Thursday 26 July 2012

Drama Review : Dejavu di Kinabalu

Tetiba aku nak buat review cerita ni sebab pagi tadi kat Hot.fm ada buat interview kat retis-retis yang berlakon dalam cerita ni. Cerita ini memang tengah hangat diperkatakan & tengah hot ditayangkan di TV3 jam 7 petang. Bukan apa, cerita ni betul-betul menimbulkan kontroversi satu Malaysia. Bagi aku, inilah cerita pertama aku tengok yang aku tak dapat agak apakah ending cerita ni. 


Sinopsis : Nadira, pesakit jantung adalah tunang kepada Bazli. Ammar pula pernah bercinta dengan Innara tetapi Innara telah meninggal dunia. Jantung Innara telah didermakan kepada Nadira. Secara tidak sengaja, Ammar & Nadira pernah bertemu & akhirnya jatuh cinta antara satu sama lain. Ammar mencintai Nadira kerana perwatakan Nadira merupai arwah kekasihnya, Innara. Bazli yang selama ini menjaga Nadira ketika sakit akhirnya telah ditinggalkan Nadira kerana Ammar. Tetapi Bazli tetap sayangkan Nadira & sanggup menunggu Nadira. Siapakah yang Nadira pilih pada akhirnya? Ammar atau Bazli?

Ok..lebih kurang macam tu lah sinopsis cerita ni. To my hubby, dia kata inilah cerita paling bodoh pernah dibuat. Dia sangat emosi bila melihat cerita ni sampaikan dia tak bagi aku tengok. Sampai aku pun nak tergelak dengan emosi dia tu. Aku pun jarang-jarang tengok cerita ni pada awalnya tapi sejak bulan Ramadhan ni baru aku sambung tengok balik. Tu pun sebab nak tengok ending camna.

Bagi aku la, Nadira tu memang bersalah. Bazli memang tak salah apa-apa pun pastu tak pasal-pasal kena tinggal dengan Nadira. Nadira sepatutnya appreciate la apa yang Bazli dah korbankan selama ni. Ammar pula, kalau Nadira pun sama seperti cintanya dulu, Innara, patut dia cuba juga lupakan Nadira sebab itu cinta lama dia. Bukan sebab dia tak dapat lupakan cinta lama, dia nak rampas Nadira pula. Kiranya, aku support Bazli la dalam cerita ni. Lagi satu, cerita ni pun, pakai la nama variety skit. Ni Dira la, Innara la, Ammar la, Tira la..semua nak huruf R. Tertukar aku kadang-kadang. Kan senang kalau pakai nama Minah ke, Amy ke, Piah ke. Haishh... Korang pula sokong sape? Hehe

Tuesday 24 July 2012

Wonderful Kinabalu Day 4

About Kota Kinabalu-Ranau at Day 1, please click here
About Kota Kinabalu-Ranau at Day 2, please click here
About Kota Kinabalu at Day 3, please click here
Map of attraction places at Ranau, please click here

Hari ini merupakan hari terakhir kami di Kota Kinabalu. Bangun hari ni terus rasa sihat. Rasa nak muntah dah tak ada. Nasib tak cirit-birit. Kalau muntah & cirit-birit, sah aku kena food poisoning. Bag semua dah packing-packing, terus letak dalam kereta viva sewa kami. Check out siap-siap sebelum ke next destination sebelum fly. Kami plan nak ke Gaya Sunday Market. Market ni hanya dibuka pada hari Ahad di Jalan Gaya.  Memang kena dengan timing kami. Nak ke sana memang jammed & kami kira beruntung sebab dapat parking tempat baik punya.

Market ni memang panjang & macam-macam ada: pokok tanaman, pets, makanan, keychain, souvenirs, t-shirts & etc. Harga lebih kurang je dengan pasar malam tapi lebih banyak pilihan.



Kat Gaya Street tu, kami singgah brunch kat Resoran Nuryana. Aku ordered bihun soto & hubby ordered Rojak Ayam. Sedap juga. Boleh la nak try kalau sesiapa yang ke Gaya Street.

Cengkerik pun dijual di Gaya Street.

Sebelum menuju ke airport, kami sempat lagi singgah ke Signal Hill Observation Platform. Tengok view Kota Kinabalu. Memang cantik. Cuaca hari ni memang baik. Punyalah hujan asyik turun selama 3 hari kami di Kota Kinabalu & Ranau, sekali time kami nak balik, cuaca cerah gila. Tak ada rezeki sungguh.


Lepas Signal Hill, kami pusing-pusing town KK dengan kereta. Habis je pusing, straight way ke menuju ke airport. Kami hantar kereta di airport sahaja. Senang betul berurusan dengan sewabah ni. Even aku tak jumpa pun orang sewabah ni. Kami hanya tinggalkan kunci kereta di __. Rahsia! Urusan check in AA memang senang & kami memang dah purchased luggage 40kg siap-siap. Tak nak exceed lagi. Tapi airport Terminal 2 Kota Kinabalu ni memang panas. Hubby tanya kedai kat dalam airport tu, dorang kata memang tak ada aircond.  Just lepas imigresen tu, baru ada aircond. Low cost betul. Kami departed at 3.30pm & arrived Kuching at 5pm.

Kota Kinabalu is very wonderful & I surely will come back again.

Susahnya Tukar Template

Siapa yang suka blog walking ke blog aku ni akan perasan la yang template dah berubah. Sebelum ni aku pakai yang ready made je. Malas nak tukar sana tukar sini. Pastu aku tukar yang baru, yang tengah ada sekarang. Bila dah siap, aku tak perasan yang rupa-rupanya aku dah bazirkan masa selama 3 jam semata-mata nak tukar template, background, font & etc. Lama kot buang masa emas aku.

Nak tukar template sebab template lama kononnya fancy sangat. Bunga sana bunga sini. Niat nak buat simple. Background plain, tulisan pun plain. Hitam putih la kiranya. Tapi bila dah blogwalking sana, blogwalking sini, aku memang tak dapat tinggalkan bunga-bunga & fancy-fancy tu. Memang dah fitrah perempuan suka bunga & fancy-fancy. Pasrah je lah! Malas dah nak tukar lagi & hope template ni bertahan dengan lama di blog aku.

Wonderful Kinabalu Day 3

Hari ni kami akan buat Island Hopping. Pukul 9am tu lepas breakfast, kami straightway ke Jesselton Point. Nak jadikan cerita, kami terlupa nak bawa map & etc. Yang kami ingat Jesselton Jetty. sampai terlajak menuju ke UMS cari Jesselton Jetty. Lastly nasib hubby ingat yang tempat tu nama Jesselton Point not Jesselton Jetty.

Lepas parking kereta semua, kami pun blur-blur la nak pilih counter tiket yang mana satu. Disebabkan terlalu banyak counter, dalam 10counters semuanya, lastly kami pilih counter tengah-tengah. Kira fair & square kononnya. Kami ambil pakej 3 pulau iaitu Pulau Sapi, Mamutik & Manukan. Haruslah cover semua pulau tu terus sebab tak nyesal kemudian hari.

Total pakej 3 pulau termasuk sewa goggle, snorkeling set & life jacket adalah RM 160. Kami bergerak agak lambat dari jetty disebabkan tunggu speed boat balik dari pulau & kami semua nak pulau ke yang sama, Pulau Sapi tapi kebanyakan dari dorang ni semua pergi ke 2 pulau je. Kami je yang belasah 3 pulau sekaligus. Lantaklah.

Atas boat tu, driver tu akan tanya kita ambil pakej berapa pulau nak berapa lama. Oh yes, kita boleh bagitau seberapa lama yang kita nak di satu2 pulau.


1st pulau kami sampai was Pulau Sapi. Air jernih tapi ikan tak begitu banyak. Laut juga agak dalam dari pantai. Aku memang tak reti berenang ni dah sewa siap-siap life jacket. Just in case aku nak swim jauh-jauh. Well I love to explore the undersea.

The 2nd island was Pulau Mamutik. Time ni dah around 12 tengah hari. Aku dah start lapar. Kami pula tak bawa heavy food. Junk food+ mineral water adalah . Aku memang kelaparan sungguh ni. Hubby decided beli nasi atau apa-apa kat Mamutik Cafe. Dia belikan aku nasi goreng ayam & fries untuk dia. Even agak mahal tapi syukur alhamdulillah, sedap & banyak. Dah kenyang, baru aku sambung snorkeling. Kat sini air memang clear & banyak ikan tapi banyak sangat coral-coral. Coral eh? yang tajam-tajam tuh la. Hubby tak snorkel pun kat sini. Since the weather was not so good, hujan rintik-rintik+lebat turun time kami kat Pulau Mamutik, aku tak dapat nak snorkel lama-lama. Stuck bawah pondok kat Pulau Mamutik sambil tunggu boat datang ambil untuk ke pulau ketiga.


3rd island, Pulau Manukan. Pantai dia memang panjang. Kami sampai kat sini around 2pm. Orang dah tak ramai. So boleh la kami snorkeling dengan sepuasnya. Time ni hujan pun dah berhenti. Air laut tak dalam, air sedikit keruh sebab hujan, banyak ikan. Kami gerak balik agak awal sebab keletihan. Patut balik kul 4pm tapi kami decided nak balik kul 3pm. Lagipun boat kami tu akan pick up tourist2 lain kul 3pm. So kami join je terus. To me the best island was Pulau Manukan. Later if we came back, definitely will go to Manukan Island.


Balik je hotel, kami bersiap, solat& rehat. Around 5pm, kami bergerak ke lokan panggang at Jalan Sulaman. Again aku lupa bawa map. Nasib memory aku ni kuat lagi. Aku ingat area lokan panggang tu kat mana. siap ingat turn left or right lagi. Hebat-hebat. *Tetiba puji diri sendiri.* On the way ke lakan panggang tu, memang hujan turun dengan lebat. Tapi kami berjaya sampai tanpa sesat.



Masa kami sampai, ada 1 couple yang baru lepas makan. Dah nak balik. aku tengok table dia ada dua dulang lokan. At first kami order lokan kecil. Kasi try dulu. Memang sedap & terbaik. Hubby puji tak habis-habis. Then kami pun tak nak kalah dengan couple tu, order satu lagi dulang lokan besar. Lokan besar sedikit liat. Hujan turun dengan lebat, makan lokan panggang panas-panas, air kelapa fresh pula tu, memang terbaik. Terbaik sangat. Memang kenyang gila makan lokan je.

Dah habis makan, by right kami terus pergi makan seafood kat Tanjung Lipat tapi sebab kenyang, kami decided balik je dulu ke hotel. Bila sampai hotel, tak tahu kenapa kepala aku tiba-tiba pening sangat. Mencucuk gitu. Aku bagitau hubby nak berehat dulu. Kami cancel untuk ke Tanjung Lipat. Lepas 2 jam tidur, hubby kejutkan ajak pergi ke Pasar Malam untuk shopping souvenirs yang belum cukup.

Aku ke Pasar Malam dalam keadaan badan tak berapa sihat. Tak tahu kenapa. Tetiba badan macam nak demam & aku rasa nak muntah yang amat. Kat Pasar Malam tu aku teman hubby beli je. Aku tak ada beli dah untuk diri sendiri. Aku ajak hubby balik cepat sebab badan rasa semacam. Sampai je kat parking kereta pasar malamtu, aku terus muntah. Muntah air kelapa & lokan. Dont get confused. Aku rasa perut aku ni tak terima combination lokan & air kelapa. Lagipun aku makan tak hingat kat lokan panggang tu. Terus balik ke hotel, sambung muntah & tidur sampai esok. Tak best sangat malam tu. Kesian hubby.

Thursday 19 July 2012

Wonderful Kinabalu-Ranau Day 2

Lepas breakfast kat hotel, kami bergambar dulu kat area hotel. Melihat pemandagan Gunung Kinabalu & alam semulajadi. Time ni baru kol 7 pagi. Awal gila kami bangun kat Ranau ni sebab kul 6 pagi tuh dah terang benderang.


Info: Jalan nak ke Celyn Resort tu agak mencabar sikit. 3km dari main road & jalannya tak berturap. Nasib kereta kami larat. Dah tu kena mandaki bukit yang cerun 45 darjah.

8a.m: Bergerak ke Tagal Fish Sg Moroli. Kami 1st customer sampai kat situ. Entrance fee RM10/person. Camera RM 3/satu tapi dia tak caj kami sebab katanya air keruh & tak nampak ikan sangat. So dia tak caj. Tapi still boleh bawa camera & bergambar. Kira discount untuk kami.


Make sure dari main road tu korang nampak gambar ikan yang besar seperti dalam gambar tu. Takut terlajak pulak. Kalau dari Ranau tu, Tagal fish ni di sebelah kiri.Please refer map yang aku buat tu.

9.30 am: Sabah Tea Plantation. Sabah Tea Plantation betul-betul sebelah Tagal Fish ni. Entrance free. (time aku pergi. tak tahu ada caj ke tak sebenarnya). Again hanya kami jadi customer kat situ. Bagus la. Boleh bergambar sepuas-puasnya.

Sabah Tea ni tak adalah sebest Cameron bagi aku. Biasa-biasa sahaja.

10 a.m: Poring Hot Spring. On the way to Poring tu, ada roadblock. Cuak juga sebab polis cek semua lesen, ic & roadtax kereta. Make sure kereta sewa tu tak mati roadtax sudah. Entrance fee RM3/each.

At conopy walk. Memang tinggi & gayat.

Jalan nak ke canopy walk.

Kat Poring Hot Spring, kami naik Canopy Walk. One of The World Herritage. Wah, nak pergi ke canopy walk tu, kena panjat bukit setinggi 450m & turun bukit 450m lagi. Memang menggeletar lutut-lutut kami. Kami ni dah la jarang exercise sebab kekangan masa sekali kena panjat bukit pula. Memang pancit & berpeluh sakan.

Tips for canopy walk: Do not wear jeans. Please wear proper shoes. Sesiapa yang ada lelah ke, gayat ke, aku suggest tak perlu la naik. Sebab kalau dah naik, payah pulak nak turun. Fee for canopy walk RM3/each. Camera RM5/each. Ada 5 check point kesemuanya & ada 5 jambatan gantung yang kena dilalui.

1 p.m: Kami had lunch kat KFC Pekan Ranau je.

1.30pm: Kami ke Kundasang War Memorial. Time ni hujan mula turun. Entrance fee RM3/each. Cantik sebenarnya dalam Kundsang War Memorial ni. Ada Australian Garden, English Garden tapi kami tak lama sebab masa sampai hujan baru berhenti tapi tengah syok-syok bergambar tu, hujan mula turun dengan lebat. Hujan kat sini sekejap-sekejap. Pastu cerah, pastu hujan lagi..


1.45pm: Desa Cattle Farm. Entrance fee RM3/each for adult. RM2/each for kid. Kami kena bayar sorang adult, sorang kid. Hihihi. Kesnya sebab counter tu tak ada duit baki. Kami pula hanya ada RM5. Kira rezeki kami juga kali ni.

Jalan nak ke Desa Cattle ni memang tak bley blah punya. Cerun gila. Time tu hujan pula turun dengan lebat. Tambah pula dengan kabus. Memang mencabar. Aku la yang drive sebab hubby penglihatan terhad kalau time hujan. Pastu kena careful dengan batu-batu yang jatuh dari bukit. Kami guna gear 2 je. Dah nak sampai ke Desa Cattle tu, jalan pula tak berturap. Berbatu-batu & becak. Kalau pakai 4wd ni memang best tapi kami hanya dengan Viva. Kesian Viva tu.


Kami sampai tu kul 1.45 pm & hujan pun berhenti. Kami tercari-cari mana lembu-lembu sume. Pastu orang ladang tu cakap lembu tengah otw pulang ke kandang. Then kami nampak la segerombolan lembu tengah berjalan lenggang kangkung nak balik ke kandang. Kami kira beruntung sebab dapat tengok lembu dari jarak dekat. Kami tak dapat balik sebab lembu tu dah menghalang laluan kereta. Kena tunggu semua lembu tu habis masuk kandang. Kami beli susu je kat sini. Aku dah la penggemar tegar susu tapi tak dapat beli banyak sebab tak ada tempat simpan. Beli untuk minum je. Masa nak gerak pulang tu, hujan turun lagi. Macam diberkati je rasa holiday kami. Hihi

2:30pm : Kinabalu Park. Entrance fee RM3/each. Kami tak ada panjat gunung ke apa. Just bergambar with backgraound Gunung Kinabalu kononnya tapi sebab kabus tebal, tak nampak pun gunung tu.


Lepas Kinabalu Park, kami pun bergerak pulang ke town K.K. Otw tu, kami sempat singgah di Pekan Nabalu. Tengok-tengok apa yang menarik. Yang best kat sini sebab kami je customer time tu sebab bukan musim cuti & hari tengah hujan & kami dapat harga yang kami nak. Tapi tak banyak pun yang kami beli sebab tunggu shopping kat town KK je.

5 p.m: Upside down house at Tamparuli. Entrance fee RM10/each. Kat sini boleh tengok rumah & kereta kancil terbalik. Tapi dalam rumah tak boleh ambil gambar.


6 p.m: Check in Cititel Express Hotel. Kami sangatlah terkejut dengan keadaan dalam bilik tu. Bilik kami tu sangat la kecil. Tak pernah lagi duduk bilik sesempit tu. Nak solat pun payah. Arah qiblat dah ada tapi ruang solat tak ada. Hmmm...Is not recommended at all tapi kawasan tu tak sesak sangat & parking pun senang. Betul-betul depan hotel je.

View dalam bilik of Cititel Express Hotel

8pm: Lepas mandi, solat semua, kami ke Pasar Malam Sinsuran untuk makan malam seafood.

Total kami makan Rm 90++ juga termasuk air. Mahal ke murah camtu?

Kat pasar malam ni memang banyak pilihan sampai tak tahu mana nak pilih tapi kami pilih gerai hujung sekali. Kebetulan yang makan semeja dengan kami pun orang semenanjung yang kerja di KK. Dalam hati aku, maybe gerai ni best kot. Sebab orang kerja KK pun datang gerai tu. Boleh? *mode: risau food poisoning je*

Lepas mengisi perut, kami jalan-jalan kat Pasar Filipin, Pasar Malam Le Meridian & Pasar Ikan
Kering. Brooch kat sana memang murah tapi kat Pasar Filipin memang mahal sangat. Hubby dah kena tipu beli butang baju melayu dengan harga RM30 satu padahal kat pasar malam boleh dapat harga RM10 satu. Amplang aku dapat dengan harga RM7 sepaket.

Hasil borongan hari ke 2 di Kota Kinabalu.

Ok..End for day 2..memang puas hati gila dapat berjalan kat Kundasang Ranau. Nanti nak pergi panjat Gunung Kinabalu pula. Insya Allah.

Wednesday 18 July 2012

Wordless Wednesday #6

My gift to mummy & papa

Tuesday 17 July 2012

My own created map


Map of attraction places at Kundasang and Ranau, Sabah.

Aku buat map ni senang untuk reference sesiapa yang nak ke Kundasang and Ranau. So boleh la plan nak stay kat mana or nak pergi ke mana dahulu. Jarak antara satu tempat ke satu tempat tu tak dekat ye. Aku tak ada pula buat skala berapa-berapa.

Jarak dari main road ke Desa Cattle Farm +- 5km
Jarak dari main road ke Poring Hot Spring +-15km
Jarak dari Pekan Ranau ke Tagal Fish Sg Moroli +-15km

Along the main road tu, memang bersepah Resort and Hotel. Pilih je mana berkenan & make sure dulu lokasi hotel tu ada kat mana.


Wonderful Kinabalu-Ranau Day 1

This holiday sempena birthday hubby la kiranya. Kat KIA tu kami terlebih 1kg luggage & AA charged us with RM25/kg. Hampeh. Terlebih 1kg pun berkira. Tak nak kaw tim langsung. Huh. We arrived Kota Kinabalu International Airport Terminal 2 at 3.30pm.

Kami dah booking kereta siap-siap dari sewabah & orang sewabah dah ready tungu kami kat airport. Kami sewa kereta Viva for 4 days dengan harga RM 90 x 3days = RM 270. By right, dia caj RM 360 tapi kami mintak discount & dapat untuk harga 3 hari sahaja. Thanks sewabah. Nanti I recommend to all my friends. Ceewah. Dari airport kami terus menuju ke Kundasang-Ranau. Check in Celyn Resort, Ranau at 6pm. Kami ambil Valley Wing dengan harga RM 195++/night.

 di Pekan Kundasang. Hujan turun dengan lebatnya.


Sampai resort, turun je kereta, terus snap gambar. Check in pun tak lagi. Excited sangat.

 The room. Big & nice & cold of course.


Malam tu kami dinner from room service menu. Not bad at all & kami hentam je sebab lapar sangat. Kami sempat beli maggi cup & minum instant drinks je. Kami tidur tanpa kipas & aircond sebab sejuk sangat.

Monday 16 July 2012

Hubby's Birthday Celebration

Tak ada celebration sangat pun just balik je dari kerja, I told him "Let's get out for candle light dinner" & he said ok. Candle light la sangat. Kami menuju ke Fullhouse, Kuching. Fullhouse ni terletak kat bangunan The Hills, bersebelahan dengan Pullman Hotel. Kat Kuching ni payah sangat aku nak jumpa western yang sedap so hopefully kali ni tidak mengecewakan kami.

Masa kami sampai tu, tak ada orang nak greet pun. Okay, aku dah nampak dorang dah double standard dengan kitaorang. Even tak nak datang amik order kami. Kami punya angkat tangan 2,3 kali tapi waitress ca ya nun aliff stupid tu tak datang-datang. Bila mat saleh je, or kaum-kaum dia datang, boleh dia greet & terus bagi menu kat dorang. Kami ni macam pandang sebelah mata. Hey, ingat kami ni tak mampu ke?Aku hangin betul dengan orang macam ni.Tak perlu la nak double standard sangat. Ko tu keja waitress je kot. Pastu ntah-ntah mat saleh or kaum-kaum korang tu order air je. Bukan nak makan sangat. Aku serius sedih ngan orang-orang tak ada manner ni. Kesian sebab tak cukup ajaran. Huh!

Ok, layan je la gambar-gambar ni.



See..the candle between us ;p

 
 The yummy & super delicious mashed potato. RM 6.00++ per bowl. 

Hot lemongrass tea

Mine: Chicken chop

Hubby's menu. Source: google.

Kesimpulan: Menu hubby tak adalah segah seperti dalam gambar tu & katanya rasanya biasa-biasa sahaja. Total we spent here about RM 60++. Ok la.

Then kami pergi Karoke K11 kat dalam bangunan The Hills tu. Kebetulan ladies night rate, aku dapat harga  RM 18 & hubby normal night rate RM 28 tapi sound system memang best. So boleh pergi lagi. Tuh je la celebration yang mampu aku wat dalam kesibukan kerja ni. Kesian hubby. Anyway, Happy Birthday Hubby!

Wednesday 11 July 2012

Happy Birthday Hubby


Happy Birthday Hubby
This is the second year you be as my dearest hubby
I hope we will be husband and wife for more thousand years
Love you more and more

Am super duper busy
dengan semester baru yang telah bermula, dengan keadaan fizikal yang tengah demam+selsema.
kesian hubby, birthday dia pun terabai. card dah ada tapi belum tulis & no cake, no celebrations.
I'll try what I can do.
Aku kan superwoman. =p

Anyway, kami akan bercuti selama 4 hari ke satu tempat ni. Wait for the updates soon!

Tuesday 10 July 2012

Puding Roti Bersama Sos Vanilla


Puding roti ni hasil gabungan beberapa resepi yang aku copy dari PlanetMirra & beberapa blog lain (lupa nak save).
Sebenarnya kalau search je kat internet, berlambak yang keluar resepi puding ni tapi aku nak tulis juga sebagai simpanan untuk diri sendiri.

Puding Roti
Bahan-bahan:
8 keping roti gardenia (di toast dahulu) kemudian dikoyak kecil-kecil

Bahan blend:
2 sudu butter (dicairkan)
2 biji telur
4 sudu besar gula
500ml low fat milk
1 sudu kecil esen vanilla

Cara:
1. susun setengah roti yang telah dikoyak-koyakkan. tabur kismis. kemudian susun lagi lebihan roti. tabur kismis lagi.
2. tuang bahan blend ke dalam bekas roti. biar setengah jam.
3. bakar suhu 180c selama 40minit /sampai garing.
4. biarkan sejuk & siap

Sos vanilla
Bahan:
2 sudu besar tepung bird custard
1 tin susu cair Ideal / lain brand
2 sudu besar gula

Cara:
Campur semua dalam bekas dan kacau dengan api perlahan. Agak-agak nak mendidih & hampir likat, tutup api dan terus kacau sampai agak-agak suam.
*hati-hati jangan sampai hangit sebab ramai kawan-kawan saya buat sure hangit sebab malas kacau*

P/S: Cara buat sos vanilla ada pada bekas tepung bird custard. Sekian!

Thursday 5 July 2012

Delicious

Sebelum balik ke Kuching dari Sabak Bernam hari tu, aku sempat la dok sehari di rumah MIL
kalau dah balik rumah MIL, memang wajib singgah Midvalley
Midvalley tu macam tempat permainan kecik hubbyku

So masa kat Midvalley tu, aku & hubby decided nak makan kat satu tempat yang agak glamour, Delicious
tempatnya terletak kat betul-betul sebelah Starbuck & laluan utama nak ke The Gardens

sorry blur. gambar hp je

Kedai pun nampak grand la kan. Bila minta menu tu, memang harga dia tak payah cerita
Disebabkan kami 1st timer nak makan sini, dengan blur-blurnya kami order ikut mata, bukan ikut selera *the menu ada list sahaja. tak ada gambar makanan / minuman*

Aku punya menu were Aglio Olio Spaghetti & Melted Choc with Marshmallow while hubby's menu were Boneless Beef & lime juice.


 Aglio Olio Spaghetti for RM 15.90

Melted Choc with Marshmallow for RM 8.90

 Boneless Beef with *Mee for RM 32.90 *dalam menu tak ada cakap mee/spesis mee

Lime Juice for RM 12.90

Apa komen korang? Bagi aku & hubby rasa sangat la tak berbaloi. Aglio Olio Spagetti aku tu hanya spaghetti semata-mata. tak ada lauk pun. memang aku order kosong sebab dalam menu tulis if nak lauk, ada caj lain yang almost double harga spaghetti tu. Aku ingatkan ada la lauk sikit ke apa, ni langsung tak ada lauk. ada spaghetti dengan olive oil je kot tapi Melted Choc with Marshmallow memang best. sangat best.

Menu hubby lak lagi tak boleh blah. Kami ingatkan western sebab dalam menu tak ada gambar kan sekali bila dapat, macam mee dengan sup daging je. Rasa memang sedap tapi frust bila dapat macam tu. Lime juice pula pahit + tak best.

Servis memang lambat & harga tax + service charge were RM 12. Bole?
Total kami makan kat sini RM 81.90. Acceptable tak?
Kami memang tak kisah nak makan tempat 'high class' or 'expensive' sekali sekala tapi kalau takat macam ni, baik xpayah. Serious beb. Not worth it for money.

Aku tengok dalam menu tu, nasi goreng, nasi lemak pun harga RM30++ ok..Tak tau la apa yang special sangat. Aku rasa kat Delicious ni hanya best kek & deserts je kot. Yang main course tak suggested atau aku yang tak pandai order? *keliru*

Monday 2 July 2012

kek pisang meleleh

Bulan 6 bulan yang sangat busy da bee. letih, letih.
balik je dari bercuti di kampung, aku kena kerja 7 hari seminggu
then sambung lagi kerja 5 hari
berehat sekejap sehari di rumah, then kena pergi pulak Sabak Bernam selama 7 hari
sampai je rumah hari Ahad 1 Julai, hari ini dah kerja balik
memang sangat letih & petanda nak demam dah nak muncul
ni yang tak suka bila badan over exhausted. terus demam.

ok aku bukan nak cerita panjang-panjang pasal aku sibuk kerja, bukan masyuk kat aku pun, gaji tetap sama je. aku nak cerita pasal sehari yang aku sempat berehat di rumah tu.
al kisahnya hubby beli sesikat pisang. since dia dalam proses diet (OMG..hubby diet), 
sebarang karbohidarat adalah dilarang. pisang salah satu yang dia tak dapat makan tapi dia beli sebab tak tahu. aku pun tak larat nak habiskan sesikat pisang sengsorang.
daripada membazir tu, aku pun for the 1st time nak try baking cake. a simple one.
so baking cake pisang adalah permulaan yang baik

copy resepi bukan main cantik lagi,
memang dah cun la kiranya adunan aku tu,
tup-tup masa nak bakar tu tak ada cakap kena tuang berapa banyak adunan dalam bekas. aku yang lurus bendul + tak pernah bakar kek ni pun, terus tuang semua adunan dalam bekas. aku dah agak akan kembang. ingat kembang/ kek naik setakat 1cm je. sekali. hamik ko. kek pisang aku meleleh masa dalam oven.

kek pisang meleleh

cuak la aku. terus sms cik nuwairani tanya apa nak buat
katanya adunan kena tuang 3/4 bekas sahaja
aiseh..manalah aku tau. resepi bagi tu dah ok tapi kenapalah bila part bakar, cakap suhu berapa & bakar berapa lama je. tuang adunan banyak mana tak ada
common sense sebenarnya tapi aku kan lurus+ tak pandai.
macam ni lah hasilnya.

bila dah siap tu, dalam panas-panas aku potong, memang sedap & umph la rasanya cuma kat tengah tu dah berlompong. walaupun rupanya tak ada, tapi rasanya ada.
terus macam give up nak baking-baking tapi kalau tak mencuba tak tahu kan. practice makes perfect kata orang.

So to beginner yang nak baking cake, jangan lupa tuang adunan sehingga 3/4 bekas sahaja. & nasihat cik nani lagi, buat 1/2 adunan dahulu. kalau ok baru buat adunan penuh.