Friday 28 September 2012

Kami ke A Famosa Resort, Melaka

Ini cerita masa bulan raya hari tu tapi tak sempat nak post kat blog sebab busy dengan kerja. Bila ada masa ni, cepat-cepat la update supaya tak lupa nanti. Lepas raya di belah kampung aku di Kelantan, kami akan balik beraya belah keluarga hubby di Melaka tapi disebabkan kami beraya lama di Kelantan, jadi raya di Melaka tu dah tak macam raya sebab ramai saudara-mara dah mula bekerja. Lagipun saudara belah hubby tak begitu besar & kebanyakannya dah menetap di KL & Selangor. So kami decided nak pergi bercuti sahaja instead of nak beraya. Just yang wajib bila balik ke Melaka ialah melawat kubur arwah ayah mentua aku. Tu je.

So pada hari Ahad tu, around tengah hari baru kami (aku, hubby, MIL & family SIL) 2 kereta bertolak ke Melaka. Kali ni kami akan ke A Famosa. Jalan pun smooth je menuju ke selatan. Jalan dari selatan ke KL je yang banyak kereta. Untuk ke A Famosa, terus je dari plus highway dan exit tol Simpang Ampat. Then lepas tol akan nampak signboard, just follow the signboard. Kami check in di D Savoy Condo jam 2pm. By right check in dia jam 4 ptg tapi boleh request early check in kalau availability. Macam lewat je kan check in kul 4.

Bila sampai kat D Savoy Condo Tower 3 tu, rasa macam terbiar je condo ni. Foyer tu memang sunyi. Tempat parking kereta bertingkat pun tak praktikal sebab tak ada lif. Kena pakai tangga which macam salah design sebab lantai sangat rendah. Kepala boleh terhantuk kat lantai kalau turun tangga tu. So kami dua kereta parking kat luar foyer je.

Area D Savoy Condo ni sangat la luas sampai aku pun tak tahu ada berapa tower kesemuanya. Tapi yang aku perasan memang ramai foreigners kat sini. Kebanyakannya orang-orang arab. Rate condo kami was RM 305 including gov tax & service charge. FYI, kami ambil pakej condo + parks melalui website A Famosa sahaja sebab bila compare through agoda & etc, rate direct dari A Famosa much cheaper than others. 
 View from our condo

Ada swimming pool & tennis court

Master bedroom with 2 queen size beds + toilet inside

 Second bedroom with 2 single bed

living area : my SIL with her sons

Keluasan condo ni macam size apartment pun ye juga sebab ada dua bilik je. Area dining, kitchen tu macam biasa la. Lepas check in, baring-baring kejap, isi perut dulu dengan bekal kami bawak & solat. Then we were ready to our first park. Ke mana kami? To be continued

No comments:

Post a Comment