Wednesday 19 November 2014

Jogjakarta Day 4 - Taman Sari & Amanda Brownies

Hari keempat di Jogjakarta kami tak ada misi sangat just menghabiskan aktiviti sebelum pulang. Pagi selepas breakfast di hotel, kami jalan kaki ke jalan utama untuk naik beca. Macam biasa kena pandai nego harga. 9.00 pagi kami ke Taman Sari. Entrance fee untuk Taman Sari ialah IDR 10 K seorang. Ada tour guide yang menanti pada sesiapa yang nak menggunakan servis mereka. Kami menolak baik, sebab nak pusing-pusing sendiri. 

Taman Sari ini adalah salah satu tempat yang boleh dilawat kalau di Jogjakarta tapi tidaklah sebegitu besar. Dahulunya Taman Sari ni tempat rekreasi keluarga kerajaan dan tempat sultan serta gundiknya beristirehat tapi kini tempat ni dah kosong, jadi tempat pelancongan.

Seni ukiran di dinding

 

Dalam bilik ada bilik dan bilik



 ada photo-shoot model


Sekejap sahaja kami menghabiskan masa di Taman Sari ni. Keluar dari Taman Sari, driver beca kami memang dah setia menunggu. Kami minta pulang. Tapi sebelum tu, on the way ke hotel kami, singgah dahulu di Amanda Brownies. Amanda Brownies memang dah famous kalau di Bandung dan dia ada buka cawangan di Jogjakarta ni.



 Kuih-kuih lain yang dijual selain brownies


Brownies yang kami dah makan separuh sebelum balik. Hik hik hik

Brownies dia memang sedap sangat. Setahu aku, ada juga orang jual brownies ni di Malaysia. Kami banyak juga memborong brownies. Habis shopping brownies, kami request hantar balik ke Jalan Malioboro. Nak shopping souvenirs dulu. Beca kami bayar dengan IDR 50K. Kami malas nego dan bayar sahaja sebab misi nak menghabiskan duit rupiah. Tapi kalau korang, sila nego lagi murah dari ini.

Pusing dahulu shopping souvenirs mana yang patut kat Jalan Malioboro.



Habis shopping, pulang hotel, pack barang. Kami gerak ke Adisujipto Airport dengan taxi. Taxi ni kami dapat masa dia hantar customer ke hotel kami duduk, terus kami book untuk dia hantar kami ke airport. Jangan lupa untuk ready airport tax IDR 100 K seorang. Flight kami ke KL jam 2 petang dari sana dan sampai di LCCT jam 5.20 petang. Bye-bye Jogjakarta sehingga ada masa jumpa lagi. Kalau nak repeat ke Jogjakarta pun maybe untuk ke Dieng Plateau. Overall cost aku ke Jogjakarta? Aku belum sum up. Kalau ada masa, ruang dan peluang, aku cuba update. Kalau tak, terpaksa korang add sendiri dari setiap pembacaan yang aku tulis ni.

Tuesday 4 November 2014

Jogjakarta Day 3 - Goa Pindul & Sighseeing

8 pagi pergi Goa Pindul. Rupa-rupanya jauh juga dari hotel kami di Jogjakarta. Sampai tertidur-tidur dalam kereta nak sampai ke Goa Pindul.
Pakej kami ambil : IDR 400,000 (IDR 110 K seorang & IDR 180 K untuk camereman)

Layan gambar je

 Explaination tentang pakej yang ada. Kami tak ambil Caving Si Oyot sebab masa akan jadi lebih lama. Kami just ambil Cave Tubing Pindul & River Tubing Oyo


 Dalam weh sungai ni. Tak Tahu berapa meter ke bawah. Air hijau kot. Ready nak masuk gua.

Actually dalam ni gelap gelita, tapi lighting dari camera yang canggih tu, semua pun nampak terang.



 Sepatutnya boleh berenang kat belakang kami tu, tapi aku bajet tak nak basah badan.

 Transfer ke Sungai naik mini van ni. Bersesak-sesak dengan tube sekali.

 Ready for adventure. Kebetulan baru lepas hujan, jadi air sungai keruh.



 Basah lencun juga aku akhirnya.


Dah selesai 2 aktiviti ni, kami kembali ke tempat asal. Kat situ ada bilik mandi untuk tukar baju & sebagainya. Caj mandi = IDR 4 K , caj sabun = IDR 4 K & caj parking kereta = IDR 5 K.

12 tengah hari baru selesai aktiviti kat sini, kami request pulang semula ke hotel. Nak dijadikan cerita, laki aku ada conference meeting. Aku pun stress juga. Time holiday juga la mat saleh company laki aku tu nak wat meeting. Kami tiba di hotel 1.30 petang. Meeting dia start jam 2 petang. Kami minta driver tunggu di lobi hotel je. Aku expect sekejap je la kan. Kot-kot jam 3 petang dah setel, tapi meleset sangat expectation aku. Dah la dia tak nak diganggu, aku kena keluar bilik hotel.

Aku naik roof top, usha view. Ada swimming pool tapi mood nak swimming tak ada sebab pagi tadi pun dah lencun kat Sungai Oyo. Mood aku dah swing masa ni sebab plan jenjalan terpaksa tukar. Dah la tak dapat pergi ke Dieng, pastu kena tukar plan sebab laki aku meeting.


Lapar sangat, order lunch kat cafe hotel. Mujur sedap. Sejuk hati.

Boring lagi tunggu, aku siap skype dengan family aku kat Malaysia. Mujur internet lain kat hotel ni superb. Supir pun layan tidur dalam Avanza. Dalam 4.30 petang baru laki aku setel conference meeting tu. Memang lewat sangat dah nak jenjalan ni. Ingat nak ke pantai tapi takut sampai pantai dah lewat, supir cakap pergi tengok barang-barang silver. Kami follow je.




Aku beli 2 brooch ni dengan IDR 176 K

 Balik dari kedai silver tu, last stop beli ole-ole dari Jogja.


Malam kami dinner di Pizza Hut di Jogja Mall. Total dinner IDR 200 K

Tuesday 14 October 2014

Bahagia Memberi & Saling Menerima

Salam..

Tajuk entry kali ni penuh berperibahasa gitu
Aku nak kongsi pasal kejadian hari ini
Betapa cepatnya Allah s.w.t itu nak memberi balasan (ganjaran)

Pagi & tengah hari tadi aku ada memberi (bersedekah) kepada colleagues
Niat ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t
Tak disangka-sangka, petang tadi sebelum balik kerja,
2 orang colleagues yang lain bagi 2 benda (sedekah) pula kepada aku.

Betapa mudahnya rezeki itu datang jika kita lebih memberi.
Alhamdulillah...
Lebih banyak sedekah, lebih banyak yang kita dapat

Tu je perkongsian dari ustajah aku

Friday 26 September 2014

Jogjakarta Day 2 - Candi Prambanan & Excelso Malioboro Mall

Dari Gunung Merapi, kami terus ke last tempat jalan-jalan untuk hari ke 2 iaitu Candi Prambanan. Masa ni dah nak petang sebab keluar dari Gunung Merapi dah jam 3 lebih. Jam 4 petang baru sampai di Candi Prambanan.

Ini luar kawasan Candi Prambanan. Tiket pelancong luar di sebelah kiri, pelancong tempatan di sebelah kanan.

Bayaran tiket masuk untuk ke Candi Prambanan bagi foreigner ialah USD 18 (RM 58) seorang. Kat sini macam kat Borobudur juga, diberi kain untuk penghormatan masuk tempat suci. Candi Prambanan adalah untuk mereka yang beragama Hindu.

Peta Candi Prambanan. Candi paling besar tu nama Siva Temple, manakala kiri kanan Brahma & Vishnu Temple.

 Candi Prambanan yang diberi taraf world heritage list number 642

Dari luar gate sebelum masuk ke Candi Prambanan

Muka dah keletihan sebenarnya tapi senyum itu wajib

 Siva temple yang under construction.

Dari satu temple ke temple yang lain

Waktu petang ni dah tak ramai sangat orang datang jalan-jalan. Kami pun tak larat nak masuk semua sebab letih naik tangga turun tangga. Dah puas shooting gambar sendiri, ada announcement untuk ansur-ansur keluar dari kawasan temple sebab temple dah nak tutup.

Dari luar. Slow-slow keluar dari area temple.

Kawasan dari luar temple sampai la ke gate keluar sangatlah besar. Ada tempat-tempat jual, ada mini zoo & yang paling best, ada disediakan surau. Sebab dah kelewatan, kami terus solat jamak kat situ. Mudah. Balik hotel dah malam. Sebab perut kelaparan, kami makan ayam bakar yang kami tapau time lunch untuk alas perut.

Malam tu kami lost idea nak dinner kat makan, kami terus ke Malioboro Mall. Kat situ ada beberapa kedai makan tapi kami makan di Excelso sebab nak makan light-light je.

Order air & Cheesy Nachos for our dinner

Yang hubby suka sebab kedai ni dalam mall tapi bole smoke. Camne tu? Resto ni tak ramai orang pun, & servis pun baik. Environment menarik, dapat borak-borak, rilek-rilek, bincang masa depan. Hehehe. Total dinner tak ingat sebab lupa nak rekod. Hihi.

Kat foyer mall ni ada jual-jual local produk. Menarik sebab design lain berbanding yang jual kat sepanjang Jalan Malioboro.

Balik dinner, kami terus pulang ke hotel sebab keletihan yang amat dah berjalan sehari suntuk. Nanti sambung day 3 kami di Jogjakarta.

Wednesday 24 September 2014

Jogjakarta Day 2 - Bale Kambang & Gunung Merapi

Keluar je dari Candi Borobudur, kami berhenti lunch masa on the way nak ke Gunung Merapi. Nama kedai tu Rumah Makan Bale Kambang. Supir yang suggestkan.



Syok dapat makan kat atas tasik

Ayam bakar, tempe & telur dadar

Masa order makan tu punya la lapar. Order sorang satu. Sebab tak tahu kuantiti banyak mana. Lastly bila dapat terkejut kami. Banyak betul. Makan tak habis pun. Siap tapau. Makan ayam sepinggan je. Tapi ayam bakar kat sini memang sedap bangat. Menjilat jari. Sangat puas hati lunch kat sini. Bagus supir kami. Total kami makan kat sini IDR 100,000.

Lepas lunch, kami ke Gunung Merapi. Salah satu gunung berapi yang masih aktif. Jauh juga perjalanannya. On the way tu supir lalu di kawasan nama Sleman. Tempat ni jual banyak buah-buah salak. Kata supir harga buah salak disitu IDR 45,000 untuk 1 kg. Tak tahu la mahal ke murah sebab kami tak berhenti pun.

Rasa dingin je kat sini..dingin sebab nak hujan je pun ;p

Parking di area Gunung Merapi. Gunung Merapi sebenarnya lagi jauh. Ntah berapa kilometer dari tempat ni. Rasanya masih 5km dari gunung. Mana bole pergi dekat betul-betul bawah gunung. Gunung tu aktif kot. Tapi tempat ni boleh bawa kita pergi ke tempat paling dekat dengan gunung. Macam mana nak pergi?


Dah sampai kat sini, takkan nak tengok dari jauh gitu je kan. Memula plan nak tengok gitu je tapi bila discussed dengan hubby, dia cakap dah alang-alang datang, pergi la tengok lebih dekat. So, kami decided nak amik tour guna Jeep. Jeep ye, kenderaan biasa tak dapat sampai.

Ada banyak route. Route pendek, menengah dan panjang. Kami ambil route pendek.

Setiap route berbeza jam dan berbeza harga. Kami ambil route pendek je. Harga sewa Jeep+driver ialah IDR 300,000 iaitu (RM 100). So let's.

First stop. Dulu tempat ni empangan. Jadi sumber air. Now dah kering, bergunung. 

 2nd stop. Museum mini. Gambar kat frame gambar sebelum letusan gunung.

Lembu yang tinggal rangka je. Rumah ni dahulunya rumah orang. So, bila letusan tu, dorang buat mini mesum. Siap ada jam dinging yang xmusnah sebagai bukti waktu letusan tu. Kesian sangat

 Sepanjang jalan. Ni batu-batu dari letusan Gunung Merapi

On the way. Rupa jalan dari letusan gunung berapi.

Jeep kami. Time ni mendung nak hujan. Kabus nak hujan bercampur asap dari batu.

Kawasan ni masih dapat rasa bahang dari lava letusan gunung berapi. Dah 4 tahun letusan terakhir tapi bekas lava tu masih terasa. Asap masih keluar dari celah-celah batu. Walapun dah hujan, panas, hujan, panas tapi lava dari 4 tahun tu masih mengeluarkan asap. Dasyat.

Aku merasa asap keluar. Tak berani pegang batu. Melecur kot kepanasan.

Kalau nak sampai ke sini, better pakai kasut ye. Kalau pakai selipar tu memang bahaya. Tapi mujur aku biasanya kalau travel prefer kasut dari selipar. Tengok tempat nak pergi. Kalau pergi pulau, pantai, pe kejadah pula nak pakai kasut kan. Hehe.

Lepas dari tempat asap keluar dari batu tu, kami ke tempat paling tinggi atau paling hampir dengan gunung merapi. 

Dah sampaidi tempat paling hujung, hujan turun dengan lebat. 

Kami berteduh kat gerai makan sambil tunggu hujan reda. Patutnya akan nampak Gunung Merapi kat sini tapi sebab kabus yang tebal, Gunung Merapi pun hilang disebalik kabus-kabus. Tempat ni agak jauh dari base kami mula naik. Driver siap walkie talkie lagi dengan base takut kami trap kat sini dan tak boleh turun. Kena tunggu hujan reda sikit baru dapat bergambar & mula perjalanan turun.

 Inilah tempat yang seperti kat frame gambar aku ambil tu. Lepas letusan, 100% berubah rupa tempat ni.

Kami bergambar juga walaupun dalam hujan. Driver belikan kami rain coat.


Ini last stop sebelum balik ke base. Batu ni bentuk muka orang kan. Batu ni tercampak dari Gunung Merapi.

On the way balik pun masih hujan rintik-rintik. Habis air hujan masuk dalam Jeep sebab jeep tak ada dinding. Mujur ada juga rain coat. Almost 1.5 hours spent masa untuk short tour ni tapi sangat-sangat berbaloi. Dapat merasa naik Jeep. Adventure gitu pastu macam buat free massage pun ye juga. Vibrate satu badan sebab lalu jalan berbatu-batu. Hehe.

Dari Gunung Merapi, kami ke Candi Prambanan. Tunggu on next entry ye. Thanks for reading!