Wednesday 22 March 2017

Spring Walks in Perth, WA - Day 1 Part 1

Visa dah siap, packing dah settle, itinerary dah complete, kereta dah booked, hotel dah confirm, maka jomlah kami ke Perth.

29 September, 12 malam flight Air Asia akan ke Perth. Seat kami dah book siap-siap sebab tak nak duduk asing-asing. Dalam kapal semua orang basically tidur sahaja kecuali aku yang memang jenis susah sikit nak tidur. Before landing aku sempat ke lavatory sekejap untuk cuci muka dan bersiap tapi tetiba badan macam seram sejuk. Pelik pula sebab sebelum depart tadi badan sihat je. Tapi dalam aircraft tu rasa semacam. Macam nak pengsan, darah tak mengalir dengan normal. Nasib baik my hubby ada beli roti dekat airport and dia belum habiskan. Aku rasa my body need sugar sikit kot. Lepas makan roti terus ok. Alhamdulillah.

Flight landing awal sedikit dari jadual. Patut landing 5.30 am tapi 5 lebih sikit captain announce dah nak landing. Aku pun happy juga, lebih awal lebih bagus. Subuh di Perth awal sedikit sebab musim bunga+late winter. Jadi bila flight landing awal, cepatlah dapat solat subuh di airport tu. Untuk information, Air Asia landing di Terminal 1 dan 2 airport of Perth.


Keluar dari kapal, kami terus sahaja bergegas ke immigration & custom check. Kami memang jalan laju dan nak cepat je sebab kalau slow nanti kena beratur panjang. Konsep kami dua memang macam tu. Dalam masa yang sama dah ready juga dengan visa, senarai barang yang kita declare bawa dan pasport. Masa kat kaunter immigration, kami laki bini pergi berdua terus. Pegawai tak tanya banyak just check dan cop. Mudah sangat.

Bergambar selepas settle immigration

Ok ni lepas immigration. Nanti before turun escalator ada pegawai lain akan check senarai barang kita bawa. Then tengoklah dia cop apa atas kertas tu. Macam kami berdua tak bawa yang payah-payah, setakat nasi brahim, maggi & 3in1. Ada cakap 3in1 milo & nescafe tak boleh, ada cakap boleh. Maka terpulanglah. Aku tak ada bawa minyak, bawang, dan lain-lain. Tapi pada yang nak ke Australia tu, tak payah bawa yang susah-susah. Boleh beli di supermarket. Kalau ikan bilis, sardin tak ada masalah.

Then kami ambil luggage dulu, lepas tu akan beratur untuk lepas custom. So kat sini officer custom akan tengok list barang kita & rupa cop yang kita dapat masa kat pegawai atas tu. Kalau cop tu lepas, so lepas lah. Kalau tak lepas, maka sesi buka beg akan dibuat. Aku nak cuak tak juga sebab tak bawa barang terlarang tu. Nak berani tak juga takut tiba-tiba dia datang mood tak baik nak check beg kita.

Alhamdulillah dah settle semua, kami terus ke prayer room. Exit je dari arrival area tu, belok ke kiri. Lalu tepi kaunter sewa kereta, then belah tu ada prayer room disediakan termasuk tempat wuduk. Tapi campurlah kawasannya untuk lelaki dan perempuan. Dah pergi berjalan jangan lupa Tuhan pulak. Hehe, peringatan untuk diri sendiri juga. Agak lewat solat subuh sebab cuaca luar pun dah terang tapi kita solat je lah kan. My hubby settle solat dulu, then dia pun santai-santai tunggu aku. Kami lupa yang kami kena beli simcard!


Bila kami tengok line queue yang panjang tu baru lah kami teringat yang kami belum beli simcard. Bila nak start beratur, rasanya kamilah orang last yang beratur untuk beli, then prosesnya sangatlah lama. Masa tu memang menyesal sangat sebab kami memang in hurry. Sebelah kedai Optus ada satu lagi kedai Vodafone tapi seorang dua sahaja yang beratur. Ada yang beberapa tak tahan sebab beratur panjang jadi sanggup ke Vodafone sebelah. Aku tak pasti rate Vodafone berapa. So, gigihlah beratur dari jam 8 pagi sampai jam 9 pagi baru settle semuanya. Gila tak lama.

Then settle semua kami ke tempat tunggu bus sebab aku book kereta dari Aries Carrental yang mana tempat pickup adalah town of Perth. Keluar je dari airport, terus kesejukan. Tak sangka wether di Perth hari tu was 8°c. Memang sejuk habis, terus sarung jacket. Masalahnya aku bawa spring jacket, bukan winter jacket. So sangat terasa kesejukan tu.

Stesen bus untuk ke town of Perth ada kat sebelah kiri. Keluar airport, terus ke kiri. Nanti ada bus stop kat situ. Boleh tahan lama juga kami tunggu bus tapi sambil-sambil tu kami bergambar dulu. Dalam 15 minit bus pun sampai. Kami naik bus Transperth 380 untuk ke town of Perth dan bayarannya hanyalah $4.60 each tapi kami dapat discount dari driver bus tuh sebab dia tak de balance. So kami bagi setakat duit kecil yang ada sahaja. Ok, jangan buat selalu.


Naik bus, menikmati pemandangan, tengok rumah-rumah, shoplots, office buildings, park, people dari dalam bus was fascinating to me. Tapi alert juga dengan pitstop kami sebab kami nak stop dekat Adelaide Terrace After Plain Station untuk ke Aries Car Rental. Macam mana nak tahu? Sila guna website Transperth. Klik Sini

Masa dalam bus tu kami on juga google maps, sebab kami unsure next stop adalah bustop apa kan, so bila pakai google maps, kita tahu kat mana nak tekan loceng untuk stop. Dah turun, cross jalan, memang akan nampak Aries Car Rental ni dari main road. Tak susah pun.


Kami dah book kereta dengan aries ni sebelum ke Perth lagi. Cara nak book kereta just masuk ke website AriesCarRental dan select lah kereta kegemaran korang. So, bila sampai sana, kita just pergi untuk ambil kereta sahaja. Masuk dalam, inform je nama kita, so mereka dah ada record. Bagi pasport, credit card untuk secure deposit and etc-etc. Kami booked kereta Hyundai Accent Hatch dengan unlimited KM sebab kami nak pergi sana sini sinun. Dan kami ambil untuk 2 drivers, my hubby and me. Kami tak ambil GPS sebab kami guna google maps. Sangat bagus, accurate and updated. 


Driver dah happy nak drive kat negara orang
Sebelum bergerak kami ambil gambar semua sisi kereta dan gambar mileage serta minyak, untuk security kami juga. Ok, kereta dah ready, driver seat pun sama macam Malaysia, sebelah kanan, jalan pun sama juga, jadi harapnya tak ada masalah. Dengan sedikit gugup, sebab bawa kereta kat negara orang, maka bersedialah kami to our first destination. Where were we? To be continued.