Saturday 10 February 2018

7th Anniversary Gateaway - Melaka

Hi, this time aku nak share my 7th Anniversary Gateway. We chose Melaka because, my hubby want to. Punya banyak minggu we all pikir tempat, last-last Melaka juga jadi destination kami. So, after doing some research, finally kami ke Melaka pada mid December hari tu.

Morning tu bangun, baru nak packing baju sebab travel by car je pun. Bukan nak kejar flight. Yang bestnya, boleh bawa macam-macam kalau naik kereta ni. Morning tu, we had our breakfast dekat rumah je pun. Then after 10 am juga baru bergerak ke Melaka. Our first destination was,

A Famosa Freeport

A Famosa Freeport ni bukan kota A Famosa tu. Ni adalah shopping outlet yang dibuat di Melaka dan terletak di Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka. So, basically kena exit Simpang Ampat dari PLUS Highway. Dekat je dari Selangor. Cuma hari tu agak jam sedikit sebab weekend, and school holiday break. Semua Malaysian cuti-cuti Malaysia. Kami arrived kat A Famosa Freeport tu around 11.30 pm kot. Parking agak full, kena pandai-pandai cari parking lah.

For more details, boleh masuk their A Famosa Freeport Website

Menarik design A Famosa. Dutch design sebab Melaka kan under Dutch ruled dulo-dulo kala

Ada Espirit Outlet


I'm so in love with their design. Teringat Amsterdam.


Most photographed location at A Famosa Freeport
We all tak shopping sangat pun. Ada beli kopi Jonker Street je kat sini sebab nampak macam murah. Padahal tak tahu pun original price berapa. Masa kami datang ni, banyak juga sale sebab end of year + christmas sale kan. Cuma stores kat sini tak macam Johor Premium Outlet or Genting Premium Outlet ye. Yang JPO and GPO tu memang worldwide outlet. Jadinya, kebanyakan kedai kat sini tak sama macam international outlet.

Try this Gelato. Local brand but tasteful
Habis jenjalan kat Freeport, kami nak lunch sekali foodcourt kat dalam Freeport ni full house. Franchise store pun banyak full. So, kami decided nak lunch kat luar tapi tak tahu kat mana. Teruskan perjalanan ke bandar Melaka tapi sambil-sambil cari kedai makan.

Kami tak guna highway sebab nak mudah cari kedai. Tapi jalan nak ke town Melaka ni punyalah jam. Banyak kereta. Nak cari makan pun susah *ke sebab aku tak tahu spot.

Lastly, kami jumpa satu kedai makan ni. Kat Melaka Permai.

Beriani Kambing Gulai Kawah Pak Ngah Legend

Hanya kedai ni sahaja yang buka time tu then kami pun tengah kebulur. Tengok rating dalam FB tinggi juga kedai makan ni. So, we all apa lagi. Terus stop makan sini walaupun jalan kedai ni tak menuju ke bandar melaka pun. Macam kena divert sikit dari main road kami.

Depan kedai

My hubby - Beriani Kambing

Mine- Beriani Ayam Pedas

Makanan dia memang sangat sedap bercampur pulak dengan perut kami yang kelaparan. Siap menambah papadom lagi. So, siapa yang nak try Beriani kat sini, amatlah digalakkan. Harga dia pun agak berpatutan tapi aku lupa berapa. Around belas-belas ringgit sepinggan.

Dah habis makan, kami meneruskan perjalanan ke hotel yang kami dah book di Melaka Town. Apakah hotel itu? Kat mana hotel tu? Tunggu next post sebab hotel tu best jadi aku nak buat post lain untuk review hotel tu. Till we meet again. If you have any comments, please comment below this post. Thanks for reading.

No comments:

Post a Comment