Tuesday 17 April 2018

Meneroka dan Berbelanja di Bangkok 4 Hari 3 Malam - Hari Ketiga

Hari ketiga di Bangok, kita duit tebal lagi, nak sambung shopping.



Ambil heavy breakfast dulu. Banyak nak pakai tenaga.

1st destination kami ialah Pantip Plaza. Kami naik tuk-tuk je kot sebabnya hanya 1km from our hotel. Pantip Plaza ni macam Low Yat Plaza in KL. Menjual barang-barang komputer dan handphones.



dalam Pantip Plaza

Pusing sekejap sahaja nak tengok & check in. Tak beli apa-apa pun.

Sebelah Pantip Plaza adalah Platinum Mall. Apakah? Platinum Mall ni sebiji macam Kenanga Wholesale Mall di KL juga. Banyak barang-barang borong & menarik untuk dibeli di sini.

baju-baju di Platinum Fashion Mall

ada 7 tingkat semuanya dan setiap floor tu sangatlah besar.

cute kan patung-patung ni.

Baju kids comel-comel

Depan Platinum Mall

Dah lenguh shopping & jalan banyak, leh cuba mesin urut tapak kaki ni. best tau

Then habis shopping di Platinum Fashion Mall tu, kami jalan ke sebelah belakang-belakang tu masih banyak fashion shops. di kawasan Baiyoke. Antara larat dengan tak sahaja.

Belah malam akan ada Baiyoke Night Market

Sebenarnya banyak yang kami shopping kat Platinum Fashion Mall tu tapi sebab sibuk shopping je kan, tak bergambar sangatlah. Habis shopping kami naik tuk-tuk sahaja untuk pulang ke hotel.

Antara tangkapan aku kat Platinum Mall

Ini beli kat mana tak ingat. Must try  Thai Pancake - condensed milk with chocolate drizzle on top when in Thailand.

Maghrib view from our room

Pada belah malamnya, kami decided nak ke Patpong Night Market nak usha apa yang menarik disitu. Naik BTS sahaja. Naik BTS turun di station Sala Daeng.

jom pergi

Depan entrance. Nampak ni confirm tempat yang betul

Bila sampai Patpong Night market ni, macam tak best pulak. Barang yang dijual pun hambar je. Banyak night clubs sepanjang jalan ni. Dari luar pun boleh nampak tarian tiang ok. Ada pulak nyah-nyah tu mengajak aku masuk. Orang bertudung kot, tapi dorang bukan kisah.

Tapi aku masuk ke Naraya Butik di Patpong ni sebab aku nampak dari day 2 kat sini lagi yang banyak betul butik Naraya & ramai tourists pegang paper bag tu. Macam menarik perhatian.

Naraya Butik masa day 2

Ingat butik mahal kan. Rupa2nya murah dan banyakkkkk sangat bag yang cantik-cantik. Terus aku shopping sakan.

hasil tangkapan di Naraya Butik

Kira berbaloi juga pergi ke Patpong Night Market. Balik dari Patpong, kami singgah makan di Farida Fatornee. Naik BTS turun di Station Ratchathewi balik then jalan kaki ke kedai dia.


Aku ordered Tom Yam. MasyaAllah terbaik. Padu sangat rasa dia

Dinner yang best dekat Farida Fatornee malam nih. Puas hati lah. Teringat-ingat rasanya sampai sekarang masa taip post ni. Selepas makan, jalan kaki patah balik ke hotel, kemas-kemas barang & tidur. Esok, adalah last day kami di Bangkok. Tunggu post seterusnya.

No comments:

Post a Comment