Friday 13 April 2012

Macaroni Bakar

Minggu ni sepatutnya cuti pertengah semester tapi my students tak cuti disebabkan mereka belajar selama 4 bulan sahaja
so bila datang ke kolej, tak ada students lain, kolej pun rasa sunyi je
aku pun suggest supaya ada satu pot luck untuk kelas aku ni
students bukan ramai pun
so my putluck is Macaroni Bakar
Resepi ni aku refer from klik sini


Bahan-Bahan:
1 paket macaroni –di rebus hingga kembang
1 biji bawang besar – potong dadu
1 ulas bawang putih – potong dadu/cincang
1 tin cendawan butang – hiris nipis2/potong dadu
½ biji capsicum hijau – potong dadu
½ biji capsicum merah – potong dadu
1 paket 400g ayam kisar ramly
1 cawan susu segar
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh oregano
1 kiub pati ayam
4 biji telur
1 paket Cheddar cheese (patut mozzarella cheese) 
3 sudu butter
Garam & gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Rebus macaroni dalam air mendidih sehingga masak. Toskan
2.  Dalam mangkuk berasingan, panaskan butter hingga kuning. Tumis bwg besar & bawang putih hingga naik bau.


3.  Masukkan daging/ayam kisar. Kacau sehingga masak.
4.  Masukkan cendawan butang, capsicum hijau dan merah. Gaul sekata.


5.  Masukkan lada sulah, oregano dan susu. Kacau sebentar.
6. Masukkan macaroni yang telah dittos dan gaul sebati. Masukkan kiub pati ayam/daging yang telah dihancurkan sedikit demi sedikit.
7. Tambah garam jika kurang masin.
8. Gaul hingga sebati & tutupkan api. Masukkan telur satu demi satu sambil mengacau macaroni.
9. Masukkan ½ macaroni ke dalam Loyang pembakar. Lapis dengan cheese. Kemudian lapis lagi dengan baki macaroni. Lapisan atas di tutup dengan cheese yang dihiris halus.



10. Bakar dalam oven bersuhu 180 celcius selama 40 minit.
11. Keluarkan, biarkan sejuk seketika & sedia untuk di makan.

Yang dah siap dimasak & sedia untuk dimakan

My hubby tambah tiga kali..sedap sangat!

1 comment:

  1. aku pun suke macaroni bakar! kalau makan ni rasa macam tak hengat donia dah!

    ReplyDelete