Thursday 23 February 2012

Memang Tak Sama

Cerita 1
Lepas sahaja graduation pada umur 25 thn, si A mendapat kerja dalam tempoh yang singkat di tempat tinggal sendiri.
tak perlu menganggur lama-lama.
dalam sedang bekerja, si A berkenalan dengan boyfriendnya.
Selepas 2 tahun bercinta, si A melangsungkan perkahwinannya.
Perbelanjaan perkahwinan di tanggung oleh pihak keluarganya.
Kemudian si A dan suami tinggal di rumah keluarganya. Tidak perlu mencari rumah sewa.
tak perlu memikirkan kelengkapan rumah.Tidak perlu membayar sewa rumah.
tempat kerja si A, si husband dekat dengan rumah yang dorang tinggal.
Kemudian si A mengandung, dan melahirkan anak.
Anak si A kemudian di jaga, di asuh oleh ibu si A sendiri.
Di rumah pun si A tidak perlu masak. Hanya makan yang di masak oleh ibunya atau pembantu rumahnya sahaja.
Si A hanya perlu pergi kerja, balik kerja.
Dapat gaji, beli kelengkapan anak-anaknya sahaja.

Cerita 2
Lepas sahaja graduation pada umur 25 thn, si B bersusah payah mencari kerja.
Sudahla menganggur dalam tempoh yang lama, beratus-ratus memohon kerja dari pelbagai sumber tapi masih belum dapat.
Bila si B mendapat kerja, tempat kerjanya pula bermasalah. Dilanda bankrup.
Si B kena memohon kerja lain lagi. Kemudian mendapat kerja di tempat yang jauh dari tempat tinggal.
Si B kena merantau. Kena mencari rumah sewa. Kena hidup berdikari. Semua masalah kena difikir sendiri.
Kemudian si B bercinta. Cintanya pula di landa masalah. Sekejap on sekejap off.
Akhirnya cinta putus di tengah jalan. Si B kemudian hidup sendiri tak ada boyfriend.
Selepas 3 tahun baru bercinta balik dengan kawan lama masa sekolah menengahnya.
Kemudian si B berkahwin dengan duit yang dikumpulnya setiap bulan.
Si B kena berpindah mengikut suaminya yang bekerja jauh di negara orang.
Si B dan suami kena mencari rumah sewa, kelengkapan rumah, pengangkutan dan sebagainya.
Masalah komunikasi, masalah budaya. Tiada saudara mara. Hanya mereka berdua yang mereka kenali.
Si B tiada pekerjaan. Hanya suaminya sahaja.
Si B kena mencari pekerjaan lain.
Kemudian si B mengandung dan melahirkan anak.
Si B kena menghantar anaknya ke nursery. Si B kena menyiapkan segala kelengkapan anaknya sebelum di hantar ke nursery.
Kemudian ke tempat kerja, dan balik dari kerja, mengambil anaknya di nursery.
Di rumah, si B harus masak untuk keluarganya.
Jika mahu pulang ke kampung,si B dan suaminya perlu memikirkan perbelanjaan tiket pulang dan belanja di kampung.
Gaji si B dan suaminya untuk rumah sewa, kelengkapan rumah, kelengkapan anak, tiket, etc.

Persoalan
Jika si A lebih berusia dari Si B, bolehkah si A mengatakan yang dia 'lebih makan garam' dari si B?
Adakah pengalaman hidup si A mencabar seperti si B?
Garam apakah yang dimakan oleh si A?

Si A memang tak sama dari si B.
Sama-sama kita renungkan dan selamat beramal.

p/s: Cerita 1 & 2 adalah benar benar belaka dan hampir sama melalui pemerhatian penulis.

4 comments:

  1. klu ikut omo mybe kot..dia dulu klua tgk dunia..haha..life si B lbih awesome kot..si A mcm sng sgt je hidup dia..;p

    ReplyDelete
  2. betol! benci sangat kalau org persoalkan umur sebagai tahap kematangan seseorg!

    ReplyDelete
  3. tuh la ke..sabar2..mesti ad story behind ni..

    ReplyDelete
  4. mgkin si A mkn garam laot kot... terlebih masin...
    si B pula hanya mampu beli garam di kedai rncit yg kurang kemasinan nye....

    ReplyDelete