Wednesday 27 August 2014

Cabaran Membeli Rumah

Ini continue cerita pembelian rumah selepas launching day & selepas selesai pembayaran deposit.

Loan
Disebabkan aku & hubby (was) government, so we decided nak buat government loan sahaja. Frankly speaking, the processes was quite easy sebab we have my sister. Promote jap, my sis is a lawyer. So kami tak perlu nak hire mana-mana lawyer. Ye, nak beli rumah kena ada lawyer. Aku tak pasti la lawyer ni korang kena cari sendiri atau macam mana. Tapi developer pun ada banyak contact lawyer & maybe dorang dah appointed mana-mana lawyer untuk mana-mana projek. Permohonan loan dengan government memang mudah tapi hurmm,..renyah. Banyak proses. Masuk je ke website Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP). Semua ada.

Kami laki bini combine loan disebabkan harga rumah yang apa tu kan, tidak melayakkan loan seorang sahaja. Hampeh kan. So, S &P agreement pun combined. Bermaksud, 1 rumah tapi dua nama. Bila loan semua lulus, maka developer akan mula membuat kutipan bayaran dengan pihak pemiutang (macam kami, BPP la).

Lawyer
Lawyer akan buat S & P kan, jadi kena bayar la juga. Legal fees memang tak murah. Sekali lagi kami kena ready duit untuk legal fees for about RM10k. Dush!! Walaupun dengan my own sis, still kena bayar documentation tu. Tu pun lepas discount. Harga sebenar tak tahulah. Lain rumah, lain harga. Kebetulan hubby dapat bonus, dia la yang bayarkan. Aku senyummmmmm je.

Payment Stage
Developer akan kutip bayaran dengan bank atau BPP mengikut stage. Kalau construction stage dah setel piling, dia kutip 10%. Setiap kali developer nak kutip duit, dia akan hantar surat & c.c to buyer. Kita lah. Kat sini kena alert. Alert yang bank dah bayarkan kepada developer. Macam kes kami, BPP ni aduh la. Susah nak cakap. Banyak proses. Bila developer nak kutip duit, surat tu berbulan-bulan proses. Jadi, setiap kali pembayaran, confirm lewat. Bila lewat, developer caj interest kepada buyer. Ko rasa? Buyer yang kena tanggung interest for late payment. Bila nak bayar? Masa rumah siap, nak ambil kunci. Kami memang sabar je la. BPP cakap tak nak tanggung. Developer tak nak tanggung. Sape yang kena tanggung? Buyer la.

Masalah
Tak disangka-sangka, my hubby dapat better offer. Offer yang menyebabkan dia meletakkan jawatan di government. Kami tak expect perletakan jawatan my hubby ada affect to our loan. BPP ni kalau nak buat pembayaran bukan main slow. Bila orang letak jawatan, laju je dia detect. Automatic dia stop payment rumah kami. Katanya sebab my hubby dah tak loyal. Loyal sangat. So BPP tak nak bayar la. Masalah start timbul bila rumah in progress, tapi developer tak dapat payment. About 80% dah setel. Just another 20% lagi belum bayar. Aku & my sis mula naik turun ofis BPP. Tanya apa status & how to setel.

Sorry to say, pihak BPP memang kelam kabut sebab bila tanya, dorang sendiri tak tahu macam mana nak selesai. At 1st kami suruh BPP bayarkan bagi pihak aku sebab aku masih kerja gov & loan under nama aku sepatutnya tak ada masalah. BPP sendiri pun cakap camtu. Tapi bila almost setengah tahun, masih tak ada payment. Kami dah dapat banyak surat warning dari developer. Siap nak buat termination juga. Sekali lagi pergi ofis BPP, lain pula ceritanya. Katanya walaupun aku masih gov, tapi dorang heret fail aku & hubby bersama-sama. So kalau file laki aku pergi seksyen lain, file aku pun follow sekali. Sebab tu dorang tak dapat buat payment under nama aku sahaja. Hari tu pergi cakap lain, dua kali pergi cakap lain. Ko rasa? Ingat aku ni mudah ke nak pergi ofis dorang banyak kali. Aku dah la dari Sarawak. Pastu bila pergi, korang cakap keling. Memang menyakitkan hati.

Hampir setahun, rumah kami beli tu tak berbayar. Dari rumah under progress, sampai la rumah tu siap. Masalah loan BPP juga belum selesai. Aku rasa developer tu kalau buat monthly meeting, nama aku dengan laki aku dah glamour kot. Buyer yang tak dapat selesaikan payment. Sampailah buyer lain dapat surat ambil kunci, kami hanya mampu tengok je surat. Sebab payment belum selesai. Almost RM 110K belum setel.

Refinance
Lastly, my sister decided for us untuk cancel both of our loan dengan BPP. Sebab tak ada penyelesaian dari pihak BPP. Buat kerja lembab, cakap tak betul. Kami belum dapat kunci, tapi kami dah nak refinance. Rumah hanya dapat refinance bila rumah dah selesai. Maka, bermula lah episod baru. Nak buat loan dengan bank pula. Dulu sombong sangat, now terhegeh nak cari. Cari punya cari, lastly loan kami approved dengan satu bank ni. Bila refinance, value rumah dah naik. Meaning loan kami pun naik. Proses nak sign agreement loan pun satu hal. Loan buat kat semenanjung. Aku kat Sarawak. Nak balik tak ada masa. So bank ni pos la agreement dekat branch Sarawak.

Kami combine loan juga sebab sorang loan tak lepas. Hubby dah signed agreement, just aku belum. Bila agreement sampai kat Sarawak, aku pergi bank & sign. Masalah bila agreement tu sampai semula semenanjung, ada certain part agreement aku tak sign. Aku macam heh??? Bengong ke apa orang branch bank ni. Aku sign apa yang part dia suruh tapi dia sendiri tak double check. At last, aku kena juga balik semenanjung untuk sign the remaining part. Tak ke dua kerja kat situ.

Valuer
Bila refinance, bank akan appointed valuer untuk value harga rumah. Kerja valuer ni pergi cek rumah, pastu value la harga rumah ikut suka dia. Pastu bila dah selesai value, baru hantar report ke bank & barulah bank akan release duit. Al-kisahnya, kerja valuer ni kena dibayar oleh peminjam loan. Sekali lagi kami terkejut. Aku macam apa??? Terkejut bila valuer call. Aku tanya berapa, dia kata ikut harga rumah. Katanya around RM 1k ++. Gugur dah rambut-rambut kami laki bini

Re-sign S&P
Bila loan dah lulus, at the same time valuer buat kerja, lawyer pun buat kerja juga. Buat S&P baru untuk kami. Sebab S&P lama cancelled. Tukar loan kan. Bila nak sign new S&P, maknanya new legal fees. Kena bayar lagi almost RM 8 K. Lepas discount, my sis bagi RM 6 K. Semua duit simpanan kami korek. Rambut memang dah tak ada. Botak weh. Botak!

Full settlement & Interest
Proses nak dapat duit selepas sign new agreement tu ambil masa almost 4 months. Can u imagine kami menanggung interest selama setahun lebih dengan developer. Aku sangat cuak nak tanya developer how much interest they have charged us. Disebabkan duit dari bank lambat dapat walaupun loan dah lulus, kami telah membuat pinjaman peribadi dengan my sis sorang lagi. Sebab kami nak setelkan masalah dengan developer dahulu.Finally, one fine day, kami telah pun menunjukkan muka di pejabat developer. Kami nak buat pembayaran the remaining 20% balance dengan developer sekaligus membayar interests yang tak tahu berapa harga tu.

Aku rasa developer pun nak sangat tengok muka buyer yang bermasalah sangat ni. Hehe. Dari awal pembelian pun memang kami tak pernah jumpa mereka. Kan my sis yang uruskan. Macam top secret sangat. Pembayaran dibuat dengan baik. Alhamdulillah, they were nice too. Really helpful. Selesai full settlement, tibalah waktu untuk interest pula. Total interest we have to pay was RM 5K. Bulat mata. Nervous. Cash tak tahu cukup ke tak nak bayar 5K tu. Tapi mereka cakap boleh buat rayuan. Buat surat untuk request discount. Kat pejabat tu juga kami buat surat. Surat rasmi tulis tangan je weh. Sebab memang tak ada masa & memang kami dah khas 1 hari untuk selesai rumah dengan developer sahaja. Akhirnya dapat discount almost 70%. So interest yang kami kena bayar just RM 1K ++. Alhamdulillah. Nak tahu apa? Aku nangis kat situ juga. Memang touching habis. I cannot control u. Hubby siap pujuk lagi sebab aku nangis sungguh-sungguh. Nangis syukur weh. Seriously cabaran sangat nak selesaikan hal rumah ni.

Kunci
Akhirnya, kami book appointment untuk dapatkan kunci rumah. Dapat juga kami jejak kaki ke rumah sendiri. It was meaningful. Ambil kunci rumah & buat defect inspection. Jiran sebelah dah buat renovation ok.

Now, kami dah dapat kunci. Tunggu proses bank bayar balik semula ke BPP (80%) & nak bayar semula duit pinjam dengan my sis (20%). Pastu tutup account dengan BPP. Lesson learnt. Never quit job masa rumah tengah proses unless you have such amount cash untuk bayar dengan developer. Maksud aku kalau korang buat loan dengan BPP. Kalau loan bank tak ada masalah, tuka kerja ke, tak tukar kerja ke, bank masih yang sama.

End
So far not within our planning untuk renovate rumah. Nak pasang lampu & grill pun berpikir. Biarlah selesai satu-satu. Kami pun tak duduk rumah tu. Tapi now dah kena start plan duduk rumah tu sebab loan kena bayar kot. Rupa-rupanya, buying a house needs a lot of $$$$$. Apa-apa pun syukur. If my sis tak push kami beli rumah, sampai sekarang kot kami asyik cakap tak mampu. Tapi bila keadaan mendesak, akhirnya mampu juga nak beli. Ada juga aset kami walaupun tak besar. Alhamdulillah

Tuesday 26 August 2014

Rumah!

Angin tak ada, ribut tak ada. Tetiba update pasal rumah. Apa kes? Sebab ada kes la aku tetiba rajin nak update blog pasal rumah. Punca lama tak updating blog adalah sebab kesibukan duniawi yang melampau & laptop aku dah damaged. Ok, sounds so many excuses sangat.

Ini cerita tahun 2012. Wow.. lama sangat. Kisahnya bila kakak aku tetiba paksa aku beli rumah. Aku macam WHAT??? Aku dengan laki aku ni memang tak ada planning lagi nak beli rumah. Kes tak ada rancangan masa depan yang sempurna kekdahnya. So bila my sis decided for us untuk beli rumah, aku discuss dengan laki aku. My sis was so excited for us. Aku dengan laki macam telan pasir. Serius. Seriau feeling nak beli rumah. Sebabnya, rumah nak beli tu kat Selangor. Bukanlah kat city center pun tapi untuk warga-warga belia muda remaja macam aku yang baru nak survive ni, membeli rumah di Selangor area adalah satu tanggungan yang amat besar. Orang-orang Kay Ell atau Selangor sure tahu macam mana harga rumah kat situ kan. Yes! Sebab harga rumah tu lah membuatkan kami laki bini serius, nervous, sejuk kaki tangan. (So exaggerate)

Launching
Bila developer nak jual rumah, dorang akan buat launching day. Ini standard jual rumah baru. Orang akan berebut-rebut nak beli rumah. Orang berebut, aku cuak. Hehe. Yang aku tak faham, harga rumah berapa mahal pun, tetap habis dijual. Heran betul. Actually my sis yang banyak setelkan pembelian rumah untuk kami disebabkan kami di Sarawak, maka kami tak mampu berbuat apa-apa.

Bila developer bagitahu bila dia nak buat launching day, contohnya pada esok hari, maka ramai la yang pernah berdaftar akan datang untuk beratur. Masalahnya dorang akan beratur a day before launching day. Jadi, my sis pun termasuk dalam golongan orang yang beratur a day before la. Dan dia juga telah mengupah someone ni untuk tidur di khemah launching ni. Iye, aku tak tipu. Memang upah orang tidur kat khemah untuk jadi 1st customer beratur pada esok hari. Tragis kan nak beli rumah ni. Sebab nak ambil lot pilihan, kena la gigih beratur.

Beli rumah
Bila hari launching, seperti dijangka, my sis berjaya menjadi orang pertama yang beratur. My sis berjaya booked untuk dia corner lot & untuk aku sebelah corner lot tu. Kawasan rumah memang strategik. Lot rumah sangat best sebab depan tu view je. Tak menghadap rumah sesiapa. Aku bukan berjiran dengan my sis pun. Dia dah ada rumah, just beli untuk business. Bila dah book lot mana yang berkenan, kena la bayar deposit. Berapa minimum deposit aku tak pasti. But my sis dah bayarkan deposit on my behalf sebanyak RM 10K. Aku dan laki telan pasir LAGI. How can we pay back the deposit to my sis. But my sis cakap tak apa sebab kami akan buat full government loan. So nanti dapat refund deposit tu. Lega!

Bila dah berjaya booked, maka nama kami akan terus glamour di setiap bank-bank di seluruh Malaysia. Automatic almost setiap hari bank akan call tanya nak buat housing loan ke tak dengan dorang. Mana dorang bank ni dapat no kita? Well................standard orang business. Tapi kami laki bini sombong. Haha. Kami buat housing government loan sebab dapat buat 100% loan. Kalau loan bank, hanya 90% sahaja yang diberikan. So another 10% tu kena bayar duit sendiri. Korang imagine la, kalau rumah tu harga RM 100K, maka balance RM 10K kena bayar sendiri. Kalau simpan setiap bulan, dapat la kot bayar RM10K. Tapi, kalau harga rumah RM 500K, mana nak cekau cash RM 50K? Nak menyimpan berapa lama?

So aku pun sedar diri. Rupa-rupanya ramai orang kaya kat Malaysia ni. Aku sedar bahawa nak beli rumah memang kena banyak duit. Ingat, deposit booking rumah & 10% cash dari harga rumah adalah duit yang perlu kita ada kalau nak beli rumah. Till next episod aku cerita loan pula.