Friday, 14 February 2014

Light & Easy Vacay to Padang-Bukittinggi : Day 2 Part 1

Pagi ini kami bangun dengan segar dan bertenaga dah sebab cukup tidur. Bersiap-siap untuk ke next destination tapi before tu kita breakfast dulu kat hotel. Pagi ni kami breakfast nasi dengan soto.


Breakfast kat hotel ni pun puas hati. Sedap sangat. Memula hidang nasi dengan soto pastu ada bubur, ada buah juga. Puas hati. Lepas breakfast, kami decided nak jalan-jalan ke Jam Gadang dulu sebab janji dengan supir kol berapa entah tapi kami bersiap agak awal pagi tu so boleh la pergi jalan-jalan dulu. Jarak dari hotel ni ke Jam Gadang tak lah dekat. Memang kena menapak jauh juga tapi kalau orang-orang tua aku tak suggest sangat kot sebab bukittinggi ni kan berbukit-bukit. Buat semput je.

 Jam Gadang

 Plaza Bukittinggi yang bersebelahan dengan Jam Gadang

 Pasar atas

Pasar atas ni betul-betul berhadapan dengan Jam Gadang. So landmark nak shopping, kena ada Jam Gadang. Cari hotel yang dekat dengan Jam Gadang lagi bagus.



Aku dengan hubby pusing kat pasar tepi-tepi pasar atas tu. Kebanyakan dorang baru nak buka kedai. Pusing-pusing, sekali aku tertarik dengan seluar tampal-tampal, sling beg tampal-tampal. Terus beli. Dapat murah woo sebab harga buka kedai katanya. Pelaris. Aku beli 2 seluar tampal dengan harga IDR 30K weh. Beli 2 sling beg tampal-tampal dengan IDR 45K. Suka-suka. Sebab hari tu ternampak seluar tampal kat Hat Yai, punyalah mahal. Around RM40-RM50 gitu. Cekik darah.

Lepas shopping, kami patah balik ke hotel. Tengok supir dah menunggu kami, terus naik avanza and lets kita tinjau-tinjau Bukittinggi. 1st destination supir bawa kami ialah ke Yenie Bordir.



Yenie Bordir ni bukan kedai. Kat rumah dia je. Tapi kain menimbun. Bila kain menimbun, aku pun jadi tak tahu nak tengok macam mana. Nak beli pun jadi tak reti. Tapi sulam-sulam dia cantik. Harga pun cantik tapi standard la kan. Kalau nak, tak payah pikir, beli je. Dah datang jalan-jalan, memang maksudnya untuk shopping kan. Tapi aku tak beli pun. Tak ada orang kirim, tak ada aku nak beli untuk sesiapa. Entah, macam malas nak shopping kain. Sebab malas nak hantar tailor. Tapi bila pikir balik, menyesal pula tak beli. Hehe




Kami keluar dari Yenie Bordir dengan tangan kosong. 2nd destination pula kami ke Sulaman Hjh Rosma. Hjh Rosma ni ajar orang-orang kampung untuk sulaman ni semua. Dah lama dia mengajar. Dia ada kat kaunter, badan pun dah tak kuat. Aku shopping tudung bawal sulam kat sini. 2 helai tudung IDR 180K.


On the way ke next destination bukan dekat. Jauh, pastu naik bukit, turun bukit. Memang syok dapat tengok kawasan hijau bukittinggi ni.



Kami sampai di tempat pemprosesan pisang salai dan kopi. Biasa je. Pisang salai yang dijual tak diproses pada hari kami sampai. So kami enjoy coffee kami cafe je.


Rojak tauhu dan kuah kacang ni sedap. Dua kali kami beli rojak. Kawasan ni sejuk. Atas bukit, pastu cuaca mendung-mendung je. Angin sepoi-sepoi. Total kami makan kat sini IDR 36K = RM 12.



Sebelum ke tempat seterusnya, kita bergambar dulu kat pokok apa ntah ni. Masa ni perut dah kenyang sebab minum tadi. Tak sangka tempat seterusnya supir bawa kami untuk lunch. Walaupun perjalanannya lama, makanan sempat hadam tapi tak syok sebab tak lapar sangat.

Kemana supir bawa kami untuk lunch? Tunggu untuk entri seterusnya ye.

4 comments:


  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..

    Salam dari mandiri holidays bukit tinggi..terkenal nya transport murah.nak tumpang promot kat sini.kalau ada tuan dan puan yg nak pi bercuti ke padang bukit tinggi.jangan malu untuk bertanya pada kami.kami siap untuk uruskan perjalanan nya.untuk info selanjut nya.sila hubungi kami di talian.
    Talipon.:+6281363990477
    Whatsapp.:+6285374176166.
    Fb.:komen ajo.
    Email.:armanpribadi123@gmail.com

    Terima kasih..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..

    Salam dari mandiri holidays bukit tinggi..terkenal nya transport murah.nak tumpang promot kat sini.kalau ada tuan dan puan yg nak pi bercuti ke padang bukit tinggi.jangan malu untuk bertanya pada kami.kami siap untuk uruskan perjalanan nya.untuk info selanjut nya.sila hubungi kami di talian.
    Talipon.:+6281363990477
    Whatsapp.:+6285374176166.
    Fb.:komen ajo.
    Email.:armanpribadi123@gmail.com

    Terima kasih..

    ReplyDelete
  4. Buat pengetahuan semua, Aldi Safri tiada kaitan dgn mana2 syarikat @ agent pelancongan lain krn Aldi menguruskn syarikat dia sendiri iaitu Starlight Tour & travel. So, dialu2kan kpd yg ingin @ masih tercari2 khidmat driver & transport utk percutian ke pdg-bktggi, sila pastikan anda menghubungi Aldi hanya di no +6281363385879. Jgn mudah percya dgn org lain yg mengaku dia adalah kenalan Aldi & blh menguruskn percutian anda bagi pihak Aldi krn Aldi sndri yg akan mnguruskan dr A-Z. Sudah byk kes2 penipuan mcmni. So....tolong hati2...

    ReplyDelete