Thursday 31 January 2013

Ho Chi Minh City Day 4

Today is the last day aku kat Ho Chi Minh City. Malam semalam aku dah berjaya menambah luggage AA melalui online. Sebenarnya kami laki bini dah ada 40kg luggage tapi disebabkan keobsesan aku shopping, aku risau luggage terlebih. Bayar luggage extra lagi mahal dari tambah kan. So aku tambah lagi 20kg. Baru senang hati nak sambung shopping sampai licin.

Pagi ni kami tak rushing sangat. Turun breakfast pun lewat sikit sebab kemas mana yang patut. As usual, we had our breakfast kat hotel sahaja. We took menu yang sama sahaja. Roti bakar and telur rebus. Pekerja yang fluent Malay tu macam biasa mesra dengan kami tapi tengah kami syok breakfast, dia boleh datang hulur souvenirs untuk kami beli dengan dia. Katanya murah.

We yang jenis mudah kena tipu lembut hati pun beli la 10 biji beg purse-berkain silk dengan harga RM 3/sebiji. Dapat percuma sarung hp satu. Hmm. Katanya kalo beli kat Bent Thanh lagi mahal. Ye ke? Bila we tanya kat dalam Pasar Bent Thanh, harganya lebih kurang je. Tu belum diskaun. Pasrah lagi!

Lepas breakfast, we took taxi ke War Remnants Museum. Taxi caj VND 30 K. Ini tempat wajib pergi kalo datang ke Ho Chi Minh City.

Entrance fee ialah VND 15 K/person dan museum ni ada 3 level kesemuanya.







Di War Remnants Museum, kita boleh tahu about historical truths, tengok collection of war documentary photos, imprisonment conditions during the war, aggressive war crimes & etc. Betapa jahatnya US menjajah Vietnam ni. Even army dorang pun banyak membantah mengenai war ni. Dah la US bukan sahaja menyerang dengan senjata, dorang juga guna Orange chemical. Kesian ok.

Insaf aku baca kejadian perang ni. Bersyukur aku dilahirkan di tempat aman, tak ada peperangan. Peace no war!

Lama juga kami spent masa di museum ni. Dah habis round semua level, kami gambar-gambar dulu kat sekitar museum.






Next we proceeded to Reunification Palace. Kami jalan kaki je dari museum ke Palace. Kena cepat sebab Reunification Palace buka dari 7.30 pagi - 11 pagi. Tengah hari ditutup. Buka balik dari jam 1tgh - 4ptg. Entrance fee ialah VND 30 K (RM 4.50) seorang.

Reunification Palace - front view

Reunification Palace or Independence Palace adalah tempat kerja of South Vietnam President semasa Vietnam War. Masa war tu, Vietnam was divided into two regions: North Vietnam was the Democratic Republic of Vietnam and South Vietnam was the Republic of Vietnam. Details boleh baca di Wikipedia of Reunification Palace

Dalam Reunification Palace ni punyalah besar. Kita boleh hire tourist guide untuk explain semua benda dalam Reunification Palace tapi weols tak hire la. Jalan pandai sendiri je.


Tapi aku ada beli buku history ni. Dalam buku ni pun ada disediakan map. So tak adalah ralat sangat bila melawat ke satu-satu tempat tu.


Kebetulan masa aku melawat Palace ni, ada satu rombongan budak sekolah buat lawatan juga. Punyalah ramai.


 Cabinet meeting room





The credentials presenting room

Habis pusing seluruh Palace, we decided balik ke hotel dulu. Jalan kaki juga dari Palace ke hotel. Sampai hotel, packing-packing barang & check out. Kami tinggal luggage kat hotel dulu sementara kami sambung shopping for the last time. Kat hotel ni ada disediakan penimbang juga. Just in case luggage extra kan, boleh adjust-adjust dulu.


Then we had our lunch kat Hjh Basiroh sekali lagi. Hubby took nasi campur, aku makan Pho for the last time . Minum of courselah kopi vietnam.

Dah kenyang, kami terjah sekali lagi Pasar Bent Thanh. Kali ni hubby betul-betul nak cari beg. Kami cari kedai beg no 627. Kata orang, acik amoi ni jual murah.

Kedai Beg, No 627.

Address: 627 East Gate, Bent Thanh Market

Ramai juga Malaysian shopping kedai ni. Aku sempat rembat satu beg galas The North Face yang size kecik, dengan kipling punya purse. Comel je. Hubby pula rembat sling bag. Sementara tunggu hubby pilih-pilih, aku ada berkenan dengan baju Vietnam Silk kat kedai sebelah, tapi dia letak harga 10 USD. Aku tawar dia tak kasik USD 5.

Last masa nak blah, aunty amoi beg ni tolong aku. Dia kata USD 7 boleh la. Aku pun beli la. Pastu aku rasa macam aku tak cukup beli kain cotton pasang kat kedai Thuy Duoc. Sambung lagi kat kedai tu.

semangat aunty panjat amik kain cotton baju melayu hubby

Gambar random dalam Bent Thanh. Boleh tempah in one day je ok. Rugi aku tak tempah.

Habis pusing dalam Bent Thanh, jam pun dah kol 3 petang. Kami decided nak balik ke hotel dan terus ke airport. Sambil balik ke hotel, sambung lalu kedai-kedai luar Bent Thanh.


Aku nak beli helmet kiut ni sebenarnya tapi bila tanya harga macam harga helmet kat Malaysia je, lagipun macam tak secure pulak nak pakai kat tempat sendiri + tak tahu bila nak pakai, aku tak jadi beli. Nengok-nengok je.

Last stop aku shopping sepasang baju kurung siap, kain chiffon, penuh beads kat Saleemi Butik. Lupa nak snap gambar. Kedai ni sederet dengan Boss Hotel. Dia memang jual baju kurung chiffon siap je. Cantik-cantik. Sesuai untuk sesiapa nak cari baju untuk bertunang atau nikah yang simple-simple. Dia jual dari RM 90 and above. Depends on material and beads. Still cheap for me. Kalo kat Msia, confrm RM 300 and above.


Habis shopping, we took taxi. Taxi memang mudah dapat. Sedia je depan hotel. Sebab kami sampai masih awal, lepak-lepak je sekitar airport tengok ragam manusia since our flight jam 9 malam.

Masa nak check luggage kat AA counter tu kan, mamat AA tu boleh bagitau kami total luggage just 40kg. Nak kencing la tu. Padahal kami dah purchased extra 20kg. Total 60kg la kan. Nasib hubby dah confirmed awal-awal total luggage kami kat Supervisor dorang. Pastu dia cakap 'Ok, Ok'.

So korang hati-hati. Confirmed ticket siap-siap. Flight malam tu penuh dengan orang kita je. Berapa kerat je orang luar. Kami selamat landed kat LCCT jam 11++ p.m. Aku dengan hubby berjaya melepasi kastam Malaysia tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah. Ramai juga yang sangkut sebab tak declare. Tak tahu apa cerita.

Where were we? Tunggu next flight pada pagi besok pulak. So bermalam la aku dengan hubby kat LCCT tu dengan penuh keletihan. Wait for next entry my budget for this trip.

Wednesday 30 January 2013

Ho Chi Minh City Day 3

Hari ni tour ke Mekong Delta pulak. Breakfast roti and telur rebus dulu di hotel. Disebabkan tour Mekong Delta mengambil masa sampai 6 petang, kami ready untuk tapau breakfast dari hotel je. Mamat yang baik tu tolong tapaukan. Dia siap bagi 1 buku roti, 4 biji telur rebus, butter, jem, roti manis & etc. Baik betul. Harga dia caj untuk lunch tapau ialah VND 150 K (RM 23).

Sambil tunggu Tuan Travel tiba, kita baca paper seround

Perjalanan ke Mekong Delta selama 2 jam sangatlah memeningkan kepala sebab struktur jalan yang sangat teruk. Melompat-lompat. Sebelum tiba, bus akan berhenti sekejap di kedai minum untuk sesiapa yang rasa nak minum atau nak buang air.


Akhirnya kami tiba di jeti Mekong Delta untuk ke pulau-pulau sekitar Mekong Delta. 


First stop ialah ke kilang pemprosesan coconut candy. Bau harum semerbak kelapa dengan daun pandan.
Kat sini boleh try dan boleh beli candy seberapa banyak yang kita suka tapi confirm tak halal. Mat-mat saleh suka benor la dengan coconut candy tu.


 Arak exotic

 Our tourist guide yang sibuk explain proses penghasilan coconut candy

Paintings yang dijual.

Kat sini juga boleh bergambar dengan ular sawa kalo sesiapa nak. Biasa je.


Dah habis tawaf kat kilang coconut candy tu, kami dibawa untuk lunch. Punyalah mewah restoran ni. Tapi dorang-dorang je la dapat makan. Tourist guide pun dah explain yang foods served were non halal. Tapi we tak kisah sebab dah bawak tapau siap-siap.

Mentekedarah la kami dengan bekal. Ada juga Malay tourist yang same group dengan kami tapi dorang tak bawak bekal. Kesian juga kena tahan lapar. Kat restoran ni boleh la nak gila photos jap sebab landscape yang menarik. Aku pun tumpang sekaki.




 Miss Viet Nam. Seksi u'ols. 

Next destination was tempat madu lebah. 

Mat saleh tu pass sarang bee ni kat aku. So, aku apa lagi. Pegang je la. Bukan kena sengat pun

 Minum air madu lebah + perahan asam limau


Dorang promote suh beli madu lebah dengan bee pollen untuk cantik.

Next naik boat lagi pergi ke pulau seterusnya.


 Kat sini kami dihidangkan buah-buahan tempatan.

 Sambil makan, sambil tengok persembahan nyayian. Tengok beserta tips ok.

 
Ada gaya jadi miss Viet tak?

Last destination? Jom kita naik sampan.

  Satu sampan boleh naik 4 orang.


Panjang juga la menyusuri sungai ni. Sampan kami naik dua-dua perempuan yang tukang kayuh. Tapi minah Vietnam yang belakang laki aku tu siap ngeluh-ngeluh lagi. Ceh. Dah sampai kat boat besar kami, dorang mintak tips. Mintak 100. Aku tak tahu la VND 100 ke, RM 100 ke or USD 100. Yang aku tahu sume 100 mahal.

Sampai je ke jeti, bas terus bergerak balik ke HCMC. Perjalanan balik pun 2jam juga. Sangat meletihkan. Kami sampai di hotel lebih kurang jam 6 petang.

Balik hotel je, rehat-rehat, makan meggi. Malamnya kami round bandar HCMC macam biasa. Disebabkan malam ni malam last kami kat HCMC, maka segala souvenirs yang perlu dibeli malam ni juga di pasar malam.

Kat pasar malam ni, aku beli key-chain dengan harga RM 1/sebiji. Kecik je. FM pula dijual RM 5/sebiji. Tak tahu la murah ke tak sebab tak jumpa standard price untuk souvenirs tu. Before balik ke hotel, kami lepak lagi di Kedai Abang Adik minum kopi Trung Nguyen. Kopi glamour di Viet Nam. Aku beli 2 paket kopi kat kedai ni. Abang tu jual 1/2kg kopi for RM 12. Kalau kat pasar malam, dorang jual RM 15.

Tuesday 29 January 2013

Ho Chi Minh City Day 2 Part 2

Balik dari Chu Chi Tunnel, mini bus kami tak drop ke setiap hotel. Dia akan drop di sekitar kawasan hotel. So kena alert either kawasan drop tu dekat atau tidak dengan hotel masing-masing. Macam kami senang la. Hotel dekat dengan Pasar Bent Thanh. So, kami turun kat situ je.

Bila turun je, kami pergi mengisi perut yang dah berbunyi-bunyi tu. Kali ni kami lunch di kedai Hjh Basiroh yang berhadapan dengan Hotel Saigon Pink 2. Kedai ni sebenarnya kedai kain baju cum restoran kecilan. Meja pun tak banyak dalam kedai. Ada 4 buah rasanya.

 pho / beef noodle

Kami berdua makan beef noodle, minum milo ais dan teh ais. Total makan ialah VND 150 K (RM 23). Murah berbanding di VN Halal. Tapi beef noodle ni memang terbaik. Tambah cili, kicap, daun pudina. Sedap gilos. Masa aku tulis ni pun terasa kat mulut kesedapannya.

Hadapan kedai Hjh Basiroh

Dah kenyang perut, baru seronok nak berjalan-jalan kan. Apa lagi? Kami menerjah ke Pasar Bent Thanh.


Masuk Pasar Bent Thanh memang confius dah pening. Ada macam-macam benda jual kat dalam ni dan banyak lorong! Tapi tujuan aku ialah mencari kain cotton pasang untuk diri sendiri dan untuk family. Baca kat FORUM CARI tu, dorang suggest kedai Thouy Duoc. Tapi tang nak mencari kedai tu memang pening.

Sepanjang mencari kedai kain tu, ramai la yang dok sebut 'Mai abang, kakak, tengok, beli.' Hehe. Macam kat Kelantan pulak.

Banyak gila kain cotton yang cantik-cantik dan murah. Yang pony tail tu namanya Lin. Belakang aku tu mak cik Vietnam rasanya sebab dia fluent cakap Vietnam or maybe orang Malaysia tapi dah pandai cakap Viet. 

Kat sini aku memang borong sakan. Lagi banyak beli, lagi banyak dapat diskaun. Aku tak de mintak diskaun banyak pun sebab harga yang dia letak memang dah harga standard. Aku rasa sebab ramai sangat orang Malaysia shopping kat tempat dia. So tak perlu dia letak harga lebih-lebih.

Kat kedai ni korang kena tanya dia harga dalam 3 jenis matawang. USD, VND dan RM. Sebab bila aku tanya harga dalam RM, lagi mahal compare dengan USD. So aku memborong dengan harga USD. Sebab rambang mata, aku shopping sampai terbabas budget. Tapi tak pe sebab aku memang plan nak berbusiness kecil-kecilan kat office aku tu nanti.

Dia ada offer nak tolong hantar kain ke hotel tapi macam advice aku sebelum ni, aku prefer nak angkut sendiri ke hotel. Plan nak pusing-pusing dalam Pasar Bent Thanh terpaksa dibatalkan atas sebab beban yang berat kami kena angkut. So we decided nak pulang je ke hotel.

On the way ke hotel, kami lalu jalan yang lain. Sambil balik sambil cuci mata. Kali ni kami lalu jalan main road, which is jalan belakang kedai Hjh Basiroh sebab ada banyak kedai-kedai menarik kat situ. Tup-tup hubby terstop kat satu kedai kamera and beg.


Terus dia shopping beg camera. Katanya nak cari yang lebih mudah untuk travel. Dia ada jual both original and imitation. Hubby ambil beg camera imitation for USD 33. Tak tahu murah ke mahal. Murah kot kan? Dia bagi warranty setahun. Wak lu. Ingat kami nak patah balik ke HCMC semata-mata warranty ke. Haha

Dah sampai hotel, kami baring, berehat, solat, kira-kira budget dulu. Pada belah malam pula, kami ready nak ke Water Puppet Show. Kami just naik taxi dari hotel ke Water Puppet dengan harga VND 20 K (RM 3). Tips: Kalau nak best tengok Water Puppet, ambil sit depan. Paling depan atau 2,3 baris depan. Sebabnya kitaorang ni ambil sit baris tengah konon-kononnya macam tengok wayang, sekali terhalang dengan banyak-banyak kepala kat depan.


Walaupun dorang berbahasa dalam local language, tapi kita dapat tengok macam mana puppet ni dimainkan atas air. Memang menarik. Aku tertanya-tanya juga macam mana dorang main water puppet ni kan. Rupa-rupanya dorang berdiri dalam kolam tu.

Pemain-pemain puppet

Habis je show, kami berjalan kaki ke Pasar Malam. Tak letih pun jalan kaki dari water puppet ke pasar malam. Kat pasar malam aku shopping jubah di Kedai Aziz.

Depan Kedai Aziz

Kedai Aziz ni pun jual dalam 3 jenis matawang tapi disebabkan USD dan VND aku dah susut, harga pun lebih kurang, aku beli dalam RM je. Dia ada dua kedai. Sebelah jual banyak baju-baju kurung siap. Dorang juga cakap fluent malay. Senang berbusiness.

Habis shopping, kami lepak kat Restoran Abang Adik (sederet dengan Hjh Basiroh juga) minum kopi vietnam. Memang kaw punya. Kat lorong ni pun meriah juga dengan butik-butik muslimah untuk shopping-shopping. Habis minum, balik hotel, zzzzz. Besok sambung entry ke Mekong Delta Tour.