Sunday 21 April 2013

Travelog Umrah - Sekitar Madinah

Selain bersolat di Masjid Nabawi, Madinah adalah tempat yang terbaik untuk membeli buah tangan. Kata ustaz, nak beli kurma, buah-buah, kacang-kacang, semuanya di Madinah. Bangunan di Madinah sekitar Masjid dan hotel lebih terususun dan terancang. Tidak seperti di Mekah yang sedikit terabur & berbukit-bukit.

Jadi bila di Madinah, aku tidak melepaskan peluang membeli sedikit buah tangan tapi tidaklah menjadi 'saudagar' pula. Biasa untuk jemaah bila pergi 1 beg, balik 3-4 beg. Tapi aku berazam untuk tidak menjadi jemaah biasa. Jadi jemaah luar biasa. Beli setakat perlu.

Suasana shopping di Madinah sedikit happening. Biasanya penjual buka 'kedai' kat depan dataran Masjid Nabawi selepas asar. Suka sangat. Ada macam-macam.

Suasana selepas asar di depan Masjid Nawabi

Perjalanan dekat ke hotel pun jadi jauh sebab banyak berhenti-henti. My MIL la beli untuk semua cucu-cucu anak menantu.

Pada pagi selepas selesai masuk Raudhah, sebelum waktu Zuhur, aku dengan hubby sempat berdating ke tempat yang orang tak pergi. Kalau dari pintu depan ke masjid Nabawi tu, terus je sampai ke jambatan. Crowd local arab kot selalu datang dari arah situ, so aku ni sebab jenis nak tahu, aku ajak laki ke situ.

Taraaaa! Aku dihidangkan dengan very tame pigeons

Hadis:
"Dan aku mengharamkan Madinah di antara dua tanah hitamnya, jangan dipotong pokoknya dan jangan ditangkap binatang pemburuannya"

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Tidak ada orang melakukan kejahatan kepada penduduk Madinah melainkan mereka akan binasa sebagaimana garam larut di dalam air"

Seronok sungguh tengok merpati jinak ni. Ada jual bijirin untuk merpati ni tapi aku tengok banyak je kat dataran sampai tak termakan. Ada orang arab masa aku lalu ni, dia sebut 'syyhh' je, merpati ni terus terbang. 

Then kami nampak deretan kedai-kedai. Ada macam-macam. Tapi local kita tak ada pun. Aku dengan laki aku je kot time tu.

Ada kedai jubah, kedai makan arab pun ada

Hubby sempat beli jubah "Haramain". Jubah tu kualiti bagus. Material kain jenis tebal sebab sebenarnya jubah tu untuk winter season. Sesuai la sebab Madinah kan sejuk sikit. Murah juga sebab tak de customer kan. So boleh minta diskaun yang kita nak. Hehe. Aku tak beli apa-apa pun. Jubah hitam pun banyak yang menarik.


Then kami jalan-jalan sekitar hotel. Aku beli kacang, coklat, balance-balance kurma (sebab sebelumnya dah beli kat dataran di Bukit Ainain). Kurma, kacang lebih murah disekitar hotel berbanding di Ladang Kurma. Oh jangan lupa beli coklat kurma. Ada coklat kurma dengan almond, ada coklat kurma dengan hazelnut, ada macam-macam. Semua sedap. Aku beli sekotak satu. Ralat sebab tak jumpa olive oil. Ustaz beli kat Ladang Kurma, aku eksyen tak nak beli sebab takut mahal. Sekali cari kat area hotel, dah tak de jual. Uwawawa.

Kubah masjid tengah buka selepas solat Subuh

Alhamdulillah aku dapat tengok kubah masjid terbuka secara live. Memula ada cakap, teringin nak tengok kubah terbuka. Selalu tak perasan. Asal tengok je dah buka. Tak pun dah tutup. Tak perasan bila terbuka tau tertutup. Allah makbulkan permintaan aku. Dapat tengok secara live. Patut la tak perasan sebabnya memang soundless sungguh. Prosesnya sekejap je. Less in a minute.

Depan gate depan Masjid Nabawi. Belakang tu ada orang jual-jual quran untuk diwakafkan.

Antara kedai sekitar hotel di Madinah

Hari ketiga di Madinah, selepas solat Zuhur di Masjid Nabawi, kami bersedia untuk bertolak ke Mekah untuk menunaikan umrah. Kami mandi sunat umrah di hotel je. Sedih hati nak meninggalkan Madinah. Insya-Allah ada rezeki lagi, kami akan datang.

Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang mampu untuk mati di Madinah, hendaklah dilakukannya. Sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepada mereka yang mati di Madinah"

Friday 19 April 2013

Travelog Umrah - Masuk ke Raudhah

Kali ni aku nak berkongsi bagaimana aku dapat masuk ke Raudhah. Alhamdulillah, selama 3 hari di Madinah, aku dapat masuk ke Raudhah sebanyak 2 kali. Bagi muslimin, memang tak ada masalah sebab dorang boleh masuk pada bila-bila masa kecuali jika Raudhah dikhususkan untuk muslimah. Raudhah untuk muslimah hanya dibuka selepas solat subuh, selepas solat zuhur dan selepas solat isya'. Dua kali aku masuk ke Raudhah adalah selepas solat subuh. Rasanya selepas ini aku nak cuba selepas solat isya', mungkin lebih lama dapat berada di situ. Insya-Allah.

Kalau dulu dapat masuk ke Raudhah & dapat ke makam Rasulullah tapi sekarang makam dah ditutup. Muslimah memang tak dapat lalu pun even depan gate. Yang dapat lalu hanyalah muslimin. Mungkin beberapa sebab tapi salah satu sebab yang aku tahu katanya takut umat Islam ni jadi khurafat pula bila di makam Rasulullah. Takut berdoa minta pertolongan macam-macam. Walhal doa itu hanyalah semata-mata kepada Allah s.w.t.

::gate depan makam :: pic from google::

Aku masih bersyukur dapat masuk ke Raudhah. Kata ustaz, bila kita jejak kaki ke Masjid Nabawi pun Rasulullah dah tahu kita datang. Cuma bila di Raudhah, boleh kirimkan salam kepada Rasulullah dari diri sendiri ataupun yang dikirim daripada ahli keluarga mahupun rakan-rakan.

::pic from google::

Raudhah : satu tempat yang kecil di dalam Masjid Nabawi yang besar. Luasnya hanya besar sikit dari court badminton. Jaraknya adalah dari makam Rasulullah (dahulunya rumah Banginda) ke Mimbarnya. Merupakan satu tempat mustajab berdoa. Seluruh umat Islam dari pelusuk dunia akan cuba masuk ke Raudhah. Tempat ini dipanggil taman-taman Syurga sebab tidak pernah sunyi dari orang melakukan ibadat. - dari pemahaman diri sendiri dan merujuk kepada buku Madinah Munawwarah.

Lokasi Raudhah : di bawah kubah hijau & laluannya hanya dibuka bila tiba waktunya. Jika tak, kita pun tak tahu macam mana laluan sebab akan ditutup dengan penghadang untuk waktu-waktu solat. Jika waktu untuk ke Raudhah, penghadang dibuka & tape plastik akan pasang sepanjang laluan.

Jadi untuk masuk ke Raudhah tidaklah mudah. Betul-betul memerlukan kesabaran, kecekalan & keazaman. Betul kata ustaz, banyakkan berdoa & solat hajat supaya dapat masuk ke Raudhah. Sebelum aku sampai ke Madinah, aku memang cetek ilmu mengenai Raudhah. Yang aku tahu hanyalah Raudhah tempat aku wajib masuk waima apa pun. (wow, curlasss ayat aku. Ada perkataan waima). Aku tidaklah memahami lokasinya, bagaimana tempatnya, apakah kelebihannya selain mustajab doa, sejarahnya & etc. Indeed!


Ada kump2 besar yang ada mutawwif muslimah. So maybe ada agen sediakan agen muslimah, mungkin dorang akan bawa kita. Tak perlu risau. Macam aku, mutawwif lelaki, so dia tak bawa la muslimah ni. Tapi ana tak kisah. Ana tidak pula komplen sebab bagi ana, lain agen, lain cara. Tidak perlu compare. Mungkin kelebihan agen berbeza-beza. (ana gitew)

Jadi bila hari pertama aku di dalam Masjid Nabawi, aku tertanya-tanya mana Raudhah tu? Macam mana nak masuk Raudhah? Alhamdulillah aku tergerak hati nak pusing-pusing dalam masjid sebab nak paham kawasan dalam masjid yang terrrrramaaatttt besar!


Bila aku round-round dalam masjid, aku pergi ke Women Section Without Children tu kan, aku ternampak guard-guard muslimah masjid tengah pusing-pusing sambil bawa signboard 'Melayu'. Then belakang guard tu ramai orang follow. Ada pelbagai signboard lagi seperti 'Turki', 'Arab', & etc yang aku tak ambil tahu. Yang aku nampak Melayu tu je. Then aku tanya la jemaah Malaysia kita, ini group nak masuk ke Raudhah ke? Dia kata ye. Terus aku join the crowd.

Kita tak dapat masuk terus. Memula dorang akan kumpul jemaah. Duduk mengikut kumpulan. Kemudian kami akan ke satu ruangan ke betul-betul depan pintu Raudhah. Kat situ kena tunggu berjam-jam juga sebab kumpulan Malaysia Indonesia ni agak last. Sebab mereka dahulukan kumpulan-kumpulan Arab. Mungkin sebab size dan perwatakan dorang menyebabkan group Malaysia agak last.

Tapi, jika korang berpakaian sama seperti orang-orang Arab (all in black), then korang rasa korang mampu bersaing bersama size-size mereka, boleh je cuba masuk group lain. Tapi aku tak suggest. Buat apa kan. Kita nak pergi tempat suci, nak beribadat, tapi nak berebut. Baik tak payah, nak tolak menolak, nak cut . Tak pasal-pasal dapat dosa.

Kita tak perlu risau, sebab bila kita dah dapat kumpul depan pintu Raudhah tu, insyaAllah kita memang dapat masuk. Cuma proses nak masuk memang sangat lama. Bayangkan kalau lepas subuh tu jam 6 pagi kita dah berkumpul. Jam 9 pagi belum tentu dapat masuk. Wuduk kena jaga sebab nak solat kat Raudhah. Perut pun kena alas juga sebab lapar.

Macam aku dgn MIL, kami lepas subuh balik hotel dulu, breakfast as my MIL kena makan ubat-ubatan. Pastu nak buang air ke, nak wuduk ke senang. Bila dah selesai, jam 830 ke kami terus ke masjid, join crowd untuk ke Raudhah. Semasa menunggu tu, baca la quran banyak-banyak. Doa banyak-banyak.

Bila dah dapat turn masuk ke Raudhah tu, Masya-Allah. Dengan tidak dipaksa, air mata terus mengalir. (masa menulis ni pun sebak, teringat kenangan kat Raudhah). Nak solat memang susah. Imagine tempat sebesar court badminton tu nak memuatkan lebih 1000 orang dalam satu-satu masa. Clash dengan orang nak keluar dengan orang nak masuk. Dalam berebut, bertolak-tolak tu, banyak berdoa, banyak istighfar, berzikir, banyak selawat. Insya-Allah ada ruang untuk kita solat. Kami solat terus di mana ada ruang. Ruang memang tak besar.

Aku kena keraskan badan & kena kuatkan tenaga sikit sebab tanggungjawab jaga MIL. Dia mana larat nak gagah-gagahkan badan sangat. Tangan dia aku sentiasa pegang takut terlepas dari pandangan. Semasa solat, semasa berdoa, air mata ni laju mencurah-curah. Menginsafi dosa-dosa, memohon hajat & sebagainya. Alhamdulillah walaupun aku tidak menulis hajat saudara-saudariku di atas kertas, aku berjaya menghafal & memohon hajat untuk mereka.

Kita janganlah selfish solat sampai tak bagi pada orang lain pula. Ada sorang jemaah arab ni, dia solat dan sujud tak bangun-bangun. Ada dalam 5, 6 orang dah habis solat pun dia tak habis sujud lagi. Sampai guard tu sound cuit-cuit bahu orang tu sebut 'hajjah, hajjah'. Guard tu cuba alihkan bahu dia untuk bangun pun dia berkeras juga tak nak. MasyaAllah. Sabar je la.

Dah selesai solat, berdoa, kirim salam kepada Rasulullah, kami beredar dengan hati yang sebak & tenang. Kami terus bagi peluang kepada jemaah lain pula. Memang kalau diikutkan hati, nak berlama-lama di Raudhah. Tak nak keluar tapi kalau nak berdoa lebih-lebih, solat lebih-lebih, kami pergi ke ruangan masjid bahagian lain yang tak penuh orang. Kata ramai orang, solat & doa kat mana-mana dalam Masjid Nabawi, insya-Allah dimakbulkan.

Tuesday 16 April 2013

Travelog Umrah - Day 3

Hari ketiga, Sabtu 1 Mac 2013, kami akan buat ziarah. Selepas breakfast, bas dah ready menunggu di depan hotel. Ustaz sangat mementingkan waktu. Kalau jemaah lambat, ustaz mesti memberi peringatan supaya menepati waktu.

Bagi muslimah, pakailah seperti anda nak mengerjakan solat sebabnya ziarah akan pergi ke masjid. Tapi kalau nak mudah dan selesa, pakai tudung dan bawa telekung. Aku pakai telekung ziarah seperti yang aku tunjuk dalam entri Kelengkapan Umrah.

Tempat pertama ziarah kami ialah Masjid Quba. Masjid ini adalah masjid pertama yang dibina dalam sejarah Islam atas dasar takwa dan iman yang padu. Sila berwuduk siap-siap di hotel.

Rasulullah SAW besabda:
"Sesiapa yang berwuduk dirumahnya, kemudian pergi ke Masjid Quba' untuk bersolat, akan diberi ganjaran pahala seperti pahala meunaikan umrah"

luar dan dalam Masjid Quba'

Kami berhenti solat tahiyyatul masjid & aku ambil peluang bersolat Duha kat masjid ni. Disekitar Masjid Quba' ni ada juga orang meniaga. Murah-murah kurma, habbatussauda, dan etc. Kami tak beli kononnya nak beli kat ladang kurma, tapi ada jemaah lain beli, rupa-rupanya lagi murah kat sekitar Masjid Quba' dari ladang kurma. Rugi-rugi.

Seterusnya kami ke Ladang Kurma. Pelbagai jenis kurma dijual tapi bagi aku, mahal. Lebih mahal dari sekitar hotel. Tapi pilihannya mungkin lebih banyak dan packaging yang lebih mudah. Macam ahli-ahli jemaah aku, siap berkotak-kotak beli kurma, coklat, etc.


Kat luar kedai, ada jual kurma-kurma frozen. Sedappppp! Kat sini aku beli buah hawa (buah zuriat). Harganya 5 biji 5 Riyal. 

Then kami meneruskan ziarah ke Jabal (Bukit) Uhud. Bukit yang terbesar dan terpanjang di Tanah Haram Madinah. Tempat berlakunya perang Uhud. My MIL semangat nak naik Bukit Ainain. Tempat terletak archers masa perang Uhud dulu. Jangan salah paham pula cakap naik Bukit Uhud. Bukit tu tinggi. Yang ramai naik tu Bukit Ainain. Ustaz cakap kalau nak cuba pulihkan mata rabun, masa kat atas bukit boleh pandang ke matahari. Tapi, malangnya masa ustaz cakap tu my hubby dah turun bawah. Kalau tak boleh cuba. Mana tau mustajab, hilang rabun, tak perlu pakai spek lagi.

Bukit Ainain. Nampak perkuburan syuhada' dari atas bukit. Ada pasar juga.

Kat pasar sekitar Bukit ni, ada jual macam-macam. Kat sini aku beli kurma-kurma sebab lagi murah dari ladang kurma. Tapi coklat, gula-gula semua tu tak ada. Macam-macam boleh beli dan agak murah.

Selepas ke Bukit Uhud, kami meneruskan perjalanan ke Kilang Cetak Al-Quran. Kat sini muslimah tak boleh turun. Kat kilang ni boleh dapat quran wakaf dari kilang itu sendiri ataupun nak beli kat kedai yang berada di sebelah kilang. Kami muslimah hanya tunggu di dalam bas. Memula ustaz nak bawa ke kedai je memandangkan line orang nak terima quran wakaf terlalu panjang. Tapi jemaah ni excited nak masuk tengok quran dicetak, dorang masuk line juga. Lastly masing-masing dapat la quran wakaf sorang satu. Alhamdulillah.


Lastly kami hanya lalu di Masjid Qiblatain. Kami tidak berhenti pun di masjid tersebut sebab ustaz nak cepat. Kata ustaz manfaat bersolat di Masjid Qiblatain adalah sama sahaja bersolat di masjid-masjid lain. Tidak mempunyai kelebihan khusus. Ustaz nak kejar solat di Masjid Nabawi, di mana pahalanya 1000x lebih baik.

Kami terus pulang ke hotel, bersiap-siap untuk solat Zuhur di Masjid Nabawi. Best ustaz kami ni, walau ke mana pun dia bawa kami, dia akan utamakan solat di Masjid Nabawi atau Masjidilharam sebab ganjarannya. Tidak lalai. Bukan nak mengata, tapi kata my MIL, ada setengah mutawwif tidak kisah terlepas solat di 2 masjid Agung itu. Bagi aku amatlah rugi.

Sunday 7 April 2013

Travelog Umrah - Day 2

Pagi Jumaat, 29 Februari jam 3 pagi aku tiba di Madinah. Urusan check in disetelkan oleh mutawwif. Nombor hp mutawwif pun dah tertera kat kad id jemaah masing-masing. Kami semua menginap di Hotel Durrat Al Fayroz, bersebelahan dengan Hilton Madinah.

Masa kami nak masuk bilik masing-masing, nak dijadikan cerita kami bertiga sebilik dengan 2 orang jemaah lelaki. So 5 orang semuanya dalam 1 bilik suite. Mana boleh bercampur. Aku dengan MIL perempuan, yang lain semua lelaki. Luckily nombor mutawwif ada pada kad, sorang jemaah ni call mutawwif. Lastly, mutawwif tukar bilik. Kami masuk bilik mutawwif, mutawwif pula berkongsi dengan 5 jemaah yang lain. Alhamdulillah.

Aku lupa nak snap gambar bilik yang besar, toilet yang besar juga sebab badan terlalu letih. Kami tak tidur sebab takut terlajak Subuh. Kami mandi dan terus bersiap. Excited nak menjejakkan kaki ke Masjid Nabawi.

Pertama kali aku nampak Masjid Nabawi, air mata terus mengalir. Sebak sangat sebab dapat datang ke tempat suci. Dapat datang ke Makam Rasulullah. Dapat datang ke rumah, masjid Baginda. Dapat bersolat di masjid yang memberi 1000x lebih baik dari masjid biasa.

dalam Masjid Nabawi

Subuh adalah jam 5.30 pagi, jadi 4.30 pagi akan azan berkumandang menandakan sejam lagi waktu Subuh. Jangan tersilap pula sebab aku kan kurang ilmu, jadi bila azan 4.30 tu, aku ingat dah masuk Subuh. Lepas tu aku tanya kakak dari Indonesia sebelah dia cakap belum lagi. Isk isk isk. Malunyaaaa! 

Camera tak boleh bawa masuk tapi pandai-pandai sorok. Tangkap pun sorok-sorok sebab guard muslimah masjid ada sekitar. Keje dorang ialah memanggil jemaah untuk penuhkan saf atau tunjukkan saf mana yang masih kosong. Dorang akan panggil 'hajjah, hajjah'.  Hehe. Susah juga keje dorang sebab nak kontrol jemaah dari seluruh dunia. Garang-garang dorang ni. Kalau tak garang susah pula kan.

At first tu aku masuk majid, blur-blur nak duduk kat area mana sebab masjid ni terlaaaaaluuuuuuu besar. Aku rasa first time masuk aku duduk dalam saf agak belakang di section Women with Children. Even my MIL dah pernah datang, dia memang dah tak ingat so 100% dia follow aku. Tapi lepas solat Subuh pertama tu, aku pusing-pusing dalam masjid sebab nak paham kawasan sekitar dalam masjid. So bila waktu-waktu solat yang lain je, aku akan terus pergi ke ruangan 'Womens Section Without Children' and terus ke saf yang menghampiri depan. Selagi boleh ke depan, aku akan try.

Kat masjid kita jangan buang masa. Jangan banyak berborak. Rugi! Banyakkan solat-solat sunat, banyakkan membaca quran, banyakkan berdoa, banyakkan berzikir, berselawat. Bagi aku mudah je, nak sampai dah banyak keluarkan duit, perjalanan berjam-jam lamanya, peluang bukan selalu, kalau dibazirkan dengan benda-benda dunia, amatlah rugi. Sebab ramai yang berebut mengejar pahala, dan ramai juga yang tidak berusaha mengejar pahala. Semuanya terletak pada diri sendiri.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi SAW bersabda :
"Pahala solat di masjidku ini adalah seribu kali labih baik daripada solat di lain-lain masjid kecuali di Masjidilharam"

Kelebihan Bersolat 40 waktu di Masjid Nabawi :
"Sesiapa bersolat 40 waktu dimasjidku secara berterusan tanpa meninggalkan satu solat pun (8 hari x 5 waktu), maka ditulis untuknya keselamatan dari api neraka, keselamatan daripada azabnya dan terlepas daripada bahaya munafik" -  tapi ini hadis lemah. Sumber: buku Madinah al-Munawwarah

Hari pertama kami di Madinah, hari bebas. Kami tidak membuat ziarah. Jadi aku mengambil kesempatan untuk ke Raudah, taman-taman Syurga. Sehari terasa memang sekejap. Banyak masa dihabiskan di masjid semata-mata. Balik ke hotel untuk mandi, ataupun makan sahaja. Kalau nak dapat tempat strategik, paling lewat kena pergi ke masjid pun sejam sebelum waktu. 

Kalau Zuhur 12.30, paling lewat 11.30 dah ada dalam masjid. Keluar masjid jam 1.30. Balik hotel, makan lunch. Asar kol 4 ptg, kol 3 dah kena ke masjid. Keluar asar jam 5 ptg. Mahgrib kol 7, kol 6 dah di masjid. Itulah aktiviti seharian di Madinah tapi nikmat. Tapi masa hari Jumaat, ada solat Jumaat. Jadi kalau sejam sebelum waktu memang tak dapat masuk masjid. Aku tak dapat masuk masjid masa solat Jumaat di kedua-dua masjid. Memang full.

Oh sebelum aku mengakhiri episod hari pertama, Madinah tidaklah sejuk seperti tahun lepas. Kalau tahun lepas, bulan 2 & 3 adalah musim sejuk. Kena pakai jacket, glove etc, tapi masa aku pergi, weathernya ok-ok saja. Tidak panas, tidak terlalu sejuk. Sejuk sikit-sikit tapi tak panas. Hehe. Tapi bibir memang pecah-pecah, kulit muka menggelupas. Sepanjang hidup tak pernah aku sapu olive oil kat muka, tapi masa kat Madinah, disebabkan moisturizer tak berkesan, aku sapu olive oil tapi tu pun tak berkesan juga. Tahan je la.

Nanti aku ceritakan macam mana aku ke Raudhah, taman-taman Syurga, tempat mustajab berdoa. Till then.

Tuesday 2 April 2013

Travelog Umrah - Day 1

Aku ambil pakej menunaikan umrah ni dengan agensi Al-Quds. Agensi ni HQ nya di Kota Bharu, Kelantan. Tapi ada beberapa cawangan di negeri lain. Pakej umrah aku ialah Jeddah - Madinah - Mekah - Jeddah.

Aku pergi bersama hubby dan MIL. Kami bertiga. Jemaah yang pergi sama dengan kami tempoh hari tidak ramai. 19 orang kesemuanya termasuk mutawwif. Memang tak ramai tapi aku rasa best sebab kami mesra sesama jemaah. Mutawwif pula sporting habis. Siap melawak bagai walaupun berstatus 'haji'. Mutawwif aku ialah Ustaz Nadzri.

Hari pertama (Khamis, 28 Februari 2013)

Berkumpul di KLIA jam 12 tengah hari untuk setelkan check in. Flight MAS bertolak ke Jeddah jam 3 petang. Segala urusan mudah sahaja & kami sesama jemaah pun sentiasa bersama sebab group tak ramai kan. Flight departed on schedule & kami dok setempat je dalam flight.

Aku, hubby & MIL dok sebaris. Flight masa bertolak ke Jeddah tak full. So sebelah aku 2 seat kosong. Seronok la aku sebab 9jam penerbangan tu, aku boleh tidur baring sepuas-puasnya dalam kapal.
Flight crews memang sporting & mesra habis. Service 5 star. Aku nak buat special thanks kepada flight crews MH105 dari KL – Jeddah sebab along the way 9 hours tu, dorang mesra melayan customer & service memang tip top.  Siap ada kejadian kecemasan dalam kapal.

Makan memang best

Ada sorang mak cik Indonesia ada masalah kesihatan. Tak tahu apa problemnya tapi kecoh sekejap kapal tu. Siap announce cari medical doctor lagi. Luckily ada 2 orang doctor dalam flight tapi since tak ada kelengkapan, susah juga nak treat mak cik tu. Aku rasa mak cik tu kejang otot kaki. Tapi keadaan serius gitu. Kecoh-kecoh dalam flight. Siap doctor pakai glove bagai. Aku ingat nak buat operate kat dalam kapal dah. Hehe. Extreme imaginasi aku nih. Aku tak tahu macam mana setel hal tu tapi aku tengok mak cik tu tidur terbaring kat seat.

Selain tidur sepanjang perjalanan, aku banyak juga study buku-buku umrah, solat-solat dan menghafal beberapa doa. To me, time is precious. Tak nak pergi ke tanah suci sebagai sesuatu yang sia-sia. Nak betul-betul menjadi tetamu Allah yang istimewa.

Pilot akan announce miqat (sempadan) untuk berniat bagi jemaah yang terus ke Mekah untuk mengerjakan umrah. Bermakna dorang dalam keadaan ihram dari KLIA lagi sebab miqat (sempadan) untuk berniat adalah di Qarnul Manazil iaitu flight akan melepasinya dari atas. Bagi kami yang terus ke Madinah tak perlu dalam ihram lagi.

Rasanya macam tak ada pun nampak jemaah lelaki yang berpakaian ihram dari dalam flight tapi wallah hua'lam. Mungkin aku tak nampak. Sebab kalau jemaah wanita ni pakaian ihramnya sama je macam pakaian biasa cuma jemaah lelaki la kita dapat tau dia dalam keadaan ihram ke tak bila tengok dia pakai kain ihram. Paham ko idok? Hihi

Kami tiba di Jeddah (Airport Haji & Umrah) jam 8 malam (12 a.m. waktu Msia) tapi kami kena naik bas pula untuk ke main terminal sebab dalam flight tu bercampur dengan tourist yang tidak menunaikan umrah so mereka kata kapal tak dapat masuk direct ke terminal building.

Kat terminal building tu, kami kena tunggu announcement dulu baru dapat setel immigration. Beratur nak cop passport pun ikut mutawwif je. Dugaan bila kad declaration yang kami kena isi dalam flight tu adalah kad yang salah. Patutnya ‘Umrah Arrival Card’ tapi crews salah bagi ‘Umrah Depart Card’. So yang immigration ni kecoh la. Siap soal-soal bagai.  Dah la tak pandai cakap arab kan. Nasib mutawwif setelkan. Dia la yang explain itu ini. Betul la, datang  tempat suci ni memang Allah akan bagi dugaan macam-macam.

Kesimpulannya, belajarlah cakap Arab. Hehe. No English yeh! Less preferred.

di Lapangan Terbang Umrah dan Haji, Jeddah
atas: tengah queue nak cop pasport & immigration
bawah: sekitar airport

Lepas immigration, ambil beg. Ambil beg sendiri. Kalau ada pekerja nak tolong, jangan bagi. Dorang buat beserta upah. Bukan free. Keluar gate je, kami tunggu bas agensi datang pickup. Kami solat jamak maghrib isya’ di airport tu sahaja. Masa aku tengah tolak troli beg tu kan, ada sorang mamat Arab ni tahan aku. Ingat apa weh. Sekali dia nak tumpang beg aku sebagai meja. Dia nak tulis-tulis masa dia tengah cakap phone. Dah habis dia cakap phone, dia terus blah. Terpinga-pinga aku at first tu. Jemaah lain pun gelak je. Boleh?

Perjalanan dari Jeddah ke Madinah lebih kurang 5 jam. Kami makan pack food dalam bas je. Then tido. Alhamdulillah sampai hotel Madinah jam 3 pagi (8 pagi Msia).

Perjalanan yang meletihkan. Betul. Energy guna lebih 24 jam. Dari 6 pagi (Khamis) sampai 8 pagi (Jumaat). So memang stamina kena kuat. Patutlah kata orang, kena sihat stamina & fizikal yang kuat.