Friday 26 September 2014

Jogjakarta Day 2 - Candi Prambanan & Excelso Malioboro Mall

Dari Gunung Merapi, kami terus ke last tempat jalan-jalan untuk hari ke 2 iaitu Candi Prambanan. Masa ni dah nak petang sebab keluar dari Gunung Merapi dah jam 3 lebih. Jam 4 petang baru sampai di Candi Prambanan.

Ini luar kawasan Candi Prambanan. Tiket pelancong luar di sebelah kiri, pelancong tempatan di sebelah kanan.

Bayaran tiket masuk untuk ke Candi Prambanan bagi foreigner ialah USD 18 (RM 58) seorang. Kat sini macam kat Borobudur juga, diberi kain untuk penghormatan masuk tempat suci. Candi Prambanan adalah untuk mereka yang beragama Hindu.

Peta Candi Prambanan. Candi paling besar tu nama Siva Temple, manakala kiri kanan Brahma & Vishnu Temple.

 Candi Prambanan yang diberi taraf world heritage list number 642

Dari luar gate sebelum masuk ke Candi Prambanan

Muka dah keletihan sebenarnya tapi senyum itu wajib

 Siva temple yang under construction.

Dari satu temple ke temple yang lain

Waktu petang ni dah tak ramai sangat orang datang jalan-jalan. Kami pun tak larat nak masuk semua sebab letih naik tangga turun tangga. Dah puas shooting gambar sendiri, ada announcement untuk ansur-ansur keluar dari kawasan temple sebab temple dah nak tutup.

Dari luar. Slow-slow keluar dari area temple.

Kawasan dari luar temple sampai la ke gate keluar sangatlah besar. Ada tempat-tempat jual, ada mini zoo & yang paling best, ada disediakan surau. Sebab dah kelewatan, kami terus solat jamak kat situ. Mudah. Balik hotel dah malam. Sebab perut kelaparan, kami makan ayam bakar yang kami tapau time lunch untuk alas perut.

Malam tu kami lost idea nak dinner kat makan, kami terus ke Malioboro Mall. Kat situ ada beberapa kedai makan tapi kami makan di Excelso sebab nak makan light-light je.

Order air & Cheesy Nachos for our dinner

Yang hubby suka sebab kedai ni dalam mall tapi bole smoke. Camne tu? Resto ni tak ramai orang pun, & servis pun baik. Environment menarik, dapat borak-borak, rilek-rilek, bincang masa depan. Hehehe. Total dinner tak ingat sebab lupa nak rekod. Hihi.

Kat foyer mall ni ada jual-jual local produk. Menarik sebab design lain berbanding yang jual kat sepanjang Jalan Malioboro.

Balik dinner, kami terus pulang ke hotel sebab keletihan yang amat dah berjalan sehari suntuk. Nanti sambung day 3 kami di Jogjakarta.

Wednesday 24 September 2014

Jogjakarta Day 2 - Bale Kambang & Gunung Merapi

Keluar je dari Candi Borobudur, kami berhenti lunch masa on the way nak ke Gunung Merapi. Nama kedai tu Rumah Makan Bale Kambang. Supir yang suggestkan.



Syok dapat makan kat atas tasik

Ayam bakar, tempe & telur dadar

Masa order makan tu punya la lapar. Order sorang satu. Sebab tak tahu kuantiti banyak mana. Lastly bila dapat terkejut kami. Banyak betul. Makan tak habis pun. Siap tapau. Makan ayam sepinggan je. Tapi ayam bakar kat sini memang sedap bangat. Menjilat jari. Sangat puas hati lunch kat sini. Bagus supir kami. Total kami makan kat sini IDR 100,000.

Lepas lunch, kami ke Gunung Merapi. Salah satu gunung berapi yang masih aktif. Jauh juga perjalanannya. On the way tu supir lalu di kawasan nama Sleman. Tempat ni jual banyak buah-buah salak. Kata supir harga buah salak disitu IDR 45,000 untuk 1 kg. Tak tahu la mahal ke murah sebab kami tak berhenti pun.

Rasa dingin je kat sini..dingin sebab nak hujan je pun ;p

Parking di area Gunung Merapi. Gunung Merapi sebenarnya lagi jauh. Ntah berapa kilometer dari tempat ni. Rasanya masih 5km dari gunung. Mana bole pergi dekat betul-betul bawah gunung. Gunung tu aktif kot. Tapi tempat ni boleh bawa kita pergi ke tempat paling dekat dengan gunung. Macam mana nak pergi?


Dah sampai kat sini, takkan nak tengok dari jauh gitu je kan. Memula plan nak tengok gitu je tapi bila discussed dengan hubby, dia cakap dah alang-alang datang, pergi la tengok lebih dekat. So, kami decided nak amik tour guna Jeep. Jeep ye, kenderaan biasa tak dapat sampai.

Ada banyak route. Route pendek, menengah dan panjang. Kami ambil route pendek.

Setiap route berbeza jam dan berbeza harga. Kami ambil route pendek je. Harga sewa Jeep+driver ialah IDR 300,000 iaitu (RM 100). So let's.

First stop. Dulu tempat ni empangan. Jadi sumber air. Now dah kering, bergunung. 

 2nd stop. Museum mini. Gambar kat frame gambar sebelum letusan gunung.

Lembu yang tinggal rangka je. Rumah ni dahulunya rumah orang. So, bila letusan tu, dorang buat mini mesum. Siap ada jam dinging yang xmusnah sebagai bukti waktu letusan tu. Kesian sangat

 Sepanjang jalan. Ni batu-batu dari letusan Gunung Merapi

On the way. Rupa jalan dari letusan gunung berapi.

Jeep kami. Time ni mendung nak hujan. Kabus nak hujan bercampur asap dari batu.

Kawasan ni masih dapat rasa bahang dari lava letusan gunung berapi. Dah 4 tahun letusan terakhir tapi bekas lava tu masih terasa. Asap masih keluar dari celah-celah batu. Walapun dah hujan, panas, hujan, panas tapi lava dari 4 tahun tu masih mengeluarkan asap. Dasyat.

Aku merasa asap keluar. Tak berani pegang batu. Melecur kot kepanasan.

Kalau nak sampai ke sini, better pakai kasut ye. Kalau pakai selipar tu memang bahaya. Tapi mujur aku biasanya kalau travel prefer kasut dari selipar. Tengok tempat nak pergi. Kalau pergi pulau, pantai, pe kejadah pula nak pakai kasut kan. Hehe.

Lepas dari tempat asap keluar dari batu tu, kami ke tempat paling tinggi atau paling hampir dengan gunung merapi. 

Dah sampaidi tempat paling hujung, hujan turun dengan lebat. 

Kami berteduh kat gerai makan sambil tunggu hujan reda. Patutnya akan nampak Gunung Merapi kat sini tapi sebab kabus yang tebal, Gunung Merapi pun hilang disebalik kabus-kabus. Tempat ni agak jauh dari base kami mula naik. Driver siap walkie talkie lagi dengan base takut kami trap kat sini dan tak boleh turun. Kena tunggu hujan reda sikit baru dapat bergambar & mula perjalanan turun.

 Inilah tempat yang seperti kat frame gambar aku ambil tu. Lepas letusan, 100% berubah rupa tempat ni.

Kami bergambar juga walaupun dalam hujan. Driver belikan kami rain coat.


Ini last stop sebelum balik ke base. Batu ni bentuk muka orang kan. Batu ni tercampak dari Gunung Merapi.

On the way balik pun masih hujan rintik-rintik. Habis air hujan masuk dalam Jeep sebab jeep tak ada dinding. Mujur ada juga rain coat. Almost 1.5 hours spent masa untuk short tour ni tapi sangat-sangat berbaloi. Dapat merasa naik Jeep. Adventure gitu pastu macam buat free massage pun ye juga. Vibrate satu badan sebab lalu jalan berbatu-batu. Hehe.

Dari Gunung Merapi, kami ke Candi Prambanan. Tunggu on next entry ye. Thanks for reading!

Monday 22 September 2014

Jogjakarta Day 2 - Breakfast & Candi Borobudur

Subuh yang awal di Jogjakarta pada pukul 3.30 pagi. Sangat terkejut. Ingatkan lepas subuh dapat la breakfast sebab kelaparan amat sangat sebab tak keluar makan semalam tapi apakan daya. Breakfast time tetap standard. Pukul 7 pagi kami turun breakfast. Menu breakfast kat hotel agak menarik. Masa breakfast ada kapel mak cik pak cik dari Malaysia juga duduk sebelah meja kami. Katanya dah kali ke 3 datang ke Jogjakarta.




Pukul 8 kami tunggu supir dari Lestari Rent Car. Mujur wifi kat hotel sangat superb jadi dapat la beremail dengan tauke rental informing yang kami dah tunggu kat lobby.

Berita MH370 dari Jogjakarta

Sambil tunggu supir di lobby, tengok news pasal misteri kehilangan MH370. Memang news worldwide. Kat Indonesia pun membincangkan berita tu. Supir kami tiba on time. Naik kereta Avanza. Aku tak ingat apa nama supir tu. At first kami bagitahu kami nak ke Dieng Plateau. Tapi supir agak terkejut sebab dia tak diberitahu. Dieng Plateau memang jauh dari town Jogja & ambil masa lebih dari 2 jam. So dia contact tauke rental. Then tauke message aku bagitahu rate ke Dieng beza dengan rate asal dia bagi. Discuss punya discuss, kami cancel trip ke Dieng. Aku agak kecewa sebabnya aku memang excited nak ke Dieng.


So, lastly we decided untuk pergi ke Candi Borobudur. Around 9 am kami sampai kat area Candi Borobudur. Once dah turun kereta tu, on the way nak ke tiket kaunter tu, memang asyik kena follow dengan orang jual-jual barang. Memang ramai akan ikut. Kita ni ibarat gula & mereka semut. Gitulah umpamanya. Selagi tak beli, selagi itulah kena follow. Kena pekakkan telinga je. Pastu cakap je tak nak. 

Belah kanan adalah entrance for outside. Betul-betul belakang aku tu entrance untuk local.

Ada cerita pula kat Candi Borobudur ni. Supir suggestkan kami guna tiket local sebab tiket local jauh lebih murah dari tiket luar. Kami pun setuju je la. At first dia belikan tiket, then dia patah balik bagi kat kami yang tengah tunggu kat car parking. Nak masuk ke Candi ni ada dua pintu. Satu pintu local, satu lagi pintu international. So bila kami masuk pintu local, kena scan & soal macam kat airport gitu. Supir dah bagitahu jangan bercakap. Angguk je. Muka kena confident tapi bila dah kena soal macam-macam, takkan ko nak angguk je. Aku cakap dari Jakarta. Haha. Sekali dia minta ID. Aku tercakap kat kereta. Confirmed menipu. Orang Indonesia mana cakap 'kereta'. Dorang sebut mobil. Cuak pun ada. So kami patah balik & masuk melalui international entrance. Supir punya kerja la ni. Katanya biasa tak kena kalau ramai orang tapi maybe masa kami nak masuk tu just 2 of us. So dorang soal macam-macam. Dengan muka tak malu, kami keluar & switch masuk ikut entrance satu lagi.



Entrance fee untuk tourist luar macam kita adalah USD 20/pax ataupun IDR 230, 000/pax. Nasiblah kami dapat return yang tiket local tu. Kalau tak ada duit, boleh tukar kat money changer sebelah kaunter tiket tu. Bayaran ni termasuklah dapat minum air mineral free. Nanti staf bagi kain batik untuk kita pakai sebagai tanda hormat masuk ke tempat suci.  Bila masuk ikut sini, tak ada kena soal pun. Jalan je macam biasa.


 Map di Candi Borobudur. Ada north, south, east & west.

 Tangga nak panjat naik ke candi

 Kita stretch dulu sebelum panjat tangga

 View dari bawah. Belum memulakan panjatan.

 View dari atas. Nampak Gunung Merapi dari atas. Memang cantik view dari atas.



Penat juga pusing-pusing sekitar candi ni. Kami ambil masa 3 jam di sini. Masa turun dari candi, sekali lagi kami dikerumuni oleh peniaga-peniaga. Memang dorang follow sampai la ke gate luar. Mereka ni memang tak akan mengalah selagi kita tak beli barang-barang tu. Ada sorang tu berjaya pujuk laki aku beli souvenir dia harga IDR 20,000. Dah la mahal. Around RM 6 juga pastu ntah pape benda tu. Parking kereta kat candi dikenakan IDR 5,000 & kami beli air botol IDR 10,000.

Kalau dah berjalan, panjat tangga, turun tangga, kena kerumun dengan peniaga, confirm perut lapar. Jadi, keluar dari candi, on the way ke next destination, kami berhenti untuk lunch. Dah kul 12 tengah hari pun. Ke mana kami? Next entry ok.

Sunday 21 September 2014

Jogjakarta Day 1 - Ayam Bakar, Money Changer, Sultan Palace & Batik Rumah

Kita sambung selepas kami check-in. Perut dah lapar sangat, so first destination mestilah tempat lunch. Kami mula berjalan sepanjang Jalan Malioboro. Jalan punya jalan, terjumpalah satu kedai makan ni. Namanya Ayam Pedas Wong Jowo. Landmark kedai ni berdepan dengan Malioboro Mall. Tak begitu betul-betul depan mall.




Memang tak rugi kami makan ayam pedas + tempe + keropok kat Wong Jowo ni. Sedap bangat. Kalau ayam kampung mahal sikit berbanding ayam bandar. Aku order air guava blended kononnya tapi tak habis. Hihi. Pekat sangat. Air kosong juga menjadi pilihan hati. Harga lunch kami IDR 61, 600.

Malioboro Mall, Jogjakarta.

Dah kenyang, misi menukar duit lagi. Kat airport tu kami hanya tukar RM 500. So, aku expect sure ada money changer kat area mall tu. Maka, kami pun terjah masuk mall. Mall ni boleh tahan besar. Ada macam-macam kedai tapi money changer tak ada. Aku pun pergi tanya kat information kaunter, luckily ada money changer nearby tapi bukan dalam mall. Katanya kena jalan lagi, berdekatan dengan hotel. Aku tak ingat nama hotel tu.

Mulia Money Changer di Jalan Milioboro

Mulia Money Changer ni boleh korang refer map aku dah bagi. Kami menapak dari mall untuk cari money changer sambil jalan-jalan dulu sekitar Jalan Malioboro. Memang sangat berbaloi-baloi aku cakap tukar duit kat sini. Jauh lebih untung. Katanya duit Indonesia waktu itu tengah jatuh juga. Dah la tak ramai orang, servis pun bagus.

Bila dah tukar semua duit, baru rasa syiokkk nak berjalan-jalan. At first my hubby cakap jalan-jalan je sekitar Jalan Malioboro tapi macam tak ada mood lagi nak shopping kat area situ. So, aku decided nak pergi masuk Sultan Palace walaupun ada cakap kat Sultan Palace tu tak ada apa. Nak pergi ke situ kena naik beca. Kalau jalan kaki tu boleh je sampai tapi berpeluh ketiak dulu kot. Nak choose beca tak susah sebab kawasan situ memang beca heaven. Sume tempat pun ada beca tapi kena pandai nego.


Kami pula boleh pula TERnego dengan pak cik tua ni. Mula la rasa bersalah naik beca dengan pak cik tua. Pak cik tu senyum je masa kami dok berselfie. Our first destination was Sultan Palace tapi dah tutup.

 Sultan Palace dari depan.

Kami selfie kat depan gate je

Dah puas bergambar depan Sultan Palace, pak cik beca tu bawa kami pergi ke tempat paintings. Kawasan tu berdekatan dengan Taman Sari tapi business paintings dari rumah. Paintings kat situ cantik-cantik tapi harga pun cantik juga. Kami tak dibenarkan ambil gambar. Dah la tak membeli, nak ambil gambar pula.

Dari paintings, kami di bawa ke tempat batik. Kata pak cik beca, batik-batik yang dijual di sepanjang Jalan Malioboro tu tak asli. Jadi, dia bawakan kami ke tempat original batik. Nama tempat tu Batik Rumah. Bukan aku salah eja tau. Agaknya nama kedai Rumah Batik dah ada orang lain guna, so dia terbalikkan perkataan jadi Batik Rumah.

 Dalam kedai batik rumah. Paling tak menahan, ukiran kayu-kayu jati tu.


Design batik-batik kat sini memang cantik, secantik kedainya. Kalau nak beli untuk someone special boleh beli kat sini. Macam-macam jenis fesyen ada, dari kids sampai orang tua. Aku belikan untuk family-family & of course untuk diri sendiri. Total shopping kat Batik Rumah ni IDR 556,000.


Keluar dari Batik Rumah, kami terus pulang ke hotel sebab dah nak malam. Malam pun awal walaupun jamnya belum lewat. Jalan kat sekitar Jogja ni berbukit. Tak bukit banyak pun, bukit sikit. So, on the way balik tu, ada lalu jalan naik bukit. Pak cik beca tu terpaksa turun dan tolak beca sebab dia tak larat nak kayuh. Ha...my hubby ni jenis cepat kesian. Tak macam bini dia keras hati. Dia dok cakap serba salah, salah nego beca la, bla bla bla. Aku cakap turun la tolak sama pak cik tapi dia tak nak. Dia tak nak pandang pun pak cik tu.

Sekitar Jogja waktu senja. Dari atas beca. *camera handphone je*

Dah sampai depan hotel, patutnya pak cik beca caj IDR 20K, tapi dia pergi derma IDR 50, 000. Tak sampai hati katanya. Aku gelak je kat laki aku. Hehehe. Jangan terlebih derma sampai kami sangkut tak dapat balik Malaysia sudah la.

Balik hotel, ingatkan nak tidur sekejap. Malam nak keluar makan tapi rupa-rupanya aku tertidur sampai pagi besok. My hubby ada kejutkan tapi punya aku letih, sampai tak dapat bangun. Kesian dia tidur kelaparan. Ok, nanti sambung day 2 di Jogjakarta.