Monday 27 February 2012

Bobi & Brownie Nama Diberi

Last 2 week aku yang mengada-ngada nak bela rabbit
sebab cuteeeee sangat-sangat
tapi bila dah bela tu, aku macam lost
ni gambar aku upload pics Bobi & Brownie untuk tayangan Oya, Teq and semua

 yang kaler Brown tu nama Brownie..Brownie ni betina..and Bobi tu jantan


 Brownie berselindung di sebalik Bobi

 aren't they cute?



 Brownie wat gaya sedih..

ni gaya nak serang aku

Aku ni bela rabbit untuk hilangkan takut
tapi memang takut juga
aduhai
akan ku cuba jadi lebih penyayang selepas nasihat Oya tadi
to Oya, thank you very much
Untuk sesiapa ada idea camna nak jaga binatang ternakan ni
amat-amatlah di alu-alukan

Thursday 23 February 2012

Memang Tak Sama

Cerita 1
Lepas sahaja graduation pada umur 25 thn, si A mendapat kerja dalam tempoh yang singkat di tempat tinggal sendiri.
tak perlu menganggur lama-lama.
dalam sedang bekerja, si A berkenalan dengan boyfriendnya.
Selepas 2 tahun bercinta, si A melangsungkan perkahwinannya.
Perbelanjaan perkahwinan di tanggung oleh pihak keluarganya.
Kemudian si A dan suami tinggal di rumah keluarganya. Tidak perlu mencari rumah sewa.
tak perlu memikirkan kelengkapan rumah.Tidak perlu membayar sewa rumah.
tempat kerja si A, si husband dekat dengan rumah yang dorang tinggal.
Kemudian si A mengandung, dan melahirkan anak.
Anak si A kemudian di jaga, di asuh oleh ibu si A sendiri.
Di rumah pun si A tidak perlu masak. Hanya makan yang di masak oleh ibunya atau pembantu rumahnya sahaja.
Si A hanya perlu pergi kerja, balik kerja.
Dapat gaji, beli kelengkapan anak-anaknya sahaja.

Cerita 2
Lepas sahaja graduation pada umur 25 thn, si B bersusah payah mencari kerja.
Sudahla menganggur dalam tempoh yang lama, beratus-ratus memohon kerja dari pelbagai sumber tapi masih belum dapat.
Bila si B mendapat kerja, tempat kerjanya pula bermasalah. Dilanda bankrup.
Si B kena memohon kerja lain lagi. Kemudian mendapat kerja di tempat yang jauh dari tempat tinggal.
Si B kena merantau. Kena mencari rumah sewa. Kena hidup berdikari. Semua masalah kena difikir sendiri.
Kemudian si B bercinta. Cintanya pula di landa masalah. Sekejap on sekejap off.
Akhirnya cinta putus di tengah jalan. Si B kemudian hidup sendiri tak ada boyfriend.
Selepas 3 tahun baru bercinta balik dengan kawan lama masa sekolah menengahnya.
Kemudian si B berkahwin dengan duit yang dikumpulnya setiap bulan.
Si B kena berpindah mengikut suaminya yang bekerja jauh di negara orang.
Si B dan suami kena mencari rumah sewa, kelengkapan rumah, pengangkutan dan sebagainya.
Masalah komunikasi, masalah budaya. Tiada saudara mara. Hanya mereka berdua yang mereka kenali.
Si B tiada pekerjaan. Hanya suaminya sahaja.
Si B kena mencari pekerjaan lain.
Kemudian si B mengandung dan melahirkan anak.
Si B kena menghantar anaknya ke nursery. Si B kena menyiapkan segala kelengkapan anaknya sebelum di hantar ke nursery.
Kemudian ke tempat kerja, dan balik dari kerja, mengambil anaknya di nursery.
Di rumah, si B harus masak untuk keluarganya.
Jika mahu pulang ke kampung,si B dan suaminya perlu memikirkan perbelanjaan tiket pulang dan belanja di kampung.
Gaji si B dan suaminya untuk rumah sewa, kelengkapan rumah, kelengkapan anak, tiket, etc.

Persoalan
Jika si A lebih berusia dari Si B, bolehkah si A mengatakan yang dia 'lebih makan garam' dari si B?
Adakah pengalaman hidup si A mencabar seperti si B?
Garam apakah yang dimakan oleh si A?

Si A memang tak sama dari si B.
Sama-sama kita renungkan dan selamat beramal.

p/s: Cerita 1 & 2 adalah benar benar belaka dan hampir sama melalui pemerhatian penulis.

Tuesday 21 February 2012

Rumah Hijau

Semalam kami semua keluar lunch kat Rumah Hijau @ Green House
salah satu tempat yang famous untuk makan
Layan pics je

the entry


 Sesiapa yang datang dari jauh tu, bole sign kat guest book tu

Interior rumah ni memang sangat nice & very welcoming
rasa macam dalam rumah sendiri je


delicious cake & puff

 staff pun pakai baju warna hijau

Masa kami pergi ni, ada owner of this restaurant tapi tengah bz berborak dengan customer
soft & simple je owner & looks very friendly


Antara menu yang sedap kat sini ialah Nasi Beriyani, Ayam percik, Nasi Ayam Penyet, Roti Cheese Coklat.
Tapi masa kami pergi ni tak ada nasi beriyani & ayam percik sebabnya menu tu tak disediakan setiap hari
So better call dulu kalau teringin nak makan makanan  tersebut

 A must try chocolate cheese cake

Aku ada ambil cheese cake tapi lupa nak snap gambar
sedap sangat cake tu

Almost all of us makan nasi ayam penyet..Harga RM8 sepinggan

Sesiapa yang belum mencuba & teringin nak mencuba or will come to Kuching one day
Boleh singgah makan kat sini.

Friday 10 February 2012

Review : Lie to Me

Hari tu masa tengah tekan-tekan cari channel best nak tengok
tertengok cerita ni kat KBS
kebetulan time tu baru episod 4
sempat layan 1 episod & macam best

Tak teragak-agak lagi terus kami beli original dvd
terus layan sampai habis
even ceritanya lebih kurang gabungan full house & my girl
tapi masih ada plot tersendiri

So for those yang belum layan & tengah tercari nak layan cerita apa
especially for huda
aku recommend cerita ni
ada 16 episod kesemuanya
Happy Watching guys!
Lie To Me

Cameron High - Day 2, Day Last

Early morning, lepas subuh, aku terus called akak aku
kejutkan dia subuh & ready for breakfast
while waiting for them to get prepared
aku and hubby saje ke luar hotel
amik angin kononnya2
tapi mak ai,...sejuk betol
memula aku nampak asap keluar dari mulut hubby
siap cakap 'abg merokok best la..nampak asap kuar'
he replied 'tuh..asap pun kuar dari mulut ayang'
aku terus excited..
hembus nafas kuat-kuat lagi
kesian..orang tak pernah jejak ke snow country
xkisah la..

lepas breakfast, kami decided nak ke strawberry farm
naik 1 kereta je sebab strawberry farm tu dekat sangat dengan hotel kami menginap

 little Muhammad


Farm ni terletak betul-betul bersebelahan dengan Rumah Persekutuan kat atas bukit
& kami antara orang terawal yang sampai

tips : datang awal ke mana-mana tempat nak pergi. senang parking & dekat dengan entry


masuk free je tapi kalau nak self pick strawberry ni, dia bagi bekas and price RM 25/bekas
bekas yang diberi pun bekas besar
kalau beli yang dia dah petik, bekas yang sama saiz, harga RM 15/bekas
beza la tapi experience petik tu tak ada la kan
disebabkan kami antara yang terawal, memang dapat petik yang merah ranum & besar-besar

sila susun strawberry cantik-cantik supaya boleh letak banyak-banyak
bila dah full, kami passed kat pekerja dia
dia siap cakap 'nice & terror pilih'
senyum bangga la kami




kami agak lama la kat sini sebab semua nak merasa self pick
lepas tu memang berduyun-duyun sampai ke farm
ada yang terus beli, ada yang self pick
selain tu ada jual cactus, bunga-bunga tanaman juga
aku tumpang ambil gambar je


dah siap tu, kami pulang ke hotel
bersiap-siap nak check out.
Aku sempat ke belakang hotel untuk bergambar-gaambar
then kami checked out jam 12pm
My room price was RM 256 including gov tax


Kami balik melalui Tapah road
So akan lalu Tanah Rata town dulu
On the way tu nampak signboard Taman Agro Teknologi
nak beli sayur segar jugak. padahal kat pasar malam dah beli
tapi nak jugak beli lagi


 Untuk budak-budak under harga pelajar. Tak perlu kad pelajar pun


Taman ni sangatlah besar dan luas
Siap ada ladang teh tapi kitaorang tak ada pergi pun
sebab nanti nak singgah jugak

 Ladang epal tapi sebiji epal pun tak ada


Macam-macam la ada kat sini
bole jalan-jalan and tengok-tengok









Letih berjalan, kami beli sedikit kat kedai Taman Agro ni
Lepas puas berjalan, perut pun dah lapar balik
kami pergi ke town Tanah Rata cari lunch
ada satu area food court tapi disebabkan ramai orang time musim cuti
makanan pun banyak habis
tapi kami makan apa yang ada

Dah kenyang, kami dah gerak nak balik ke KL
singgah kejap ke Cameron Valley
snap-snap pics kat ladang teh
kedai teh tu memang ramai orang la tengah menikmati fresh tea
Kitaorang just masuk kedai jualan je


Hubby beli mug & fridge magnet
Kami berdua bukan peminat teh
so beli nanti macam membazir tapi akak aku beli la
macam-macam flavor ada


Kami start turun dari Tapah road kol 330pm
pastu stop sambung beli sayur kat tepi jalan
Then berhenti solat kat pekan and arrived KL around 8pm

The next day tu, kami fly ke Kuching
Even meletihkan, tapi sangat fun sebab dapat spent masa dengan family sambil bercuti

Thursday 9 February 2012

Cameron High - Day 1

Cuti lima hari di semenanjung memang bermakna sangat
walaupun pendek tapi masih sempat aku pergi bercuti dengan family aku
tu pun secara tak sengaja

aku called akak aku bagitau yang aku nak pergi rumah dia
nak jumpa anak-anak buah jugak
sekali dia cakap nak pergi bercuti ke Cameron High
Aku pun apa lagik, mula la nak menumpang skalik
terus akak aku called hotel, tambah bilik
nasib available lagi

Pagi Ahad tu, kami gerak dari KL kol 930 pagi
berhenti breakfast kat R&R Sungai Buloh
around 10am sambung gerak ke Cam High
kami naik via Simpang Pulai sebab jalan besar sikit & tak pening-pening


 at highway

 at Simpang Pulai junction


 me & kakak

kat sini kami stop buang air + betulkan urat badan
and suhu kat sini pun dah dingin-dingin dah
tapi yang pressure sangat bila jalan jammed tahap tak leh cite

Start dari Kampung Raja sampai la ke hotel kami kat Tanah Rata tu
dalam 4 jam
Dari Kampung Raja ke Tanah Rata tu, 20km je kot
Kami kat Kampung Raja tu around kol 1pm, then sampai hotel 4pm
memang tak leh blah la
sebab on the way tu kan banyak kedai-kedai souvenir, strawberry farm la
so banyak keta parking tepi-tepi jalan je
menjadi punca kesesakan trafik Cam High yang 1 lane je tu

 jalan jem teruk..jalan kaki lagi laju..harap naik bukit je..kalau x, jalan je la

Kami check in Casa dela Rosa Hotel at 4pm
Dah cek in tu, rehat-rehat badan dulu, tidur, mandi & sembahyang.
Kol 630 pm kami keluar balik.
aku macam pelik plak bila kuar 630 tu, cerah lagi kat luar.
terbiasa kat Kuching 630pm dah gelap. Heehee

 in front of the hotel

Hotel ni in between Tanah Rata dengan Brinchang
Kami keluar nak ke Tanah Rata, terus nampak kedai makan steamboat.
Kitaorang terus stop kereta

depan kedai steamboat. sangat best. highly recommended

Masa kami masuk kedai ni, nampak meja semua fully reserved
tapi nasib pelayan dia bukakan satu meja untuk kami
Harga stemboat RM 23/pax excluding minuman ok

 air mestilah fresh strawberry. rugi la kan xmakan strawberry sampai muntah. memang best

 Sup, tomyam, pencicah memang best. Sume best.

Lama jugak kami makan kat sini, dekat 2 jam gitu.
Masa kami nak balik, makin ramai orang datang. Aku tengok, sampai sanggup tunggu table kosong.
Kami memang untung sebab datang awal.
Dah kenyang, kami jalan-jalan ke town Tanah Rata. Jalan pun dah smooth.

Sekali kami nampak kedai-kedai souvenir berderet kat town tu, terus kami stop.
Hubby berlagak cakap tak sejuk. Masa ni kol 8pm dah. Sekali, keluar je kereta, memang menggigil.

 Depan kedai strawberry. Anak buah aku suka la merah-merah pink ni.

Kedai aku shopping tudung

Aku plak bole shopping tudung 4 helai kat kedai ni.
Punya tak sempat nak shopping kat KL. Ok la. 
Shawl RM10 sehelai. Harga standard. 
Dah puas jalan-jalan kat town Tanah Rata, kami pergi plak ke Pasar Malam Brinchang.
Pasar Malam Brinchang ni bukak pada hari Ahad.
So memang rezeki kitaorang tapi dah nak sampai tu, memang jammed
Dengan parking tak de, orang rmai, kereta parking bersepah
Nasib kami nampak parking berbayar di belakang pasar malam tu.
Terus masuk tapi kena redah pasar tu sikit. Parking RM 3 per entry.
Murah la kan dari dok serabut parking tepi-tepi jalan tu.
Aku pun tak faham kenapa orang tak nak parking kat situ

Kat pasar malam ni, semua barang-barang Cameron ada kat sini
murah-murah plak tu
Aku beli fridge magnet, honey, dried strawberry
Hubby lak beli sweater. Kesian tak tahan sejuk.
Aku tengok, orang Cameron pun pkai sweater siap stoking lagi.
Suhu 18 degree kalau tak salah aku.
Akak aku & anak-anak dia beli macam-macam la. Tak yah cite.
Yang wajib, beli & makan terus strawberry celup coklat
makan sampai puas hati, sampai muak.

jagung madu

sweater cumel Hubby

Kami balik ke Hotel jam 11pm. Memang puas hati.
Masuk hotel pun sejuk lagi w/o aircond.
Aku tidur dengan 3 helai cardigan + stoking comel baru beli dari pasar malam tu.
Nyenyak sampai subuh.