Tuesday 4 March 2014

Light & Easy Vacay to Padang-Bukittinggi : Day 3 Part 1

Sambung hari ke 3 di Bukittinggi. Lepas breakfast, macam biasa supir datang jemput di hotel. First destination kami ialah Lubang Jepang atau bahasa standardnya Lubang Jepun. Jarak Lubang Jepang dari hotel tak lah jauh mana. Aku rasa jalan kaki pun mampu. Rasanya je la. Entrance fee untuk Lubang Jepang ni just IDR 10K = RM 3 untuk 2 orang. Supir aku tunggu dekat luar je. Bila masuk ke kawasan ni, ada lah beberapa tourist guide akan serbu kita. Dorang offer untuk bawa kita masuk ke dalam Lubang Jepang. Tak ada tourist guide pun tak ada masalah. Boleh je masuk juga.

Panorama dari atas. Tourist guide offer nak ambil gambar kami.


Disebabkan tourist guide tu asyik mengekor kami je. Kami pun setuju nak pakai servis dia untuk masuk ke dalam Lobang Jepang tu. Kami dah cakap berapa dia caj untuk servis ni tapi dia cakap terpulang pada kami nak bayar berapa. Dia kata selalunya dia caj IDR 30K per head kalau rombongan besar. Maknanya dia akan dapat almost IDR 1 juta untuk satu rombongan. Wah! Tapi kalau kami ber2 je dia kata tak tahu. Ikut kami. Hurm. Tak pe. Kita masuk dulu dalam Lubang Jepang ni.


Bila masuk ke dalam, yang guide kami tu explain la macam-macam. Apa yang terjadi. Kesian juga dengar. Macam terseksa sangat. Tapi kawasan dalam ni pun dah banyak di baik pulih untuk tujuan pelancongan. Asalnya tak pasti macam mana. Mungkin kecil juga macam Chu Chi Tunnel di Ho Chi Minh.

Lama juga kami spent masa di dalam Lubang Jepang sebab tourist guide kami ni membawa kami ke setiap lorong-lorong yang ada. Bukan lorong-lorong hitam ok. Kalau tak ada tourist risau juga. Boleh sesat ke barat timur utara selatan tau. Kami masuk dari arah lain, keluar arah yang lain.


Kami keluar dari Lubang Jepang ikut arah sini. Mengikut tourist guide tu, pintu ni akan jadi main entrance untuk masuk tapi masih dalam construction. Dah keluar tu, kami kena panjat tangga yang masyaAllah, tinggi juga tangga tu. Semput aku. Berpeluh juga la. Dah la tangga tu tengah buat, tak siap lagi. Guide kami boleh cakap lagi kalau tak fit memang semput. Dia kata dalam sehari dia akan panjat tangga tu lebih dari 2x ok. Patut r badan kecik je. Hehe


Tapi bila dah habis panjat tangga, terus SubhanaAllah. Cantik viewnya. Udaranya pun segar je. Sejuk je. Memang tak sia-sia panjat tangga tadi. Kat kawasan Lobang Jepang ni juga banyak kedai-kedai souvenir selain kat Pasar Atas. Kalau pandai nego buleh dapat murah. Lagi murah dari Pasar Atas. Kami kena caj dengan tourist guide sebanyak IDR 70K. Sebenarnya dia mintak lebih lagi tapi kami tak layan. Itu pun macam agak berpatutan dia dapat.


Next kami akan ke Danau Maninjau. Tapi sebelum ke situ, kami singgah dulu minum kopi di  gerai apa ntah. Tapi atas puncak bukit. Memang sejuk pastu minum kopi panas. Aku mintak kopi yang instant tu kan, lemak-lemak berkrim rasa kopi tu. Just nice. Dapat tengok masjid dari atas puncak ni. Kalau nak tahu, sepanjang perjalanan tu, memang penuh dengan masjid di Bukittinggi. Jalan sikit ada masjid. Kata supir kami, banyak masjid dibina melalui sumbangan derma.

Then, kami proceed perjalanan ke Danau Maninjau. Untuk info readers juga, jalan nak ke Danau Maninjau ni sangatlah memeningkan. Memang melalui banyak lekok pastu banyak corner kanan kiri.



Tapi sekali lagi la. Amaze dengan keindahan Danau Maninjau ni. Supir tak adalah bawa kami turun sampai ke bawah tasik. Cukup setakat kat hentian yang ada gerai ni. Boleh menikmati keseluruhan tasik. Ada cerita hikayat pasal tasik ni. Diceritakan oleh supir aku. Katanya ada satu pasangan ni dituduh mempunyai hubungan sulit. Jadi mereka kena dihukum dicampak ke satu tempat. Tapi pasangan ni cakap, kalau mereka tidak bersalah, tempat yang mereka dicampak tu akan menjadi tasik. So bila mereka dicampak, lalu terbentuklah tasik atau Danau Maninjau ni. Gitu. Maknanya mereka tak salah la kan. Kalau hikayat ni salah tak tahulah ye. Boleh share-share juga kalau sesiapa tahu hikayat lain selain dari hikayat yang aku dengar.

Selepas menikmati dan mendegar hikayat Danau Maninjau ni, kami pun pulang. On the way pulang tu, kami singgah sebentar di kedai kerepek.


Kami beli beberapa jenis kerepek kat sini. Pastu sebelah kedai kerepek ni, ada gerai makan jual cendol labu. Katanya sedap. Maklumlah, memang banyak labu jual kat sini. Tapi disebabkan kami belum lapar, tak adalah kami singgah.

Masa dalam kereta nak pulang ke hotel tu, disebabkan jalan yang berpusing-pusing, disebabkan aku minum kopi juga, disebabkan aku duduk dalam kereta kat belakang (semua alasan), aku pening bangat. Pening nak muntah. Pastu muka pucat. Aku bagitahu laki aku, nak muntah, kepala pening. Supir terkejut tengok muka pucat. Terus dia stop kereta kat gerai makan mana ntah. Aku memang dah tak nampak apa masa tu. Nak pitam ye juga. Aku agak badan aku berangin sebab minum kopi kat hentian tu. Kopi yang lemak berkrim tu. Campur pula jalan bengkang-bengkong.

Laki aku urut-urut badan, bagi minum mineral water. Supir speechless. Mak cik kat gerai pun tengok aku kesian. Dia bagi minyak angin untuk sapu kat belakang. Lama sikit, bila rasa lega, kami teruskan perjalanan pulang ke hotel. Waktu masih awal time tu. Belum petang pun. Aku ada request supir supaya pickup kami balik belah petang untuk bawa kami ke Pasar Aur Kuning tapi dia beralasan.

Ini nak cerita pasal supir aku pula. Memang booking supir dari Aldi tapi drivernya orang lain. Bukan Aldi. Kalau diikutkan, aku bayar full 4 hari. Bukan setengah hari pun. Aku cakap nak pergi ke Pasar Aur Kuning belah petang, dia boleh cakap tak perlu pergi. Dia kata kat situ sama juga dengan Pasar Atas. Pastu cakap ada pick pocket. Harga lagi mahal. Barang biasa je. Ada bla-bla-bla. Sepatutnya dia tak boleh buat macam tu. Aldi pun tak menetapkan mana tempat yang boleh dibawa mana tak boleh bawa. Semua depends pada kami tapi aku malas nak panjang cerita kan. Biarlah. Walaupun kecewa.

Oklah, panjang pula entri untuk Day 3 Part 1 ni. Jadi apa aku buat belah petang tu, kita sambung di entri seterusnya. Harap korang semua enjoy dengan entri aku ni.