Thursday 28 June 2018

Tiket murah ke Tawau dan Info Mengenai Tawau dan Semporna

Alhamdulillah saya dengan selamatnya telah dipanjangkan umur oleh Allah swt untuk menyambut ulang tahun kelahiran sekali lagi pada tahun ini. Semoga semakin bertambahnya umur, semakin bertambah juga amal ibadat dan pahala. Bukan semakin bertambah dosa ye. Nauzubillah.

Untuk sambutan hari jadi kali ini, saya dan hubby telah ke Semporna, dan Pulau Mabul di Sabah, negeri di bawah bayu. Oooo angin bayu membawa diriku, sepintas lalu ku terkenangkan mu. Eceeewa. Jom kita teruskan perjalanan kita ni.

Tiket

Ok, masa aku tengah plan our next holiday, of course kena tentukan destination dahulu. Dalam negara ke luar negara ke, cuti banyak ke, cuti sikit ke, tiket murah ke, tiket mahal ke, bajet cun ke, bajet tak cun ke. Semua lah kan.

Ditakdirkan rezeki Allah nak bagi, tengok email, points Enrich Miles Malaysia Airlines banyak nak expire. Tak boleh jadi kan. Kena redeem ni. Cuba la nak redeem points, sekali tekan destination KUL-TWU (Tawau) akhirnya dapat!


Tiket murah Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Tawau

Kalau korang tengok kat picture atas ni, harga tiket promo ye, seorang ke Tawau mencecah RM177 sehala. Tapi bila aku redeem miles aku, aku just perlu bayar RM22.28 sahaja for one way. Dah beli sehala, terus kena cepat-cepat beli untuk return flight pula. Redeem miles jumlah yang sama dan jumlah perlu bayar pun sama.

Jadi, total seorang tiket pergi balik RM45 sahaja. Murah gila beb. AirAsia tak dapat buat macam ni. So, dah settle tiket aku, cepat-cepat aku uruskan tiket hubby. Cuma tiket return hubby jadi mahal sikit sebab promo redeem miles dah habis. Tak pelah, yang dapat RM45 seorang pun syukur sangat dah.

Terima kasih Malaysia Airlines sebab bagi tiket murah as a birthday present. (anggaplah macam tu).

Tawau-Semporna dan Pulau-pulau sekitarnya

Sekarang aku cuba bagi info sedikit mengenai Tawau. Sebenarnya ini kali kedua aku sampai ke Tawau. First time sampai dulu waktu ada kursus kat sini. Tawau ni sebuah bandar tak besar tak juga kecil. Cuma nak bagi mudah faham bagi sesiapa yang belum pernah sampai, aku andaikan Tawau seperti Kota Bharu. Cuma Kota Bharu much bigger.

Dari Tawau atau Airport Tawau, kena naik chartered Van atau bas atau taxi untuk ke Semporna. Semporna adalah pekan kecil yang lain. Sebagai mudah juga, Besut di Terengganu, Lumut di Perak adalah seperti Semporna di Sabah. Besut, Semporna, atau Lumut adalah perbandingan yang sama.

Then ada pulau-pulau yang boleh sampai dari jeti Semporna seperti Pulau Mabul, Sipadan, Pulau Gaya, Mantabuan dan sebagainya. Perbandingannya, jeti Besut untuk pergi ke Pulau Perhentian, jeti Lumut untuk pergi ke Pulau Pangkor, jeti Kuala Perlis untuk pergi ke Pulau Langkawi.

Pulau-pulau yang terdapat di Semporna, Sabah

Penginapan

Biasanya untuk ke pulau-pulau di Semporna, memang kena tinggal di Semporna ataupun tinggal di Pulau-pulau tu sendiri. Tak semua pulau mempunyai tempat penginapan. Kalau korang tengok picture atas tu, boleh tengok banyakkkk pulau ada kat sana tapi yang famous untuk orang pergi melancong dan stay mestilah Mabul dan Kapalai. 

Di Mabul, terdapat banyakkkkk pilihan resort untuk tinggal dan bermalam. Dari mewah sehinggalah ke resort mampu tinggal. Bukan mampu milik ok. Pilih sahaja mengikut bajet masing-masing. Antara resort mewah di sana ialah Sipadan Mabul Resort, Mabul Water Bungalow Resort, Sipadan Water Village Resort.

Sipadan Mabul Resort
Mabul Water Bunglow Resort

Sipadan Water Village

Borneo Divers Mabul Resort

Jangan salah faham pula, nama resort memang hampir sama tapi berbeza-beza dan nama Sipadan tu sebenarnya nama resort sahaja tapi terletak di Pulau Mabul. Kena make sure resort mana sebenarnya yang korang nak duduk.

Di Pulau Kapalai, hanya ada satu resort mewah sahaja iaitu Sipadan-Kapalai Resort.

Sipadan-Kapalai Resort. Source: google

Sipadan-Kapalai Resort. Orang luar boleh datang Pulau Kapalai untuk snorkeling kat area tu sahaja.

Pulau Sipadan pula tiada resort kecuali untuk dive beserta bayaran permit. Permit pula terhad sahaja berapa puluh orang sehari yang boleh melawat. Selebihnya hanya askar yang boleh tidur di pulau Sipadan.

Pakej untuk tidur dipulau semestinya sedikit mahal berbanding di Semporna. Tapi, jangan risau. lawatan untuk ke pulau-pulau ini semua boleh buat day trip sahaja dan korang boleh sahaja tinggal atau tidur di Semporna.

Selebihnya untuk perjalanan aku di sini, aku sambung pada entry berikutnya. Ada apa-apa soalan, boleh bertanya pada ruangan komen.

No comments:

Post a Comment