Wednesday 14 August 2019

A Note to Myself from Book Review - Ikigai

Tetiba nak menulis mengenai buku yang aku baca. Buku dah lama beli tapi selalu tersangkut-sangkut untuk menghabiskannya. Isi buku ini sangatlah padu dan bermanfaat tapi biasalah, aku lebih suka memilih untuk buat benda tak bermanfaat jugak. Too much distractions perhaps.

So ni nak explain skit Bab 3 dalam buku ni. Korang bacalah kalau faham. 

The meaning of Ikigai



Chapter 3


Soalan
"Kenapa kamu nak sangat hidup?"
"Kenapa kamu tidak membunuh diri?"

Soalan yang kasar tapi itulah jawapan yang perlu diberikan agar seseorang mencari alasan untuk dia hidup.

80% daripada kajian mendapati manusia perlukan alasan untuk hidup dan 60% merasakan manusia perlukan seseorang atau sesuatu dalam hidup yang merasakan dirinya berbaloi untuk dia mati.

Seseorang itu sepatutnya hidup dan mati mengikut prinsip dan cita-citanya sendiri.

Berjuang untuk diri sendiri
Penulis mendapati manusia akan merasa kecewa apabila hidupnya tiada tujuan atau apabila tujuan hidupnya musnah. Tetapi penulis berpandangan ianya sesuati yang positif - sebagai titik perubahan.

Apabila manusia merasakan begitu, dia akan mencari penawar samada secara sendiri atau dengan bantuan orang untuk mencari kepuasan sebenar dalam hidup.

Ada satu pepatah mengatakan 'Seseorang yang mempunyai 'mengapa' untuk dia hidup dapat menanggung hampir apa sahaja (dugaan yang datang)'.

Walau bagaimanapun, manusia kini sering menghadapi tekanan adalah kerana membandingkan apa yang telah dia capai pada masa sekarang dengan apa yang dia akan capai pada masa akan datang'. Atau secara mudahnya 'telah capai vs belum capai'.

Manusia sebenarnya perlukan cabaran yang dia boleh usahakan dengan menggunakan semua kemahiran yang dia ada.

Satu lagi krisis yang dihadapi adalah apabila seseorang itu melakukan apa yang perlu dilakukan atau apa yang lain lakukan daripada apa yang mereka hendak lakukan. Kita selalu cuba untuk mengisi 'gap' antara apa yang diharapkan oleh orang lain dengan apa yang kita nak. 

Akhirnya, seseorang itu perlu 'mencari tujuan hidup, alasannya untuk bangun dari tidur - IKIGAInya sendiri'.

Terapi pada Diri Sendiri
1. Perasaan - ia sesuatu yang perlu kita terima. Terima perasaan takut, gusar, keinginan, kebimbangan dan lepaskan ia pergi. Jangan kawal perasaan tersebut atau cuba membuang perasaan itu. Kalau tak, kita lagi rasa tegang.

2. Buat apa yang sepatutnya kita patut buat - terima keadaan sekarang. sekiranya kita menderita, terima keadaan yang kita sedang menderita.

3. Terokai tujuan hidup - kita tidak dapat mengawal emosi tapi kita boleh mengawal tindakan kita setiap hari. Tengok balik pada diri sendiri dan cari Ikigai kita sendiri.

Bila kita dah jumpa Ikigai kita sendiri, apa yang perlu adalah keberanian dan usaha untuk tetap berada di jalan yang betul.

Ikigai
Dah jumpa ikigai sendiri? Langkah seterusnya adalah mencari aliran (flow) yang tugas-tugas kita pilih untuk kita buat, kita perlu makan dengan seimbang, perlu melakukan senaman dengan intensiti rendah dan belajar untuk tidak menyerah kalah apabila timbul kesukaran.

Tapi ada syaratnya, kita kena menerima bahawa dunia ini - orang yang hidup dalam dunia ini, adalah tidak sempurna, tetapi masih banyak dan penuh peluang untuk kita berkembang dan mencapai impian.