Tuesday 3 December 2019

Bercuti Solo ke Gold Coast & Melbourne Australia selama 8 hari 7 malam - Part 3

Okay untuk Part 2 boleh klik sini

Day 5 (10 September 2019): Australia Post - Fly to Melbourne - Hostel Checkin


Lepas subuh saya tak dapat tidur, subuh awal. Saya ambil peluang untuk morning walk tepi pantai Surfers Paradise. Kedai memang masih tutup tapi tepi pantai ramai yang exercising. Joging kebanyakannya or dog-walking. Angin pagi sejuk pagi tu memang mendamaikan. Hari ni saya akan terbang ke Melbourne pula. Tiba masa untuk tinggalkan Gold Coast. 

Balik dari pantai. pagi ni saya breakfast macam biasa di hostel. Makan toast & cereal yang hostel sediakan. Lepas tu saya ready to check out. Check out before 11 am. Timing saya just nice. Before balik, saya sempat singgah di Australia post untuk post postcard kepada beberapa orang kawan.


Then saya beli tiket one way sahaja untuk ke airport dan tak gunakan Go Explore Card sebab tak berbaloi. Sebelum tu tepi sahaja tram station Cavill Avenue, ada kedai souvenir. Sempat lagi saya memborong fridge magnet dari situ.

Dari situ, dengan luggage saya dah bertambah berat, saya naik tram (Cavill Avenue Station - South Broadbeach Station) then tukar bus ke airport. Sampai awal juga di airport.

Flight saya jam 2:00 pm, selepas urusan drop luggage, saya solat di surau. Ada surau yang convenient di Gold Coast Airport.

Di Gold Coast airport, Minta stranger ambilkan gambar

Kat dalam, airport agak busy. Saya fly to Melbourne on time cuma saya ada ralat dengan service Virgin Australia. Saya tak diberikan refreshment apa-apa pun sepanjang 2 jam 40 minit flight tu. Can u imagine? Saya sepatutnya dapat je tapi maybe the flight attendant tengok I'm muslim, he hesitate. But he supposed to ask me right? Tak apalah. Ikutkan hati nak je report to Virgin Australia but I don't want to exaggerate this.

Saya sampai di Melbourne Tullmarine Airport Terminal 3 jam 4:30 pm, tunggu luggage. Kat sini tak perlu lalu imigration dah sebab saya kira domestic flight. Lepas ambil luggage, saya terus naik SkyBus ke Melbourne city. Oh rugi. Saya nampak sign besar tulis Melbourne. So next time kalau sampai Tulmarine Airport, jangan kalut naik skybus. Pergi photo dulu kat sign 'MELBOURNE'. Jarak Melbourne airport to city lebih kurang 23km sahaja. Tak jauh pun. Skybus akan stop di Spencer Street Station. Macam KL Sentral juga lah. Tapi belah basement. Jadi perlu naik ke atas untuk ke ground.

Saya kena ke Southern Cross station untuk naik train untuk sampai ke hostel saya. Masa ni lebih kurang jam 5:30 petang di Melbourne. Orang ramai balik kerja. Can u imagine, orang semua jalan laju nak balik, kejar train etc and saya pula blur tak jumpa Southern Cross Station. Masa ni rasa juga nak nangis tapi at the same time sempat lagi nak ambil gambar. 😆

Dalam cuak tu, saya sempat call someone, a friend of mine yang pernah datang Melbourne. Too nervous maybe. Lepas cakap tu, saya bertenang juga, saya follow crowd. Saya rasa for sure dorang akan pergi ke Southern Cross station. Memang betul sangkaan saya. Actually saya tak study sangat pasal transportation Melbourne ni sebab tak faham sangat. 😒

Bila sampai kt ticket counter, saya beli lah Myki Card (macam Touch n Go). Termasuk topup credit tapi tak ingat berapa. Saya cakap saya 4 hari kat sini. So orang ticket tu je suggest untuk topup berapa. Actually, from Southern Cross Station to my hostel taklah jauh. It's just 1.6 km tapi menapak dengan luggage is very impossible.

Saya boleh naik free tram tapi kena tukar-tukar tram barangkali and saya tak begitu familiar lagi plus orang sesak baru balik kerja.

Saya tanya je orang kat mana platform patut saya naik. Dah naik train pun, walaupun satu station, saya tanya lagi orang dalam train, is this the right way to Flinders Station? Sebab hostel saya betul-betul opposite Flinders Station.

Dah sampai kat Flinders Station. Nak gi hostel tak tahu camna lagi tapi bergambar dulu lagi penting

Dah sampai Flinder Station, saya blur lagi. Which exit nak pergi. Map dekat handphone tak begitu membantu waktu tu. Dari exit, saya rasa saya dah follow lane yang betul, sekali salah pula. Lagipun ada construction kat area situ. Mujur saya tanya orang lalu lalang kat situ masa tengah stop kat traffic light. Disebabkan saya solo, saya memang kena rajin bertanya orang. Mujurlah Australian ni baik siap tunjuk lane yang betul, sanggup dia patah balik dari arah dia nak pergi. Saya rasa di Melbourne lah saya paling banyak tanya dengan local.

Around 6:30 pm baru saya check-in di United Backpackers. Betul-betul sebelah Flinders Station. Penatnya! Lapar gila pula tu. Mujur saya tapau pizza semalam. Saya cepat-cepat letak beg kat hostel, buka beg, and turun ke kitchen and reheat my pizza. Ahhh heaven makan pizza dengan segelas hot milo.

Bilik berempat saya. I like everything about this hostel. Highly recommended

Kitchen area at United Backpackers Melbourne

Malam tu saya sempat lagi keluar selepas selesai shower untuk try naik free tram. Lagipun esok saya kena berkumpul kat satu tempat untuk tour GOR. Jadi saya pergi cari kat mana tempat tu and feeling macam mana malam di bandar Melbourne.

Day 6 (11 September 2019): Tour Great Ocean Road (GOR)- 12 Apostles & Loch Ard George- Kebab

Tour GOR saya dah beli ticket siap-siap melalui Groupon Australia oleh AmazingVacationsAustralia. Harga asal AUD99 tapi dapat diskaun AUD50. Alhamdulillah. Pagi ni saya keluar lewat. Shit! Lewat pulak. Saya dah nervous sebab kena sampai awal jam 8am. Pagi tu sejuk, pastu saya kena naik free tram tapi waktu orang busy gi kerja, maka saya kena bersesak-sesak dalam tram dengan locals.

Saya sampai di office AmazingVacations tu cun-cun je. Ramai orang dah beratur & dorang dah groupkan siap-siap ikut trip. Bila saya sampai sahaja, terus tour leader suruh kami bergerak ke tempat bas yang dah tunggu. Suhu pagi tu memang sejuk. Less than 10 celcius. Saya memang pakai winter jacket.

Saya tengok ramai couple and family group tapi ada juga sorang dua yang solo macam saya. Maka saya senyum sahajalah. At least bukan saya seorang yang solo.

Tour leader kami chinese. Sebenarnya saya nampak this agency memang belongs to Chinese pun tapi tak apalah. Dalam bas, tour leader explains in 2 languages. Memula chinese and English. Dia ada terangkan juga rules semasa tour ni.

Great Ocean Road ni sebenarnya bukan tempat tau. Dia adalah jalan tepi pantai. Macam kita lalu highway tapi tepi pantai and view pantai yang cantiklah. Tips: Sila duduk sebelah kiri dalam bas.

First stop kami ialah Chocolate Factory pada jam 10:00 pagi untuk ke toilet and buy chocolate. Stop untuk tandas kat sini sahaja sebelum next 4 hours trip jadi kena clear tank siap-siap. Tapi ramaiiiiiiii betul, termasuk chinese tourists la kan. So up to yours la nak guna toilet or not. Saya mujur tank masih kosong. Saya gunakan kesempatan beli hot chocolate kat sini sebab belum sarapan, tapi I'm not a chocolate lover. A cup of hot chocolate drink is a misery for me. Dah tu sepatutnya tak boleh bawa air dalam bas.

Antara dessert yang dijual tapi tak sesuai pula nak makan pagi


Beli hot chocolate drink at Chocolate Factory. Dia bagi free extra melted chocolate atas tu

Then along the way to 12 Apostles tu lah bas akan melalui GOR. Jalannya bengkang bengkok and boleh bikin penumpang pening. Tour leader ada juga cakap suruh makan pil muntah or pening pada sesiapa yang tak tahan.

And bus akan stop for a while dekat 1 pit stop di GOR for picture. Masa ni jam 11:30 pagi. Ada lah kebetulan seorang penumpang kami ni, Malaysian tapi dah jadi Canadian, anaknya memang berani sikit. Teenage, biasalah. Sepatutnya kitaorang dibenarkan bergambar tepi pantai je, tapi dia berani pergi ke tengah sikit. Masa dia pergi tu, ombak datang dengan kuat. And hit her. Terus lencun & kasutnya hampir hanyut. Everyone was shocked at that time. Takut dengan dia-dia hanyut. Masalahnya musim sejuk ni, dia basah, memang menggigil. Kesian. Mujur mak ayah dia ada bagi extra jacket for her.


Bergambar sekejap. Sinilah this girl kena serang dengan ombak sampai basah

The view along GOR

Around 12:30 pm, bus stop kat kawasan Great Ocean Walk, Apollo Bay for lunch break. Tapi by ownself. Saya dah bawa roti & tuna siap-siap. Beli tuna kat woolsworth je tapi pure pulak rasanya. Tasteless. Makan ajelah. Dah makan, saya memang wuduk kat public toilet & solat kat tepi pantai. Tersorok sikit sebab tak nak orang nampak & terkejut pula.

Bas menerukan perjalanan dan lebih kurang jam 2:15 barulah kami sampai di 12 Apostles ni. Masa sampai tu, saya ada minta beberapa tourist yang lalu untuk ambilkan gambar saya. Tapi sebab susah juga sebab dorang pun nak bergambar sesama group dorang, so I approach this solo guy from my group. Indian. Saya minta dia ambilkan gambar saya and saya offer untuk ambilkan gambar dia.

Sambil-sambil tu kena lah berkenalan. Sebab saya nak lock dia as temporary photographer. Haha. Dia pun faham, cakap barter system eh. Ok lah. So saya ada la kawan masa kat 12 Apostles ni. Namanya Rahul. Eh lupa saya nak cakap nama saya Kajol. Hehe. He works with film industry, datang Melbourne untuk discuss script for next indian film.

at 12 Apostles with Rahul next to me. Aduiii


Next bus akan pergi ke Loch Ard George. Kat sini saya masih minta Rahul teman and ambilkan gambar. Ingat dia ni kerja film pandai juga ambil gambar tapi nampak gayanya, saya terpaksa ajar dia angle good photos. Suka lah dia saya ambil gambar dia lawa-lawa. Catatan: masa kami tukar-tukar ambil gambar, ada sorang mat saleh approach & offer nak ambil gambar kami berdua. Ah sudah. Dia ingat kitaorang kapel kot. Terus si Rahul ni cakap sure. Eh?


at Loch Ard George

Those who don't jump won't fly. Eh?

Photo taken by Rahul

Jam 4 petang bas pun mula bergerak untuk pulang ke Melbourne City. Bus stop sekejap di mana entah untuk toilet. Kalau korang lapar, memang kena sediakan snack sendiri ye. Kalau tak straving teruk.

Bas sampai di Melbourne City around jam 8 pm, and stop di tempat yang sama. Masa turun tu, Rahul ajak saya minum tapi saya menolak dengan baik. Saya cakap saya tak 'minum'. Kami berpisah di situ sahaja. Saya terus on google maps and mencari hostel untuk balik. Tapi disebabkan lunch tadi hanya makan sandwich tuna yang tasteless, saya perlu cakap comfort food malam ni.

Jumpalah kedai Melbourne Kebab and Pizza nearby to my hostel. Saya makan kat kedai tu juga tapi saya kecewa teruk dengan rasanya. Kebab saya tu RM45 tau sebungkus tapi rasanya, aduh memang tak sedap kat tekak. Tapi saya push makan tak nak gastrik sakit perut. Kebab tak dapat saya habiskan dan tinggalkan sahaja di situ. Serik saya. Kesimpulannya, jangan makan kebab di Melbourne. Hehe

Saya balik ke hostel, dan terus tidur sebab dah kepenatan sangat seharian di luar.