Wednesday 16 January 2019

3 hari 2 malam ke Danau Toba, Sumatera Utara, Indonesia

Ini trip paling express pernah aku buat. Kisahnya, aku balik kampung ambil papa dan mami aku ke KL. Sekali, papa mami (PaMi) aku cakap, kakak aku akan bawa dorang ke Surabaya Indonesia. Kata mak aku, dia tanya bibik kakak aku, yang kakak aku akan ke Surabaya. Jadi PaMi mahu ikut sekali. Malangnya, kakak aku cakap, dia tidak akan ke Indonesia. Ah sudah.

Kakak aku tidak mahu mengecewakan PaMi. Maka peninglah dia untuk bawa mereka ke Indonesia. Aku pun turut simpati, maka aku cakap, aku join sekali lah bawa PaMi ke Indonesia. Pening kakakku fikir mana nak pergi. PaMi sudah tidak sihat. Jadi, untuk bawa ke tempat jauh amatlah membahayakan. Insurans pun bukan nak cover sangat kalau orang dah sakit. Jadi, aku cadangkan ke Medan sahaja tapi kakak aku cakap, sudah beberapa kali PaMi ke Medan. Semestinya sudah bosan.

Kebetulan, awal bulan November, AirAsia (AA) ada membuka laluan baru ke Indonesia, iaitu ke Silangit Airport, Lake Toba. Maka, kakak aku beli tiket ke situ. Harga tiket agak murah namun disebabkan specialty lain yang kami tambah seperti hotseat, disable passenger, meals, luggage for return, makan tiketnya tidaklah murah. Lagipun, penerbangan kami hanya kurang dari seminggu!



Kami pergi seramai 4 orang, aku, kakak aku, pa & mi. Total harga tiket return untuk 4 orang ialah RM1401.20! Wow sangat. Lebih kurang RM350 seorang. Jadi, ini bukanlah penerbangan tambah murah dan bukan trip bajet ok.




Hari Pertama

Lepas check in, kitaorang masih awal lagi, we had our breakfast at Hometown Coffee near departure area. Mommy ordered nasi lemak rendang ayam shared with papa. Total breakfast was RM100.00++. Mommy and papa was sooooooo surprised to hear that price. Hahaha. It's okay pami. My other sister gave pocket money for foods & shopping.

Lepas settled makan, kami pergi ke servis kaunter sebab dah bayar for disable passenger kan. Patut both pami dapat wheelchair but orang yang nak tolak pulak tak available. Teruk betul. Then, sebab mommy dah ada wheelchair, kitaorang proceed dengan wheelchair sendiri sahaja.

Tips: Kalau dah ada wheelchair, tak perlu klik servis wheelchair masa beli tiket tu sebab kita tolak sendiri, pakai wheelchair sendiri. Unless nak rent wheelchair & sekali servis tolak.

Proceed to immigration pun best sebab lalu laluan khas. Tak queue lorong biasa and bila departure, biasalah, sebab ada disable passenger, kami akan masuk 1st. Tapi keluar kena last. Hehe

Silangit International Airport. 

Flight duration sepatutnya sejam 20 minit tapi tak sampai sejam pun kami dah sampai di Silangit International Airport, North Sumatera. Laju betul pilot ni bawak kapal terbang. Airport Silangit ni kecil sahaja (lagi kecil dari Kuantan Airport) & dalam proses extension. Sebelum AirAsia datang, hanya flight dari local sahaja yang datang airport ni tapi Jokowi telah annouce untuk jadikan international airport, and AirAsia adalah airlines pertama yang datang dari international tuh.




Bila sampai, akan ada servis wheelchair & wheelchair attendant datang. Ada 2 attendants yang datang sebab kita dah paid dalam tickets kan. Aku jalan lengang kangkong lah. Proses immigration kelam kabut sikit sebab dibuat bawah khemah sahaja, jadi wheelchair nak lalu pun susah. Maklumlah, airport separuh ditutup.


Luar Silangit International Airport, North Sumatera

Bila dah settle semua, keluar je terus terasa kesejukan kawasan ni. Sejuk uols. Walaupun panas terik tapi tak terasa sebab angin sejuk. Keluar-keluar sahaja, driver yang kami dah booked tersedia menanti. Excited dia. Dah tu, siap suh kami bergambar untuk dihantar report katanya.

Dalam kereta baru gerak dalam 200m, aku terima panggilan telefon. Bila angkat, ada sorang lelaki ni tanya aku, dah  sampai ke? dalam bahasa Indonesia. Aku jawab dah, dalam kereta sudah gerak. Dia cakap, 'Bukan, ibu salah orang'. Aku like what???? Salah orang. Terus aku pass no telefon aku pada driver. Dorang cakap-cakap, then kereta kami patah balik ke airport. Haha kelakar gila.

Driver 1st datang pegang signage nama 'Ajwa'. Aku kata nama aku 'Azwa'. Nama sedikit lain. Driver tu kata, mungkin office salah taip. Dah tu kebetulan bilangan passenger pun sama. Kami berempat, sekali dengan orang tua. Bila patah balik, si Ajwa sebenar pun berempat. Ada orang tua juga. Haha patutlah salah.

Nama driver kitaorang James. Owner kepada homestay yang kami booked jugak. James ni orang Jakarta. Tapi, ada tanah family wife dia di Lake Toba, jadi dia usahakan buat homestay. Sambil2 tu, dia buat servis tour jugak.

Aktiviti kami rest relak sebenarnya sebab bawa orang tua ni bukan boleh g berjalan sangat. Dari airport nak ke town, Balige, jalan dia berbukit-bukit, bengkang bengkok. Macam turun dari Cameron Highland gitu. Jadinya, Silangit International Airport ni seperti terletak di Cameron Highland or Genting Highland gitu. Sebab tu sejuk.


Petani, pesawah

Kami menginap di Balige sahaja. Kenapa? sebab kedudukannya tidak jauh dari airport. Dan mommy tidak boleh berada dalam kereta lama-lama nanti pinggang dia sakit, kakinya akan bengkak. Perjalanan dari airport ke Balige, akan melalui banyak sawah-sawah padi. Pekerjaan utama penduduk sini ialah petani. Dan dorang masih membajak sawah dengan kaedah kuno iaitu menggunakan kerbau.

Boleh dikatakan, penduduk sini masih susah, Tidak maju seperti di Jakarta. Sepanjang perjalanan juga terdapat banyak gereja dan kubur-kubur Kristian. Majoriti penduduk di sini beragama Kristian. Muslim minoroti. Jadi, nak cari makanan halal agak sukar dan tidak banyak pilihan.

Tempat pertama kami berhenti ialah makan lunch. Tapi bukan restoran mewah ye. Hanya gerai/kedai makan kecil.




Ada menu ayam bakar, ikan bakar dan lauk-lauk lain. Ikan tu ikan Tasik Toba ye. Bukan ikan laut. Bila makan, macam wow. Sedapnya. Pedas sikit-sikit tapi aku tak dapat makan pedas sangat sebab mulut tengah ulser.

Lepas lunch, kami singgah kedai telefon sekejap untuk beli local simcard. Murah sahaja. Dalam RM20 seorang kot untuk 3 hari. Sebenarnya untuk seminggu tapi mana ada orang jual simcard untuk 3 hari sahaja.

Museum Batak & TB Silalahi Center




Selepas lunch, kami ke Museum Batak & TB Silalahi Center. Nak masuk ke sini ada bayarannya tapi tak terlalu mahal sebab James cakap kami local barangkali. Haha. Price memang tak mahal. Jomlah kita masuk tengok apa ada dalam TB Silalahi Center.


papa dalam TB Silalahi Center

Apa benda TB Silalahi Center ni? TB Silalahi Center ni tempat peringatan seorang menteri pertahanan yang asalnya dari North Sumatera ni. Namanya Silalahi. Macam menteri asal dari tempat korang, jadi korang buat la tribute sebagai kenangan, jasa, bakti dan sumbangan dia kepada negara. Bolehlah walaupun, tempat begini bukanlah favor sangat.




Sebelah TB Silalahi Center ni ada museum Batak. Masa ni PaMi dah tak masuk sebab tak larat. Dorang duduk di cafe. Jadi, just me and my sister yang masuk & tengok-tengok.





Bergambar dengan rumah asal orang Batak. Masih banyak rumah ni di kampung.

Tak cukup study. Tak tahu siapa tapi rasanya pahlawan muslim atau orang yang bawa masuk islam ke sini.

Dah selesai pusing museum, kami akhirnya check-in Balige J&J Guesthouse Booking.com. Kami book the whole house. 3 bedrooms & 2 bathrooms. RM500 for 3 days 2 nights. Tapi sangat puas hati.


Luar guesthouse. Source pic dari Booking.com

Bilik first tingkat bawah and second tingkat atas

Bilik ketiga tingkat atas. Semua tak ada kipas sebab sejuk kot kawasan ni jadi kipas tak diperlukan.

Aku memang puas hati book guesthouse ni sebab new, clean, comfortable. Apa tak comfortable is jiran sekeliling yang orang kampung yang kita memang tak leh kawal.

Kami berehat sekejap. Baring-baring, main hp. Pami tidur. Hihi. Petang sikit, kami keluar lagi.

Pantai Bul-Bul



Kami ke Pantai Bul-Bul Danau Toba ni. Ingat laut je ada tasik, rupa-rupanya tasik pun ada pantai tau. Memula jalan-jalan je tapi macam bosan pulak. Kakak aku ajak naik boat pusing-pusing tasik. Papa aku on je tapi mami aku tak nak sebab takut. Keadaan dia tak sihat buat dia takut. Tapi, ramai convince kan dia. James pun naik sekali. Naik boat tu dalam IDR 100K kot sebuah boat.

Kami berlima termasuk James pusing-pusing Lake Toba.

Pusing-pusing tasik yang gabak besar ni. Tapi tak ada apa pun. Kosong. Tak tahu tengok apa. Haha. Tapi ada James bercerita sikit-sikit. James ambil gambar kami jugak.

Lepas pusing tasik dengan boat, kami pergi dinner di Cafe Bunga Toba. Ni antara kedai makan terbaik yang ada di Balige ni. Tapi masa kami datang tu, hujan baru turun pastu ribut kuat gila.




Us before eating

Menu.Papa order TomYam (yg rupa brokoli tu). Dia xtau kot dia kat Indonesia tapi order makanan Thailand.

Tapi, nak dapat makanan ni punyalah lama. Sejam tunggu baru dapat makanan. Nasiblah order air Alpukat tu sedap, sejukkan hati. Tapi, customer service teruk sikit. Harga makanan pun mahal jugak. RM100 untuk menu simple gitu.

Habis dinner, kami terus pulang ke guesthouse and tidur.

Hari Kedua

Semalam, sebelum tidur, James ada bagitahu yang jiran sebelah rumah tu muslim. Dia tukang masak. So, boleh order breakfast dengan dia kalau nak. Jadi, kami just oder dari dia lah. Kami order lontong versi Sumatera ni.

Breakfast Lontong & Nasi goreng. Biskut tu beli kat kedai runcit je.

Orang sini makan nasi pagi-pagi dan mereka memang makan banyak. Masalahnya dalam kuah tu dah ada bihun/suhun jugak. Kami semua tak habis makan sebab banyak sangat. Huhu

Lepas breakfast, we ready nak pergi ke Parapat. Apa ada? Entahlah. Pergi sahaja. Kalau ikut Kilometer, Parapat ni bukanlah jauh sangat pun. Setakat 60KM sahaja tapi perjalanannya mengabil masa dekat 2 jam. Sebabnya jalan bengkang bengok, berbukit, jalan banyak rosak, berlubang-lubang, lori-lori lagi. Jalannya sangat perkampungan.

Parapat


Bergambar sekejap di tepi Danau Toba. Kebetulan waktu kami sampai ada superbike tour.

Apa menarik kat Parapat. Kat sini ada banyak cafe-cafe dibuat tepi tasik dan ada beberapa hotel yang agak menarik untuk diduduki. Nampak sikit seperti tempat pelancongan. Tidak seperti Balige. Kedai makan pun banyak pilihan. Jadi kami mengambil peluang untuk makan tengah hari disini sahaja. Aku lupa nak ambil gambar tapi makananya seperti makanan Padang. Boleh pilih banyak-banyak lauk.




Dah makan nasi, kami pusing-pusing cari cafe pulak untuk lepak-lepak minum tepi tasik kononnya. Ni gambar kat cafe tepi tasik.


Add caption

Lawa la pemandangan tasik Toba dari Parapat ni. Sebenarnya, kalau ramai ke Tasik Toba, mereka akan pergi ke pulau. Ada pulau ok kat tasik ni. Pulau Samosir. So, bila ke Danau Toba, ramai akan menginap di Samosir tapi kami tak pergi sebab keadaan PaMi yang tidak mengizinkan. It's okay.

Lepas lepak cafe jap, ambil gambar, kami pun pulang semula ke guesthouse di Balige. Petang tu tak ada buat apa, just kami request James carikan tukang urut. Buat servis massage di rumah sahaja. Petang ni memang ada makcik local datang massage. Tapi lama sangat dia berurut mak aku, dekat 2 jam. So, kitaorang ni tak jadilah berurut sekali. Murah je caj urut tu. IDR 100K untuk seorang.

Dah malam, lapar lagi kan. Haha. Kerja makan jelah. Papa request makanan seafood. Ha sudah. Manalah nak cari sebabnya kat sini jauh dari laut. Yang ada pun makanan darat & makanan dari tasik toba. Macam ikan semua dari tasik. Tapi rasa dia macam laut jugak lah sikit sebab tasik ni kan besar. Pening James tolong carikan. Mujurlah last-last kami jumpa kedai makan yang menarik.

Air alpukat tidak dilupakan

bergambar sementara tunggu makanan sampai. Best restauran ni sebab modern, convenient, bersih.


Puas hati la jugak makan dinner malam tu. Papa order ketam tapi kecil sahaja ketamnya. Sebab aku rasa makanan laut memang susah nak sampai sebab Balige ni memang jauh dari laut. Perjalanannya 4 jam kot yang paling dekat. Balik rumah, terus tidur je.

Hari Ketiga

Sepatutnya kami check out dan terus ke airport. Tapi, malam tadi kakak aku terima email mengatakan flight kami retime ke pukul 2 petang. Aduh. Siot betul. Jadi, kami plan nak keluar awal sebab jiran depan guesthouse ni ada majlis perkahwinan. Menurut James, perkahwinan di sini berlangsung selama seminggu. Pada hari kedua semalam sebenarnya telah berlangsung sembelihan babi betul-betul depan guesthouse kami. Dapatlah kami menyaksikan sembelihan babi secara terang-terangan.

Makanya, kami tak nak tengok lagi upacara sembelihan babi etc. Kami decided nak keluar awal. Haha. James pun stress sebenarnya dengan jiran-jiran depan rumah dia sebab dorang ni orang kampung, buang sampah merata-rata. James kan orang Jakarta. Penuh peraturan. Ada pulak jiran dia buang air sisa dalam longkang guesthouse kami. Sebab rumah dorang tak ada longkang.

Ok, pagi tu kami breakfast di kedai makan dekat dengan guesthouse. Ada menu macam nasi lemak & menu lontong version Sumatera lagi. Tak berapa nak terima di tekak dah tapi tak apalah, jangan complaint. Orang dia lagi susah dari kita.




So, we all decided nak pergi ke Wisata Pemandian Air Panas Sipoholon. Jaraknya dari Balige hanyalah 33KM sahaja tapi James bawa kereta berhati-hati jadinya, sejam lebih la tu baru kami sampai. Kenapa kami pilih nak ke situ? Sebabnya dia sama laluan dengan ke airport.

Sipoholon Hotspring ni terletak di Siborong-borong. Pekan lain lah.


Wisata Pemandian Air Panas Sipoholon




Tempat ni macam boutique hotel yang belakangnya ada air panas semulajadi ni. Jadi, nak masuk kena bayar di cafe hotel nya. Entrance fee dia murah sahaja. IDR 10K seorang kot. Yang masuk hanyalah aku dan kakak aku. PaMi tak masuk sebab jalannya berbukit dan kena memanjat.

Jangan sentuh air panas mendidih




Belakang kami tu ada nampak kolan buatan untuk berendam. Yang kat atas ni tak boleh berendam

Tempat ni sesuai lah untuk bergambar masuk instagram. Kalau rasa nak berendam air panas boleh la, pastu minum air sejuk plak. Tapi datang bergambar sahaja.

Dari Sipoholon Hotspring, kami singgah sebentar di pekan Siborong-borong.


Kesnya nak beli alpukat bawak balik. Harganya IDR 10K sekilo kot.

Jadi banyak lah jugak kami penuhkan luggage dengan alpukat. Berbaloi-baloi beli. Dari pekan Siborong-borong, kami terus ke airport. Airport ni memang kecil, sebab urusan checkin boleh settle dalam masa 10 minit sahaja. Hehe, tepi kaunter check-in, terus imigresen.


Sebelum departure and security screening

Masuk departure hall, tunggu flight punya lama, solat dulu, then berlepas pulang ke KLIA2.  Bila sampai KLIA2, wheelchair attendant tu dah menunggu PaMi. Kali ni berdua. Nasib juga sebab aircraft parking paling jauh. Lenguh nak berjalan sampai ke parking lot. Kami park kereta memang dekat KLIA2 sahaja. Bayaran parking untuk 3 hari ialah RM120. Around RM40 sehari ye

Sampai rumah around jam 6 petang, rindu laki aku, hahaha. Besoknya kerja macam biasa. Aduh. Tu yang tak syok tuh. Oklah, tu sahaja catatan perjalanan aku ke Tasik Toba, Sumatera Utara bersama PaMi. 

2 comments:

  1. salam , bleh x saya dptkan no tel supir james tu sangat2 memerlukan .terima kasih atas bantuan
    email: sharin_shariff@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. boleh dptkan contact no supir . email saya klbssb@gmail.com. TQ

    ReplyDelete