Wednesday 14 March 2012

am 27 today..alhamdulillah

wah 1st time post via tab
kekoknya tapi sebab tak ada laptop
kena gigihkan jugak
Actually aku tengah attend a course in KL
but then this course is not interesting as what i expected
Pasrah je la

Tak yah spoil mood bcos today is my birthday
tak perlu sorok umur sebab memang reality pun
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt sebab masih boleh bernafas di bumi Allah ni
tapi lagi bertambah syukur kalau dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci
moga cita-cita nak ke sana cepat dimakbulkan
Itu memang impian no 1 la
yang lain-lain tu macam biasa
tapi semalam boleh plak bagitau hubby yang nothing is more precious than marrying him
wah..fantastik gitu
moga perkahwinan ni kekal hingga syurga..no matter what happen,
i guess i cannot live without him

ok la..am going to celebrate my happy day with my love
present mmg tak mintak sebab dah order awal-awal dr luar
tunggu sampai je tapi tak tahu la bila
nervous pula sebab takut tak berkenan di hati
simpang jauh-jauh

till then..daaaaaaaa

Tuesday 6 March 2012

Biqque's Feb 2012 Lucky Follower

One of my favorite blog to view is Biqque's blog
Sebab dia travel memacam tempat & i love her writing
So this time Biqque ada buat contest to appreciate her followers
I wish I can win the mystery gift

Syarat-syaratnya senang je:
1. Buat title as above
2. Letak pics kita as her follower & circle it
3. Put ur comments
4. Done

To Biqque: I tunjuk dengan nama sekali tu.

Colorful Owl

Sebenarnya hasil dah lama dapat tapi tak sempat nak update kat sini
Last 2 weeks, sementelah (ada ke ayat ni) students cuti semester,
pensyarah pun kira cuti jugak la nye kan.
cuti dari mengajar je pun, tapi masih hadir ke kerja.
So unit aku ni semua tengah angau jahit kain-kain felt.
Aku pun saje la try-try jahit 1 benda ni setelah dipujuk berkali-kali

taraaaaa.....inilah hasilnya. Owl.

Sebenarnya banyak la boleh jahit menggunakan kain felt ni
Kalau google tu, berlambak bentuk-bentuk cute
Aku rasa memang trend sekarang orang tengah buat felt.
Jual macam-macam bentuk.
Aku tak tahu nak buat apa dengan owl ni.
Nak wat keychain besar sangat. Last-last letak gitu je atas meja.
Kalau buat giveaway, agak-agak orang suka tak?

Aku tak buat shape sendiri. Memang tipu la kalau aku pandai jahit terus jadi Owl ni.
Aku tiru jahit melalui web ni la. Click Here
Masa nak jahit tu memang perlukan kesabaran tapi bila tengok hasil yang dah siap
sangat puas hati. Bole mengisi masa lapang juga.
Sesiapa nak cuba tu, tak perlu tunggu-tunggu.
Mula dari sekarang. Sangat sesuai untuk bagi gift masa kenduri kahwin, cukur jambul, party, etc.

Terokai Sadong Jaya, Sarawak

Mummy & papa aku datang seminggu ke Kuching
Buat aku dengan husband menggelabah mengemas rumah
maklum la..sebelum ni duk berdua. tak ada tetamu
rumah sepah macam lepas tsunami pun tak apa
tapi bila dorang nak datang, kalut la nak kemas rumah dua tingkat tu
Dah tu hubby pulak tetiba outstation ke Bintulu
tinggal aku kemas umah sensorang (suami saje la tu outstation time-time genting)

Bila mummy papa aku sampai
tak tahu aku nak bawak dorang pegi mana
Bukan ada apa pun di sini
Aku pun setakat pergi kerja, balik kerja
Tak pun shopping, main bowling, tengok movies semua kat mall
Mummy papa aku bukan orang muda yang nak pergi mall pun

Aku pun tak ambil cuti sangat sebab tak ada cuti semester
Students aku baru habis cuti semester a week before
Pengarah pulak jenis cerewet nak bagi cuti. Macam orang buat jenayah je nak mintak cuti
Tapi last Friday mummy aku cakap nak pergi ke rumah sedara kepada sedara kepada sedara dia
Duh! Aku pun tak tahu apa hubungan sedara lagi dah
Tapi layan kan je la

Tempat tu punya la jauh
Ye la..Sarawak ni lagi besar dari Semenanjung. Nasib rumah sedara tu masih dikira dalam area Kuching

Jumaat: Dari C ke B. Sabtu: Dari C ke D

Perjalanan Dari C ke B tu bukanlah dekat. Dekat 2 jam. Dah tu jalan macam naik kuda
Lompat-lompat sebab jalan beralun. 
Nak ke Sadong Jaya tu melalui Unimas & Uitm Sarawak. Memang jauh rupanya Uitm ni.
Memula papa aku suh tidur umah sedara tu dah. Besok baru balik semula ke Kuching.
Aku dah lemau memula. Malas nak packing-packing baju tapi sebab aku sayang dorang, aku & husband ikut je la. tapi kami dah bincang sesiap if rasa nak balik, tak payah tidur, balik je terus.

Sesampai di Sadong Jaya tu, memang rumah sedara aku tu besar la. Memang paling besar kat kampung tu.
Sedara aku ni pun bukanlah orang biasa. Kira orang disegani jugak kot kat kampung tu. 
Si ayahnya pun imam masjid kat kawasan tu.
rumahnya bukan main besar, tanah pun besar. Semua ada kat rumah tu. Cakap je semua ada. Tanya apa yang tak ada pulak.
Kalau nak makan, nak masak, katanya tak payah pergi kedai. Kutip belakang rumah. Dari ikan, ayam, rumah burung, sayur-sayur, ulam-ulam, udang, semua ada la.
Kawasan tu tak ada petrol station pun.
Minyak petrol pun jual di kedai kecil je. Beli botol. Memang kawasan pedalaman.
Tapi dorang pindah situ pun baru 10 tahun. Sebelum ni merantau sana sini jugak.
Anak-anak pun dah besar. Tinggal yang bongsu je kat rumah.
Tenang je kat situ. Aman, tak bising, tak yah risau apa-apa.

Dah kenyang-kenyang tu, kami bersiap nak balik semula ke Kuching around 830 malam.
Ambil gamba kenang-kenangan dulu. Ntah bila dapat datang lagi.

dari kanan: pak cik sedara, anaknya, makcik sedara, mummy, aku & papa. hubby amik gamba

Kali ni balik ikut feri. Wah, kereta aku naik feri kali ni.
Kiranya ada dua jalan nak sampai ke Sadong Jaya.
Satu melalui jalan darat, satu melalui jalan feri.
Masa datang tu kami ikut jalan darat, balik ikut feri la pulak.

Kat atas feri. Satu feri boleh muat 18 kereta. Tambang RM 1/kereta.

Boleh duk kat luar tapi tak payah la nak jakun sangat. Heee.. Dekat lagipun.

Kata makcik sadara aku tu, sebenarnya boleh sangat buat jambatan.
Sebab melalui jalan darat tu pun, ada jambatan yang dari sungai yang sama.
Tapi sebab isu-isu politik yang tak dapat aku sebutkan kat sini, dorang tak buat jambatan.
Naik feri masyuk sikit.
Melalui jalan feri ni, perjalanan lebih kurang 1j 15minit je pun sebenarnya.
Tak adalah jauh sangat. Kami sampai rumah dekat kol 10.

The next day, aku bawak mummy papa ke Serikin. Klik sini untuk entry Serikin
Kalau map tu, dari C ke D.
Memang  berjalan sakan kereta aku.
Setakat aku duk sini, tu je la tempat paling jauh aku pergi.
Belum terokai satu Sarawak lagi selain ke Miri masa bujang dulu.