Thursday 28 March 2013

Persediaan sebelum Menunaikan Umrah

Pendaftaran umrah ni mudah je sebenarnya.

1. Cari agensi yang bersesuaian. Biasanya pakej umrah varies sebab jarak hotel, jenis penerbangan, waktu mengerjakan umrah, tempoh umrah, jenis umrah; samada terus ke Mekkah atau ke Madinah terlebih dahulu.
2. Buat injection. Pergi je klinik swasta, cakap nak buat injection mengerjakan umrah. Valid for 3 years. Harga berbeza mengikut klinik tapi aku dapat rege RM 85 instead of RM 90 sebab klinik tu klinik member mak aku. Hihi. My MIL pergi inject kena caj RM 120.
3. Ambil gambar pasport background putih. 4 keping.
4. Serah gambar, pasport & dokumen berkaitan kepada agensi.
5. Tunggu agensi proses & pergi kursus.
6. Mengerjakan umrah. Siap!

Mudah kan tapi persediaan sebelum mengerjakan umrah sangatlah penting. Kena banyak belajar supaya tak adalah jahil blur-blur bila sampai ke Tanah Suci tu nanti.

Tapi, persediaan aku sebelum menunaikan umrah memang sangat minima. Sepanjang bulan Februari, straight 2 minggu aku kerja non stop termasuk Sabtu Ahad. Memang cabaran sungguh. Dah la kursus umrah pun aku tak dapat pergi sebab buat kat Kelantan. Even seminggu nak pergi umrah pun aku masih cuak, berdebar sebab tak cukup ilmu. Sibuk dengan urusan duniawi je semua tuh.

Sebagai menggantikan kursus umrah aku yang tercicir, aku download video-video kursus umrah. Alhamdulillah ada beberapa video kursus umrah yang sangat membantu. Belajar melalui video ni bagus juga sebab ada explanation daripada membaca buku. So aku recommend 1st step nak belajar ilmu umrah ni, kena belajar secara audio dan visual dahulu.

Aku ada juga beli beberapa buah buku yang recommended by my friend. Salah satunya buku Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman.

Credit : Google

Aku beli melalui online sahaja. Dapat diskaun pulak tu. Penjual online ni ikhlas sungguh berbusiness. Siap pulangkan baki shipping cost.

Buku ni disertakan sekali dengan CD. Aku suggest better tengok dulu video dia. Memang terkesan di hati. Pastu baca la juga buku ni walaupun contentnya almost sama je dengan video tu.

Buku ni sangat laris dan beberapa kali cetakan dah. Bila tengok video pun rasa sedih sangat, tersentuh hati. Buku ni mengisahkan bagaimana penulisnya yang dulunya jahil dalam ilmu agama, ilmu Allah, kemudian mendapat hidayah Allah dan segala perjalanannya mengerjakan haji. Kita bila baca buku dan tengok video tu, boleh mengukur diri sendiri macam mana. Wajib beli ok!

Second book aku nak recommend buku Mekkah Sejarah dan Kelebihan dan Madinah Sejarah dan Kelebihan.

Credit : Google

Credit : Google

Buku-buku ni menarik, mudah difahami dan siap gambar lagi. Sangat membantu.

Then jangan lupa juga untuk beli & baca yang paling penting buku doa, buku solat-solat sunat & panduan ringkas umrah. Sesiapa yang rasa buku agensi bagi tu doanya panjang-panjang atau sukar disebut, boleh cuba buku yang lebih ringkas & mudah.

Sebenarnya kata ustaz, berdoalah apa sahaja ketika tawaf ataupun saie. Bukan wajib ikut bulat-bulat seperti buku. Tapi kata ustaz juga, kalau kita tengok buku semasa tawaf atau saie, kita akan lebih khusyuk. Baca beserta maksudnya sekali. Lebih tawadduk. Wallah hu a'lam.

3 comments:

  1. swonoknye.. hope ade rezeki aku kesini nanti..

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah Beb..target sungguh-sungguh bila nak pergi, InsyaAllah dipermudahkan.

    ReplyDelete
  3. Baru terdetik nk bersungguh pergi ni, pun takde preparation padahal bln mei ni nak pergi dah...

    ReplyDelete