Friday 19 February 2016

Macam mana nak beli aircond rumah?

Aku baru lepas beli 2 unit aircond untuk rumah. Sebab tu tetiba rasa nak buat post pasal beli aircond. Rumah dah lama duduk tapi aircond belum beli sebab macam tak desperate tapi disebabkan cuaca sekarang yang amaaaaaaaaaaaatttt panas sampai tak boleh tahan, nak tak nak kena lah beli juga. Especially tingkat atas rumah sebab lantai dia laminate floor. Lantai kayu. Panas beb bila siang, sebab macam lantai tu absorb haba. Sampai ke malam terasa bahang. Lepas tu bila malam kami kena bukak tingkap bagi angin masuk, buang bahang sekali. Tapi bila nak tidur, kena tutup tingkap. Lepas tu rasa berkuap, rasa bahang, uishhh, memang tak tahan. Nak tak nak, kena install aircond juga.

So, macam mana pula nak beli aircond ni? Bila baca kat forum, google ke, ramai juga tertanya-tanya kan, nak pakai aircond apa? Tapi tak ada spesifik jawapan. Betullah tu. Soalan tu macam kita tanya, kereta apa nak beli eh? Kereta apa yang best? Memang tak ada jawapan sebab benda ni untuk kita sendiri guna. Tapi, ada beberapa perkara perlu kita tahu sebelum kita beli aircond.

Beberapa perkara perlu anda tahu sebelum membeli aircond:
1. Aircond untuk industri atau untuk kediaman? So, untuk aku ialah rumah. Jadi pakai wall mounted je lah, xkan ceiling aircond pulak.

2. Ukur keluasan ruang untuk kegunaan aircond. Macam aku, nak beli untuk Master bedroom and Family area. So, kita kena ukur panjang x lebar ruang tersebut. Sebab nak tahu kapasiti aircond kita perlu beli sama 1HP, 1.5HP, 2HP atau 2.5HP.


Bagi Master Bedroom & Family Area ni, kami perlukan aircond kapasiti 1.5HP kerana keluasannya melebihi 17 meter persegi. Kalau 1HP, maksimum area boleh cover hanyalah 17m². Selebihnya, korang beli cari sendiri kat website yang jual aircond. Ada spesifikasi dorang bagi.

3. Ionizer - macam air purifying. Bagi untuk orang allergic habuk, bulu-bulu kucing, arnab, bagi orang-orang batuk, bagus untuk ambil aircond ada function ni.

4. Inverter - inverter adalah aircond yang boleh bagi jimat bil elektrik korang. Dia automatik cool down bila dah sejuk, tapi kata tokei kedai tempat aku survey tu, kalau setakat guna less than 8 hours, tak ada effect sangat & yang ini bagus untuk 2HP and above. Aircond yang ada Inverter memang sedikit mahal compare dengan basic atau ion.

5. Gas - nak aircond kena tahu gas. Ada gas R22, R32, R410 and so on. Gas yang digunakan sejak dahulu kala sehingga kini ialah gas R22. Gas yang mudah nak service tapi not good to our environment sebab gas ni menipiskan lapisan ozon.

6. Brand - yang ni susah nak explain. Macam aku cakap lah, kalau tanya brand ni, kita pun susah nak cakap sebab ada banyak brand Aircond kat dunia ni. Macam kereta juga, kalau tanya brand kereta apa yang bagus, kita pun tak tahu. Ada cakap BMW, ada cakap Mercedes, ada cakap Honda, ada cakap Toyota, ada cakap Volkswagen and so on. Tapi, yang glamour orang kedai sebut brand Daikin, Hitachi & Mitsubishi. York dah tak ada, kena beli dengan Daikin.



Antara brand aircond kami tengok di Jusco / Aeon

Kat mana nak beli aircond? Aku beli kat area rumah aku je, town Kajang. Ada 5 kedai juga kami pergi survey, dan lima-lima kedai bagi jawapan tak sama. Kedai memula cakap Daikin bagus, kedai second cakap Sharp bagus, kedai ketiga cakap Hitachi bagus, kedai Seng Heng cakap semua bagus. Haha, so kami pun pening. Nak compare pun tak dapat sebab tak sama brand. Lepas tu lagi susah bila kedai tu tak ada stok Hitachi, yang kedai kedua tak ada stok Mitsubishi.

Last-last kami tak beli hari first survey, balik rumah pening kepala. Hehe. Study ikut price, ikut budget, ikut keperluan, ikut brand and so on. Bila dah final tu, kami decide ambil aircond brand Daikin 1.5HP ionizer non-inverter. Sebiji RM1500 termasuk install & pipe 10 m length. More than that extra charge. Tunggu orang datang install je. Dapat tidur lena lah lepas ni, tapi nanti kita tengok bil elektrik macam mana pulak. (^____^)

Hopefully dapatlah share sedikit info buat sesiapa nak beli aircond. Selebihnya, tanya selera & tepuk poket sendiri.

31 comments:

  1. mau pasang ini pun dirumah tak bisa, karena listrik pasti padam hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bole call@wassup untuk install,repair & services aircond..

      petiais,mesinbasuh,wiring&plumbing

      hafiz:0182760216

      Delete
  2. Lps pakai daikin tu okey x elektrik.. Ingt nak amek daikin klu letrik x mahai sgt.. ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. naik jugak bil elektrik..rm150 juga sebulan depends pada consumption.

      Delete
    2. Sblm pakai aircond.. bil elektrik brp?

      Delete
  3. bunyi xbising ke daikin ni, sbb daikin ni opis2 je yg selalu pasang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bole call@wassup untuk install,repair & services aircond..

      petiais,mesinbasuh,wiring&plumbing

      hafiz:0182760216

      Delete
    2. Memang Daikin the best skrg ni (2019) sbb Daikin ambik alih York....xyah pening2 klu nak bli aircond..amik Daikin ja....aku baru tau..sayang btui sbb dh amik hitachi inverter..kerap gak problem hitachi..aduhhh

      Delete
  4. Poning kepala... hurmmm nak amik aircond tp jenama ape yg bagus erkk.. klau hitachi bagus x???

    ReplyDelete
  5. Iman nak cari jenama Air cond yang lebih berkenal dan ada fungsi jimat elektrik ada x apa2 nak recomenkan

    ReplyDelete
  6. York bukan skrg masih kekal ade ke?
    gas/refrigerant skrg ni dah tukar kpd R410A yg x nipiskan ozon
    tapi kalau x salah aku masih ade R22.

    ReplyDelete
  7. brands ni okey ke?

    ReplyDelete
  8. ada x list kedai yg Puan g tue?

    ReplyDelete
  9. Mitsubishi Have Industries 2hp Non Inverter Terbaik utk ruang tamu, x bunyi slow, electric jimat 10 bintang aku bg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk ruang tamu kan. Takdelah bising yang menganggu kan?

      Delete
  10. Salam saya menjual ac 2nd area kl dan selangor .1hp ke 3hp pm saya 0176561375.kedai kepong.ada penghantaran semua negeri

    ReplyDelete
  11. Memula sya pasang Panasonic..dpt bertahan setahun lebih je..comp rosak..payah nak claim..bagaim.bil api cecah 300 gak...siang mlm ON...kalau anak ada umah...tghari je ON..skrg pakai Daikin Inverter 1.5hp...kira baloi gak...wwalaupun mahal.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih tuk infonya😊

    ReplyDelete
  13. bg saya sharp terbaik cepat sejuk dan smooth x bising mcm daikin setiap kali compressor berpusing dan berhenti, blower pn smooth je

    ReplyDelete
    Replies
    1. selama pengalaman aku pakai aircond di rumah sebanyak 3 biji sejak tahun 2012, klu jenis inverter-bunyi kipas aircond konpom senyap...yg bunyi bising tu klu non-inverter...klu non-inverter pakai la brand bagus manapun, tetap bunyi bising..kadang2 mcm nak luruh compressor dia(jiran aku pakai non-inverter, berbunyi btui...aku punya inverter,smooth/senyap jerr...kikikikiki...sib baik bli inverter..untung gak boleh on 7.30mlm sampai 7.00pg esoknya..jimat)
      Penah sekali aku on 8.00mlm, esoknya lupa off, balik keja pukui 6.00ptg baru perasan and off, ok jer..bil pun takla melambu8ng sgt..condition still ok
      Aku pakai hitachi 1.0hp(bilik kecil), 2.0hp(master bedroom) n york lama non-inverter 1.0hp(bilik kecil/stor)...hasil kajian aku, aku prefer/rekomen u olls bli brand Daikin ler lg ok n puas hati..banyak masjid/surau guna Daikin n aku tgk/tanya ajk masjid/surau, jimat bil letrik depa kata, kurang problem..dia punya sejuk-terbaikkk sbb solat jumaat sojukkkk u olls....

      Delete
    2. Minta maaf bgtau...saya pakai sharp mmg x puas hati...sebab lambat sejuk...daikin lg puas hati

      Delete
    3. Terima kasih, sharing info, Sangat lah membantu, Info yang diberi, sbb cuma orang yg pernah ada pengalaman pakai aircond aje yg tahu.
      Moga dpt pahala juga, sbb kalau dah terbeli brand yg memang sah sah byk masalah, mana lah nak mencari duit lagi beli yg baru kan.Love you all semua yg rajin share maklumat pasal aircond.

      Delete
  14. t.kasih info sbb tgh pening,nk cari aircond...

    ReplyDelete
  15. saya di alam 2020, google cari pengalaman blogger guna aircond. tak sangka sis bg info yg saya saya nak. hope teruskan menulis! sgt berguna.

    ReplyDelete
  16. Terima kasih atas perkongsian. Dah 2 hari 1 malam buat research ni. Macam nak pilih Mitsubishi 2hp non inverter untuk ruang tamu bentuk L. Bil yang sekarang pun dah rm100 lebih ke 200 😄😕

    ReplyDelete