Sunday, 20 May 2012

Suka Ria di Phuket - Day 1 Part 3

Ok sambung entry dari Day 1 Part 2

Kami sampai semula ke hotel pun dah petang
Risau tak sempat survey tour package untuk besok dan lusa,
kami mintak je driver kami, Dang tolong tunjukkan kat mana yang murah
Dang suggestkan guna his boss's travel agent
rupa-rupanya office bos dia sebelah sahaja dengan hotel kami
betul-betul di hadapan Andaman Hotel

tempat package tour yang kami ambil

Sebenarnya tak adalah murah pun tour yang ditawarkan
Selepas bargain punya bargain
kami dapat Phi-phi tour for 1500bhat, James Bond tour 1600 bhat & Phuket Fantasea for 1900 bhat (including halal food buffet)
Harga untuk Phuket Fantasea sama dengan harga jualan kat web Phuket Fantasea
So aku tak ada ralat sangat tapi untuk James Bond & Phi-phi tour tu boleh dapat lagi murah
Dah habis beli tour, terus rasa nipis duit Bhat

Then kami balik ke hotel untuk berehat, mandi & solat
Kemudian kami keluar mencari tempat makan untuk alas perut
Lapar sangat dah sebab tak makan dari tengah hari
Dari hotel kami berjalan pula ke satu-satunya shopping complex kat Patong tu, Junceylon
Di sini kami ke food court at level basement

Kat food court ni, ada satu kedai betul-betul bersebelahan dengan kedai air minuman
Kami order nasi putih, telur bungkus & tom yam
semestinya makanan local thailand
bila dah sampai makanan tu, bila dapat rasa je
apa yang boleh aku cakap 'Wallah'
sangat best, sangat sedap
menjilat jari sudu


Muka excited dapat makan, serving pun cantik

Aku lupa nak ambil gambar kedai tu sebab lapar sangat
Nak beli kat foodcourt ni kena beli kad pembelian dahulu
tak boleh beli pakai cash
pergi je dekat counter kad, topup kad tu then swipe kad tu di kedai-kedai foodcourt
jika kad kita ada balance, kita boleh tukar balik kad tu ke kad centre & mintak balance
kesimpulannya menyusahkan tapi dah peraturannya macam tu
nak buat camna lagi, ye dok?

dah kenyang-kenyang, kami jalan-jalan sekitar Junceylon 
and sekitar Patong tu
tengok-tengok kedai, tengok-tengok orang
Jam 7 Dang ready to pick up us & we went to the one place you must go when you come to Phuket,
Simon Cabaret
Sebelum kami pergi ke situ, Dang brought us to buy Muay Thai ticket
memang kami ada cakap suka tengok Muay Thai tapi tak sangka Dang bawa kami ke tempat tu
katanya Muay Thai tak buat hari-hari
Dang suruh kami beli tiket dahulu sebab takut full kalau datang kemudian
Bila tengok harga tiket tu, kami sebenarnya serba salah nak ke tak
Harga tiket RM 200/person untuk seat middle
Total kena beli RM 400
Dalam serba salah tu, kami beli jugak tiket Muay Thai tu dengan alasan,
1st : memang kami tak pernah tengok Muay Thai secara live
2nd : kesian kat Dang sebab beria bawa kami untuk beli tiket (ini alasan menjerat diri sendiri)

Bila dah beli, duit yang asalnya dah nipis menjadi bertambah-tambah nipis
Nanti aku keluarkan entry khas untuk survive di Phuket dengan duit yang nipis ni

Ok, sambung balik kami sampai ke Simon Cabaret
aku beli tiket online sebab kawan aku cakap takut tiket habis if beli kat Phuket
tapi bagi aku, korang tak perlu risau sebab tak full pun masa aku pergi tu
maybe sebab tak full season but if full season pun, show ni ada setiap hari
So beli tiket dekat Phuket je ok

Sebelum start show, kami bergambar dahulu
Then datang la van-van VIP yang bawa retis-retis ni
Bila tengok je dorang, aku dengan mulut terlopong tengok 'nyah-nyah' ni
Cantik kot



 Nyah ni panggil laki aku untuk bergambar dengan dia

Ok la tengok show tu, not bad
just aku & hubby tak suka bila nyah tu turun bawah ke audience & pegi peluk cium sume
mat saleh suka la tu

Dah habis show, Dang sedia tunggu kami untuk bawa ke Muay Thai
fun tengok Muay Thai secara live ni
Judi secara terang-terangan kat sini
Kami tengok sampai kul 12 malam then chow
nak tunggu habis semua tak tahu pukul berapa pula


End for Day 1

2 comments:

  1. antara tempat yang aku tak pegi simon cabaret n muay thai. tak suke tempat yang sesak2 dengan org mcm tu.

    ReplyDelete
  2. memang berbaloi la u p phuket, bak kte org if nak pegi bia pegi betol2 ye dak? mmg hbis sume u sapu pgi.. bru puas ati! i phuket 3x pon tak pgi2 lagi tmpt ni. lom terpanggil lg nk p.. live kat bangla road tuh pon sepesen, siap aksi ganas lagi. huuu seriau! nice entry babe

    ReplyDelete