Memang tak rugi kami makan ayam pedas + tempe + keropok kat Wong Jowo ni. Sedap bangat. Kalau ayam kampung mahal sikit berbanding ayam bandar. Aku order air guava blended kononnya tapi tak habis. Hihi. Pekat sangat. Air kosong juga menjadi pilihan hati. Harga lunch kami IDR 61, 600.
Malioboro Mall, Jogjakarta.
Dah kenyang, misi menukar duit lagi. Kat airport tu kami hanya tukar RM 500. So, aku expect sure ada money changer kat area mall tu. Maka, kami pun terjah masuk mall. Mall ni boleh tahan besar. Ada macam-macam kedai tapi money changer tak ada. Aku pun pergi tanya kat information kaunter, luckily ada money changer nearby tapi bukan dalam mall. Katanya kena jalan lagi, berdekatan dengan hotel. Aku tak ingat nama hotel tu.
Mulia Money Changer di Jalan Milioboro
Mulia Money Changer ni boleh korang refer map aku dah bagi. Kami menapak dari mall untuk cari money changer sambil jalan-jalan dulu sekitar Jalan Malioboro. Memang sangat berbaloi-baloi aku cakap tukar duit kat sini. Jauh lebih untung. Katanya duit Indonesia waktu itu tengah jatuh juga. Dah la tak ramai orang, servis pun bagus.
Bila dah tukar semua duit, baru rasa syiokkk nak berjalan-jalan. At first my hubby cakap jalan-jalan je sekitar Jalan Malioboro tapi macam tak ada mood lagi nak shopping kat area situ. So, aku decided nak pergi masuk Sultan Palace walaupun ada cakap kat Sultan Palace tu tak ada apa. Nak pergi ke situ kena naik beca. Kalau jalan kaki tu boleh je sampai tapi berpeluh ketiak dulu kot. Nak choose beca tak susah sebab kawasan situ memang beca heaven. Sume tempat pun ada beca tapi kena pandai nego.
Kami pula boleh pula TERnego dengan pak cik tua ni. Mula la rasa bersalah naik beca dengan pak cik tua. Pak cik tu senyum je masa kami dok berselfie. Our first destination was Sultan Palace tapi dah tutup.
Sultan Palace dari depan.
Kami selfie kat depan gate je
Dah puas bergambar depan Sultan Palace, pak cik beca tu bawa kami pergi ke tempat paintings. Kawasan tu berdekatan dengan Taman Sari tapi business paintings dari rumah. Paintings kat situ cantik-cantik tapi harga pun cantik juga. Kami tak dibenarkan ambil gambar. Dah la tak membeli, nak ambil gambar pula.
Dari paintings, kami di bawa ke tempat batik. Kata pak cik beca, batik-batik yang dijual di sepanjang Jalan Malioboro tu tak asli. Jadi, dia bawakan kami ke tempat original batik. Nama tempat tu Batik Rumah. Bukan aku salah eja tau. Agaknya nama kedai Rumah Batik dah ada orang lain guna, so dia terbalikkan perkataan jadi Batik Rumah.
Dalam kedai batik rumah. Paling tak menahan, ukiran kayu-kayu jati tu.
Design batik-batik kat sini memang cantik, secantik kedainya. Kalau nak beli untuk someone special boleh beli kat sini. Macam-macam jenis fesyen ada, dari kids sampai orang tua. Aku belikan untuk family-family & of course untuk diri sendiri. Total shopping kat Batik Rumah ni IDR 556,000.
Keluar dari Batik Rumah, kami terus pulang ke hotel sebab dah nak malam. Malam pun awal walaupun jamnya belum lewat. Jalan kat sekitar Jogja ni berbukit. Tak bukit banyak pun, bukit sikit. So, on the way balik tu, ada lalu jalan naik bukit. Pak cik beca tu terpaksa turun dan tolak beca sebab dia tak larat nak kayuh. Ha...my hubby ni jenis cepat kesian. Tak macam bini dia keras hati. Dia dok cakap serba salah, salah nego beca la, bla bla bla. Aku cakap turun la tolak sama pak cik tapi dia tak nak. Dia tak nak pandang pun pak cik tu.
Sekitar Jogja waktu senja. Dari atas beca. *camera handphone je*
Balik hotel, ingatkan nak tidur sekejap. Malam nak keluar makan tapi rupa-rupanya aku tertidur sampai pagi besok. My hubby ada kejutkan tapi punya aku letih, sampai tak dapat bangun. Kesian dia tidur kelaparan. Ok, nanti sambung day 2 di Jogjakarta.
No comments:
Post a Comment