Monday 12 February 2018

7th Anniversary Dinner - Hard Rock Cafe Melaka

Pada malam hari pertama kami di Melaka, we have decided to have our dinner at Hard Rock Cafe Melaka. Pada awalnya, kami agak ragu-ragu dengan status Halal di cafe ni. Maklumlah, international cafe kan. Jadi kami decided untuk email pada Hard Rock Cafe Melaka. Alhamdulillah, they responded to our email & menu served kat cafe ni adalah halal cuma mereka tak dapat status halal sebab cafe ni ada serve alcoholic drinks.

Then, kami terus reserve satu table through email & they gave us set menu pamphlet for us to choose. Kita tak perlu bayar apa-apa masa booking table cuma dorang hanya akan hold table for only 30 minutes. Dan adalah dinasihatkan untuk book table awal-awal sebab malam biasanya memang full house.

beza setiap set mestilah menu dan harganya

Malam tu, kami keluar awal juga dari hotel walaupun jaraknya beberapa km sahaja dari hotel tapi disebabkan school holiday, yang dekat pun jadi jauh. Dekat setengah jam jugak stuck dalam jam and mujurlah kami sampai just nice at 8.00 pm. Kereta boleh park under Hard Rock Cafe building. Faham-fahamlah lokasi Hard Rock Cafe ni terletak di jalan masuk ke Jonker Street jadi parking tepi jalan memang sangat susah.

Bila sampai, staf terus bagi menu kami pilih dan suruh tick for main course. Air free flow.

while waiting for my hubby to park our car

Full house and no show yet. Show starts at 10.00 am masa ni. Show time tak sama setiap hari. Sila cek their website ok

Guitars and jackets yang famous celebrities guna during their shows and concerts

Salad for starter. Makan salad pun dah suku penuh perut.

Mushroom soup of the day. Makan soup je, dah separuh penuh perut kami.

My main course - Well done cooked steak. Separuh makan steak ni, terus penuh perut. Nak habiskan sepinggan, memang suffer. Haha. Kenyang sangat.

Hubby's chose Famous Fajitas

Selama sejam jugak kami makan semua-semua ni. Then, kami borak-borak santai. Memang nak tunggu show jugak. Tunggu makanan digest sikit dalam perut sebab nak sumbat dessert pulak.

Dessert - Mud Pie

Around 10.00 pm, kami requested dessert. Macam aku je sumbat dessert tu. Laki aku memang surrender sebab dah kenyang. Sambil makan dessert, layan show kat depan. Sedap juga dorang punya performance. Kalau tak sedap, takkan dapat masuk Hard Rock Cafe kan.

Oh ya, kami juga diberikan voucher untuk beli local merchandise sebab dining kat situ kan. Apa lagi, kami beli our mug collection and fridge magnet but unfortunately mug design guitar Hard Rock dah tak dijual kat HRC Melaka sebab katanya kurang demand. Huhu, terpaksa beli design lain tapi tak apalah asalkan ada kenangan.

Untuk harga makan kat sini, bergantung pada set menu yang kita pilih. Boleh juga pilih ala carte tapi sebab nak special, kata anniversary. kami pilih set menu. Harga kami makan pada malam tu around RM250.00 untuk berdua. Tapi sangat puas hati. Once a year kekdahnya.

Habis makan, kami keluar tu, ramai tengah beratur nak masuk dalam HRC untuk dinner and layan show. Mujurlah kami book awal. Then kami jalan-jalan sekejap di Jonker Street bagi perut lawas sikit. Haha. Malam balik, tidur lena sebab perut kenyang. Overall, sangat puas hati and highly recommended pada siapa yang belum pernah try.

No comments:

Post a Comment