Wednesday 9 October 2013

Kampung Benuk Homestay & Longhouse


Hello semua.. Airasia tengah sale free seats kan? Baru je hari tu AA wat sales, now ada sales lagi. Hebat la AA ni. Promo AA kali ni macam ramai tak tahu sebab tak dapat notification pun. Neway, sale kali ni nampak berbaloi-baloi. Memang murah gila-gila. Ak tengok return to Hongkong RM 400 sorang. Ok la tu. 

Aku nampak gayannya terpaksa hold dan tahan nafsu travelling since kerja hubby dah tak menentu sekarang. Cuti pun dah susah. So aku busy merembat tiket balik ke tanah malaya je la. End!

Aku nak story my short trip to Kampung Benuk Homestay, Sarawak. Hari tu aku teman my colleague untuk bawa beberapa peserta kursus untuk mengetahui macam mana nak setup homestay. At the same time aku pun belajar something new. Kampung Benuk Homestay ni terletak di Jalan Borneo Highlands. Agak jauh dari bandar Kuching. Kami ke sana naik bas sewa. Lebih kurang sejam lebih perjalanan, kami sampai kat Kg Benuk Longhouse. Ada information centre sebelum masuk ke Kg Benuk Longhouse.





Tapi kami tak masuk pun ke Longhouse tu sebab kami nak ke Kampung Benuk Homestay which is tempat yang berbeza dengan Longhouse ni. Ruginyaa.. Nak pergi sendiri memang tak la. Tapi nak masuk Longhouse ni kena bayar. Aku tak pasti berapa RM. Sila bertanya dengan aunty di atas yeh. Heee

Kampung Benuk Homestay ni dimiliki oleh orang Bidayuh. Penduduk kampung ni berketurunan Bidayuh. Masa kami sampai, they were so welcoming. Excited kami datang. First dorang bawa kami ke padang padi. Aku sebut padang sebab mereka tanam padi bukit, bukan padi sawah.



Padang padi ni terletak ke belakang sikit dari rumah-rumah mereka. So kena jalan kaki untuk ke padang padi. Bila sampai, semua orang diwajibkan mencuba menanam padi bukit. Excited aku mencuba tanam padi. It was a new experience for me. They were friendly too. Selain tanam padi, mereka tanam ubi dan jagung juga kat padi ni. Bagusnya kan masih ada semangat kerjasama antara orang kampung. Dorang rotate buat kerja ni. Padi bukit mula ditanam supaya mereka boleh harvest masa musim gawai tahun 2014 nanti



Kampung Benuk Homestay ni no 3 top kat Sarawak. For those nak setup homestay, bilangan minima ahli adalah seramai 8 orang. Ohh baru aku tahu. Hihi. Banyak la explanation yang diberikan oleh mereka. Very informative. Sesiapa yang nak rasa suasana kampung di Sarawak, nak rasa budaya sebenar, boleh la datang ke sini. Banyak juga aktiviti yang dorang boleh provide. For muslims, don't worry sebab mereka ada sediakan makanan halal. Package group pun ada.





 

Aku? Menikmati angin segar, bunyi-bunyi unggas. Memang aman damai sungguh. Tetiba rasa nak setup homestay. Hehehe

1 comment:

  1. Assalamualaikum...saya harap sangat awak update on travelog umrah..utk rujukan saya :) TQ

    ReplyDelete