Tuesday 19 December 2017

Berjalan Melihat Alam di Surabaya 4 Hari 3 Malam - Hari Ketiga

 Air Terjun Tumpak Sewu, Sidomulyo, Pronojiwo, Lumajang, Jawa Timur, Indonesia

Hari Ketiga kami di Jawa Timur ni, hujan turun dengan lebat jugak pagi tu. Aku pun tak tahu dah aku kat negeri/daerah/jajahan Surabaya ke tak. Yang aku tahu, aku dah kat kawasan Air Terjun Tumpak Sewu ni. Air terjun ni di daerah Lumajang. Yang nak tahu perjalanan aku dari hari kedua untuk sampai ke sini, boleh klik Hari Kedua di Surabaya.

Pada paginya, awal pagi kami dah bersiap. Breakfast disediakan oleh tour guide kami di rumah beliau sendiri. Aku tak ambil gambar pula tapi ini kawasan kampung nak bagitahu korang. Memang tak ada hostel or hotel. Tempat ni juga tak boleh di explore sendiri-sendiri. 

Ada 2 group untuk kami. 1 group kami (aku dan hubby), dan 1 group Malaysian from Melaka. Dorang berempat, kami berdua. So, total berenam sahaja. Kami berkenalan masa breakfast sahaja. Dorang memang friendly, jadi senang nak get along. Lepas breakfast, kami dah ready nak ke air terjun. 

Aku just pakai sluar track, tshirt dan sandal. My hubby pun sama. Kami tanya guide, ok ke pakai camtu. Dorang cakap ok je. Hubby sangsi. Tau sangsi? Tak confident dengan cakap guide. Sebab dia orang local. Then driver kami cakap, better pakai kasut. Dah satu hal nak pakai kasut apa sebab kasut kami bawa kasut yang tak leh basah air. Bukan kasut hiking. So, driver bawa kami ke satu kedai runcit. Dalam hati aku, kedai runcit ada jual kasut hiking ke?

Dan sememangnya kedai runcit tu jual macam-macam. Kalah Aeon or Sogo. Hahaha. Dia ada jual kasut macam penoreh tu. Kasut getah tapi tapak macam kasut bola. Aku dengan hubby excited la nak beli, tapi malangnya size aku tak ada. Maka aku kena pakai sandal sahajalah. Dah la murah kasut dorang jual. Aroung RM10 je kot sepasang.

Ok dah setel, maka readylah kami nak mula tengok air terjun.

Gambar dulu kat tempat baru yang diterokai sebagai tempat pelancongan. Sebab hujan so kena pakai rain coat juga. Tengok kaki my hubby, tu lah kasut yang baru dibeli. Very comfortable katanya.

Selepas berjalan turun bukit curam tapi jalan tar, kami pun sampai kat view point of this waterfall.

Haha. Begitulah nasib kami. Kalau tak hujan, boleh nampak rainbw sebab hasil dari air terjun tu

Lepas tunggu kabus berlalu pergi. Baru nampak air terjun yang banyak ni. Tumpak Sewu tu maksudnya Thousand Waterfall

Masa takat viewpoint waterfall ni, dua-dua supir (supir kami dan supir group satu lagi) follow sama. Tapi selepas tengok view, kami akan mula hiking. Supir dah tak follow, dorang just tunggu kat kereta.
Aku pun ok lah. Bye-bye supir tapi sekali, the adventures begin. Eh actually aku pun tak expect nak hiking, ingatkan takat tengok air terjun dari viewpoint je. Rupa-rupanya kena hiking tapi dalam hati seronok juga. Kami rupanya nak ke kaki air terjun tu.

Perjalanan bermula. Turun gaung dengan jambatan buluh buatan sendiri.

Tapi perjalanan makin mencabar. Turun degan tali atas air terjun ni. Perghhh



Kena lintas sungai dengan jambatan ni tak pe lagi, pastu kena lintas sungai beramai-ramai. Buat tembok sebab nanti kena hanyut. Memang agak membahayakan.

Akhirnya kami sampai kat kaki air terjun tumpak sewu



Guide kami rajin ambil gambar kami. Ikut suka lah nak buat gaya macam mana pun. Dia setia melayan dan tunggu kami semua.

Dah settle semua, sama-sama bergerak ke next destination. Mandi air terjun. Air terjun tumpak sewu tak leh mandi sebab air deras gila, kot-kot tahan kepala bawah air tu, boleh pecah kepala. Kan dah jadi kes maut pulak. Kita gi mandi kat air terjun kecik sahaja. Boleh dikatakan kawasan ni mewah dengan air terjun.

Best mandi kat sini

Air terjun ni pun deras juga. Kena tahan badan dan kepala. Kalau tak boleh dibawa arus.

Pastu boleh mandi kat kolam biru ni. Nampak tak air tu biru kat kawasan tu.


Kat sini memang agak lama kami spend masa. Kami dah la tak bawa extra food, agak lapar juga tapi tahan je lah. Mandi sepuas-puasnya. Guide dengan baik hati menunggu tanpa banyak komplen. Cuma aku dah lama-lama bosan juga kan. Group satu lagi tu, perghhhh, aku rasa kalau camera dia boleh bercakap, confirm dah cakap dah dah la ambil gambar. Memang non stop bergambar. Ada ribu-ribu. Siap ada beberapa tour group lain, yang lambat datang dari kami pun dah blah dulu. Aku dah macam annoyed juga waktu ni. Sebab ada sorang laki dalam group dorang pun dok cakap, dorang ni kalau tak panggil memang tak naik.

Bila semua dah kumpul, kami gerak untuk balik. Ok, lepas dari ni, memang kena banyak mendaki. Naik gunung, bukit, batu, etc. Jadinya, memang agak mencabar dan perlukan tenaga. Dorang dah start slow. Dalam hati aku, tadi mandi tak hingat dunia.

On the way balik, akan lalu satu lagi spot, tengok gua. Tapi kena hiking juga.

Semua dah tak larat, tak ada energy nak follow. Actually aku larat tapi hubby tak bagi sebab curam gila. Memang tak ada safety langsung. Macam nak tempah maut pun ada. Tapi ada sorang girl dari group satu tu nak pergi jenguk. So, guide bawa dia sorang. Kami semua just tunggu kat 1 spot sahaja.

Tempat kami kena tunggu sementara guide bawa sorang ahli kami gi tengok gua. Tunggu atas air terjun ok.

Curam weh. Kena turun bawah tu.
Ok selepas turun bahagian last air terjun.

Lepas last bahagian air terjun ni, maka kena naik berjutaaaaaaaaaaaa anak tangga non stop. Group dorang ada yang cramp kaki. Memang macam surrender pun ye jugak. Entahlah. Susah nak cakap juga.

Aku dengan hubby slow-slow naik tangga. Dalam banyak-banyak track kami lalu, track last sekali ni je paling selamat sebab tangga batu yang dah dibuat oleh kerajaan dorang. Cuma korang imagine la tangga dari bawah gunung sampai ke puncak gunung. Sebab dorang banyak kali stop, so aku dengan hubby bagitahu dorang yang kami jalan dulu.

Last view

Sampai je kat atas, kami berjalan sendiri ke tempat supir tunggu. Menyesat juga cari jalan dalam kampung ni. Tapi redah je. Call supir tak berjaya sebab tak ada coverage. Lastly sampai akhirnya. Supir pun terkejut kami sampai berdua je. Dia tanya mana yang lain. Aku cakap dorang kat belakang sebab dorang cramp kaki.

Kami terus bilas-bilas badan kat toilet yang disediakan. Mandi semua lah. Lepas mandi, makan tengah hari dah disediakan oleh guide kami kat rumah dorang. Makan tengah hari yang disediakan sedap amat. Sesuai sangat dengan perut berkeroncong.

Lepas makan, kami semua say good bye to good service kat Tumpak Sewu Waterfall ni. Orang-orang kat sini baik-baik sangat. Sepatutnya pakej aku termasuk satu lagi. Air Terjun Kapas Biru. Tapi, nak tengok pun kena hiking sama dengan Tumpak Sewu Waterfall. Maka, kami skip sahaja sebab dah tak larat. Haha

So, kami terus menuju ke Bandar Surabaya. Tapi melalui satu daerah lain, iaitu Turen, Malang. Kat sini ada satu spot bagi local tourist.

Masjid Tiban, Turen, Malang

Masjid ajaib or masjid bunian katanya. Sebab masjid ni terlalu besar. Memang besar sangat dan design dia menarik sebab penuh dengan ukiran. Aku dah inform supir untuk stop sekejap kat masjid ni sebab nak tengok how big the mosque is.

Dah masuk kena daftar dulu. Kaunter daftar pun besar sangat. wajib daftar sebab bila nak keluar kena bagi balik tiket daftar tu. Kalau tak, tak boleh keluar.

Layan gambar je lah. Ada banyak tingkat masjid ni, dan masjid ni masih dalam pembinaan. Tak tahu sebesar mana nak buat.







Punyalah besar. Siap ada akuarium bagai dalam masjid ni. Baguslah jadikan masjid sebagai tempat pelbagai guna. Bukan sekadar solat semata-mata.

Walaupun kami belum solat zuhur dengan asar, kami tak solat pun kat masjid besar ni. Hihi. Sebab supir cakap nanti solat kat masjid lain. Nak risau apa, setiap 200 meter, sentiasa ada masjid.

Kami berhenti solat kat sini. Tak tahu kawasan apa tapi masih Daerah Malang.

Selepas solat, macam lapar lagi kan. Haha. Kekdahnya lapar sentiasa. Lagipun dah malam waktu ni. Kiranya makan malam terus. So, this time supir suggest makan Bakso kat Malang. Bakso famous katanya. Jom try.

Bakso President, Malang

Ok, bakso ni terletak betul-betul kat tepi railway. Kedainya panjang tapi full house juga. Macam sedap ni


Nak order kena beratur. Sampai kat depan, bagitahu nak makan apa. Aku memula tak tahu juga sebab first time. Tapi kita tengok orang makan apa, kita order lebih kurang je lah.

Aku order bakso biasa, hubby order bakso extra apa entah. Siap ada sate lagi.


Overall memang sedap cuma ada sate apa ntah, macam masin sikit tapi kami habiskan je semua bakso tu. Highly recommended untuk try bakso kat sini.

Dah habis makan, kami meneruskan perjalanan ke hotel Surabaya. Asalnya Pranoto Didik, orang yang awal kami deal tu, dia dah arrange tempat tidur sekali untuk 4 hari 3 malam kami kat Surabaya. Tapi, last minute we decided nak stay hotel sendiri. Last minute booking, mujur banyak hotel kat Surabaya so tak ada masalah. Sebab kami nak dok hotel, nak tidur katil empuk. Haha.

So, supir pun ok je. Just kami tanya kalau malam last tu boleh dapat refund ke homestay yang kami tak duduk tu. Supir cakap dia try tanya tapi tak sure dapat ke tak. Kami redha je. Kalau tak dapat, tak apalah. Kalau dapat refund, Alhamdulillah sebab bukan salah mereka pun.

Malam juga baru kami sampai town Surabaya. terus check in, dan tidur. Penat sungguh seharian termasuk hiking, mandi air terjun bagai. Kaki pun dah lenguh. To be continued on Hari Keempat. Stay tunes semua.

Saturday 2 December 2017

Berjalan Melihat Alam di Surabaya 4 Hari 3 Malam - Hari Kedua

Pagi-pagi jam 2.30 kami dah bangun. Aku? lagi mudah bangun sebab tak selesa. 1 maybe terlalu sejuk, bilik tak ada heater. Second sebab bilik tu tak sound proof langsung. Maksudnya, kat luar tu ada orang jalan ke, borak ke, aku dapat dengar. Aku boleh dengar group lelaki Malaysia yang baru sampai kat Family Homestay ni. So, aku bangun pagi tu dengan tidur ayam je. Malas nak banyak complaint cakap, aku gosok gigi, cuci muka & tukar baju. Kami pack roti yang dah beli dari Malaysia sebagai alas perut untuk breakfast & mineral water.

Pagi tu memang sangat sejuk, sesejuk winter di London. Kena pakai winter jacket lah. Kami tunggu kat ruang tamu, tunggu group lelaki Malaysian yang tengah bersiap. Berborak dengan mereka, mereka memang baru sampai jam 1 pagi gitu betul-betul dari airport, then terus bersiap untuk naik Bromo. So, dorang belum tidur lagi. Mujur orang muda, tapi ada beberapa dah tua. Dari EPF KL katanya.

Didik (our driver a.k.a boss Pranoto Didik) dah ready kat luar dengan 2 biji Jeep. As instructed, kami naik 1 Jeep, group lelaki EPF naik 1 Jeep. Jeep kami Didik yang bawa. Aku rasa around 3 am juga baru gerak dari homestay. Memang gelap gelita, langsung tak nampak apa. Yang aku tau naik Jeep tu rasa vibration 10 kuasa 3. Duh, boleh jatuh peranakan kekdahnya. Bontot pun sakit. Meloncat-loncat macam naik kuda berlari gagah atas batu-batu.

On the way tu aku nampak a few groups mat saleh tengah jalan kaki. Gila apa nak jalan kaki ke Bromo. Naik Jeep pun berejam, korang jalan kaki? Lantak korang lah. Pagi tu hujan turun. Nasib nampak tak menyebelahi kami. Patut bulan 7/8/9 bulan terbaik katanya sebab musim kemarau dah start. Tapi disebabkan dah beberapa minggu katanya tak hujan, maybe rakyat Surabaya pun nak merasa hujan juga, terkenalah pada hari kami datang. Ok, hujan tak hujan proceed je. Masa ni semua Jeep berlumba-lumba naik ke puncak Bromo.

Kami sampai betul-betul kat parking Jeep di puncak Bromo around 4.30 am. Aku ada story kat day 1 yang waktu di Surabaya ni awal kan. Walaupun waktunya awal 1 jam, tapi cuacanya awal 2 jam. Faham kan? So, subuh dah masuk jam 4.30, which kat Malaysia waktu tu subuh masuk 6.00 am gituh. So kami solat dulu kat surau di tempat parking tu. Don't worry cuma ko tak sanggup nak buka jacket, and nak ambil wuduk sebab sejukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk gila!

Tapi kena tahan je. Tempat solat tak ada lelaki perempuan. 1 tempat je cuma agak luas. Habis solat, masih hujan, so ramai la penjual2 kat situ jual rain coat. Memula kami tak nak beli, tapi since akan basah semua, terpaksa juga beli rain coat dengan harga xingat. Around RM6 untuk 2 helai. Ok lah.

1st location adalah Penanjakan / View Point of Bromo. Didik cakap, masih mau ke penanjakan ke? Ops satu lagi, Didik ni pekat cakap loghat Indonesia. Certain dia cakap tu memang tak faham. Dia kadang-kadang pun tak faham kami cakap. Tapi kami cakap nak juga lah naik. Dah sampai kan. Dia cakap tak nampak apa-apa ni. Kami bersama group EPF cakap tak apa, nak juga tengok tempat tu.

So, kami jalan kaki. Dari parking Jeep tu, jalan kaki sikit je. Menaiki bukit guna jalan tar je pun. Tapi sebab gelap gelita kan, tak nampak, pakai torch light handphone. Ada beberapa motor akan stop & offer nak bawa ke penanjakan. Korang jangan lah terima walaupun macam mengah berjalan tu. Sungguh tak berbaloi. Mula-mula kami macam wondering juga, jauh sangat ke kena jalan kaki, sebab ramai juga guna motor untuk naik ke atas. Rupa2nya, ceh, tak letih pun.

Bila sampai kawasan penanjakan / view point tu, perghhhhhhhh beratus manusia nak tengok view menarik. Sunrise kekdahnya tapi apakan daya. Kabus tebal gila. Jarak view boleh nampak pun just 10 meter gitu je. Memang tak nampak apa-apa. Frusssssssssssssttttttnya. Ya Allah. Redha je lah. Dari jauh kami datang, musim pun dah cantik, tapi apakan daya. Percaturan Allah lebih baik. 

Ha muka frust. Tangkap juga untuk kenangan

Tunggu lagi, kononya dapat tengok tapi apakan daya. Ni dah around 6 am.

So, dah 6 am Didik suh turun. Maka berjalan kami menuju ke Jeep dengan frust. On the way naik turun tu ada banyak kedai. Ramai mengadap breakfast situ tapi aku tak berselera lagi.

Kami singgah kedai beli souvenir je. Tu pun tak banyak choices tapi kena beli sebagai kenangan.
Inilah jalan yang naik ke penanjakan & Jeep parking tepi-tepi ni. Bila penumpang naik, Jeep ni pusing kat situ je tau. Kena ada skill bawa Jeep ni.

Bila dah sampai Jeep, kami meneruskan perjalanan ke spot seterusnya. Dataran luas! Aku tak tahu apa nama tempat ni, tapi turun je dari penanjakan, akan lalu dataran yang luas ni, then semua Jeep berhenti, then kami di arahkan untuk bergambar. Kena arah tak tahan.

Didik paksa naik Jeep dia. Ikut je. Didik ni pantai photography juga.

Inilah dataran luas tu. Kabus tebal & masih sejuk. Nampak didik dengan kain pelekat dia. Kain pelekat ialah jaket Didik.

Dah puas tangkap gambar, ke stop seterusnya, panjat Gunung Bromo. Didik ada tanya siap-siap dalam Jeep, nanti nak naik kuda ke panjat tu. Dia boleh minta harga. Dapat murah. So, kami cakap tak apa, kami boleh jalan. Then Didik bagitahu, spot dia tunggu. Kena ingat sebab nanti, ada berjuta jeep parking kat dataran luas tu, ko takkan kenal mana satu jeep ko. Semua sama je. So, let's hiking.

Mula-mula start berjalan dengan dataran luas ni, ramai sungguh naik kuda. Mujur kami fit! #serious
Half way. Jauh tak kena daki? Jauh tapi boleh.

Kami mendaki slow-slow je. Follow the crowds. Cuma kena hati-hati dengan kuda yang laju. Stop sekali sekala tangkap gambar. Ok tuh. Sampai la kami sampai ke kaki tangga Gunung Bromo.

Dah sampai tu, kami tak jadi naik tangga untuk tengok kawah Gunung Bromo yang masih aktif. Kenapa? sebab hujan start turun & kabus start tebal. Kalau daki tangga pun sia-sia. Anak tangga pun tak nampak.

Belakang kami tu tangga nak naik ke kawah Bromo tapi kami sini je. Tengok kabus tebal amat.

Maka kami pun berjalan turun kembali ke Jeep. Aduh redha redha. Masa on the way turun tu, sedap sikit. Laju je jalan, sejuk-sejuk ni tak berpeluh. Kalau tak hujan, berdebu habis kawasan tu. So kena pakai mask.

Gambar seround

Then hubby singgah public toilet kat situ jap before kami cari jeep kami. Senang je sebab dah ingat kat mana Didik bagitau dia park jeep dia. Kalau korang tak ingat, pandai2 la tangkap nombor plat jeep tu. Ada juga a few aku tengok menggelabah tak jumpa jeep masing-masing.

Kami jumpa jeep tapi Didik pula tak ada. Imagine thousand of jeeps parked here. Didik ni mana plak. Kang aku curi jeep ni baru tahu. Ekekeke

Sambil tunggu Didik entah mana hilang, kami makan bekal roti kami bawa. Kat sini tak ada coverage walaupun aku roaming. Tak lama tu Didik sampai. Eh Didik terkejut kami sampai awal. Baru dia tau kami fit! Padahal kami tak panjat habis sebab kabus tebal.

Next, didik bawa kami ke Bukit Savanah a.k.a Bukit Teletubbies. Nape nama tu? Sebab macam view set patung Teletubbies tu. Haha, ye ke tak, entahla tapi wow! Cantik SubhanaAllah.

Haruslah acah-acah Che Ta tak pandang kamera sebab tak mandi! Haha

Nice sebab kat sini panas. Ada matahari keluar. Kena cepat-cepat tangkap gambar. Ramai juga belum sampai time ni

Setinggi gunung, seluas alam.


Dah puas gambar, guling-guling macam Shah Rukh Khan and Anjeli, kami gi beli jagung. Oh, jagung sini sedapppppppp, murah & manis. Nyum-nyum!



Ok, settle sini, last stop kami, Pasir Berbisik. Tapi of course there is nothing to see because kabut tebal. But Didik did stop anyway.

Kenangan kat Pasir Berbisik.

Why berbisik? Sebab kalau panas, pasir ni berbunyi seolah-olah berbisik to each other kot. Tak pun shy-shy nak cakap kuat. Bukan macam kita ni, cakap nak kuattttttt je. Ok, dah habis Pasir Berbisik, maka kami pun bergerak turun then menuju ke our homestay.

Kami arrived at Family Homestay around 11 am gituh. Dari 3 pagi keluar, 11 pagi baru balik. Mujur owner dah sediakan breakfast. So, we had our breakfast, shower & solat jamak before driver adik Didik akan pickup kami untuk ke next destination.

Our brunch. Nasi goreng. Tak sedap pun sebab telur gulung tu masin gila. Boleh darah tinggi ni.

Laki aku sempat tidur setengah jam. Penat sangat kot. Jam 12.30 pm driver dah ready, then kami bergerak pulang. Bye-bye Bromo. Kena datang lagi gayanya sebab tak ada rezeki kami kali ini. Masa kami menuruni pergunungan Bromo, matahari mula keluar dan nampak la kawasan perkampungan tanah tinggi ni.

Ke Lumajang

Kami ke next stop, tapi sangat jauhhhhhh. Tertidur aku dalam kereta sebab kepenatan. Masa on the way tu, kitaorang stop kat satu rumah makan untuk makan lunch tapi around 4 pm, di Pondok Asri di kawasan Sukodono-Lumajang. Driver pun kena google tempat makan sebab dia tak expert area tu. Mujur lah kedai dia stop sedap walaupun macam orang mewah je makan situ. Penat sampai tak amik gambar tapi makanannya sedap sangat.

Setelah berjam perjalanan, maka kami pun sampai di homestay seterusnya. Tapi waktu dah malam. Cuma ada isu sikit waktu ni. Kami kan dah serahkan semua kat Didik, & sepatutnya tour guide kat situ ada arrange hostel/homestay untuk kami, cumanya, tiba-tiba homestay tu penuh. Duh! So, kami pun menanti tempat untuk stay sambil 1 satu lagi group Malaysian yang under Didik juga.

Sambil tunggu, lepak kat warung situ. Ni kawasan perkampungan tau. Nak sampai sini boleh tahan mencabar juga. Naik bukit turun bukit, macet lagi, jalan sempit lagi. Pening-pening. Sambil tunggu kat warung, borak dengan driver. Aku suka adik Didik ni. Knowledgeable, pandai borak, lulusan Uni kekdahnya. Cuma tak de kerja. Kat warung tu ada mak cik ni niaga, bersih je. Kami orde maggi untuk makan malam tu sambil minum Luwak Coffee. Ni recommended dari driver kami & know what, sedap amat Luwak Coffee tu.

Ok, dah jumpa tempat stay, tapi rumah orang. Ha? Rumah orang kampung kat situ. Dia bagi 1 bilik untuk kami. Ok lah rumahnya bersih cuma bilik tu. Aduh! Tak selesa lagi. Bilik air kat luar. Bilik sempit. Towel tak ada tapi mujur tuan rumah tu bagi. Tapi toilet tip top. Bersih! 5 star.

Lepas aku selidik tuan rumah tu, rupanya dia pernah jadi bibik di Malaysia. Patutlah dia faham aku cakap melayu. Masa minta towel tu lah. Aku cakap nak tuala kat driver sebab driver tidur kat rumah tu juga. Tapi driver tak faham. Then tuan rumah cakap apa, aku cakap tuala. Yang lap badan, sekali dia cakap 'Ohhh towel?'. Then aku cakap 'Ya'. Ceh. Penat dok cakap ayam itik. Bila dia cakap camtu terus aku saspek dia pernah kerja Malaysia sebab prove seterusnya toilet dia bersih gila!

Malam tu aku tidur dalam kesejukan sekali lagi & tiada kipas juga sebab kawasan tanah tinggi ni. To be continued on day three. Di mana kami? Nanti aku story. Stay tuned!