Tuesday 19 December 2017

Berjalan Melihat Alam di Surabaya 4 Hari 3 Malam - Hari Ketiga

 Air Terjun Tumpak Sewu, Sidomulyo, Pronojiwo, Lumajang, Jawa Timur, Indonesia

Hari Ketiga kami di Jawa Timur ni, hujan turun dengan lebat jugak pagi tu. Aku pun tak tahu dah aku kat negeri/daerah/jajahan Surabaya ke tak. Yang aku tahu, aku dah kat kawasan Air Terjun Tumpak Sewu ni. Air terjun ni di daerah Lumajang. Yang nak tahu perjalanan aku dari hari kedua untuk sampai ke sini, boleh klik Hari Kedua di Surabaya.

Pada paginya, awal pagi kami dah bersiap. Breakfast disediakan oleh tour guide kami di rumah beliau sendiri. Aku tak ambil gambar pula tapi ini kawasan kampung nak bagitahu korang. Memang tak ada hostel or hotel. Tempat ni juga tak boleh di explore sendiri-sendiri. 

Ada 2 group untuk kami. 1 group kami (aku dan hubby), dan 1 group Malaysian from Melaka. Dorang berempat, kami berdua. So, total berenam sahaja. Kami berkenalan masa breakfast sahaja. Dorang memang friendly, jadi senang nak get along. Lepas breakfast, kami dah ready nak ke air terjun. 

Aku just pakai sluar track, tshirt dan sandal. My hubby pun sama. Kami tanya guide, ok ke pakai camtu. Dorang cakap ok je. Hubby sangsi. Tau sangsi? Tak confident dengan cakap guide. Sebab dia orang local. Then driver kami cakap, better pakai kasut. Dah satu hal nak pakai kasut apa sebab kasut kami bawa kasut yang tak leh basah air. Bukan kasut hiking. So, driver bawa kami ke satu kedai runcit. Dalam hati aku, kedai runcit ada jual kasut hiking ke?

Dan sememangnya kedai runcit tu jual macam-macam. Kalah Aeon or Sogo. Hahaha. Dia ada jual kasut macam penoreh tu. Kasut getah tapi tapak macam kasut bola. Aku dengan hubby excited la nak beli, tapi malangnya size aku tak ada. Maka aku kena pakai sandal sahajalah. Dah la murah kasut dorang jual. Aroung RM10 je kot sepasang.

Ok dah setel, maka readylah kami nak mula tengok air terjun.

Gambar dulu kat tempat baru yang diterokai sebagai tempat pelancongan. Sebab hujan so kena pakai rain coat juga. Tengok kaki my hubby, tu lah kasut yang baru dibeli. Very comfortable katanya.

Selepas berjalan turun bukit curam tapi jalan tar, kami pun sampai kat view point of this waterfall.

Haha. Begitulah nasib kami. Kalau tak hujan, boleh nampak rainbw sebab hasil dari air terjun tu

Lepas tunggu kabus berlalu pergi. Baru nampak air terjun yang banyak ni. Tumpak Sewu tu maksudnya Thousand Waterfall

Masa takat viewpoint waterfall ni, dua-dua supir (supir kami dan supir group satu lagi) follow sama. Tapi selepas tengok view, kami akan mula hiking. Supir dah tak follow, dorang just tunggu kat kereta.
Aku pun ok lah. Bye-bye supir tapi sekali, the adventures begin. Eh actually aku pun tak expect nak hiking, ingatkan takat tengok air terjun dari viewpoint je. Rupa-rupanya kena hiking tapi dalam hati seronok juga. Kami rupanya nak ke kaki air terjun tu.

Perjalanan bermula. Turun gaung dengan jambatan buluh buatan sendiri.

Tapi perjalanan makin mencabar. Turun degan tali atas air terjun ni. Perghhh



Kena lintas sungai dengan jambatan ni tak pe lagi, pastu kena lintas sungai beramai-ramai. Buat tembok sebab nanti kena hanyut. Memang agak membahayakan.

Akhirnya kami sampai kat kaki air terjun tumpak sewu



Guide kami rajin ambil gambar kami. Ikut suka lah nak buat gaya macam mana pun. Dia setia melayan dan tunggu kami semua.

Dah settle semua, sama-sama bergerak ke next destination. Mandi air terjun. Air terjun tumpak sewu tak leh mandi sebab air deras gila, kot-kot tahan kepala bawah air tu, boleh pecah kepala. Kan dah jadi kes maut pulak. Kita gi mandi kat air terjun kecik sahaja. Boleh dikatakan kawasan ni mewah dengan air terjun.

Best mandi kat sini

Air terjun ni pun deras juga. Kena tahan badan dan kepala. Kalau tak boleh dibawa arus.

Pastu boleh mandi kat kolam biru ni. Nampak tak air tu biru kat kawasan tu.


Kat sini memang agak lama kami spend masa. Kami dah la tak bawa extra food, agak lapar juga tapi tahan je lah. Mandi sepuas-puasnya. Guide dengan baik hati menunggu tanpa banyak komplen. Cuma aku dah lama-lama bosan juga kan. Group satu lagi tu, perghhhh, aku rasa kalau camera dia boleh bercakap, confirm dah cakap dah dah la ambil gambar. Memang non stop bergambar. Ada ribu-ribu. Siap ada beberapa tour group lain, yang lambat datang dari kami pun dah blah dulu. Aku dah macam annoyed juga waktu ni. Sebab ada sorang laki dalam group dorang pun dok cakap, dorang ni kalau tak panggil memang tak naik.

Bila semua dah kumpul, kami gerak untuk balik. Ok, lepas dari ni, memang kena banyak mendaki. Naik gunung, bukit, batu, etc. Jadinya, memang agak mencabar dan perlukan tenaga. Dorang dah start slow. Dalam hati aku, tadi mandi tak hingat dunia.

On the way balik, akan lalu satu lagi spot, tengok gua. Tapi kena hiking juga.

Semua dah tak larat, tak ada energy nak follow. Actually aku larat tapi hubby tak bagi sebab curam gila. Memang tak ada safety langsung. Macam nak tempah maut pun ada. Tapi ada sorang girl dari group satu tu nak pergi jenguk. So, guide bawa dia sorang. Kami semua just tunggu kat 1 spot sahaja.

Tempat kami kena tunggu sementara guide bawa sorang ahli kami gi tengok gua. Tunggu atas air terjun ok.

Curam weh. Kena turun bawah tu.
Ok selepas turun bahagian last air terjun.

Lepas last bahagian air terjun ni, maka kena naik berjutaaaaaaaaaaaa anak tangga non stop. Group dorang ada yang cramp kaki. Memang macam surrender pun ye jugak. Entahlah. Susah nak cakap juga.

Aku dengan hubby slow-slow naik tangga. Dalam banyak-banyak track kami lalu, track last sekali ni je paling selamat sebab tangga batu yang dah dibuat oleh kerajaan dorang. Cuma korang imagine la tangga dari bawah gunung sampai ke puncak gunung. Sebab dorang banyak kali stop, so aku dengan hubby bagitahu dorang yang kami jalan dulu.

Last view

Sampai je kat atas, kami berjalan sendiri ke tempat supir tunggu. Menyesat juga cari jalan dalam kampung ni. Tapi redah je. Call supir tak berjaya sebab tak ada coverage. Lastly sampai akhirnya. Supir pun terkejut kami sampai berdua je. Dia tanya mana yang lain. Aku cakap dorang kat belakang sebab dorang cramp kaki.

Kami terus bilas-bilas badan kat toilet yang disediakan. Mandi semua lah. Lepas mandi, makan tengah hari dah disediakan oleh guide kami kat rumah dorang. Makan tengah hari yang disediakan sedap amat. Sesuai sangat dengan perut berkeroncong.

Lepas makan, kami semua say good bye to good service kat Tumpak Sewu Waterfall ni. Orang-orang kat sini baik-baik sangat. Sepatutnya pakej aku termasuk satu lagi. Air Terjun Kapas Biru. Tapi, nak tengok pun kena hiking sama dengan Tumpak Sewu Waterfall. Maka, kami skip sahaja sebab dah tak larat. Haha

So, kami terus menuju ke Bandar Surabaya. Tapi melalui satu daerah lain, iaitu Turen, Malang. Kat sini ada satu spot bagi local tourist.

Masjid Tiban, Turen, Malang

Masjid ajaib or masjid bunian katanya. Sebab masjid ni terlalu besar. Memang besar sangat dan design dia menarik sebab penuh dengan ukiran. Aku dah inform supir untuk stop sekejap kat masjid ni sebab nak tengok how big the mosque is.

Dah masuk kena daftar dulu. Kaunter daftar pun besar sangat. wajib daftar sebab bila nak keluar kena bagi balik tiket daftar tu. Kalau tak, tak boleh keluar.

Layan gambar je lah. Ada banyak tingkat masjid ni, dan masjid ni masih dalam pembinaan. Tak tahu sebesar mana nak buat.







Punyalah besar. Siap ada akuarium bagai dalam masjid ni. Baguslah jadikan masjid sebagai tempat pelbagai guna. Bukan sekadar solat semata-mata.

Walaupun kami belum solat zuhur dengan asar, kami tak solat pun kat masjid besar ni. Hihi. Sebab supir cakap nanti solat kat masjid lain. Nak risau apa, setiap 200 meter, sentiasa ada masjid.

Kami berhenti solat kat sini. Tak tahu kawasan apa tapi masih Daerah Malang.

Selepas solat, macam lapar lagi kan. Haha. Kekdahnya lapar sentiasa. Lagipun dah malam waktu ni. Kiranya makan malam terus. So, this time supir suggest makan Bakso kat Malang. Bakso famous katanya. Jom try.

Bakso President, Malang

Ok, bakso ni terletak betul-betul kat tepi railway. Kedainya panjang tapi full house juga. Macam sedap ni


Nak order kena beratur. Sampai kat depan, bagitahu nak makan apa. Aku memula tak tahu juga sebab first time. Tapi kita tengok orang makan apa, kita order lebih kurang je lah.

Aku order bakso biasa, hubby order bakso extra apa entah. Siap ada sate lagi.


Overall memang sedap cuma ada sate apa ntah, macam masin sikit tapi kami habiskan je semua bakso tu. Highly recommended untuk try bakso kat sini.

Dah habis makan, kami meneruskan perjalanan ke hotel Surabaya. Asalnya Pranoto Didik, orang yang awal kami deal tu, dia dah arrange tempat tidur sekali untuk 4 hari 3 malam kami kat Surabaya. Tapi, last minute we decided nak stay hotel sendiri. Last minute booking, mujur banyak hotel kat Surabaya so tak ada masalah. Sebab kami nak dok hotel, nak tidur katil empuk. Haha.

So, supir pun ok je. Just kami tanya kalau malam last tu boleh dapat refund ke homestay yang kami tak duduk tu. Supir cakap dia try tanya tapi tak sure dapat ke tak. Kami redha je. Kalau tak dapat, tak apalah. Kalau dapat refund, Alhamdulillah sebab bukan salah mereka pun.

Malam juga baru kami sampai town Surabaya. terus check in, dan tidur. Penat sungguh seharian termasuk hiking, mandi air terjun bagai. Kaki pun dah lenguh. To be continued on Hari Keempat. Stay tunes semua.

No comments:

Post a Comment