Thursday 14 February 2013

Telur Rebus Masak Kari or Kari Telur Rebus

Salam semua
Lama dah kan aku tak update pasal resepi masakan
Masak pun simple-simple ye dak? tak bombastik sangatkan (tetiba)
Lately memang tak ada mood nak masak sebab sibuk & malas
Tapi kali ni still nak masukkan resepi yang simple dimple ni sebab nak buat sebagai reference sendiri katakan
Resepi ni aku dapat dari Blog Ieda
Tapi aku ada ubah sikit dari resepinya sebab tak masukkan asam keping


Bahan tumis:
2 ulas bawang merah - hiris halus / tumbuk
2 ulas bawang putih - hiris halus / tumbuk
1/2 inci halia - hiris halus / tumbuk
buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang

Bahan masak:
4 biji telur - direbus
2 biji kentang
2 sudu besar serbuk kari - dijadikan pes
1 cawan santan pekat
1 asam keping - tapi aku tak masukkan
garam

Cara-cara:
1. Tumis buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang. Kemudian masukkan bawang putih, halia & bawang merah.
2. Bila dah naik bau, masukkan pes kari. Kacau hingga pecah minyak dengan api slow.
3. Masukkan santan, 1 cawan air dan kentang.
4. Tunggu sehingga kentang lembut. Masukkan telur.
5. Perasakan dengan garam. Tunggu hingga mendidih.

Sedap dimakan dengan nasi panas. Yummyeeyyhh!

Saturday 2 February 2013

Oh travel agent, please LAH

Please lah jangan menipu warga-warga emas!

First of all, this entry is highlighted to travel-travel agen yang suka putar belit and for those yang terasa, sila! I don't really mind.

Ni cerita bila aku balik dari HCMC hari tu, instead of balik ke Kuching, aku balik ke Kota Bharu to visit my mom and dad for awhile. My mom and dad tinggal berdua je and they're 60++ age. Taking care of each other. Walaupun anaknya ramai tapi last-last tinggal berdua juga. Hehe. Anaknya semua merantau. Tapi dorang pun tak lekat di Kota Bharu juga. Berjalan sakan tengok anak cucu dia. Tak pun kami semua akan balik juga jenguk-jenguk mereka.

Ok, back to the story, aku dengan hubby balik ke KB untuk jenguk mereka. Then my mom ni akan story macam-macam. Salah satunya excited bagitau dia beli insurans. Bila aku dengar je, terkejut la kan. Pandai pula mak aku ni beli insurans. Maybe she aware what will happen to her and what was happened to my dad before.

So dia pun bagi aku baca particular details apa yang dia dapat lepas beli insurans tu. Aku pelik sebab apa yang dia dapat is kad membership melancong. Mana satu ni? Beli insurans ke, beli kad melancong.

Aku tanya dia bila beli benda tu sume. Katanya masa dia pegi withdrawal duit kat bank BSN, ada booth buka kat situ promote kat dia. So dia beli. Katanya insurans for one year terus and boleh renew setiap tahun. Harganya almost RM 400. Pastu dapat sijil simpanan premium BSN juga. Then dapat hotel murah-murah kalau pergi melancong.

Aku yang muda belia ni pun pening baca details tu sume. So aku decide nak call je agen tu. Rupa-rupanya mak aku ni beli membership agen pelancongan tu untuk seumur hidup and melalui pembelian tu, dia bagi percuma one year insurans dengan sijil simpanan premium BSN.

Mak ayah aku ni tak adanya nak melancong sesuka hati. Dorang are 60++ years old ok! Kalau dorang nak melancong pun, anak-anaknya akan uruskan. Tak adalah dorang boleh melancong sesuka hati. Their safety is our priority.

Dah la nak dapat diskaun pelancongan dari membership tu bukannya mudah. Everything must through the agent. Nak dapat diskaun ke, nak dapat tiket murah ke, nak dapat promo ke, all must through them. Pulak tu promo hotel wihthin Malaysia je. Bukan sampai oversea pun! Hubby ada cek one of the hotel yang pernah dia stay time outstation, dia kata dia dapat diskaun much cheaper than they offered.

Sorry to say tapi this agent is not that big. Agent tak glamour pun. Dah tu buat business sampingan macam-macam. Aku sound minah agent tu cakap, 'u tak tahu ke umur mak i berapa?' 'Mak I tu dah tua, she don't know kalo kena tipu pun' 'Apa yang U cakap, yang tulah mak I percaya' Nak business kenalah ikhlas. Then she said sorry. Sorry kepala hotak lu! (dalam hati je).

Aku tak sempat cancel as aku terlewat beberapa hari je. Insurans yang dicover pun ala-ala je. Bukan kes-kes major. Dorang ni tak pikir ke kalo orang lain buat benda yang sama kat mak bapak dorang. Apa dorang rasa agaknya?

Friday 1 February 2013

Budget to Ho Chi Minh City

Ni hanyalah roughly budget not included shopping & hotel.

Day 1 (sekitar HCMC) :
Taxi from airport to hotel = VND 180 K
Tour package to Chu Chi Tunnel & Mekong Delta = VND 714 K
Lunch = VND 267 K
Taxi from hotel to Hard Rock Cafe  = VND 20K
HCMC Entrance Museum = VND 30 K (2 pax)
Water Puppet Show = VND 300 K

Total Spent = VND 1511 K (RM 232.65)

Day 2 (Chu Chi Tunnel):
Entrance Chu Chi Tunnel = VND 180 K ( 2pax)
Lunch = VND 150 K
Taxi from hotel to Water Puppet Show = VND 20 K

Total Spent = VND 350 K (RM 52.50)

Day 3 (Mekong Delta):
Bekal lunch = VND 180 K

Total Spent = VND 180 K (RM 27)

Day 4 (sekitar HCMC):
Taxi = VND 50 K
Entrance fee War Remnants Museum = VND 30 K (2 pax)
Entrance fee Reunification Palace = VND 60 K (2 pax)
Reunification Palace Info (Booklet) = VND 10 K
Lunch = VND 160 K
Taxi from hotel to airport = VND 150 K

Total Spent = VND 410 K (RM 62)

Grand total spent excluded shopping = VND 2,451 K (RM 368)

Murah je kan? Ini untuk berdua. So sesiapa yang bercadang nak ke Ho Chi Minh, boleh anggarkan berapa nak bawa untuk shopping and etc. Hope info ni membantu serba sedikit.