Friday 13 January 2017

Persediaan ke Perth, Western Australia

Kali ini aku nak cerita travel aku ke Perth last September 2016. Travel sempena post birthday my-other-half. Nak celebrate masa birthday month dia tak dapat pulak sebab memasing busy. So, bulan September adalah bulan terbaik sebab semester baru start & of course no assignments, no quiz & no test yet. Lagipun, bulan September adalah musim Spring di Perth.

Kenapa Perth? Sebab dekat dan murah dan masih dapat merasa 4 musim. Perth ni terletak dekat Western Australia (WA). Ada cakap Perth ni is an isolated city on earth. Katanya ibu negara Australia, Canberra lagi jauh dari Jakarta, Indonesia. Tapi apa-apa pun, Perth masih ada keistimewaanya dan menarik ramai tourist Malaysian untuk pergi termasuklah aku. Walaupun Perth bukanlah mengalami 4 musim yang ketara, tapi kewujudannya masih ada. Sesiapa yang nak travel to Perth, kena tahu bulan-bulan terbaik nak pergi mengikut musim:


Tiket

Banyak airlines yang pergi Perth. Korang boleh google or pakai skyscanner sahaja tapi sebagai frequent flyers Air Asia, aku amik tiket AA sajo. Nak kata murah tak juga, nak kata mahal pun tak juga. Sedang-sedang jo sebab aku beli bukan time hot zero fare bagai tuh. Beli di kala tak tahu nak surf web apa, saje jenguk-jenguk AA, jumpa tiket Perth murah. Gitulah


Total harga tiket untuk 2 orang adalah RM1,652.12. Lebih kurang RM800 seorang. Tiket aku ni termasuk luggage 20kg pergi, 30kg balik, meals untuk 2 orang masa balik. Time pergi tak amik makan sebab tak selera weh nak makan pagi-pagi buta.

Insurans


Korang semua jangan lupa beli travel insuran. Dah banyak tragedi kat oversea pada orang tak beli insurans. Dulu-dulu aku pun tak beli, jimat duit kekdahnya tapi sejak banyak tragedi jadi kat oversea, aku insaf juga. Especially kalau trip jauh (lebih 4 jam) dan lama (lebih 4 hari). Ataupun beli jelah insuran walau kemana kita travel. Insuran untuk ke Perth ni aku ambil dari Kurnia Travel Supreme, harganya hanya RM26 untuk seorang. Murah kan compare apa-apa jadi, apalah sangat nilai RM26 tu.

Visa

Macam blog-blog lain juga, Malaysian perlukan visa untuk masuk Australia. Aku apply visa melalui email sahaja. Emel particular details (copy passport, mobile number, email address, home address, flight details, dan fees) kita kepada eta.australia@yahoo.com. Masa aku apply tu, person in charge dia nama Yusza. Sekarang tak pastilah siapa. Aku apply visa sebulan sebelum aku pergi dan visa ni valid selama setahun dari dia approve. Bayaran untuk visa ni hanyalah RM20/seorang.

List of Attractions in Western Australia

Ok, sebelum book accommodation or transportation, kat sini aku nak share sikit tempat-tempat menarik untuk dilawati kat Perth and WA. Sebab beberapa tempat memang sangat jauh dan amik masa berjam-jam dari Perth city, jadi kita tak boleh stay dekat 1 tempat sahaja. Lepas tu aku nak share kat belah west WA je. Sebab aku pun tak dapat nak cover semua.

City of Perth, WA
  • Perth City (PC) ::bandar macam Putrajaya, hahaha, seriously macam Putrajaya. Ada banyak je attractions macam Kangaroo, Park::
  • Fremantle - 40 minit dari PC ::pekan pelabuhan yang lama dan cantik & tempat makan fish & chips::

Belah ke Utara WA
  • Lancelin - 1 jam 30 minit dari PC :: Kat sini ada sand dunes; tempat sand boarding::
  • Cervantes - 2 jam 30 minit dari PC ::tempat Pinnacles, batu-batu yang keluar dari tanah::

Belah ke Selatan WA
  • Rockingham - 50 minit dari PC ::pulau kecil dinamakan penguin island, dapat tengok dolphins, sea lions, stingrays, pelicans & ospreys::
  • Mandurah - 1 jam 15 minit dari PC ::tempat untuk tengok Dolphin::
  • Burnbury
  • Busselton - 2 jam 30 minit dari PC ::ada jetty terpanjang dibuat daripada kayu::
  • Margaret River ::famous dengan lake cave dan vineyards::
  • Augusta - 4 jam dari PC ::ada lighthouse dan dapat tengok pertembungan dua laut::
  • Albany - 5 jam dari PC ::ada rock, beach, windfarm::

Aku dah summarykan beberapa tempat menarik yang ada di WA. So, terpulanglah pada budget dan masa masing-masing.
Transportation

Part ni susah sikit sebab kena tahu list of attractions and places to visit. Ramai orang sewa kereta dan ramai juga yang naik public transport. Sama juga dengan tempat nak stay sebab kebanyakan tempat-tempat menarik kat WA ni jauh-jauh, padanlah dengan peta Australia yang besar tu. 

Kalau jauh dari city ataupun korang berkeluarga atau dalam group ramai, maka korang perlu sewa kereta. Nak sewa kereta ada beberapa  list:
  1. Budget - pickup di airport
  2. Avis - pickup di airport
  3. Hertz - pickup di airport
  4. Aries car rental - pickup di perth city (aku booked yang ni untuk 3 hari)
  5. Bayswater car rental - pickup di airport or perth city

Tapi jangan terlepas untuk naik public transport macam bus dan train within Perth area menggunakan Transperth sebab ada yang free, lebih mudah untuk sampai dan menjimatkan especially untuk couple traveler macam kami. 😀. Kalau tak nak sewa kereta, ada  Transwa; public transport yang disediakan untuk pergi ke bahagian-bahagian lain di WA, yang jauh-jauh tu.

Accomodation

Untuk tempat tinggal, aku book 3 tempat berbeza. 2 malam di Perth City, 1 malam di Augusta dan 1 malam di Cervantes. Aku perasan, kebanyakan hotel di Australia ni jenis hostel. Camna tu hotel jenis hostel. Haha..susah juga nak explain. Ini jenis untuk trip budget macam aku ok. Bukan untuk golongan che ta. Hotel-hotel dorang jenis, bilik macam hotel tapi ada disediakan kitchen area and shared bathroom. Bathroom and toilet kat hujung blok. Maksudnya, kita boleh masak makanan sendiri tanpa perlu bawak perkakasan dari Malaysia.

Baca Blog & Website

Selain persediaan tu semua, aku juga wat preparation dengan study a few blogs and website untuk dapatkan macam-macam info. Ada beberapa web yang sangat helpful aku haritu.
  1. Facebook - join group private 'Tips cuti-cuti Perth'. Kat sini paling banyak membantu.
  2. Tripadvisor - sangat-sangat helpful untuk tanya sebarang pertanyaan sebab kebanyakan yang reply tu orang local Perth, so dorang memang sangat expert.
  3. Masuk lah blog-blog yang pernah pergi Perth, macam aku 😊
Ok, dah siap preparation, barulah senang hati nak pergi. Jomlah kita~~~~!!! To be continued.

Wednesday 4 January 2017

Welcome 2017


Sekali lagi kita dipajangkan umur melangkah ke tahun 2017. Buka lagi catatan baru dalam diari hidup kita.

Tahun 2016 sudah pun berlalu. Tahun yang begitu mencabar & banyak dugaan buat aku sekeluarga. Bukanlah tahun yang begitu baik untuk aku, macam teruk juga tapi banyak juga perkara baik Allah s.w.t bagi sebaliknya.

2016 merupakan 1 tahun penuh aku bergelar pelajar. Pelajar tua kekdahnya. Jadi, halangan jadi pelajar tua pun banyak, lebih-lebih komitmen kepada keluarga. Aku nak flash back life aku sepanjang tahun 2016.

Januari 2016 - aku & husband telah ke Hong Kong & Macau. Hong Kong satu negara (negara ke?) yang modern, menarik untuk dilawati. Macau bukanlah jiwa aku. Macau satu-satunya negara aku rasa dah tak minat nak explore lagi. Ok, itinerary & budget Hong Kong & Macau juga aku dah update dalam blog. Rajin-rajinkan baca & drop your comment ye.

Februari 2016 - Biggest test from Allah to my husband. Since oil & gas industry was veryyyyyyyyy bad, his company was also affected. So we all struggle for new opportunity. Masa ni everything cut down. Scaryyyyy weh.

Mac 2016 - My dad got minor operation but all of us memang very worried since he got manyyyy history about his illness. My dad pernah operate by-pass, pastu dengan insulin injection, dengan umur yang dah tua, so little issue pun memang bahaya sangat for him. We all took care for him sepanjang dia kena warded.

April 2016 - We were supposed to fly to Pattaya & Bangkok, Thailand but we cancelled it. Macam aku cakap, dugaan current economy, yang teruk lebih-lebih lagi bidang O&G, kami terpaksa cancel je tiket tu walaupun aku sedeyyyyyy. Mujurlah kami tak book any hotels pun lagi. Lagipun both of us were so busy with class & assignments.

May 2016 - Kami buat short trip to Cameron Highlands, sebab aku cakap kat to husband, we cover back our missed trip to Pattaya & Bangkok dengan pergi local trip. #dekatje. Lagipun, since aku balik dari Sarawak, kami belum pernah ke mana-mana via road trip ni. So, Cameron High was the best option sebab dekat dari KL. Tapi, Cameron sangat panas masa bulan ni. Tak sejuk langsung.

June 2016 - Ramadhan & both of us were busy with final examination.

July 2016 - Eid Fitri. Alhamdulillah, masih dapat bermaaf-maafan dengan family & friends.

August 2016 - Oh aku struggled short semester. Memang tahap crazy habis. One month aku tidur tak menentu. 4-6 am baru tidur. Mostly. Aku memang ignored habis life. Tapi dah cakap sorry dengan husband, terpaksa focus study sebab thesis writing dah start masa ni. Memang crazy sebab dalam sebulan je kena siapkan 3 chapter. Nazak! Paling kritikal, muka aku penuh jerawat. Seriously scary. Semua tegur. Aku dah la stress dengan writing, tambah stress jerawat naik kat muka.

September 2016 - New semester started so basically, kelas & thesis boleh slow down. So, we took this opportunity to travel to Perth, Australia. Ostolia beb. 1st orang putih country I ever visited. Alhamdulillah, the trip went smoothly. Insya-Allah aku update little by little. Lepas tu, untuk setelkan jerawat, aku juga kena mandram dengan klinik Dr Ko. Klinik nak bagi kulit cantik tu lah. Hurmm... Nantilah kalau rajin aku cerita kosnya.

October 2016 - Dugaan bertamu kembali. Mommy aku warded sebab dengue. At the same time, my nephew pun warded sebab denggi. Both warded, sebab dengue. My sister busy jaga my nephew. My mommy tak ada orang jaga. So, me & my another sister emergency balik to take care of my mommy & nephew. Oh, my dad ni dia ada memory lost sikit-sikit. He only can take care of himself. Tu pun mujur bibik ada tolong masak & uruskan rumah. Eh, memang chaos habis time ni. Seminggu dorang warded, aku balik jagakan mereka. Lepas dorang discharge, my sis pula kena warded sebab dengue. Sah umah aku tu black area! Kami puas pikir celah mana Aedes ni membiak. Sebab memang tak ada air bertakung tapi doktor cakap nyamuk dah mutant. Apa-apa tempat pun dia membiak.

The worst part, aku balik KL seminggu, aku pula warded dengue. Sakitnya, Allah je tahu. Seminggu kena tahan. Muntah, berdarah, semua ada. Warded dengan temperature 41 celcius. Itupun setelah telan panadol. Aku warded kat KPJ Kajang je. Dekat dengan rumah. Doktor yang treat aku tu handsome juga tapi hensemnya tak mampu nak merawat hati aku yang membuak2 nak balik rumah. Merayu wei nak balik tapi dia tak kasi. Huh! Last-last dia promised satu benda, kalau aku tak demam dia bagi balik walaupun platlet aku makin drop. Haha. Hari ke-8 aku dapat balik, tapi lemah amat. Panjat tangga memang tak, pegang hp pun tak mampu. Masa ni, mommy aku pula datang KL jagakan aku. Sedih wei. Tak sangka masih dapat merasa tidur bawah ketiak mommy aku, masih dapat merasa mommy aku suapkan makan walaupun aku dah jadik bini orang. 2 minggu lepas warded pun aku belum betul-betul baik. Aku rasa sebulan juga baru badan betul-betul sihat. Hilang 5kg! (suka tapi sengasara)

November 2016 - My thesis progress was wayyyyyy behind schedule since aku sakit. Mujurlah SV aku very considerate. Tapi aku terpaksa speed up data collection & writing sampai end of the month.

December 2016 - Viva, final examination, assignments & thesis submission! Hidup aku bergelumang dengan benda-benda ilmu duniawi. Supposedly bulan December jadi bulan faveret aku tapi for the first time aku tak suka bulan ni. Orang lain semua bercuti sana sini, shopping sana sini, kami laki bini tarakkkkk. Dua-dua sibuk dengan study masing-masing. Genap hujung tahun, aku settle semua study aku. Maksudnya aku dah boleh convooooooooo! Alhamdulillah. Tinggal my husband je masih kena further study for another semester.

So, tahun ni, 2017 merupakan a new start for me. Banyaknya nak buat dalam life, berjaya atau tak je kan. Banyak lagi impian belum tercapai. Lagi-lagi, satu impian besar buat kami sekeluarga. I always believe, that moment, that time will come to me. InsyaAllah, akan dimakbulkan. Impian lain, mestilah untuk travel ke negara-negara lain yang belum aku explore. Semoga lebih banyak travel, lebih bersyukur aku pada tuhan yang satu. Ok, lah, tu je...Salam~~~!!!