah sampai situ, parking free sahaja ok. Tiket untuk ke Island beli kat kaunter je. Ada macam-macam pakej, untuk lebih lanjut, boleh masuk web Penguin Island. Kami plan, nak ambil pakej Penguin Island je at first, sekali staf situ promo macam-macam, maka terpengaruhlah kami. So kami ambil pakej Penguin & Sea Lion Cruise. Harga seorang adalah AUD 39 seorang. Masa untuk tour adalah lebih kurang 45 minutes tak termasuk masa spend kat Penguin Island.

Settle beli tiket, nanti dia akan inform kita pukul berapa cruise ready dan kita kena berjalan pergi ke jetty. Tak jauh pun jetty tu, belakang office mereka sahaja. Kebetulan cruise yang kami ambil memang dah ready, so kami tak perlu tunggu lama-lama, terus sahaja ke jetty.


On the way ke jetty, sejuk sangat masa ni. Salah jacket.
Cruise kami. Ready to depart.

Bila naik, akan ada seorang guide yang akan explain setiap tempat yang dituju. Air laut sini cantik amat. Biru turquoise. Lawa sangat. Memang speechless tengok cantiknya ciptaan Allah. Cuma angin bayu yang sejuk tu boleh tahan juga. Menusuk ke tulang sebab aku pakai jaket nipis. Redha je lah.

Dah sampai kat sea lion landing. Tidur, ambil energy.

Masa kami sampai tu, semua sea lions tengah membutaaaaaa, tidur je atas pulau kecil tu. Mengikut guide, sealions ni hidup lama dalam air, dia memang survive cari makan dalam laut and etc. So, dia akan naik atas darat untuk tidur sahaja. Macam kita jugalah, keluar gi kerja seharian, naik katil malam untuk tidur je. So, masa tengok dorang tidur tu, jangan ingat dorang ni pemalas pula. Hehe. Tapi kebetulan sebelum cruise pulang, ada seekor sea lion turun dan buat aksi dalam laut. Dapatlah tengok live.

Another pit stop. Look at the clear blue water.

Jetty of Penguin Island

Dari situ cruise pergi ke beberapa pitstop yang lain, before dorang stop kat Penguin Island. Kat penguin island boleh tengok penguins lah, takkan tengok crocodile pulak kan. tapi penguinsnya ciput sahaja, dan yang berjuta-juta kat island ni adalah.....................................

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Seagulls
Ye, kat sini berjuta-juta seagulls. Aku memang rasa island ni salah bagi nama. 😕 Patut bagi nama Seagulls Island sebabnya kat sini adalah sanctuary birds. So dorang ada bertelur dan bersarang sana sini. Memang bersepah but beware, kalau dekat dengan sarang dorang memang jadi garang.

Mata tu jeling-jeling kat aku
Real penguins

Kat penguin island ni memang ada penguins tapi size kecil-kecil macam gambar atas ni, macam baru lepas lahir. Then dorang duduk dalam sangkar. Masa aku sampai tu, aku tengok staf dorang tengah tapis pasir. Amboi, pasir penguins pijak pun kena tapis ke. Kat sini juga dapat tengok penguin feedings tapi time dia 10.30 am, 12.30 pm & 2.30 pm sahaja. Masa aku sampai tu around 11 am, baru terlepas 1st feeding, nak tunggu 2nd feeding lambat, maka kami jalan-jalan pusing satu pulau.



Jalan-jalan tu jangan lupa naik sampai puncak bukit ni. Ambil direction Southern Beach and Lookout. Memang nice view dia. MasyaAllah, sangat cantik, dengan udara yang sejuk. Sunny but cold. Alhamdulillah sangat dapat sampai Perth. Cuma hati-hati sikit. Kisahnya aku kena kejar dengan seagulls, dia marah apa aku tak tahu tapi dia nak serang kepala aku. Menjerit-jerit tunduk aku, takut dia berak atas kepala je. Hampeh betul.



Locals were pick nick here.
Kat sini ramai locals datang bawa bakul-bakul picknick and enjoy their meals while their kids were having fun. Ada a few yang datang untuk swimming at the beach. Kelas. Aku tak tahu kulit dorang kualiti apa, tapi dasyat sebab tahan sejuk. Kami lepak-lepak sekejap sahaja sebab tak bawa foods pun. Sedih tengok orang bawa foods sedap-sedap. Kat sini tak ada tong sampah, so all food waste kena bawa balik sendiri ke main land. Patut la negara dorang bersih.

Kami jalan ke jetty Penguins Island around 12.15 pm, tunggu cruise datang untuk terus ke mainland. Then we continued our journey to the 2nd destination, Busselton Jetty. As mentioned earlier, we used google maps only. 


The view along the way to the south was amazing. SubhanaAllah. Memang sangat cantik. The weather was nice, the sky was blue, the earth was filled with flowers. Lepas tu dapat tengok ladang-ladang. Memula ladang lembu, then ladang kambing, then ladang biri-biri. Pastu then vineyards. Eeeeee, sangat lawa.

Cause it's Spring!

Dah nak sampai Busselton
Kami sampai Busselton town around jam 2.50 pm. Perut jangan cakap, memang lapar habis. Imagine la we had no food since in the morning besides than coco crunch. Dalam kereta ada juga munched biscuits but biasalah tak kenyang. Tapi gigih juga ke next destination sebab we were late from original schedule.

Busselton Jetty

Busselton Jetty. Train dah ready to depart
Apa menarik Busselton Jetty? Tengok jetty ni. Jetty paling panjang sepanjang 2km yang diperbuat daripada kayu. So, kalau nak berjalan sepanjang jetty ni memang ambil masa yang panjang, tengok larat ke tak. Kalau tak larat, sebab tu kena naik train dorang.

Masa kami sampai, train dah ready to depart. So, kami tak sempat naik sebab next train only available jam 5pm. So kami ambil gambar situ sahaja. Very windy & cold at this time.

Busselton Jetty Fare, year 2016
Price ni varies from year to year. Setiap tahun harga akan sedikit meningkat. So make sure siapa nak datang kena check latest fare ok.


Sebelum kami berjalan masuk ke jetty, photo dulu. Cuaca sunny but cold and windy of course sebab tepi pantai.


Kami berjalan tak sampai penghujung jetty pun sebab terlalu jauh, dan perut tengah kelaparan. So kami berjalan setakat yang mampu sahaja, dan ambil gambar puas-puas. Ramai juga yang tengah memancing kat tepi-tepi jetty ni.

Kebab at Busselton Town

Next, kami drive ke town Busselton ni. Menggunakan google maps, kami jumpa satu kedai kebab halal kat town ni. Apa lagi, seronok la sebab dapat alas perut. Punya excited jumpa kedai kebab, sampai gambar kedai pun kami tak ambil.

Baru nak brunch at 4 pm. Muka censored sebab tak mandi. Haha
Aku ordered kebab ayam + cheese dengan harga AUD 11 and my hubby ordered kebab daging + telur dengan harga AUD 13. Kebabnya sangat besar sampai aku tak habis pun. Tapi kami makan dengan sangat laju sebab terlalu lapar. Haha

Lepas makan, opposite kedai kebab ni ada supermarket Woolworths. Supermarket yang famous & wajib masuk jika ke Australia. So kami jalan kaki sahaja dari kedai kebab sebab kereta dah park baik.

Inside Woolworths supermarket at Busselton

Seronok pula shopping dalam woolsworth ni sebab semua menarik dan harganya sangat berpatutan. Macam-macam kami borong makanan kat sini. So, siapa datang Perth tu, tak payah la beria sangat bawa makanan dari Malaysia ye. Total kami shopping termasuk extention plug (yang ni mahal sebab kami tertinggal kat Malaysia) AUD 40 only. Ini stock untuk 5 hari terus.

Jam 4.30 pm kami ready bergerak ke Augusta. Plan asal kami untuk singgah di Margaret River Chocolate Factory tapi disebabkan waktu dah lewat, plus kami tak solat lagi, plus hujan, maka kami decided untuk terus ke hotel yang kami book di Augusta. At that time, hp dah habis battery, tapi mujurlah ada Iphone. 

Bestnya, plug in your iphone to car radio, automatic dia akan sync and maps dapat guna dari screen radio sahaja. Ok, aku lupa nak ambil gambar juga. Kesimpulannya, cucuk iphone je kat screen, then guna google maps dari radio kereta sahaja. So, walaupun iphone tak ada battery, no prob at all. Silalah beli iphone ye.

Baywatch Manor Augusta


Dari Busselton kami gerak jam 4.30 pm, then sampai di hostel yang kami book siap-siap dari Booking.com, Baywatch Manor Augusta jam 5.50 pm. So, dari Busselton tu around 1jam 30 minit untuk sampai ke sini.


Receptionist or owner dia sangat friendly and talkative. Proses check in was easy. Bilik kami kat belah atas dengan harga AUD 100. Hostel ni jenis shared toilet, which the bathroom dekat bawah. Toilet biasa ada juga dekat atas tapi tak ada shower.


Bilik ia nice for me even aku dapat two single beds bacause I was late book this hostel and this is the only room available at that time. Bilik ni tak ada kipas tapi ada heater, which is very much needed at this season. Sejuk bak ang. Pijak lantai pun tak nak.

Comfortable lounge area


Kat hostel ni ada macam-macam facilities; lounge area, kitchen, dining hall & etc. Sangat selesa dan puas hati bagi aku.

Antara yang aku bawa dan beli di Woolworths.
So, malam tu, lepas mandi dalam kesejukan (wlaupun ada hot shower), kami pun masaklah nasi di kitchen yang disediakan. Masak nasi brahim, buat air vico panas-panas, makan waktu malam dengan cuaca yang sejuk, memang perfecto!


Lepas makan, lepak tepi fireplace yang disediakan sebab malam tu sejuk amat pulak, 10 degree celcius only. Ada a few travellers yang melepak juga kat dining tu sambil borak-borak. Dah puas dok situ, kami pun naik bilik, terus zzzzzzzzzzz...sebab keletihan yang amat.

Maka, habislah entry aku di Perth for day 1. Nantikan perjalanan aku di hari kedua pula. Salam!