Thursday 9 February 2012

Cameron High - Day 1

Cuti lima hari di semenanjung memang bermakna sangat
walaupun pendek tapi masih sempat aku pergi bercuti dengan family aku
tu pun secara tak sengaja

aku called akak aku bagitau yang aku nak pergi rumah dia
nak jumpa anak-anak buah jugak
sekali dia cakap nak pergi bercuti ke Cameron High
Aku pun apa lagik, mula la nak menumpang skalik
terus akak aku called hotel, tambah bilik
nasib available lagi

Pagi Ahad tu, kami gerak dari KL kol 930 pagi
berhenti breakfast kat R&R Sungai Buloh
around 10am sambung gerak ke Cam High
kami naik via Simpang Pulai sebab jalan besar sikit & tak pening-pening


 at highway

 at Simpang Pulai junction


 me & kakak

kat sini kami stop buang air + betulkan urat badan
and suhu kat sini pun dah dingin-dingin dah
tapi yang pressure sangat bila jalan jammed tahap tak leh cite

Start dari Kampung Raja sampai la ke hotel kami kat Tanah Rata tu
dalam 4 jam
Dari Kampung Raja ke Tanah Rata tu, 20km je kot
Kami kat Kampung Raja tu around kol 1pm, then sampai hotel 4pm
memang tak leh blah la
sebab on the way tu kan banyak kedai-kedai souvenir, strawberry farm la
so banyak keta parking tepi-tepi jalan je
menjadi punca kesesakan trafik Cam High yang 1 lane je tu

 jalan jem teruk..jalan kaki lagi laju..harap naik bukit je..kalau x, jalan je la

Kami check in Casa dela Rosa Hotel at 4pm
Dah cek in tu, rehat-rehat badan dulu, tidur, mandi & sembahyang.
Kol 630 pm kami keluar balik.
aku macam pelik plak bila kuar 630 tu, cerah lagi kat luar.
terbiasa kat Kuching 630pm dah gelap. Heehee

 in front of the hotel

Hotel ni in between Tanah Rata dengan Brinchang
Kami keluar nak ke Tanah Rata, terus nampak kedai makan steamboat.
Kitaorang terus stop kereta

depan kedai steamboat. sangat best. highly recommended

Masa kami masuk kedai ni, nampak meja semua fully reserved
tapi nasib pelayan dia bukakan satu meja untuk kami
Harga stemboat RM 23/pax excluding minuman ok

 air mestilah fresh strawberry. rugi la kan xmakan strawberry sampai muntah. memang best

 Sup, tomyam, pencicah memang best. Sume best.

Lama jugak kami makan kat sini, dekat 2 jam gitu.
Masa kami nak balik, makin ramai orang datang. Aku tengok, sampai sanggup tunggu table kosong.
Kami memang untung sebab datang awal.
Dah kenyang, kami jalan-jalan ke town Tanah Rata. Jalan pun dah smooth.

Sekali kami nampak kedai-kedai souvenir berderet kat town tu, terus kami stop.
Hubby berlagak cakap tak sejuk. Masa ni kol 8pm dah. Sekali, keluar je kereta, memang menggigil.

 Depan kedai strawberry. Anak buah aku suka la merah-merah pink ni.

Kedai aku shopping tudung

Aku plak bole shopping tudung 4 helai kat kedai ni.
Punya tak sempat nak shopping kat KL. Ok la. 
Shawl RM10 sehelai. Harga standard. 
Dah puas jalan-jalan kat town Tanah Rata, kami pergi plak ke Pasar Malam Brinchang.
Pasar Malam Brinchang ni bukak pada hari Ahad.
So memang rezeki kitaorang tapi dah nak sampai tu, memang jammed
Dengan parking tak de, orang rmai, kereta parking bersepah
Nasib kami nampak parking berbayar di belakang pasar malam tu.
Terus masuk tapi kena redah pasar tu sikit. Parking RM 3 per entry.
Murah la kan dari dok serabut parking tepi-tepi jalan tu.
Aku pun tak faham kenapa orang tak nak parking kat situ

Kat pasar malam ni, semua barang-barang Cameron ada kat sini
murah-murah plak tu
Aku beli fridge magnet, honey, dried strawberry
Hubby lak beli sweater. Kesian tak tahan sejuk.
Aku tengok, orang Cameron pun pkai sweater siap stoking lagi.
Suhu 18 degree kalau tak salah aku.
Akak aku & anak-anak dia beli macam-macam la. Tak yah cite.
Yang wajib, beli & makan terus strawberry celup coklat
makan sampai puas hati, sampai muak.

jagung madu

sweater cumel Hubby

Kami balik ke Hotel jam 11pm. Memang puas hati.
Masuk hotel pun sejuk lagi w/o aircond.
Aku tidur dengan 3 helai cardigan + stoking comel baru beli dari pasar malam tu.
Nyenyak sampai subuh.

2 comments:

  1. bestnya naam mu g cameron.. aku mmg teringin sgt nak g tapi kena tgk masa sesuai.. kalo public holiday mcm mls nak g sebab tau doh jem.. x sanggup.. hehehehe...

    ReplyDelete
  2. btol..ak mmg stress g time jammed ni
    lgpun g cameron xyah tnggu cuti lama2
    sila2

    ReplyDelete