Thursday 29 December 2011

Farewell 2011

Finally, 2011 has come to the end
Tak ada greatest achievement pun tapi banyak juga yang dapat dilaksanakan
Alhamdulillah!

2011 was begun dengan aku yang baru bergelar isteri orang and hubby has went to Singapore & USS. Second honeymoon konon-kononya.

USS, Januari 2011.
Then, aku pergi visit hubby di Kuching.

Kuching, Januari 2011.

Yang tak bestnya, masa bulan Feb, aku telah jatuh 'demam' yang kronik. Kena tahan ward & MC straight seminggu.
Pastu, dengan sedikit rezeki, kami berdua dapat membeli sebiji aset yang tak seberapa.
Kami teruskan honeymonn yang ke-ntah berapa di Jakarta-Bandung masa bulan July.

Tangkuban Perahu, Bandung. July 2011.

Dengan sedikit rezeki lagi, aku berjaya mendapatkan aset ciput yang tak luput nilainya even kena beransuran dengan my mummy (skang dah langsai). Then, I've got my service confirmation earlier than hubby. Alhamdulillah.

Bulan September, we went for short honeymoon at Cherating sambil visit my bestie.


Hujung September pulak, kolej aku ada wat team building at Kuala Terengganu. Jalan lagik!


Finally, aku berjaya dipindahkan untuk mengikut suami tercinta di Sarawak pada bulan November setelah 6 bulan menunggu permohonan diluluskan. Tu pun setelah turun naik jabatan, siap drama-drama lagik.

Yang penting, skill memasak aku dah banyak improved. Penting untuk jaga perut suami. Perut sendiri pun penting jugak.


kursus muffin and cookies

kursus pizza

kursus macaron & mousse

Walaupun masih beberapa impian tak dapat tertunai, yet am grateful enough dengan rezeki Allah. Aku tak ada tanam apa-apa azam pun untuk tahun 2012, just seperti biasa, carryforward la azam-azam lepas tu. Cuma, kami dah ada 2 tempat yang nak dituju for our next honeymoon. Insya-Allah.

Walaupun Allah belum makbulkan hajat kita, Dia telah sediakan sesuatu yang lebih baik untuk kita syukuri dan nikmati. Thank you Allah.

Farewell 2011!

Sambal Goreng Tempe

Menu ni aku ambil dari buku yang baru dibeli oleh my Hubby
dengan 300 resepi, serta gambar yang menarik, aku pun try la salah satu resepinya, sambal tempe goreng
lagipun hubby suka makan tempe, tauhu & kentang
Jom tengok resepinya.
source : google

hasil masakan sambal tempe goreng dari buku

Serve : 2 - 4 orang
Bahan-bahan (aku guna separuh dari dalam buku):
1 keping tempe - potong dadu & goreng
1 keping tauhu - potong dadu & goreng
2 sudu besar ikan bilis - goreng dahulu (tambahan aku)
1 biji kentang - potong dadu & goreng (tambahan aku)
1/2 bungkus besar suhun - direndam
5 batang kacang buncis - potong serong
30ml santan
garam dan gula

Bahan kisar:
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2cm kunyit hidup (aku pakai serbuk kunyit je)
1 batang serai
1 sudu kecil cili kisar
1 sudu teh jintan manis
sedikit belacan (aku bakar dulu)

Cara-cara:
1. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masuk santan, kacau dan biar mendidih.
3. Masuk kacang buncis dan kacau rata.
4. Masuk tempe, tauhu, kentang, ikan bilis dan suhun. Gaul sebati.
5. Perasakan dengan garam & gula secukupnya. Sedia untuk dinikmati.

Suku hasil masakan aku. Tak sama langsung. Tapi sedap jek ;)

Aku pun tak faham kenapa hasil aku tak sama macam dalam buku
Dalam buku tu bukan main merah menyala, aku punya jadik oren
tapi kalau ikut logik, memang akan jadik oren sebab taruk santan.
Pastu aku terextra masin sikit, maybe sebab dah masin dari ikan bilis
Lastly, aku melantak sorang-sorang sebab hubby tak berapa gemar ada suhun
Pulak!

Tuesday 27 December 2011

Satu Rasa Dua Hati

Aku nak share satu buku yang best, seronok, tak boring & mudah difahami.
Buku ni was suggested by my ex-colleague, Syahida


Ada 20 chapter semuanya and setiap chapter akan dimulakan dengan penerangan
pastu, kalau nak masih jelas, penulis bagi situasi sebenar, contoh cerita, sabda Rasulullah s.a.w & maksud hadis-hadis.

Ada beberapa dialog yang dipetik telah menarik minat aku

"Untuk mendapat isteri solehah, jadikan diri kita dulu calon suami yang soleh!"

"....dan kita kena yakin bahawa hinanya kaum wanita mahupun lelaki adalah kerana melanggar syariat."

"Sebab dah banyak amalan dalam budaya kita yang tidak tepat mengikut ukuran syariat. Yang wajib, dipandang remeh. Yang harus, macam wajib. Yang haram, dianggap penting. Yang sunat, dilupakan. Kita kena ubah semua itu, walaupun kekadang dipandang serong pada awalnya."

"Kenapa perempuan suka berleter?"
"Saya nak cerita makhluk yang luar biasa, tapi bila dileteri isteri, dia diam. Dia senyum. Dia ingat segala sedekah isterinya."
"Siapa tu?"
"Sayidina Umar. Waktu dileteri isteri, dia diam. Dia senyum. Dia ingat segala sedekah isterinya."
"Sedekah?Umar itu miskinkah?"

"..............Kita buat apa yang patut kita buat. Isteri kena sayang suami tanpa harap balasan dan sebarang alasan.."

Ada banyak lagi ilmu, pengajaran yang aku dapat dari buku ni.
Sangat best
Buku ni sangat sesuai untuk pasangan yang nak mendirikan rumah tangga atau yang dah berkahwin
Dan patut dibaca oleh kedua isteri dan suami.
Baca banyak kali pun tak jemu.
Thanks Syida for the meaningful sharing.

Tuesday 20 December 2011

Fairy Cave Sarawak

Last entry aku ada cerita Pasar Baru Serikin
Hari ni aku nak sambung 1 lagi tempat boleh dilawati kalau pergi ke Serikin
Sebenarnya, ada 2,3 tempat lagi yang menarik sepanjang ke Serikin tu
such as Wind Cave and Fairy Cave
tapi depends on energy masing-masing sebabnya di Serikin tu memang dah letih

Hari tu aku pergi ke Pasar Baru Serikin dulu, baru la ke Fairy Cave ni
Tak susah pun nak ke sini, just follow the signboards

 Welcome to Fairy Cave

Sebenarnya baju aku ni sangat la tak sesuai untuk masuk gua
Sebab tak bajet pun nak ke gua, aku bajet nak ke Pasar Baru Serikin tu je
OTW balik tu baru decide nak ke Fairy Cave
tapi nasib baik aku suka pakai kasut
so tak jadi masalah la

 aku tengah kira berapa ratus anak tangga lagi kena panjat

Nak masuk ke gua ni, punya la tinggi
ada la dalam setinggi 4/5 tingkat bangunan
so kena panjat beratus-ratus anak tangga
semput jugak weh

 Ready nak masuk gua

 Pendakian menggunakan tangga je even dalam gua

Luckily masa aku pergi ni
ada students trip ke gua ni juga
so kami masuk ke dalam bersama-sama students ni
tak ada la cuak sangat kalau jadi apa-apa kan

Dalam gua...muka aku dah tak ikhlas nak amik gamba sebab letih sangat

Dalam gua ni agak gelap jugak
ada ke gua cerah? heeheee
so kena prepare torch light
nasib baik HP kami ada torch light, so no problem
Kat dalam gua ni, kena prepare ngan tangga yang licin sebab berlumut & air gua

 hamik ko..banyak gila tangga..

Kat sini kiranya tengah-tengah gua kot
Aku bajet sendiri la sebab tak ada tourist guide kan
Kat sini ada cahaya & angin sikit dari luar gua
kalau tak, panas weh

 Students meneruskan pendakian..dengan menggunakan tangga yang dah disediakan

Last check point aku

Aku dengan hubby dah tak proceed lagi
tak larat+letih+pancit
aku tak tahu la apa ada lagi kalau terus mendaki tu
suara students pun ada dah tak dengar lepas tu
apa jadi pun tak tahu lah..kena telan dah kot
muahahaha

Tak ada apa pun rasanya dalam gua ni
sejarahnya pun aku tak tahu
tapi at least boleh la menghayati & mengkagumi ciptaan Allah s.w.t
and yang penting, aku dah jejak kalau orang tanya nanti
heeeeee
~End~

Tuesday 13 December 2011

Sup Sayur Campur

Korang sure tak tahu yang aku tak pandai masak sup sayur
muahahaha
aku ni kalau cari resepi main course bukan main
tapi bila part kena masak sayur, aku jadik blur weh
penah tak jadik jugak
dasat sungguh


bagi  semua orang, masak sayur la yang paling mudah
tapi tak banyak tau resepi yang tunjuk untuk sayur ni
mudah sangat la katakan sampai aku tak reti wat
puas aku cari kat online, blog-blog masak
tapi tak jumpa


kebetulan yang tak disangka haritu
akak aku jauh dari negara arab tepon
dengan menggunakan kesempatan bil tepon yang dia ada
aku tanya camna nak wat sup sayur
trauma weh aku penah makan sup sayur yang tak best

so bagi yang beginner nak masak-masak
aku nak share la resepi yang tak seberapa ni

the best sup sayur campur penah aku buat ever.bangga weh

Resepi by : Angah aku tapi aku dah olah sendiri
Serve : 3 - 4 orang

Bahan-bahan:
4 ulas bawang putih - tumbuk kasar
2 ulas bawang merah kecil - tumbuk kasar
isi ayam/daging - dipotong  kecil (daging bagi rasa lagi manis)
lada hitam - ditumbuk
lada putih
1 kiub ayam (aku guna brand knorr)
sayur-sayur (cendawan, sawi jepun, carrot, suhun) - potong kecil-kecil

Cara-cara:
1. Tumis bawang putih+merah dengan minyak zaitun. (bagi khasiat sikit). Tumis sampai wangi.
2. Masukkan isi ayam / daging. Kacau sampai agak-agak masak.
3. Tabur lada hitam yang telah ditumbuk.
4. Masukkan air secukup banyak kuah yang diingini.
5. Dah agak-agak mendidih, masukkan kiub ayam. Taburkan lada sulah juga. Biar mendidih.
6. Masuk suhun. Kacau sikit.
7. Lastly, masukkan samua sayuran campur. Kacau kejap then terus tutup api.
(sayur tak boleh lelama, hilang zat)

Pasar Serikin, Sarawak

Second place tempat wajib pergi kalau melancong ke Sarawak is
Pasar Serikin, Bau, Sarawak
Pasar ini dibuka pada hujung minggu sahaja; Sabtu & Ahad (setahu aku la)

Kalau ikut map, tempat ni sebelah sempadan dengan Kalimantan, Indonesia dah
Jaraknya dari Kuching lebih kurang 54km
sejam perjalanan dari bandar Kuching
tapi hari tu aku pergi jadi sejam setengah juga
OTW ke Serikin ni, ada 1 je stesen minyak Petronas
Kalau nak isi minyak lain, sila isi siap-siap kat Bandar Kuching

Sepanjang perjalanan ni memang tak ada apa
yang ada hutan-hutan je
lepas tu akan jumpa la beberapa rumah panjang yang masih wujud
memang jauh and bila sampai memang tak sangka ada tempat macam ni

Apa yang ada?
Macam-macam ada kat Pasar Serikin ni
Panjangnya lebih kurang 1 km kot (agak-agak aku la ni)
patah balik jadi 2km la

Bila datang sini, kalau yang jenis suka shopping, bazir duit
make sure bawak duit tebal-tebal
RM ye kawan-kawan even sesetengah peniaga tu ada dari Indonesia
tapi urus niaga dalam duit RM la

Kebanyakan barang yang dijual memang dari Indonesia
murah-murah belaka tapi kalau peak season : public holiday, school holiday
a little bit pricey tapi tak beza sangat la
Kawan aku beli tikar RM15, aku pergi dapat RM16
harga masih boleh di tawar ikut kehebatan masing-masing

Barang-barang yang dijual macam macam la
baju, handbeg, kain batik, telekung, tikar mengkuang, tikar, periuk, kerusi, meja
macam kat Rantau Panjang, Kelantan atau Padang Besar, Perlis la juga
meh jamu mata dulu dengan gambar-gambar yang aku sempat snap







Suka?
Datang la Sarawak ye
~End~

Sunday 11 December 2011

Happy 1st Anniversary

my surprise cake to him..semangat 1 Malaysianya aku ;p

Pejam celik pejam celik
dah setahun me and hubby berkahwin
tapi baru genap sebulan me jadi full time wife
we masih berdua, mencari ketiga & keempat
yet we happy togetherness

Monday 5 December 2011

Jelebu Pt 3

lets continue attracting places in jelebu

2nd place : Kedai No 2 / Kedai auntie

 Ni la kedainya

kawanku tengah belek baju kurung siap

Kedai No 2 ni jual macam-macam ada
dah macam small sogo plak
kalau kat sogo, tempat wajib orang KL shopping
kalau kat Jelebu ni, Kedai No 2 la tempat wajib shopping

kedai ni jual kebanyakannya barang-barang muslimah
pelik kan..kedai cina tapi jual barang-barang muslimah
tuh la dorang ni memang pandai bisnes

kat sini ada jual telekung indon, tudung, shawl, baju kurung siap, kain pasang, t-shirt jalan2, jubah, dress, blouse, handbeg, jeans, kain batik, etc la
dan harganya far far away murah dari kedai-kedai lain yang ada kat Malaysia ni
muahaha
aku bet kedai kat Malaysia tuh
tapi memang sume orang kata kedai ni termurah dari yang pernah ada di semua tempat

aku suka shopping shawl la kat sini sebab kalau kat jalan TAR tu jual RM10 sehelai
kat kedai auntie ni boleh dapat RM 6 sehelai. same trend, same fashion
(alamak kantoi ke kalo ada orang wat business ni)

ni view seluruh Jelebu..aku dah highlight kedai no 2.sebelah pusat zakat. 

so please make sure bayar zakat dulu sebelum pergi berzakat kat kedai auntie tu
done with kedai auntie

3rd place : xde dah
heee...dah habis dah attracting places in Jelebu

tapi aku nak share la beberapa tempat lagi yang ada di Jelebu yang pernah menjadi favourite aku


Tabung Haji & Maybank kat Jelebu ni sangatlah lengang
kalau nak wat urusan tu, laju je
tekan je calling number, terus dorang panggil
sungguh express

then kedai gunting rambut tu
depan kedai gambar, masuk dalam sikit kedai gunting rambut
2 business in one shop
aku pernah trim rambut kat situ, harga RM12 je
ok. aku puas hati

at Great Wall Tailor

yang ni plak kedai jahit baju kurung
aku suka hantar baju kat sini
agak mahal RM45 untuk sepasang baju kurung tapi sebab jahitannya cun
kemas kat bahagian bahu. suka sangat
kalau nak alter baju pun dia terima dan sangat murah compare dengan kedai-kedai kat KL

butik Avon & tudung

butik ni sebenarnya dealer Avon
tapi at the same time, dia ada jual tudung brand Alwani
brand biasa je tapi designnya cantik & lain dari yang lain
material pun best tapi harga dia standard je
tak mahal tak murah. RM 30 & above untuk sehelai

Aku rasa tuh je la yang bestnya kat Jelebu
yang lain-lain tu tak ada apa..no 7evelen, no KFC, no McD, no no no
semua kedai tutup petang. malam kedai makan je buka

Walau apa pun, some people think Jelebu is the right place for you to settle with
untuk orang Negeri Sembilan la
not for me
The End

Thursday 24 November 2011

Kampung Budaya Sarawak

Last Saturday, college aku ada wat free trip to Kampung Budaya, Sarawak
Kata orang, sini tempat wajib pergi kalau datang ke Sarawak
So apa lagi, orang dah bagi free, grab the chance la.

Kampung Budaya ni di bahagian Santubong, Sarawak
Jaraknya lebih kurang 20km dari Petrajaya (agak aku la)
kalau nak accurate, kira sendiri kat google maps
Ticket price : RM 60 (adult)/per entry
a little bit pricey i guess

Kami mula masuk Kg Budaya ni jam 9 pagi. Meh kita layan piccas aku jadi model

 front entry

 belakang tu gunung santubong

 tower

 erk..dewan apa-apa je la..aku lupa

 jambatan yang perlu try lalu kalau masuk kg budaya ni, please wear shoes only. no high hills recommended

 depan rumah bidayuh

 rumah panjang bidayuh yang tgh upgrade. ada beberapa homestay dalam ni

 atas rumah bidayuh



 bersama orang iban (5 from left). yang lain orang melayu.

ni map kg budaya. semua rumah ada tepi tasik. so keliling tasik sahaja. total time spent about 2 hours 
(tengok rumah sahaja. tak termasuk show)


 luar rumah panjang iban




 bersama orang ulu


 ni namanya sand stone


 melanau's healing hall

 semua tangga memang macam ni




Habis....Kami keluar dari Kg Budaya betul-betul jam 1pm

Muak la tu tengok gamba aku banyak-banyak
tapi kalau korang menghayati semua gambar ni
memang tak perlu dah masuk Kampung Budaya Sarawak ni (just joking)
almost semua yang ada dalam Kg Budaya ni aku letak
except performance tarian dari semua kaum
performance hanya ada 2 kali sehari. pukul 11.30 pagi & 4 ptg

in my personal opinion
dalam ni banyak menceritakan pasal budaya semua kaum yang ada di Sarawak
so bagi sesiapa yang tak berminat pasal budaya ke, seni ke,
agak tidak berbaloi dengan tiket RM60 tu
bagi orang-orang tua, memang tak sesuai sebabnya kena panjat tangga-tangga
dan memang meletihkan

one more, before masuk dalam Kg Budaya ni, makan kenyang siap-siap
sebabnya masa aku pergi pagi tu, tak ada apa-apa yang berat dijual
melainkan keropok-keropok, mineral water & air-air tin sahaja

tapi kata orang, alang-alang sampai ke Sarawak, pergi sahajalah.
It's up to you. lu punya duit kan. wa pergi free je.