Wednesday 19 November 2014

Jogjakarta Day 4 - Taman Sari & Amanda Brownies

Hari keempat di Jogjakarta kami tak ada misi sangat just menghabiskan aktiviti sebelum pulang. Pagi selepas breakfast di hotel, kami jalan kaki ke jalan utama untuk naik beca. Macam biasa kena pandai nego harga. 9.00 pagi kami ke Taman Sari. Entrance fee untuk Taman Sari ialah IDR 10 K seorang. Ada tour guide yang menanti pada sesiapa yang nak menggunakan servis mereka. Kami menolak baik, sebab nak pusing-pusing sendiri. 

Taman Sari ini adalah salah satu tempat yang boleh dilawat kalau di Jogjakarta tapi tidaklah sebegitu besar. Dahulunya Taman Sari ni tempat rekreasi keluarga kerajaan dan tempat sultan serta gundiknya beristirehat tapi kini tempat ni dah kosong, jadi tempat pelancongan.

Seni ukiran di dinding

 

Dalam bilik ada bilik dan bilik



 ada photo-shoot model


Sekejap sahaja kami menghabiskan masa di Taman Sari ni. Keluar dari Taman Sari, driver beca kami memang dah setia menunggu. Kami minta pulang. Tapi sebelum tu, on the way ke hotel kami, singgah dahulu di Amanda Brownies. Amanda Brownies memang dah famous kalau di Bandung dan dia ada buka cawangan di Jogjakarta ni.



 Kuih-kuih lain yang dijual selain brownies


Brownies yang kami dah makan separuh sebelum balik. Hik hik hik

Brownies dia memang sedap sangat. Setahu aku, ada juga orang jual brownies ni di Malaysia. Kami banyak juga memborong brownies. Habis shopping brownies, kami request hantar balik ke Jalan Malioboro. Nak shopping souvenirs dulu. Beca kami bayar dengan IDR 50K. Kami malas nego dan bayar sahaja sebab misi nak menghabiskan duit rupiah. Tapi kalau korang, sila nego lagi murah dari ini.

Pusing dahulu shopping souvenirs mana yang patut kat Jalan Malioboro.



Habis shopping, pulang hotel, pack barang. Kami gerak ke Adisujipto Airport dengan taxi. Taxi ni kami dapat masa dia hantar customer ke hotel kami duduk, terus kami book untuk dia hantar kami ke airport. Jangan lupa untuk ready airport tax IDR 100 K seorang. Flight kami ke KL jam 2 petang dari sana dan sampai di LCCT jam 5.20 petang. Bye-bye Jogjakarta sehingga ada masa jumpa lagi. Kalau nak repeat ke Jogjakarta pun maybe untuk ke Dieng Plateau. Overall cost aku ke Jogjakarta? Aku belum sum up. Kalau ada masa, ruang dan peluang, aku cuba update. Kalau tak, terpaksa korang add sendiri dari setiap pembacaan yang aku tulis ni.

Tuesday 4 November 2014

Jogjakarta Day 3 - Goa Pindul & Sighseeing

8 pagi pergi Goa Pindul. Rupa-rupanya jauh juga dari hotel kami di Jogjakarta. Sampai tertidur-tidur dalam kereta nak sampai ke Goa Pindul.
Pakej kami ambil : IDR 400,000 (IDR 110 K seorang & IDR 180 K untuk camereman)

Layan gambar je

 Explaination tentang pakej yang ada. Kami tak ambil Caving Si Oyot sebab masa akan jadi lebih lama. Kami just ambil Cave Tubing Pindul & River Tubing Oyo


 Dalam weh sungai ni. Tak Tahu berapa meter ke bawah. Air hijau kot. Ready nak masuk gua.

Actually dalam ni gelap gelita, tapi lighting dari camera yang canggih tu, semua pun nampak terang.



 Sepatutnya boleh berenang kat belakang kami tu, tapi aku bajet tak nak basah badan.

 Transfer ke Sungai naik mini van ni. Bersesak-sesak dengan tube sekali.

 Ready for adventure. Kebetulan baru lepas hujan, jadi air sungai keruh.



 Basah lencun juga aku akhirnya.


Dah selesai 2 aktiviti ni, kami kembali ke tempat asal. Kat situ ada bilik mandi untuk tukar baju & sebagainya. Caj mandi = IDR 4 K , caj sabun = IDR 4 K & caj parking kereta = IDR 5 K.

12 tengah hari baru selesai aktiviti kat sini, kami request pulang semula ke hotel. Nak dijadikan cerita, laki aku ada conference meeting. Aku pun stress juga. Time holiday juga la mat saleh company laki aku tu nak wat meeting. Kami tiba di hotel 1.30 petang. Meeting dia start jam 2 petang. Kami minta driver tunggu di lobi hotel je. Aku expect sekejap je la kan. Kot-kot jam 3 petang dah setel, tapi meleset sangat expectation aku. Dah la dia tak nak diganggu, aku kena keluar bilik hotel.

Aku naik roof top, usha view. Ada swimming pool tapi mood nak swimming tak ada sebab pagi tadi pun dah lencun kat Sungai Oyo. Mood aku dah swing masa ni sebab plan jenjalan terpaksa tukar. Dah la tak dapat pergi ke Dieng, pastu kena tukar plan sebab laki aku meeting.


Lapar sangat, order lunch kat cafe hotel. Mujur sedap. Sejuk hati.

Boring lagi tunggu, aku siap skype dengan family aku kat Malaysia. Mujur internet lain kat hotel ni superb. Supir pun layan tidur dalam Avanza. Dalam 4.30 petang baru laki aku setel conference meeting tu. Memang lewat sangat dah nak jenjalan ni. Ingat nak ke pantai tapi takut sampai pantai dah lewat, supir cakap pergi tengok barang-barang silver. Kami follow je.




Aku beli 2 brooch ni dengan IDR 176 K

 Balik dari kedai silver tu, last stop beli ole-ole dari Jogja.


Malam kami dinner di Pizza Hut di Jogja Mall. Total dinner IDR 200 K