Tuesday 28 November 2017

Berjalan Melihat Alam di Surabaya 4 Hari 3 Malam - Hari Pertama

Ok perjalanan ke Surabaya kali ini adalah sempena post-birthday my husband. Kitaorang biasanya akan pilih tarikh untuk travel sebab special occasion sempena birthday aku, birthday husband and our anniversary. Tapi kena tengok tarikh dan tempat jugalah. So, this time kami pilih Surabaya tempat untuk jalan-jalan sebabnya kitaorang belum pernah sampai sana.


Harga tiket kami ke Surabaya ialah RM520 termasuk 4 kali meals (2 pergi & 2 balik) serta 20kg luggage pergi, 20kg balik. So basically ticket tu murah je kot dalam RM300 lebih tapi disebabkan luggage, si dia jadi agak mahal di situ. Luggage for international flight mahal ok nowadays, tapi nak tak nak kena beli juga. Aku tak suka pergi travel tapi buat tak baik. U get what I mean? Sebab certain travelers tak nak beli luggage tapi bawak naik 20kg dalam aircraft which aku rasa benda tu not nice. Ok stop that.

Aku menggunakan service supir semasa berada di Surabaya setelah membuat perbandingan menggunakan public transport versus driver. Kalau nak guna public transport boleh juga, tapi masa akan jadi lama. Kalau guna driver, masa cepat, boleh melawat banyak tempat namun harganya sedikit mahal berbanding pengangkutan awam.

Supir yang aku gunakan ialah dari Facebook page, Pranoto Didik. Didik ni owner business Jeep di Bromo tapi kalau kita minta dia quote untuk 4 hari 3 malam terus pun boleh. Dia akan sub pada staf dia jugalah. Masa aku dapat tu, adik dia yang jadi driver kami. Didik jadi driver kami untuk Bromo tour sahaja, selebihnya adik dialah yang bawa kami sepanjang 4 hari di sana. Caj yang dikenakan agak tinggi memandangkan hanya kami berdua. So, kalau makin ramai makin murah.

Ok, nak story sikit masa dalam flight kami dari KUL-SUB tu. Flight mengambil masa lebih kurang 2 jam 40 minit, jadi of course aku dah prebooked meals untuk kami berdua. Dan semestinya Nasi Lemak Pak Naseer menjadi pilihan kami sebagai in-flight breakfast. 


Sedang sedap aku menikmati breakfast aku, sekali aku ternampak bendasing lah dalam nasi lemak tu. 

Lihat betul-betul dalam circle merah tu
Ada rambut lah dalam nasi lemak aku. Baru makan beberapa suap, sekali ternampak rambut. Aku pantang betul nampak rambut. Terus la imagine kepala orang tu ada dandruff bagai. Terus aku tak leh makan nasi lemak tu. Laki aku jenis malas banyak hal, dia kata asingkan lah. Makan kat tempat yang tak ada rambut. Eeeeeeeee, mak memang tak boleh nak makan mengadap rambut tu. Geli geli!

Aku dengan baiknya, call flight attendant & tunjukkan benda tu pada dia. Then dia pun agak terkejut juga lah. Pastu dia tanya aku "how?", of course aku nak nasi lemak yang baru. Perut tengah berkeroncong lapar kot. Tanpa banyak soal, dia ganti set nasi lemak baru. 


Lepas habis kitaorang makan, flight attendant bagi report form untuk kitaorang isi. Actually nasi lemak ni dari Kuala Lumpur kot, then flight kami naik tu AA Indonesia, jadi semua staf pun Indonesia. Tapi harapnya form tu sampai lah ke AA HQ kan. Aku pun tak adalah nak report ke AA Facebook or nak viral ke social media lak.

Sampai je Juanda International Airport, Surabaya, jam 11 pagi waktu dorang, aku terus on roaming. Jangan tanya pasal simcard sebab aku memang tak beli local simcard. Ada promo roaming once aku on handphone, so aku terus subscribe je roaming package tu. Lagipun senang nak contact driver. Driver memang dah contact aku dari KL lagi. Bila sampai keluar gate, dia dah siap-siap tunggu.

Perjalanan day 1

Then terus kitaorang naik MPV Suzuki bergerak ke first destination, Batu. Tapi, melalui beberapa jalan di area Surabaya ni memerlukan kesabaran juga lah. Macam di Jakarta juga, macet bangat. Aku pun malas nak bergambar sangat masa on the way tu.

Warung Wareg, Malang

Around 2pm, kami cakap nk lunch. Lunch pertama kami di Surabaya ialah Nasi Ayam Penyet. Haha. Ayam penyet juga menjadi pilihan. Masa on the way ke Batu, kami melalui kawasan Malang. Malang ni famous juga untuk tempat bercuti, dan mempunyai beberapa hotel yang famous. Ok skip that, aku bukan nak story pasal Malang sebab aku tak stay pun kat Malang.

Kami lunch di Warung Wareg. Tempat ni driver yang bawa, kitaorang tak kisah pun mana-mana asal sedap. Kiki. So, dia cakap tempat ni ramai juga wisata akan stop makan, termasuklah kami.

Kedai yang bersih

Tempat makan jenis duduk bersila

Lunch kami. Ayam kampung bakar penyet manis pedas. Sedappppppppp sgt-sgt. Air Alpukat was sooo yummylicious.

Ini yang paling best. Sambil makan tengok view paddy field. Tenang gitu.

Dah selesai lunch di Warung Wareg, Malang, kami meneruskan perjalanan ke Batu. Jalannya agak sempit. Batu ni kawasan tinggi tau. Macam Cameron Highlands.

Apple Farm, Batu

Setelah beberapa jam perjalanan, kami akhirnya sampai di Apple Farm. Ini suggestion yang dibuat oleh Didik. Aku follow je. At least dapat juga kenal kawasan Batu ni. Apple Farm ni bukan jenis commercial aku rasa. Jenis banyak private property and diuruskan oleh pengusahanya. Jadi, cara nak masuk ke Apple Farm ni aku pun tak tahu. Cuma, dekat-dekat kami nak sampai, driver call orang Apple Farm ni, then dia tunjuk arah ke Apple Farm ni dengan motor dia.


Masuk ke Apple Farm adalah free. Ini yang aku suka. Tak perlu bayar entrance fee, dah tu ko boleh makan apple as many as u want, until u full, for free juga! Yang bayar hanyalah Apple bawa balik.


Apple kat sini tak lah besar tapi manissssss. Mula-mula macam malas nak makan Apple sebab macam tak masak kan. Colour tak menarik macam apples kat Australia pun. (konon). Sekali try, pasti nak lagi. Haha.


Besar juga ladang epal kat sini. Menariklah. Pastu staf situ bagi apple juice free lagi untuk kami. Air apple tu sebijik macam kita minum apple juice jual kat supermarket tapi pure. Lagi sedap sebab free kot. Ecece. Dah makan apple free, tak kan tak nak beli kan. So aku amik la dalam 10 biji apple untuk bawak balik KL. Harganya just IDR 10,000 sahaja selepas timbang. Around RM3 dapat 10 biji. Ok lah tu. Kat situ ada juga jual kerepek epal. Beli sepaket je untuk makan dalam kereta. Rasa macam kerepek nangka tuh.

Dah selesai kat Apple Farm ni, kami meneruskan perjalanan untuk ke Bromo. But before that, we all stop solat jamak Asar Zuhur kat kawasan berdekatan. Surabaya ni memang kaya dengan masjid. Sepanjang di kawasan Batu ni, aku tengok selang 200 meter je ada masjid. Kiri kanan pulak tu masjid. Dah tu masjid dorang buat lawa-lawa. Size tak besar pun, ala-ala surau je tapi design dia, macam masjid.


Masa on the way tu aku macam tersebut macam cantikkkk je masjid ni. Driver tu dengar kot hint aku. So, dia stop untuk solat jamak kat sini.

Lawa tak masjid kiut ni

Interior of the mosque
Selesai solat, kami akhirnya meneruskan perjalan ke Bromo. Nak ke Bromo ni melalui Lawang dan terus ke sana. Perjalananya mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit tapi disebabkan macet dan hujan lebat, maka perjalanannya akan jadi lebih panjang. Bertabahlah.

Ni melalui bandar Malang

Kami bergerak dari Batu tu dah lewat petang. Waktu di Surabaya adalah sejam awal dari Malaysia tapi cuacanya awal 2 jam. Maksudnya waktu maghrib mereka around 5.30 petang camtu. Haha pelik kan. Dorang malam awal. So overrrrrrrthesea. Waktu kerja sama, 8am - 5pm. So bila dorang balik kerja, dah malam. Balik kerja dah waktu magrib.

Ayam Bakar Wong Solo

Before kami sampai di Bromo, kami singgah untuk dinner sekali lagi. This time around driver stopkan makan di tempat famous juga. Ayam Penyet Wong Solo. Famous kat Malaysia. Hihi


Makanannya semestilah sedap.
Menurut driver, ayam penyet memang berasal dari Surabaya. So ayam penyet is a must food to try when in Surabaya. Ok, settle makan ayam penyet, kami meneruskan perjalanan ke Homestay kami di Bromo.

Family Homestay, Bromo

Ye, pakej aku book dengan Didik adalah termasuk tempat tinggal dan transport. Sebab kena bermalam banyak-banyak tempat. Sebab malas nak pening pikir, aku suh dorang settlekan je terus.

Our stay for 1 night. Masa kami stay, ada 1 group traveler lelaki dari Malaysia juga.
Ni gambar aku ambil the next day dah.

Malam tu kami sampai around 10pm juga di Family Homestay. Homestay ni tak ada aircond. Bilik air ada dah dalam tu terus. Bilik sejuk kat sini sebab atas gunung kan. Kena pakai winter jacket dah kekdahnya. Mujur hot water ada dalam bilik air, kalau tak beku kena mandi dengan air batu.

View depan homestay kami. Nilah rupa jalan di Bromo. Belum ke puncak lagi.

From my personal opinion, aku kurang selesa stay di homestay. Kalau readers yang lebih kurang aku, kena rajin cari motel/hotel/resort di sepanjang Bromo ni. Tapi kena book awal sebab kalau last minute memang penuh. Maklumlah, Bromo ni tourist attraction from all over the world. Bukan macam Cameron tu, tempat tumpuan rakyat Malaysia je. Hehe.

Sampai, terus mandi sebab seharian berjalan, then kami tidur terus. Besok kena bangun awal. To be continued for day 2.