Tuesday, 26 August 2014

Rumah!

Angin tak ada, ribut tak ada. Tetiba update pasal rumah. Apa kes? Sebab ada kes la aku tetiba rajin nak update blog pasal rumah. Punca lama tak updating blog adalah sebab kesibukan duniawi yang melampau & laptop aku dah damaged. Ok, sounds so many excuses sangat.

Ini cerita tahun 2012. Wow.. lama sangat. Kisahnya bila kakak aku tetiba paksa aku beli rumah. Aku macam WHAT??? Aku dengan laki aku ni memang tak ada planning lagi nak beli rumah. Kes tak ada rancangan masa depan yang sempurna kekdahnya. So bila my sis decided for us untuk beli rumah, aku discuss dengan laki aku. My sis was so excited for us. Aku dengan laki macam telan pasir. Serius. Seriau feeling nak beli rumah. Sebabnya, rumah nak beli tu kat Selangor. Bukanlah kat city center pun tapi untuk warga-warga belia muda remaja macam aku yang baru nak survive ni, membeli rumah di Selangor area adalah satu tanggungan yang amat besar. Orang-orang Kay Ell atau Selangor sure tahu macam mana harga rumah kat situ kan. Yes! Sebab harga rumah tu lah membuatkan kami laki bini serius, nervous, sejuk kaki tangan. (So exaggerate)

Launching
Bila developer nak jual rumah, dorang akan buat launching day. Ini standard jual rumah baru. Orang akan berebut-rebut nak beli rumah. Orang berebut, aku cuak. Hehe. Yang aku tak faham, harga rumah berapa mahal pun, tetap habis dijual. Heran betul. Actually my sis yang banyak setelkan pembelian rumah untuk kami disebabkan kami di Sarawak, maka kami tak mampu berbuat apa-apa.

Bila developer bagitahu bila dia nak buat launching day, contohnya pada esok hari, maka ramai la yang pernah berdaftar akan datang untuk beratur. Masalahnya dorang akan beratur a day before launching day. Jadi, my sis pun termasuk dalam golongan orang yang beratur a day before la. Dan dia juga telah mengupah someone ni untuk tidur di khemah launching ni. Iye, aku tak tipu. Memang upah orang tidur kat khemah untuk jadi 1st customer beratur pada esok hari. Tragis kan nak beli rumah ni. Sebab nak ambil lot pilihan, kena la gigih beratur.

Beli rumah
Bila hari launching, seperti dijangka, my sis berjaya menjadi orang pertama yang beratur. My sis berjaya booked untuk dia corner lot & untuk aku sebelah corner lot tu. Kawasan rumah memang strategik. Lot rumah sangat best sebab depan tu view je. Tak menghadap rumah sesiapa. Aku bukan berjiran dengan my sis pun. Dia dah ada rumah, just beli untuk business. Bila dah book lot mana yang berkenan, kena la bayar deposit. Berapa minimum deposit aku tak pasti. But my sis dah bayarkan deposit on my behalf sebanyak RM 10K. Aku dan laki telan pasir LAGI. How can we pay back the deposit to my sis. But my sis cakap tak apa sebab kami akan buat full government loan. So nanti dapat refund deposit tu. Lega!

Bila dah berjaya booked, maka nama kami akan terus glamour di setiap bank-bank di seluruh Malaysia. Automatic almost setiap hari bank akan call tanya nak buat housing loan ke tak dengan dorang. Mana dorang bank ni dapat no kita? Well................standard orang business. Tapi kami laki bini sombong. Haha. Kami buat housing government loan sebab dapat buat 100% loan. Kalau loan bank, hanya 90% sahaja yang diberikan. So another 10% tu kena bayar duit sendiri. Korang imagine la, kalau rumah tu harga RM 100K, maka balance RM 10K kena bayar sendiri. Kalau simpan setiap bulan, dapat la kot bayar RM10K. Tapi, kalau harga rumah RM 500K, mana nak cekau cash RM 50K? Nak menyimpan berapa lama?

So aku pun sedar diri. Rupa-rupanya ramai orang kaya kat Malaysia ni. Aku sedar bahawa nak beli rumah memang kena banyak duit. Ingat, deposit booking rumah & 10% cash dari harga rumah adalah duit yang perlu kita ada kalau nak beli rumah. Till next episod aku cerita loan pula.

1 comment: