Tuesday 15 August 2017

Bercuti di Siem Reap 4 Hari 3 Malam - Part 2

Ok, jom sambung hari ketiga dan hari keempat kami di Siem Reap, Cambodia.

Day 3: 9 May 2017 / Tuesday

Pagi ni kami dah bagitahu Nasri untuk gerak lewat sikit. Sebab tempat wajib pergi, Angkor Wat dah pun kami jelajah semalam. Kol 8 pagi tu kami breakfast kat hotel saja.

View depan room kami

Basically, breakfast kat hotel ni bukan jenis buffet. Ada 2 choices sahaja, American Breakfast or Cambodian Breakfast. Both pun kami tak dapat makan sebab non-halal menu. Tapi kami ambil American Breakfast excluded meat (ham/sausage). Nak roti dan telur sahaja. Cuma breakfast preparation ni slow sikit. Jenguh kami menunggu. Aku order half boiled eggs, tapi dapat hard boiled eggs. Redha sahajalah

Simple but healthy breakfast. Gitew. Kenyang ke tak belakang kira lah.

Jam 8.30 am, Nasri dah ready tunggu kami luar hotel. Pagi ni kami sepatutnya ke Lotus Lake then ke Tonle Sap Lake tapi disebabkan sudah lewat, Nasri cakap kami ke Tonle Sap Lake.

Tonle Sap Lake

Jaraknya memang jauh dari hotel kami. Mujurlah tuk-tuk Nasri ni guna motor cc besar sikit. Bukan motor 125 tu. Maka, dapatlah Nasri memecut laju memecah tanah gambut kat Siem Reap ni. Boleh tahan terloncat-loncat kami kat belakang. Jalan tak berapa nice kekdahnya.

Kami akan ke Tonle Sap Lake, satu tasik yang besar gabaknya. Kalau tengok dalam map Cambodia boleh nampak size tasik ni. Yang boleh menghubungkan sehingga ke Phnom Penh. Tasik ni dah rupa macam laut dah.

Cara nak ke Tonle Sap Lake ni kena menggunakan boat dan of course naik boat kat jeti. Caj boat ni aku tak tahulah tapi kalau berdua mahal juga. Maka Nasri dah cari geng dia, mana-mana yang nak ke lake sama dengan kami. Bila share murah sikit. Kami dikenakan caj hanya USD 10/pax.

At the jetty untuk ke Tonle Sap Lake. Kiranya belakang aku tu dah tasik dah.

Kami pergi dengan Nasri and another group from Malaysian bersama driver tuk-tuk dorang. So, dalam satu boat tu ada 8 orang termasuk driver. Tapi driver tu tak fasih Malay maka Nasri lah yang tukang explain pada kami semua.

Kanak-kanak mandi riang. Masa ni air tasik kering sebab musim kemarau.

Kat tasik ni ada 1 floating village. Penduduk sini tinggal rumah atas boat. Rumah mereka dibuat atas pelampung supaya sentiasa terapung.

Sekolah terapung di Tonle Sap Lake. Masa kami sampai, budak sekolah ni tengah beristinjak. Kelas kau dik.

Basically macam ni lah rumah mereka. Habis makan campak je dalam tasik. 

Nothing much activity kat Tonle Sap Lake ni. Just pusing-pusing dengan boat tengok perkampungan terapung ni. Then boat akan stop kat satu kedai minum atas tasik ni.

Seluar tu aku beli kat Old Market. Ada yang tanya sebab tu aku inform sini

Ada buaya untuk dimakan. Hehe. Buaya peliharaan.

Ada makcik ni dengan anak-anak datang berjual kot.

Ni ha pemandangan seluruh tasik

Dah habis pusing tasik, kami kembali semula ke daratan. Basically, bayaran USD 10/pax tu untuk pusing-pusing sahaja. Mujur Nasri join sama. Sebab katanya, kalau tak ada local Combodian, nanti tourists semua diminta bagi sedekah kat golongan unfortunate ni. Macam seguni beras gitu. Ala-ala zakat fitrah pulak tapi sebenarnya itu sindeket semata-mata sebab beras tu tak sampai pun kat mereka.

Around 10.30 am tu kami dah habis pusing Tonle Sap Lake.

Lotus Lake / Lotus Farm

Kawasan ni memang terkenal dengan penanaman Lotus Flower ni. Padahal Lotus Flower ni national flower of India and Vietnam tau. Tak ada kaitan dengan Cambodia pun tapi bunga ni banyak faedahnya ye anak-anak pembaca sekalian.

Ada untuk tujuan makan, tujuan pakaian sebab boleh jadi benang dan tujuan keagamaan. Maka penanaman Lotus ni adalah salah satu sumber rezeki penduduk di kawasan ini. Dengan bayaran Riel 4,000 / USD 1 for 2 pax, anda boleh menikmati keindahan kawasan Lotus ni.

Kekdahnya waktu aku sampai ni boleh tahan suhunya. Panas ceng-ceng.

Cantik tak?

Owner tanah ni tak heran pun masa kami sampai. Suka hati kami nak bergambar cmna pun. Dorang sibuk dok hadap lunch dorang.

Nampak mini huts kat hujung tu. Tambah sikit bayaran, anda boleh berehat kat hut tu sambil makan-makan.

Kami dan Nasri. Nasri is the best. Knowledgeable.

Lovely and beautiful Lotus

Eh sekejap ajo kami menikmati keindahan tasik lotus tu. Bergambar sahaja, tak ada nak lepak-lepak kat hut sebab takut katak & pacat. Heeeeeee.

War Museum

Dari Lotus Lake, kami ke War Museum pula. Punya jauh War Museum ni. Sebenarnya lokasi War Museum ni dekat dengan airport. makanya, macam berpatah semula kami ke arah airport sana. Nak wat camna. Nasri tak dek cakap apa-apa pun.

Entrance War Museum

Apa yang bestnya, war museum ni terletak dalam mango orchard. Cumanya ketibaan kami tidak disambut oleh sape-sape. Haha. Ko ingat ko menteri? Bukan apa, kalau kau mat saleh, ramai tau guides kat dalam museum ni yang willingly nak explain story kat korang. Tapi bila ko lahir Melayu, maka ko kena redha ko tak dilayan seperti mat saleh.

Sendu dan sentap jugaklah. Bukan kami tak mampu nak bayar tips tu. Nak cakap tak faham omputih, melampau sangat. Sepanyol pun aku reti cakaplah. Eh racist juga depa ni. Bukan apa, kalau ko tengok review kat Tripadvisor, memang ko nampak high rate musuem ni. Majority cakap sebab ada guide yang story tapi aku rasa nak bagi rate 1 star je.

Bayaran untuk museum ni adalah USD 5/pax. RM 45 juga lah untuk 2 orang kan bila dah convert duit Malaysia tu. Tiket ni beli kat travel agent yang Nasri dah bawa kami sebelum sampai ke museum ni.

Sebab tak ada guides nak story, maka kami explore sendiri sahaja


Setiap senjata yang dijumpai masa Khmer Regime tu akan dikumpul di sini dan masih berlangsung hingga kini.

Kan  aku dah cakap. Kebetulan masa kami datang musim mangga. So aku nampak mangga lebih menarik dari alat perang tu.

Tengah hari tu lapar mencanak kan, so kami decided untuk lunch di Backpacker Restaurant je sebab Nasri nanti dapat lunch free situ. Banyak juga menu kami order sebab light breakfast je pagi tadi. Total lunch kami around USD 12 juga.


Lepas lunch, kami minta Nasri hantar kami ke hotel. Kol 1 pm tu kami dah sedap beraircond dalam bilik. Kami rest and rilek je sampailah 6 pm. Then kami minta Nasri bawa kami semula ke Old Market sebab my mom nak juga souvenirs dari Combodia. Katanya dulu-dulu my brother pergi Phnom Penh ada beli silk untuk dia. Memang best pakai.

Maka gigih aku ke Old Market cari best silk. Silk ni ada banyak jenis juga. Ada murah ada mahal. Ada ori ada tiruan. Mana satu pun aku tak tahulah tapi aku beli juga demi bondaku tercinta. Pastu kami beli juga fridge magnet for our own souvenir.

Muslim Family Restaurant

Habis membeli di Old Market, dinner malam tu kami request pergi kedai makan lain selain yang kami pernah jejak. Maka Nasri bawa ke restaurant sebelah Backpacker Restaurant, namanya Muslim Family Restaurant. Jangan salah paham na. Muslim Family Restaurant and Muslim Family Kitchen adalah 2 restaurant yang berbeza.


Muslim Family Restaurant ni terletak betul-betul masjid di perkampungan muslim di Siem Reap ni. Tapi masa kami datang tak ada customer langsung. Mungkinkah belum dinner time? Entahlah. Aku pun tak tahu. Tapi kedai ni ramai juga orang famous pernah datang termasuklah arwah MB Kelantan, Nik Aziz Nik Mat tu. Datang buat korban kot.

Total dinner kami malam tu was USD 15. Lepas dinner, kami minta Nasri stop sekali lagi kat Asia Market untuk jalan-jalan beli jajan. Hiks. Then balik hotel, zzzzzzzzzzzzz. Itu sahaja aktiviti di hari ketiga kat Siem Reap.

Day 4: 10 May 2017. Wednesday.

Jam 8 am kami breakfast kat hotel, dengan menu yang sama. Kami ambil American Brekfast excluded ham/sausage. Then my hubby request for extra egg to replace with ham/sausage but they gave us fruits instead of extra eggs. Boleh la.

Habis breakfast sambung rilex kat hotel lagi. Memang nothing much activity kami buat kat Siem Reap ni. Jam 12 pm kami check out and request Nasri to send to to airport dah. Flight kami ke KUL jam 2.55 pm.

Angkor National Museum

Cuma sebelum kami sampai airport, kami minta Nasri stop kat depan Angkor National Musuem. Just untuk aku check in dalam apps. Haha. Tak masuk pun sebab macam tak berminat dah nak masuk museum lagi.

Then kami sampai airport tu awal juga lah. Aku bayar Nasri dengan USD 40 seperti dijanji tapi Nasri nak return USD 10. Katanya kami tak kemana-mana sangat. Tapi aku tolak, cakap tak pelah. Sedekah je. Maybe itinerary korang tak pack macam kami, korang boleh minta discount lagi dengan Nasri.

Pastu terkejutlah kami berdua tengok suasana airport Siem Reap ni kat departure area. Tak ada souvenirs shop or coffee shop pun. Ada 1 kedai restaurant Malaysia kat situ tapi jual non halal. Menu dia memang pork semua gituh. Hubby ajak minum kopi je tapi aku tak nak. Entahlah. Tak selesa kot.

Then aku call Nasri, tapi tak angkat pula mamat ni. Agaknya sibuk merempit atas jalan nak balik tidur kot. Hish,...kalau cepat kami call, sempatlah juga suh dia patah balik bawa kami ke kedai makan dulu. Tak lama lepas tu, Nasri call aku balik. Oh, FYI, aku memang buat roaming sajo. Nasri cakap dia dah kat town tapi dia dapat je datang balik untuk ambil kami. Tapi rasa bersalah menyelubungi hati dan perasaan kami. Kah kah. Tak jadi suh dia pickup semula. Nasri cakap airport tu memang tak ada kedai halal. Maka, redha lah kami.

Air segelas pun kami tak dek. Then bila dah check in, rupa2nya kat departure hall tu, banyak je franchise shops dalam tu macam Burger King and Costa Coffee. So, we decided to drink coffee and hubby ordered Veggie Salad kat Costa Coffee tu. Kekdahnya flight lama lagi, then kami pun agak kebulur dah. Order kat situ untuk alas perut dulu.

Dalam flight balik ke KUL, kami memang dah prebooked meals. Makan lah kami dalam kapal. Tepi aku tu ada sorang aunty, dia tegur aku since aku baca novel omputih kot. Tanya aku holiday dengan sape & etc2. At first aku ingat aunty tu Chinese, rupa2nya Malay la bila dia tunjuk video cucu dia dalam hp dia. Sebab apa aku ingat aunty tu Chinese? Biarlah rahsia. Ekeke. Tapi dia datang holiday dengan anak bujang dia. Mujur aku dah kahwin. Eh? Then ada juga dia bebel, katanya nyesal datang Siem Reap lama-lama. Boring, tak ada apa. Macam regrets benar.

Kesian aunty tu. Maybe dia expect banyak tempat shopping macam KL kot. Memang Siem Reap ni tak membangun seperti KL tapi of course Siem Reap ni ada its own charm kan. For me, aku suka je sebab aku dapat tengok building, architecture, peoples and of course other cultures. That's why I love to travel. I try to enjoy and love every places I walk into. Repeat or not, it's another story. So far aku belum pernah repeat tempat aku pergi, maybe rasa adventure tu dah tak ada kalau repeat. Lagipun banyak lagi tempat yang belum aku explore.

Ok, tu sahaja perkongsian aku ke Siem Reap selama 4 hari 3 malam. Nanti aku share budget dan itinerarynya. Thanks for reading. Kalau sudi, please leave your comments below.