Thursday 18 August 2011

Buffet Ramadhan Pt 2

3rd place i went was Wadihana Islamic Kitchen, Bangi.
Location : Bandar Baru Bangi, dekat dengan masjid Bangi, parking free
Starters : variety of traditional and modern kuih. 

ni antara jenis kuih yang ada..dan banyak lagi

Menu : Nasi minyak/nasi arab (yang pasti warna kuning), daging, ketam masak pedas, udang goreng, ayam, isi ikan, sayur brokoli campur carrot masak carbonara, spaghetti, ulam-ulaman, sup, mee goreng mamak, mee kari, kambing golek, meatball (better than Ikea) and etc.




Air : Air laici, sirap, soya, ABC, teh tarik.
Harga : RM 48++/nett, kids 1/2 price (for year 6 and above), below 6 is free
Advantage : very nice place, food sangat best

Comments : All the menu sangat best, memamng tidak mengecewakan. Dari kuih, main menu, air, semua sedap. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur as kadang-kadang kids tak makan macam makan kita so, dorang ada macam-macam pilihan nak makan kat sini. Macam anak buah aku jenis western sikit, so memang tak ada masalah bila dia tak nak makan nasi. Kedai ini memang famous dengan western tapi semua staff, tukang masak are muslims.

Suggestion : Memang patot pergi, patut cuba, value for your money, confirm tak menyesal. Aku even kenyang  dan memang menikmati sangat-sangat. Boleh dicuba banyak-banyak kali.

Wednesday 17 August 2011

Buffet Ramadhan Pt 1

Salam Ramadhan
Walaupun Ramadhan sudah masuk ke hari 17 tapi masih belum terlambat aku nak ucapkan salam Ramadhan kepada semua umat Islam seluruh dunia
Semalam mummy, papa and kakak telah berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah
sedihnya aku tak dapat hantar mereka ke airport as annual leave aku telah maximum
hope dapat jumpa bila mereka kembali
aminnnnn

oh this entry untuk aku share beberapa tempat buffet ramadhan yang telah aku pergi sepanjang bulan ramadhan yang mulia ini

1st place : Sekinchan Ikan Bakar at Kota Damansara
Location : nearby to Giant Kota Damansara, parking was easy and free
Starters : kuih agar-agar & kurma
Menu : beberapa jenis ikan bakar, udang goreng, kerang bakar, kari daging, 
sup ayam, bubur nasi dan beberapa jenis ulam-ulaman
Air : air sirap (manis gila), air kosong & ABC
Harga : RM 40++/nett
Advantage : Surau provided
Comments : Makanan sangatlah biasa, tak variety, rasa pun memang biasa, xbest la bagi aku.
Bila kami semua nak ambil ABC, ais dah habis, 
so dorang replace dengan air buah tapi air buah tu manis gila-gila.
sampai separuh pun aku tambah air kosong, masih terasa gulanya, rasa buah hilang, 
last-last, air khasiat yang aku mintak, dapat kencing manis pulak..hihihihi
Suggestion : not at all (no offense)

2nd place : Bora Ombak, Ampang
Location: Next to Soprts Planet Ampang, parking was easy and free too
Starters : Variety of kuih, kuih tradisional, kuih moden, agar-agar, kurma, kebab
Air : Air limau, air buah-buah campur, air sirap, air kosong, ABC
Menu : Ikan bakar, lala, siput sedut, udang masak merah, ayam bakar, and western
Price : RM 48++/nett
Advantage : ada live band, the place was nice, boleh request makan in a hall or 
dekat pondok-pondok yang ada. tempatnya ala-ala Bali gitu
Comments: makanannya sangatlah biasa, best pun tak, tak best pun tak. 
Makan untuk alas perut buka puasa boleh la, tapi nak enjoying the foods tu tak ada.
Air lemon yang aku ambil tak rasa apa, rasa macam air paip. Air sirap je kot yang boleh telan. ABC sedap.
Siput sedut best tapi spicy sikit, lala xbest, ikan bakar xbest, ayam bakar pun xbest. 
Western aku tak rasa, so no comment.
Suggestion : no, but for the 1st time maybe boleh, lagipun citarasa kita berbeza (no offense)

Tuesday 9 August 2011

Kota Singa Pt 2 [2010]


Second day, after check out kt hotel jb, kami masuk Singapore dengan 1 kereta je.
1 kereta lagi tinggalkan untuk mummy & papa guna buat pergi rumah sedara kat JB.  
Kami gerak pun almost noon sebab semalamnya tido lambat. 
Dalam kereta kami penuh la dengan barang-barang & orangnya skali. 
Kakak aku telah memborong dvd cetak rompak kat JB, sekali bila part custom tuh, kena tahan.
Cuak gila, sebab kantoi dvd pirate. Kitaorang bagitau dvd tu just for ourselves and not for sale, 
baru dorang lepaskan. Kalo tak, sure kena tahan, kena saman.
Kalau la kena saman, sure menyesal tak sudah.

Ok 1st place, kakak aku nak bawa anak-anak dia masuk zoo. 
Kami 3 beradik yang lain yang tak nak pergi zoo terpaksa ikut sampai zoo, 
then took a cab to Sentosa Island.
Kali ini aku pergi as a tourist guide. Ye la sangat padahal bukan tau sangat pun.

dengan niece & nephew before dorang masuk zoo

Kami masuk ke Underwater World Singapore.
Que punya la panjang. Price dia tak payah cerita la.
Sekali bila kami masuk dalam tu, memang menyesal. 
Dengan ramai orangnya, panasnya. Sungguh la xbest. 
So please, highly not recommended datang sini.
Memang Aquaria KLCC lagi terbaik.


Next aku bawak kakak and adik aku main luge lagi. Aku pun join skali.


Then kami pergi tengok 4D movies. kena que selama 1 jam kot.
Sampai adik aku give up dan letih.
Tapi memang best & worth it. Yang ni highly recommended.

Petang tu kami masuk Johor by taxi and I left my camera in a taxi!
Warrghghhhhh....stress!
Kalau la aku jumpa, rasa macam nak mintak memory card je ngan uncle cab tu. 
Dia nak ambil camera pun tak apalah. Yang penting kenangan tuh. Sob sob sob.
Ni la akibat percutian ad hoc. Memang dari awal sampai balik, macam-macam jadik!

Thursday 4 August 2011

Kota Singa Pt 1 [2010]

Aku pun tak tahu la kenapa aku ni suka sangat pegi kota singa ni.
Bukan pergi untuk shopping, pergi untuk jenjalan je.
This time aku pergi with my family. 
At 1st, kakak aku la nak pergi shopping sana
Katanya shopping masa new year sangatlah murah.
Apa yang murah, barang apa yang murah pun aku tak tahu sebabnya aku tak ada duit..heeeeee. 

Sekali adik aku, family kakak aku, mummy & papa pun nak join skali la.
Adoyai..terpaksa la kami pegi time 2nd Jan instead of 1 Jan. 
Banyak betul dugaan nak pergi Johor sebabnya travel ad hoc camni. 
Akak aku dengan baru nak renew passport la, kereta abang ipar aku pulak pancit tayar kat Melaka.
Mummy papa aku pula xbawak passport. Tinggal kat Kelantan. Dah tu passport xboleh buat sesuka hati.
Kena bawak passport lama kalau nak buat passport baru and 
advice here: please keep your passport in safe. Jika hilang, kena pergi angkat sumpah tau.

Ok, bila kami dah selamat sampai kat JB, kami tinggal kat hotel nearby to Danga Bay.
Malam tu, around kol 12mlm, kami terus masuk ke Singapore.
Anak-anak buah aku kena tinggal dengan atok & nenek dia kat hotel.
Ini malam orang age 18 & above je boleh masuk. Ceeeewahhh...
Masuk by car and kami round in Singapore using GPS only.

1st place was Hard Rock Singapore.
Purpose bukanlah untuk pergi tengok show, kami pergi shopping baju sahaja.
Then kami jalan-jalan sekitar Orchard Road. Sebab HRS tu kat area Orchad Road je.

camera pun xberapa canggih hasil gamba pun xberapa canggih juga la

2nd place was Mustafa. Mustafa ni kalau korang masuk, tempat dia MasyaAllah..bersepah.
Barang Original (ye la, dorang kan tak ada tiruan) tapi longgok-longgok (part jeans, Levi’s, Hugo, Lee). Macam kat Mydin tempat kita tapi ni lagi teruk kot. 
Barang punya ratus-ratus tapi nanti korang beli dapat dalam supik/plestik jah. Haha..
Yang aku suka sebab barang dia memang murah compared to us. 
Coklat, perfume, gajet-gajet, bag, etc la. 
Rambang mata siot. Masa ni mula la nyesal tak bawak duit.

Then kami makan kat mamak sebelah Mustafa. 
Harga of course double la tapi layan je la sebab dah lapar kan.

 ni la mustafa

Kami masuk Johor balik jam 4 am!

Monday 1 August 2011

Cuti Ke Jakarta dan Bandung - Day 1

Trip kali ini ialah Jakarta --> Bandung --> Jakarta again.

Day 1 (July, 2011): Kuala Lumpur > Jakarta > Bandung

Tiket pergi ke Jakarta kali ni dibeli oleh Mr Hubby masa bulan Nov 2010. Sebelum kami kahwin lagi..wah-wah memang excited dia nak hanimun dengan aku

Tiket memang murah sebab two way flight untuk 2 orang plus 30kg luggage each was only RM300. Hubby aku ni memang terror carik tiket, aku pulak terror planning+hotel etc. Flight macam biasa kul 7 am dari LCCT selama 2 jam arrived 805 am at Soekarna Hatta International Airport.

Lepas immigration custom etc, kami amik blue bird taxi untuk ke Tanah Abang. Dah prepared siap2 untuk amik blue bird cab. Takut kena kencing nanti. Kat sini sebenarnya ada bus direct ke Bandung. For those yang memang nak direct ke bandung, tak perlu la ke Jakarta city. Tapi sebab aku nak juga jejak kaki kat Jakarta city, aku dengan Hubby pergi ke Tanah Abang dulu sebelum ke Bandung.

Dalam cab tu, the driver was nice. Dia explain ada 2 route nak ke Tanah Abang. Dia tanya nak choose yang jammed ke, yang tak jammed tapi kena bayar tol. So hubby decide amik yang tak jammed+tol. Duit tengah tebal lagik kan ;p total RP 100,000 ++ juga. 


Aku ingat dekat la airport ke Tanah Abang tu, sekali sampai Tanah Abang cun-cun kol 10 pagi. Semua kedai dah buka. Sebenarnya jalan kat Tanah Abang tu yang memang sesak gila.Yang all the way nak sampai tu, tak adalah teruk sangat.

Dalam Tanah Abang, Jakarta
Sebab kami punya plan nak ke bandung lepas ni, kami heret la trolley bag tu bersama-sama. Hamik ko, sapa nak kisah?Orang kat situ pun macam-macam gaya, so tak ada orang kisah pun. Aku dengan hubby aku panjat semua floor kat situ dengan heret beg masing-masing. Aku sempat shopping telekung travel, jubah, etc. Pastu semua aku sumbat dalam beg trus. Senang.

Dah letih shopping kat situ, kami amik lagi blue bird cab pergi ke  Stasiun Keretapi Gambir. Stasiun ni dekat je la dengan Tanah Abang. Aku tak ingat brapa Rp time ni. Memula kitaorang nak pergi ke Hard Rock Jakarta dulu sebelum ke Stasiun tapi malangnya driver taxi tu tak tahu pulak kat mana. Aku pulak tak ada search nama jalan kat situ. Ingat semua driver tahu la tempat glamour macam tu. Rupanya tak. So korang better search bebetol nama tempat, nama jalan, building sekitar semua.

Kat stasiun (stesyen in Malay), aku agak macam KL Sentral la cuma tak semodern tu. Kat sini ada train intra city, jarak dekat-dekat, ada train inter-city, yang antara Bandar-bandar besar, ada bus, ada taxi macam-macam destinasi. Tapi aku dengan hubby dah decide nak naik train je untuk ke Bandung. Tapi bila sampai kat situ, aku dengan hubby blur weh. Tak ada information counter. Yang aku nampak, ada banyak counter yang orang dok berbaris nak beli tiket. Tiket nak pergi mana pun aku tak tahu tapi ramaiiii sangatlah orang dia. Haiyakk

To Bandung with train
Lastly kitorg baca papan je kat atas counter tu. Pas tu ada dua agen yang sama, destinasi yang sama tapi counter yang berbeza. Sumpah sampai sekarang aku tak faham nak que kat counter yang mana satu. Kami decide que kat tempat mat saleh que juga. Kami kan tourist juga. Muahaha

Sampai kat counter tu, dia cakap tiket dah habis. try counter lagi satu. Haprak la. Hubby dah cemas. Aku biasa la. Wat-wat tenang sebab aku yang plan kan. Kami pergi la queue lagi satu counter. Nasib ada tiket tapi kol 4 petang. Lambat gila tapi terpaksa la. Dah tak ada tiket lain. Kitaorang amik business coach. Hehe. Tak mahal pun dari yang standard tu.

Gila nak buat apa kat situ. Kami dah malas nak pergi tempat lain sebab dah letih+beg besar.
So kami makan je kat stasiun tu. Kat sini semua ada. Surau, kedai-kedai makan, kedai runcit, kedai roti. Semua kedai aku masuk. Hahaha

Dalam business coach train to Bandung from Jakarta
Akhirnya train yang kami tunggu pun sampai. Aku dengna hubby layan tidur je sepanjang perjalanan just dekat-dekat nak sampai tu aku dok bebel kenapa lama sangat. Takut terlepas stasiun, aku suruh hubby aku tanya coach attendant dia. Actually ada announcement je setiap next stesyen, tapi sebab aku tak berapa dengar+tak berapa faham, nak tak nak ke rajin bertanya.

Kami sampai lebih kurang kol 8 malam. Bila kami keluar je dari stasiun tu, ramai la supir-supir datang menyerang. Offer nak hantar ke semua destinasi. Kami amik je sebab dah letih sangat. Aku booked Orange Homes dari agoda.com. Sampai je terus cakap nama Hubby aku. Sekali receptionist tu kata bilik dah full. Eh? Then owner keluar. Dia explain sebenarnya memang dah full dalam agoda tu tapi webmaster agoda tak update menyebabkan aku salah sorang yang berjaya booked bilik yang dah fully booked. Camna tu?

Punya baik owner tu, dia dengan baik hati telah booked motel lain untuk 1 malam. Sebab bilik untuk kami hanya available besok harinya. Owner tu siap suh kami choose nak pilih Orange Homes ataupun stay je kat hotel lain tu tapi dengan rate berbeza. Kami cakap nanti kami decide. Owner tu siap hantar lagi kami ke motel yang satu lagi tu dengan avanza dia. Tempat tu best Cuma macam sunyi sikit. Asalnya rumah tapi direnovate jadi hotel. Tingkat atas sekali rumah owner. Bole?

Hotel in Bandung
End of day 1. Hari yang panjang lagi memenatkan. Disebabkan terlalu letih, kami makan McD je malam tu. Kami minta owner Orange Homes tolong callkan pakai Hp dia, then siap delivery ke bilik kami lagi. Kelas gitew! Owner Orange Homes was very-very kind. Thanks to him. Before tu, kita preview sikit photo semasa di Bandung.

Pasar Baru, Bandung

Pasar Baru, Bandung

Lunch at food court, Pasar Baru, Bandung

at Tangkuban Perahu, Bandung

Jetset Factory Outlet, Bandung