Tuesday 10 April 2018

Meneroka dan Berbelanja di Bangkok 4 Hari 3 Malam - Hari Kedua

Untuk Hari Pertama boleh Klik Sini

Hari Kedua di Bangkok, 12 May 2014, hari Isnin. Hotel kami book provide breakfast so kami makan dulu. Of course ada non-halal food tapi kita ambil roti sahaja sapu butter & minum fresh orange. Perut mesti kenyang baru boleh jalan


Ni hubby's. Plain nasi goreng with egg + vegetables.

Our first destination mestilah Madam Tussaud Bangok yang terletak di Siam Discovery. Waktu buka bermula 10 pagi - 8 malam. Tiket kami beli online siap-siap tapi nak walk-in pun tak ada masalah. Takut queue panjang sangat je tu yang kami beli online tapi masa kami sampai tu cun 10 pagi, orang pun tak ada. Haha.

Siam Discovery ni terletak sangat dekat dengan Evergreen Place hotel sampai serba salah pula nak pergi dengan apa.

tengok map. around 700m sahaja dari hotel kami ke Madam Tussauds di Siam Discovery

Kalau kami naik BTS, kami kena turun di station National Stadium dan jalan kaki pula. So, kami decided untuk jalan sahaja sebab masih pagi & tak panas. Memang sekejap sahaja dah sampai. Tak sempat berpeluh pun.

bergambar sebelum masuk. Sawadekaaaaa.

So overall dalam ni apa lagi. Bergambar sajo dengan figura-figura yang kita suka. Yang penting, plan nak pose macam mana siap-siap. Hehe.

Contoh nya gini

Hubby tak ada gaya

Bila lagi nak kiss Justin Bieber

Wolverine anyone? 

Eh banyak lagi gambar. Sampai tak tertepek kat sini rasanya. Ada dengan Albert Einstein, Queen Elizabeth II, dengan Barack Obama, dengan Jackie Chan etc.

Dah selesai, penghujung museum tu ada tempat buat wax hand. Kami buat juga untuk kenang-kenangan.

Masa kami keluar dari Madam Tussauds tu, jam dah 1 tengah hari. Wow, dalam 3 jam juga kami spent masa dalam tu. Nak gambar puas-puas kan. Masa ni dah lapar tapi kami bawa coklat untuk kunyah.

In front of Siam Discovery

Ok, dah settle, kami keluar dari building Siam Discovery ni. Next nak ke Siam Center. Lokasi dia bersebelahan sahaja dengan Siam Discovery. Tak perlu naik tuk-tuk or naik taxi or naik BTS. jalan kaki sahaja ok.

Tujuan nak ke Siam Center sebab ada Siam Ocean World dalam ni. Katanya recommended place to go. So, kita pergilah. Masa kami masuk ni dah 2pm gitu.

Turun eskalator. Besar tau Siam Center ni.

Tengok ikan la kalau dah Ocean World namanya

Itu Ikan.

Ikan apa aku pun tak tahu/tak ingat
Kami naik Glass Bottom Boat dengan harga lebih kurang RM15 sahaja seorang.

Boat akan pusing-pusing. ada shark bawah ni. Jangan celup tangan. Sape nak amik pakej dive boleh juga



Around 4 pm juga baru kami settle dari Siam Ocen World. Masa spent lebih kurang 2 jam kat situ. Next, kami nak lunch kat Siam Paragon. Another shopping mall bersebelahan dengan Siam Center ni.

Jalan kaki juga nak ke Siam Paragon lalu sini

jalan je antara building i

terjumpa pula burung plastik ni. Macam comel. Amik gambar sajo-sajo

Ok dah sampai. Nak masuk Siam Paragon ni kena lalu security scan. Mall mewah macam Pavillion di KL.



Apa kami lunch aku pun tak dapat ingat. Sorry lah tapi rasanya beli roti gitu je sebab semua restoran mewah-mewah dan non-halal.

Ok, dari Siam Paragon, kami terus menapak ke depan Siam Paragon untuk ke Hard Rock Shop. Depan Siam Paragon tu namanya Siam Square. Bukan shopping mall tapi more to shop houses. 

Nilah deretan kedai di Siam Square.

Agak berpusing juga nak cari Hard Rock Cafe ni sebab dia kat deretan kedai-kedai. Akhirnya jumpa juga.

Kami beli collection dulu di sini.

Settle beli apa yang patut, masa pun dah 5pm lebih. Kami decided untuk balik ke hotel dulu, drop mana yang patut, rest dan solat. Kaki pun dah lenguh berjalan. Balik tu naik BTS sahaja then turun di Station Ratchatewi.



Turun je dari station, ada nampak lelaki ni bukak gerai Kebab. Apa lagi, dengan perut berkeroncong, kami terus tapau kebab then bawa balik hotel. Sedap sangat kebab ni.

Maghrib view from our room

Ok dah puas berehat, solat, mandi semua, kami ready for dinner and sambung jalan-jalan. This time nak dinner di food court kat MBK Center sahaja. Kami decided untuk ke MBK Center dengan berjalan kaki jugak. Untuk makanan halal di MBK Center boleh rujuk sini

Bahu jalan untuk pejalan kaki

Jangan risau. Ramai pejalan kaki kat sini dan ada ruang luas untuk berjalan. Ramai rakyat Thai pun berjalan kaki sajo. Sebab tu dorang ni kecik-kecik je.


Dah sampai kat junction National Stadium. Naik sahaja tangga tepi tu menghubung ke MBK Center.
Menu apa tak tahu tapi sedap amat, banyak amat & kenyang amat. Alhamdulillah

Dah kenyang, baru syok nak sambung window shopping.



Kedai dalam MBK Center ni tak adalah jual barang-barang branded. More to local products, souvenirs, imitation clothes and so on. Ada murah ada mahal. Kena pandai bargain. Aku tak ingat apa aku dah tershopping kat sini. Tapi lepas settle dalam MBK Center, kami terus berjalan pulang ke hotel untuk tidur. Dah penat sangat.

Esok nak sambung shopping kat tempat lain lagi. Nampak sangat tujuan datang Bangkok untuk shopping je lebih bukan nak melawat pun. Sehingga post yang seterusnya pula ok.

No comments:

Post a Comment