Wednesday 21 November 2018

Birthday Holiday - Day 2 Semporna Mabul Island Hoping

Day 2, buang negative emotional, replace with positive vibes only. Kami mandi, bersiap untuk activity. Based on the itinerary, today kami buat island hoping di Tun Sakaran Marine Park. Di manakah? Apakah? Rujuk gambar di bawah ye.



Tun Sakaran Marine Park merangkumi pulau-pulau dalam bulatan kuning tu cuma island hoping kami cuma cover Pulau Tetagan, Pulau Bohey Dulang, Pulau Mantabuan dan Pulau Sibuan. Jika membuat aktiviti island hoping seperti kami yang merangkumi Pulau Bohey Dulang, maka silalah pakai baju hiking sebab Pulau Bohey Dulang melibatkan aktiviti hiking setinggi 600m. Jadi, kena bawa 2 jenis baju, 1 baju pantai, 1 baju hiking. Waterproof bag & 2 jenis kasut (hiking shoes & selipar untuk pantai) amatlah diperlukan untuk aktiviti ini.

Barang lain kami dah pack siap-siap dalam luggage. Tunggu driver datang pick up & drop dulu dekat Uncle Chang office. Breakfast tidak disediakan. Jadi, kena breakfast sendiri di kedai berhampiran. Jadi, kedai terdekat of course kedai mamak yang sama seperti hari pertama.

Our brekfast were roti canai


Ok ready to take off




Pendaftaran untuk masuk Taman-Taman Sabah di Pulau Bum Bum

Once registration settled, boat kami ready meluncur. Masalahnya, boat kecik, ombak kuat, aku tak tahulah nak explain camna. Nak tercabut usus rasanya. Pastu bontot makin kebas. Kalau nak tau speed dia cmna, boleh la refer video aku di Youtube. Acah-acah jadi youtuber pulak.

Tapi aku memang tak rekomen kepada sesiapa yang mabuk laut, tengah mengandung atau ada anak kecik. Bagi boat aku tu, is a big NO!

Pulau Tetagan / Pulau Tatagan



First destination kami ialah Pulau Tatagan. Kat sini tak payah turun pun, just tengok perkampungan Bajau Laut dari atas boat. Tapi dorang akan datang ke boat kita & minta sedekah. Tapi be careful la. Jangan bagi duit. My friend recommend supaya bawa roti & food siap-siap sebab kita bagi tu better than bagi money to them.



Ni minta duit dengan China chinese tourist

Sian baby ni. 

Pakai bedak sejuk adalah satu culture bagi orang Bajat Laut supaya nampak lawa


Mujur dia nak bergambar walaupun adik ni minta duit, akak tak bagi tapi bagi coklat je

Pulau Bohey Dulang

2nd destination is hiking activity. Tarik nafas dalam-dalam, be ready for adrenaline rush. Prepare mineral water okay.

Ambil gambar siap-siap before hiking even tepat matahari atas kepala


Sementara boleh senyum, ambil gambar siap-siap

Muka kat kayu tu memang sebiji sama dengan muka kita bila kat level ni. Rasa nak give up pun ada

Bila dah nampak tangga ni, dah nak sampai puncak dah. Sikit lagi

Ok sikit lagi. Sila bertabah

Alhamdulillah. Sampai akhirnya di Puncak Bohey Dulang Island

Ok muka tengah hembus nafas kuat-kuat ikut idong sebab semput weh

ok dah boleh senyum baik punya. Masa ni panas tak payah cakaplah


Pulau Mantabuan


Seterusnya kami ke Pulau Mantabuan tapi tak turun pun sebab kami semua tak larat lagi nak snorkeling. Just boat stop & pusing-pusing skit sekeliling sebelum meneruskan ke pulau seterusnya.


Pulau Sibuan



Ok ni pulau terakhir kami sebelum pulang ke Semporna. Kat sini kami lunch dulu atas boat.

Weh rare okay lunch atas boat atas air yang jernih gila. Speechless sangat.

Snorkeling free style

Sebenarnya tengah menari ala-ala kuch kuch hota hai tu

Aku suka kat pulau ni sebab lawa gila, cantik gila. Pastu kalau takut nak snorkeling kat air dalam kan, minta staf dia bawa. Menarik tengok life underwater tu. Walau gigil juga sebab air dalam. Memang kami agak lama di sini.

Bila dah settle snorkeling, boat pun akan balik semula ke Jeti Semporna. Drop semua tourists yang stay di Semporna manakala kami ambil luggage yang ditinggalkan kat office Uncle Chang, then kami meneruskan perjalanan ke our water chalet resort di ........................................................................... Mabul Island. Yehaaaaa!!


Mabul Island

Dalam sejam juga perjalanan kami dari Semporna jetty ke Mabul island ni. Dengan ombak kuat, dengan angin kencang. Memang nak terkencing aku atas boat tu. Cuma kali ni tak ramai orang dalam boat, just kami, ada sorang tourist China & anak kepada owner, Uncle Chang tu sendiri. Dia nak gi party kat water chalet dia. Untunglah ada chalet sendiri.

Bila sampai, I was like...............wow best nya dok atas air. Al-maklumlah, first time dok water chalet di pulau pulak tu. Alhamdulillah. Nasib sampai dah petang, mula-mula tu tak ada elektrik tapi around 15 minit tu dah ada elektrik dah. Room quite big cuma toilet tak berapa bersih for me. Aku tak ambil gambar pun sebab macam ermmm, tak apalah. Positive positive.

Jangan jeles na. Chalet kami menghadap sunset tau. Heaven, peaceful. Alhamdulillah

Tepi chalet kami. Belakang menghadap perkampungan tempatan

Makan disediakan di dining area chalet. Boleh la makan, asal ada. Seafood tak disediakan walaupun dok kat pulau ni.

Malam tu lepas makan, perut pun dah kenyang tak tahu nak pergi mana kan, aku dengan laki aku dok depan resort, tengok langit, tengok bintang, bercakap mengenai masa hadapan kami. Wah gitewwwww~~!! sebabnya coverage internet tak berapa bagus. Haha. So, tak leh layan hp sangat.

Tapi ada bagusnya bila dunia tak ada internet ni, baru lah ko nak berborak macam-macam. Nak story dari A sampai Z. Memang aku rasa seronok sangat sebab kami bercakap non stop sampai tengah malam dengan view bintang yang banyak. Tak tipu, masa kat pulau ni memang banyak betul dapat tengok bintang cuma aku tak reti lah nak baca zodiak tu. Failed! Hehe

Apa-apa pun, aku rekomen pada sesiapa yang nak stay water chalet ni. Sangat berbaloi walaupun invest sikit kan. Ini pun paling affordable compared to another 5 star water chalet. Korang boleh cari Sipadan Water Village ke, Mabul Water Bunglow Resort ke, Borneo-Divers Mabul Resort ke, atau lain-lain lah.

Aku nak kena kumpul duit lebih duduk resort mewah di Maldives lah pulak. Hehe. Ok, tunggu episod Day 3 kami tau.