Ok.. Nak sambung entri perjalanan hari kedua kami di Bukittinggi. Kalau boleh, tak nak la tertunggak lama-lama story ni. Takut terus tak terupdate je. Lepas kami minum kopi di tempat proses kopi dengan pisang salai, supir bawa kami lunch di Pondok Flora Restaurant. Kat sini makan nasi padang lagi. Muak juga tapi dah namanya berjalan ke Padang, kenalah makan nasi Padang. Tapi suasana memang menarik kat restaurant ni. Sambil makan dapat tengok keindahan alam.
Dapat tengok sawah padi yang luas
Dapat tengok angsa berenang-renang
Nasi padang. Menu lunch kami.
Macam biasa. Makan apa yang patut je. Total kami makan kat sini IDR 79K = RM 26. Supir makan asing tau. Ini lunch untuk kami berdua je. (T_T)
Lepas lunch, kami teruskan melawat ke Istano Basa Pagaruyung. Istana ni terletak di Kota Batusangkar. Ini Istana replika yang dibina semula. Ha. Istana ni baru dibina semula selepas Istana asalnya hangus dibakar dijilat api. Kenapa? Sebab ada rusuhan. Di sinilah tempat asal Negeri Sembilan. Flag pun warna sama.
Layan aku posing dulu
Dah puas bergambar kat setiap penjuru dan sudut istana tu, aku nampak ada pakej naik anak kuda. Teringin sangat nak naik kuda. Nak masuk team polo sendiri tak mampu kan, jadi kita naik kat sini je la. Naik kuda ni IDR 10K = RM 3 je pun. Best rupa-rupanya naik kuda ni kan. Menurut perintah je. Kalau aku kaya.. lalalala.. aku beli segalanya... lalala.. aku beli kuda sekor. Hehe
Ok. Gambar lagi. Dah puas gambar, dah puas naik kuda, kami ke lokasi seterusnya. Mana ni? Aku pun lupa. Tapi ambil gambar tepi tasik. Sepanjang perjalanan nak ke tasik ni, dapat tengok view kehijauan bumi Bukittinggi ni.
Sebenarnya on the way ke tasik ni, ada lalu kawasan jual ikan-ikan kering, ikan bilis etc etc. Tapi aku tak singgah beli. Rasanya kat area sini orang berhenti beli ikan-ikan kering bawa balik Malaysia.
Tasik apa ni? Lupa la. Ada pakej naik boat pusing tasik tapi tak berbaloi kalau setakat kami berdua. Tapi kalau korang ramai-ramai untung la.
Balik dari tengok tasik, supir hantar kami ke hotel. Kami berehat kat hotel dulu, lepas tu kami pergi shopping ke pasar atas. Shopping ke? Tak shopping sangat la. Malam tu kami makan kat restoran western. Tak ada gambar. Nanti aku selongkar stok-stok gambar, kalau ada aku tepek kat blog ni. Kami dah muak dengan nasi padang, so cuba makan western pula. Harga dinner kami malam tu lebih kurang RM30. Standard makan western tapi murah je kan.
Malam tu, tengah-tengah malam, sebab lapar datang kembali, kami laki bini pergi keluar hotel cari makan. Sekali ternampak gerai pak cik ni jual Martabak Bandung. Martabak Bandung di Bukittinggi. Kami ambil yang campur spesel yang harga IDR 20 K tu. Aku cakap kat korang, gerai ni memang terbaik.
Gerai pakcik ni dah la bersih. Dia pun pembersih. Sikit-sikit dia lap. Pastu dia punya bahan tu yang berkualiti. Pakai cheese brand Kraft. Pastu packaging dia cantik. Kotak dia pakai buat tapau tu cantik sangat.
Ha berselera kami makan martabak bandung a.k.a apam balik ni. Sedap hingga menjilat jari just bila makan tu, kena sedia air kosong setong. Sebab manis sikit. Lupa nak cakap kurangkan manis. Dah dalam tu ada campuran macam-macam. Habis makan kami tidur. Zzzzzzz. Light and easy je travel ke Bukittinggi ni sebab everything supir yang bawakan. So tak perlu risau dengan itinerary. Sume setel. Nanti kita sambung entri hari ke 3 pula ye.
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan/Puan.
Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
Buat pengetahuan semua, Aldi Safri tiada kaitan dgn mana2 syarikat @ agent pelancongan lain krn Aldi menguruskn syarikat dia sendiri iaitu Starlight Tour & travel. So, dialu2kan kpd yg ingin @ masih tercari2 khidmat driver & transport utk percutian ke pdg-bktggi, sila pastikan anda menghubungi Aldi hanya di no +6281363385879. Jgn mudah percya dgn org lain yg mengaku dia adalah kenalan Aldi & blh menguruskn percutian anda bagi pihak Aldi krn Aldi sndri yg akan mnguruskan dr A-Z. Sudah byk kes2 penipuan mcmni. So....tolong hati2...
ReplyDelete