Thursday 24 November 2011

Kampung Budaya Sarawak

Last Saturday, college aku ada wat free trip to Kampung Budaya, Sarawak
Kata orang, sini tempat wajib pergi kalau datang ke Sarawak
So apa lagi, orang dah bagi free, grab the chance la.

Kampung Budaya ni di bahagian Santubong, Sarawak
Jaraknya lebih kurang 20km dari Petrajaya (agak aku la)
kalau nak accurate, kira sendiri kat google maps
Ticket price : RM 60 (adult)/per entry
a little bit pricey i guess

Kami mula masuk Kg Budaya ni jam 9 pagi. Meh kita layan piccas aku jadi model

 front entry

 belakang tu gunung santubong

 tower

 erk..dewan apa-apa je la..aku lupa

 jambatan yang perlu try lalu kalau masuk kg budaya ni, please wear shoes only. no high hills recommended

 depan rumah bidayuh

 rumah panjang bidayuh yang tgh upgrade. ada beberapa homestay dalam ni

 atas rumah bidayuh



 bersama orang iban (5 from left). yang lain orang melayu.

ni map kg budaya. semua rumah ada tepi tasik. so keliling tasik sahaja. total time spent about 2 hours 
(tengok rumah sahaja. tak termasuk show)


 luar rumah panjang iban




 bersama orang ulu


 ni namanya sand stone


 melanau's healing hall

 semua tangga memang macam ni




Habis....Kami keluar dari Kg Budaya betul-betul jam 1pm

Muak la tu tengok gamba aku banyak-banyak
tapi kalau korang menghayati semua gambar ni
memang tak perlu dah masuk Kampung Budaya Sarawak ni (just joking)
almost semua yang ada dalam Kg Budaya ni aku letak
except performance tarian dari semua kaum
performance hanya ada 2 kali sehari. pukul 11.30 pagi & 4 ptg

in my personal opinion
dalam ni banyak menceritakan pasal budaya semua kaum yang ada di Sarawak
so bagi sesiapa yang tak berminat pasal budaya ke, seni ke,
agak tidak berbaloi dengan tiket RM60 tu
bagi orang-orang tua, memang tak sesuai sebabnya kena panjat tangga-tangga
dan memang meletihkan

one more, before masuk dalam Kg Budaya ni, makan kenyang siap-siap
sebabnya masa aku pergi pagi tu, tak ada apa-apa yang berat dijual
melainkan keropok-keropok, mineral water & air-air tin sahaja

tapi kata orang, alang-alang sampai ke Sarawak, pergi sahajalah.
It's up to you. lu punya duit kan. wa pergi free je.

Wednesday 23 November 2011

Sotong Black Pepper

Haisshhh..blog aku sekarang ni asik update pasal masak-masak lak
mentang-mentang la kena selalu masak untuk hubby
excited pulak sebab bila 1st try masak, terus menjadi
Semalam hubby aku tetiba request nak makan sotong black pepper
cuak memula, sekali dia tolong search resepi kat internet
tapi aku lupa nama blog orang tuh (sorry yeh)

jangan pandang pada rupanya sahaja ;p

resepi ni aku dah olah ikut cita rasa aku sendiri

Bahan-bahan:
3 ekor sotong besar (di hiris halus)
2 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
2 cm halia (dikisar)
1 sudu kicap manis
1 sudu kicap pekat
2 sudu sos cili
3-4 sudu sos black pepper
carrot
kentang (potong dadu) : yang ni aku gunakan sebab saja nak habiskan kentang
cili besar (potong serong)

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau.
2. Masukkan kicap manis dan kicap pekat. Kacau
3. Masukkan kentang dan kacau sampai kentang agak2 separuh masak.
4. Masukkan sotong.
5. Masukkan sos cili dan sos black pepper. Kacau sebati.
6. Masukkan carrot & tambahkan garam dan gula.
7. Jangan goreng sotong terlalu lama, nanti liat.
8. Masukkan cili besar dan siap.

Best dan menyelerakan.

Friday 18 November 2011

Butter Prawn

Sebab nak jadi bini mithali & dapat pahala
aku mula belajar masak. belajar dari resepi je
resepi ni aku dapat dari myresepi
klik sini

menarik kan. lemak berkrim disukai ramai. hubby puji sedap sangat. bangga sangat ;)

Bahan-bahan:
udang 9-10 ekor (saiz sederhana)
2 sudu butter / planta
1 ulas bawang putih (di cincang halus)
daun kari (1 pelepah)
cili besar (potong serong)
3 sudu susu cair
garam gula secukup rasa

Cara-cara:
1. goreng udang & asingkan.
2. Guna kuali bersih, masukkan butter. masuk sedikit minyak untuk elak butter hangus.
3. bila dah sume cair, masuk bawang putih.
4. Agak-agak naik bau, masukkan susu cair, kacau pekat.
5. Masuk udang, daun kari, cili padi.
6. Masuk garam & gula. Saya masukkan extra gula untuk maniskan sedikit sebab butter lagi terasa.
7. Tambah susu jika nak berkuah. Masak sampai pekat.
8. Sedia untuk hidang.

Mudah-mudah.
Lemak berkrim berkolestrol tinggi ni memang disukai ramai.
Tapi bole wat 2-3 bulan sekali je kot. Jaga kesihatan.
Okkay..happy trying girls!

Thursday 17 November 2011

Muvee review: Forrest Gump [1994]

Last monday tengah aku godek-godek dvd hubby aku
terjumpa la dvd ni as aku tgh kobosanan dengan cerita kat tv

perlu ke review cerita old skool ni?
perlu sebab cerita ni very inspiring
sampai menang 6 academy awards tu

'Stupid is as stupid does'

acting by: tom hanks
Plot :
Bermula apabila Gump kat bus stop tengah tunggu bus. Sambil tunggu bus, dia cakap kasut melambangkan perjalanan seseorang itu. 
Then dia start cerita about his journey. Bila dia start pkai 1st shoe. 
Masa kecil dia tak boleh berjalan normal disebabkan tulang belakang yang bengkok. 
So dia kena pakai braces kat kaki untuk membolehkan dia berjalan. 
Semua orang kat kampungnya, Alabama mengejeknya. Tapi maknya selalu memberi semangat kepadanya.

Masa kecil, IQ Gump di bawah average level so he cannot enter a school. 
Maknya sanggup menggadai maruah untuk guru besar sekolah supaya Gump dapat masuk sekolah. 
Dengan braces di kaki & lurus bendul, tak ada siapa nak berkawan dengannya kecuali Jenny. 
di mana-mana sahaja dia pasti dengan Jenny. Gump selalu diejek oleh budak kampung. 
So Jenny yang selalu bagi semangat suruh Gump lari. Cerita ni glamour dengan 'Run Forrest Run'.

Finally Gump dapat berlari dengan laju. Dia dapat masuk kolej & jadi player rugby sebab kepantasannya dalam berlari. 
Dia habis belajar & graduated dari kolej. 1st time dapat jumpa presiden US sebab pencapaiannya dalam rugby. 
Then dia masuk army. Kat army, dialah orang yang terpantas buka & pasang senapang. 
Then dia diarah untuk berperang ke Vietnam. Kat situ dia jumpa Bubba. His best friend. 
Bubba ni asyik cerita nak buka bisnes shrimp. Bubba ajak Gump buka bisnes shrimp lepas perang & Gump promised. 
Malangnya Bubba mati dalam perang. Mereka yang selamat di bawa ke hospital.
Kat hospital ni, Gump telah belajar bermain ping pong & menjadi expert untuk wakil army.
Sampai main melawan China untuk Ping Pong Diplomacy.
2nd time Gump dapat jumpa presiden US disebabkan keberaniannya dalam berperang & dapat medal.
3rd time Gump jumpa presiden US sebab main ping pong.

Jenny kawannya dah berubah. Berhenti dari kolej. then jadi penyanyi kelab malam, menagih dadah & etc.
Tapi Gump tetap sayangkan Jenny. 
Bila dia balik dari Vietnam, dia ada jumpa Jenny sekali sekala tapi Jenny suruh Gump jangan pedulikannya lagi. Gump kemudiannya menunaikan janji dengan Bubba untuk buka bisnes shrimp. 
So he decided untuk beli sebuah bot & mula berlayar di laut nak cari shrimp. 
Even family Bubba pun terkejut & cakap Bump gila tapi Gump tak kisah. 
He keeps on trying untuk dapatkan shrimp walaupun usaha dia selalu tak berjaya. 
Akhirnya Gump jadi millionaire dengan shrimpnnya & share keuntungan kepada keluarga Bubba. 
Kedai ni kat The Curve pun ada.

Lepas dah kaya, dia duk dirumah menjaga emaknya yang sudah sakit.
Lepas maknya meninggal, dia dok sorang-sorang sambil merindukan Jenny.
Selepas beberapa lama merindukan Jenny, out of blue, Jenny kembali kepada Gump.
Dorang kembali close. Gump proposed Jenny tapi Jenny tolak.
Gump ingatkan hubungan mereka sudah pulih malangnya
Jenny kembali meninggalkan Gump sorang-sorang.

Disebabkan terlalu sedih, dengan Jenny, kahilangan mak & Bubba,
Gump berlari & decided tak nak stop.
Memula keliling kampung, kemudia keliling across the country.
Beritanya berlari mendapat liputan meluas & inspiring so many people.
Selepas 3 tahun, 2 bulan, 14 hari, 16 jam dia berlari, dia akhirnya stop dan pulang ke rumah.

Gump mendapat surat daripada Jenny untuk melawatnya & kembali kepada tempat dia tunggu bus.
Kat situ macam-macam orang telah dengar cerita Gump.
Gump finally jumpa Jenny. Jenny sakit dengan jangkitan unknown virus.
Bersama Jenny juga ada seorang budak kecil nama Forrest who is Gump's son.
He was surprised sampai tanya 'is he smart?'.
Jenny & Gump akhirnya berkahwin & Jenny died afterward.
Akhirnya tinggallah Forrest Gump bersama anaknya, Forrest Gump.
The End.

Comment aku:
Gump asalnya cacat kaki, lurus bendul, slow minded akhirnya jadi somebody yang jauh better dari orang-orang normal ni.
Memang touching yet very inspiring la cerita ni.
Kalau beli original dvd cerita ni pun, memang worth it.

Jelebu Pt 2

Wah..akhirnya aku bersemangat sambung pasal Jelebu

Last entry aku ceritakan camna mencabarnya nak datang ke Jelebu ni
bila dah sampai tu, akan nampak gas station: Shell, Petronas & Mobil
sepanjang perjalanan tadi memang tak ada gas station
so make sure tank kereta penuh minyak

then akan nampak first traffic light macam pic kat bawah
ada signboard Pusat Bandar Kuala Klawang
aku rasa perkataan Bandar tu tak sesuai
patut pekan je kot (jangan marah ye menteri sini..sini tempat menteri tau)

tangkap dari dalam kereta..senget2 sikit..pakai hp canggih je pn
tapi nice jugak awan tu kan..

Kuala Klawang?Jelebu?
Which one is correct?
Sebenarnya dua-dua pun betul cuma aku pun tak tahu kenapa ada dua
Ada setengah pakai Jelebu, setengah pakai Kuala Klawang
aku tak search sejarah pasal benda ni
so don't get confused between these two names

How big?
Pekan jelebu ni tak besar kecik je pun
Dalam 2 jam rasanya dapat setel masuk semua kedai, satu pekan
jenis deretan kedai yang lama, shop houses lama..bawah kedai, atas rumah
nak explain pun payah sebab macam pekan lama
kalo nak compare, macam bandar Pasir Puteh, Kelantan back to year 2000 kot

Apa yang menarik?
Part ni susah sket nak jawab
Jom kita explore bersama-sama

First, Muzium Adat

Kelas gitew..selepas meredah gunung ganang
tetiba wujud muzium pulak
4 tingkat pula tu
jom layan pics below

 me with colleague, Syahida

 at registration counter

 directory..exciting kan?

 ok. yang ni memang canggih. siap dengan laser show lagi. muzium mana yang canggih cenggini?
cu bagitau aku

kartun-kartun tu tengah bercakap pasal adat + menyanyi + main permainan kampung

 adat perkahwinan

 ada lagi ke dengan adat ni?

 adat melenggang perut

 adat perkahwinan melayu

adat perubatan kampung kot..lupa dah

muahaha..agong sekarang..daulat tuanku
kindly ignore my cute selekeh face

Banyak lagi la information yang ada kat muzium ni
yang sedihnya visitor tak banyak
sape la yang nak datang jauh-jauh camni kan
tapi kalau student-student sekolah memang digalakkan datang ke sini

Done with muzium
will update more soon!

Friday 11 November 2011

Eleven punya pasal

Its 11.11.11 and today is 3rd day am here
So many things to be done yet am having fever+flu+cough
Sebenarnya tak larat nak buat apa-apa even update blog
tapi sebab 11 punya pasal aku nak juga type something
Hopefully hari ni dapat luck sebab today is my favourite date
*wink wink

Wednesday 2 November 2011

Jus delima from Iran


Currently aku suka minum jus delima
Minuman ni directly import & 100% made in Iran


Buah delima ni banyak khasiatnya
Ni hasil aku olah dari web khasiat delima yang aku jumpa


Buah Delima termasuk buah yang termaktub dalam AlQuran


Firman Allah SWT:
Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah, dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.(QS.Al An’aam:99)
Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohon kurma, tanam-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya), dan tidak sama (rasanya). Makanlah dari buahnya (yang bermacam-macam itu) bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan dikeluarkan zakatnya); dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan. (QS.Al An’aam:141)

Kelebihannya:
  • menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur
  • mencegah edema
  • mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah
  • menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah
  • menguatkan jantung
  • mancegah penyakit kanser (tak tahu sejauh mana kebenarannya)
  • diminum membantu membersihkan mulut dan gigi, serta mencegah infeksi sehingga membantu menghilangkan bau mulut yang tidak sedap
  • Memakan dengan perlahan-lahan buah delima dan mengeluarkan bijinya dapat menjernihkan suara yang serak dan menghindari kekeringan tekak
  • membius cacing gelang, cacing kremi dan cacing pita dalam usus sehingga mereka dapat dikeluarkan melalui air besar
  • simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah
  • menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru kerana ia akan melegakan batuk
  • tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam (sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut)
  • penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis

Sebenarnya aku rasa banyak lagi kelebihan delima ni
so sape-sape nak share dialu-alukan

Tuesday 1 November 2011

Jelebu Pt 1

Masa memula tahu aku kena posting ke Jelebu ni
I was surprised, sad, frustrated, unexpected and etc
i was expecting to Sarawak as my hubby is there
tapi atas arahan majikan & seangkatannya
aku gagahi jua ke sini

the journey was mencabar. Really!
jalan ular bengkang bengkok tu memang non stop
then naik bukit, turun bukit barulah akan sampai ke Jelebu ni

there was a part kita kena lalui bukit tangga
as inilah satu-satunya jalan penghubung ke Jelebu
the hill was high! memang kena shift gear rendah masa naik & turun
yang special nya, akan merasa suasana kabus yang tebal kat sini
but we need to be extra careful as bukit ni berselekoh tajam all the way

 di bukit tangga. masa turun

 kabus tebal. kena turn on lampu.

 730 pagi di bukit tangga. best-best dapat redah kabus ni

pemandangan sepanjang ke Jelebu

How to get there?
aku akan lalu dari bangi, masuk Lekas then exit Semenyih.
Dari Semenyih, lalu Broga Hill, University of Nottingham and Lenggeng.
Then Bukit tangga, kampung macam-macam then baru sampai.
Around sejam setengah dari KL / Bangi
So biasanya aku akan gerak jam 630 (paling lewat) & arrived kolej at 8 am.
Kalau balik KL tepat2 jam 5, akan sampai KL kol 630.
tapi kalau lewat je 10min, akan sampai kol 7pm kat KL.

jalan sepanjang ke Lenggeng. Memang hutan je kiri kanan. 

 baru lepas hujan lebat.


more interesting spot about Jelebu soon!

e11even, my lucky number

Baru tadi aku notice yang today is 1.11.11
what a lovely number

sebenarnya aku memang suka nombor sebelas ni
tak ada kaitan pun dengan birthday ke apa
tapi aku perasan aku macam ada luck dengan nombor ni
bukan kepercayaan karut / tilik nombor / nombor ekor pun

masa aku kat 2ndary school dulu, kelas kami ada nak wat perubahan meja
so kedudukan akan ditentukan dengan nombor
aku ada spot satu tempat baeeeekkk punya and the number was 11
aku pun berdoa la sepenuh hati, sekali aku dapat seat tuh
naseb je pun..nama lagi luck kan

then aku create an email. my_e11even. sebab nombor sebelas la
aku pernah dapat cabutan bertuah dengan nombor 11 juga
then kebetulan my hubby nye tarikh lahir was 11 too
my wedding date pun 11 December. bukan sengaja pilih tarikh tu
tapi memang dah ditentukan oleh sejak azali kot

orang tanya kenapa 11. aku pun tak tahu kenapa
tak pernah pula survey atau tilik atau cari ramalan nombor sebelas ni
just rasa cantik. 1 and 1. ada pasangan. the one and only.

aku ada terbaca pasal 11 September and Behind 11 September tu
tapi aku tak kisah pun. tak salah pun kita suka satu nombor tu kan?

Muvee review: The Backup Plan

Year : 2010
Genre : Romantic Comedy
Starring : J.Lo & Alex O'Loughlin



Last weekend, time aku tekan remote ke channel HBO, cerita ni baru nak start.
Ni second time aku tengok. Dulu dah tengok kat cinema, tapi lupa. Cerita dia memang best!!!!
Aku kira sebagai movie mesti tengok.

Synopsis : Zoe (J.Lo) ni dah bosan cari lelaki idaman. So she decided nak jadi single mother. So dia pergi wat insemination, kiranya tanam sperm untuk dia pregnant. The doctor suggested dia pergi club single mother untuk dia dapat tips and experience sume. Lepas je dia keluar dari hospital tu, masa dia masuk cab nak balik, dia berebut cab dengan Stan (Alex) ni. Stan ni dah duda.

Dorang berjumpa lagi kat farm market (tempat si Stan kerja) and at pet store (kedai Zoe). So Stan ajak Zoe dating and keluar dinner. Zoe seperti mula sukakan Stan.  Zoe tak sure lagi dia pregnant ke tak so dia wat test. Then they went for a garden romantic dinner. On the way balik after dinner tu, Stan ajak Zoe pergi  his farm masa weekend and she agreed. Bila sampai rumah, Zoe terkejut yang pregnancy test dia tu +ve. Zoe plan nak bagitahu Stan masa kat farm tu nanti.

At farm tu, Zoe dah make love with Stan. Kemudian barulah dia bagitahu hal yang sebenarnya. Stan sangat marah & keliru sebab Zoe tak inform awal-awal. Esoknya, Zoe balik & menyangka yang hubungan mereka dah putus. Tapi Stan bagitahu yang dia mahu berbaik semula dan menerima Zoe. So dorang pergi hospital cek keadaan Zoe. Lagi terkejut bila Zoe dapat twin.

Stan yang blur macam mana nak jadi ayah ni pergi ke playground and jumpa ada sorang ayah kat situ. Zoe pulak dapat support dari single mother group even dia dah tak jadi single mother. Zoe pula baru tahu yang Stan tengah sambung belajar. Now Zoe pula marah sebab Stan tak story dari awal. Stan segan yang dia masih lagi belajar. Gaduh pulak. Pastu Zoe ada beli twin stroller and Stan stress sebab benda tu menyemakkan. Stan pulangkan semula stroller tu ke kedai.

Ada part mana single mother ni nak bersalin, so dorang sume berkumpul kat satu rumah untuk menyambut baby baru termasuklah Zoe & Stan. Yang scarynya, so mother ni bersalin dalam inflatable swimming pool. Stan & Zoe sangatlah takut. Afterwards, dorang asik gaduh sebab banyak benda. Macam Zoe suka makan atas katil, tidur dengan bantal panjang & etc. Stan pula sibuk study & exam.

So last-last dorang clash lepas Stan cakap tu bukan anaknya and Zoe sangka yang Stan belum bersedia menjadi ayah. Nenek Zoe yang tak kahwin sampai umur 80+ ni pun bole decide nak kahwin dengan lelaki idaman yang umur 90+ selepas tengok Zoe & Stan. Nenek Zoe sangat terkejut yang Zoe dah putus. Tapi tiba-tiba, Zoe dapat twin stroller yang boleh rotate padahal dia tak order pun. Salesgirl tu cakap Stan yang orderkan. Barulah dia tahu yang Stan memang sayangkan dia. Nenek Zoe ada cakap to trust a man. Selagi dia tak trust, selagi tu dia tak jumpa lelaki idamannya.

On her grandmother's wedding, Zoe dah pecah air ketuban. Before pergi kehospital, dia sempat pergi ke market untuk jumpa Stan and bagitahu yang dia nak berbaik semula. Stan request Zoe untuk percayakannya sahaja. Zoe akhirnya bersalin twin baby girls. Mereka akhirnya hidup bahagia. The End.

Kesimpulannya, cerita ni memang best walaupun the way aku sinopsiskan cerita ni macam tak best. For those yang belum layan, sila layan. Suitable for single, couple or married ladies out there. Yang single or unmarried couple tu, jangan praktis nak pergi buat insemination sudah la.