Monday 2 November 2015

Lombok Day 1 Part 2

Untuk tahu Lombok Day 1 Part 1 Klik Sini

Apsal naik speed boat dari Bangsal ke Jeti Gili Trawangan hanya setengah jam tapi aku hanya dapat update cerita kat blog ambil masa setengah tahun? Tak apalah. Jom sambung travel aku di Gili Trawangan plak.

Dah sampai naik speed boat yang menakutkan tu, maka kami pun sampailah di jeti Gili Trawangan. Air kat Gili Trawangan memang jernih, biru dan cantik betul. Tengoklah gambar kat bawah ni. Cuma tak leh terjunlah..dalammmmmmm

Aku dan mini speed boat

Sampai di jeti, kami plan nak jalan kaki untuk ke resort nampak gayanya macam tak dapat. Jaraknya kalau berjalan kaki lenggang kangkung mak limah boleh sampai, tapi sebab ada luggage, campur petang, campur baru sampai, memang tak dapatlah. So kami naik cidomo untuk ke resort. Cidomo ialah kereta kuda. Harga cidomo standard iaitu IDR 50K sehala.

Sebelum ke hotel, supir kami sempat singgah di salah satu agensi untuk aktiviti island hopping kami pada esok hari. Nama ejen ni Gili Bahari. Harga pakej island hopping ni dah termasuk kami bayar pada service supir kami.


Map Gili Trawangan

Kami booked di Good Heart Resort. Kat map tu aku dah highlight bintang merah. Jaraknya dari jeti tak jauh tapi kalau dengan luggage, sengsara juga nak sampai. Kami book hotel belah timur pulau gili ni sebab sebelah timur ni memang lebih happening compare dengan sebelah barat. Sebelah barat masih banyak tanah-tanah kosong, cuma ada beberapa hotel baru naik. Nak makan pun susah. So aku suggest betterlah stay di sebelah timur pulau ni.


Bilik kami

 Depan bilik

Bilik kami tak menghadap pantai. Tapi kebanyakan resort kat belah sini pun memang tak menghadap pantai. Sebab dia buat hotel jenis memanjang ke belakang (menjauhi pantai). Bukan memanjang ke tepi pantai. Tapi view depan cantik & tenang habis. Memang puas hati. Hotel ni pun macam baru lepas siap atau renovate. Part yang kurang syok sikit sebab wifi slow. Kat depan counter je laju.

 Siap ada angsa wei atas katil. Rasa macam honeymoon gitew. Happy betul aku dapat hotel macam ni.


Bilik air dia memang besar gila. Selebar-lebar bilik juga.

Dah masuk bilik, kami kemaruk bergambar dalam bilik dulu. Pastu test tilam empuk ke tak. Ingat nak berehat sekejap sebab nak pergi tengok sunset sebelah west sana, sekali terlajak weh. Gara-gara semalam packing baju lewat, kami sedar-sedar je dah pukul 8 malam. Sunset pejadahnya. Dah malam.

Terus kami mandi, bersiap keluar cari makan malam lah. So kami jalan kaki ke night market yang terletak berdekatan dengan jeti. Sebenarnya, sepanjang jalan tu ada banyak resorts buka untuk sesiapa je nak makan kat resto dorang. Ada macam-macam jenis dan harga. Mostly menu western je yeh. Memang tempat tourist, jadi menu ayam taliwang tu tak nampak pula aku. Sambil jalan, sambil survey, last-last sampai kat night market.



Kat night market ni, bukan pasar malam macam tempat kita tu. Tempat ni macam open food court. Gitulah. Aku pusing-pusing dua kali juga kat pasar malam ni, tapi tak kena dengan selera. Last-last kami makan kat kedai/warung tepi night market tu. Tempat tu nama Green Cafe. Aku order nasi goreng sotong, laki aku order nasi goreng special. Rasa dia boleh lah wat alas perut. Kat tepi kedai makan kami tu juga ada kedai runcit. Lepas makan, kami beli sun block sebab lupa bawa (saje nak juga membazir duit kat tempat orang) & beli chips sekali untuk kunyah-kunyah. Total dinner kami IDR 107K, sunblock IDR 110K & chips IDR 20K.

Malam ni kami jalan-jalan tepi pantai, ambil angin pantai, lepak depan resort, borak-borak dengan laki aku. Tak sabar nak island hopping pagi besok. Tunggu next entry ye.

Good night Gili Trawangan