Monday 30 July 2018

Birthday Holiday - Semporna Day 1 Part 2

Bersambung dari Part 1. Sampai di resort Uncle Chang, kami tidak disambut oleh siapa-siapa di resort tersebut. Maka terpinga-pingalah sebentar nak check in dengan siapa. Sedang meninjau-ninjau orang, datang cleaner (sebab masa kami sampai dia tengah sapu sampah), then dia datang approach cakap saya tunjukkan bilik. Gitu je.

Uncle Chang Chalet at Semporna

Ada ruangan kolam untuk practice diving

Huge room, one single bed, one double bed

Problem is no TV provided. Memang honeymoon betul ni
Ruangan pantry yang besar & new

Overall aku rasa chalet Uncle Chang di Semporna ni masih baru & renovation works is still in progress. Maybe later ada TV kot for each room. Cuma, service kena banyak improve bagi aku.

Dah check in, blur pula nak buat apa sebab tak ada wifi, tak ada tv. Mujur bukan over the sea, adalah internet sendiri. Tapi, kami membuta je petang tu sebab flight awal pagi kan, kita cover tidur dulu. Tapi, aku rasa macam mistake itinerary sebab aku rasa, better day 1 terus masuk pulau. Dari wasting time dalam chalet ni kan, baik melepak di pulau.

By evening, kami kelaparan sudah. Nak dinner. But how & where? Mesej kawanku pernah bekerja di Semporna, katanya ada deret kedai makan di pekan semporna sebelah jeti. Ok, aku google jaraknya tak jauh dari chalet tapi berjalan is impossible to reach. Kami bersiap je then nanti aku tanya lah staf sini.

Bila kami turun, no one was there, mana aku nak cari orang pun aku tak tahu. At first, kami tunggu bodoh je dekat kerusi lepak, tunggu staf lalu kami nak pergi la inform. Bila ada sorang staf lalu, aku cakap nak ke pekan, untuk dinner, dia cakap tunggu driver. Lama juga kami tunggu, about half an hour, tak muncul mana-mana driver pun. Sekali, tepi pool ada one old man, dia tanya kami, "Nak pergi mana?" (in Sabah dialect). Aku jawab "nak ke town untuk dinner." Then dia arahkan orang kat situ untuk bawa kami tapi tiada staf sudah, katanya lepas working hour.

Borak punya borak, he is Uncle Chang. The owner of the chalet & whole service ni. Macam tak percaya pula aku berborak dengan owner, sebab dia pakai sleeveless shirt & short biasa je. Pastu aku requested nak selfie with him, and he said "Sure."


Selfie with Uncle Chang

Disebabkan no driver, dia terus cakap, "Never mind, I'll send you to pekan." Hah? Terkejut aku. Biar betul owner sendiri nak bawa. Kami okay je lah. Dia bawa his mercedes bawa kami ke town, and drop. Before we leave he pass his telephone number. Kalau dah selesai, dia suruh kami call dia untuk dia ambil kami pulang. Owner sendiri jadi driver okay! This part memang respect.

The not so big pekan Semporna

Malam tu, kami dinner seafood di Semporna. Nama kedai Anjung D Samudera Seafood Restaurant. Tu pun based on my search kat google maps sahaja.

Anjung D Samudera Seafood Semporna

Pilih menu anda dari aquarium ini. All fresh


Banyak sangat pilihan menu sampai tak tahu nak ambil apa. Nak ambil banyak-banyak takut bazir pulak. tapi tak try kan rasa rugi. Gitulah manusia ni. Complicated.


Our menu, as recommended by their staf

Semua sangat sedap especially bab ketam. I love crab! Habis kami makan sampai kenyang sangat. Alhamdulillah cuma ada unpleasant smell skit sebab all restaurants atas laut, so malam-malam smell tu macam naik atas. Pastu ada ramai orang 'bajau?' yang datang jual-jual. Apa-apa pun, I love foods here. Recommended.

Habis dinner, kami call Uncle Chang, and dia terus datang pick up kami. He's friendly. Macam-macam dia story on the way balik ke chalet. Sampai bilik, dah kenyang, bilik pun sejuk, mata pun bagi signal mengantuk ajelah. Lagi-lagi tak ada TV, lagilah cepat mengantuk. Haishhh, terus aku zZzzZZzzzzz. Besok kami akan buat Island Hoping & stay di Uncle Chang Pulau Mabul pula. Nantikan post seterusnya ye.