Wednesday 19 November 2014

Jogjakarta Day 4 - Taman Sari & Amanda Brownies

Hari keempat di Jogjakarta kami tak ada misi sangat just menghabiskan aktiviti sebelum pulang. Pagi selepas breakfast di hotel, kami jalan kaki ke jalan utama untuk naik beca. Macam biasa kena pandai nego harga. 9.00 pagi kami ke Taman Sari. Entrance fee untuk Taman Sari ialah IDR 10 K seorang. Ada tour guide yang menanti pada sesiapa yang nak menggunakan servis mereka. Kami menolak baik, sebab nak pusing-pusing sendiri. 

Taman Sari ini adalah salah satu tempat yang boleh dilawat kalau di Jogjakarta tapi tidaklah sebegitu besar. Dahulunya Taman Sari ni tempat rekreasi keluarga kerajaan dan tempat sultan serta gundiknya beristirehat tapi kini tempat ni dah kosong, jadi tempat pelancongan.

Seni ukiran di dinding

 

Dalam bilik ada bilik dan bilik



 ada photo-shoot model


Sekejap sahaja kami menghabiskan masa di Taman Sari ni. Keluar dari Taman Sari, driver beca kami memang dah setia menunggu. Kami minta pulang. Tapi sebelum tu, on the way ke hotel kami, singgah dahulu di Amanda Brownies. Amanda Brownies memang dah famous kalau di Bandung dan dia ada buka cawangan di Jogjakarta ni.



 Kuih-kuih lain yang dijual selain brownies


Brownies yang kami dah makan separuh sebelum balik. Hik hik hik

Brownies dia memang sedap sangat. Setahu aku, ada juga orang jual brownies ni di Malaysia. Kami banyak juga memborong brownies. Habis shopping brownies, kami request hantar balik ke Jalan Malioboro. Nak shopping souvenirs dulu. Beca kami bayar dengan IDR 50K. Kami malas nego dan bayar sahaja sebab misi nak menghabiskan duit rupiah. Tapi kalau korang, sila nego lagi murah dari ini.

Pusing dahulu shopping souvenirs mana yang patut kat Jalan Malioboro.



Habis shopping, pulang hotel, pack barang. Kami gerak ke Adisujipto Airport dengan taxi. Taxi ni kami dapat masa dia hantar customer ke hotel kami duduk, terus kami book untuk dia hantar kami ke airport. Jangan lupa untuk ready airport tax IDR 100 K seorang. Flight kami ke KL jam 2 petang dari sana dan sampai di LCCT jam 5.20 petang. Bye-bye Jogjakarta sehingga ada masa jumpa lagi. Kalau nak repeat ke Jogjakarta pun maybe untuk ke Dieng Plateau. Overall cost aku ke Jogjakarta? Aku belum sum up. Kalau ada masa, ruang dan peluang, aku cuba update. Kalau tak, terpaksa korang add sendiri dari setiap pembacaan yang aku tulis ni.

No comments:

Post a Comment