Tuesday 2 October 2012

Animal World Safari, A Famosa Resort

Ye. Tempat pertama kami datang ialah Animal World Safari. Harga tiket untuk dewasa seorang ialah RM 29 which was far cheaper than normal rate iaitu RM 38 (Weekend). Nak entry pun mudah je sebab  masa check in kat D Savoy Condo tu dorang dah bagi voucher untuk semua park. Just tukar voucher tu di kaunter untuk dapat entry pass.

Bila dah masuk dalam tu, biasa la, dorang akan offer kita untuk bergambar dengan parrot. Anak-anak buah aku seronok la. Bergambar tak perlu bayar kan, bila ambil nanti kena bayar. Standard la tu.

Then kami pergi la tengok semua jenis binatang yang ada kat dalam Safari ni. Kat sini nak bagi makan pun boleh. Makanan ada dijual tapi harga as u expect la. Aku tengok dorang semua ni kelaparan. Kesian.

 Ostrich, poney, kancil & kura-kura. Kancil tu kecikje. Besar sikit dari angsa je.


Then bila dah jalan-jalan tengok menatang ni semua, kami macam lost at first sebab kami tak tahu performances start kul berapa. We just followed the crowd time tu.

First, dari binatang jenis tak terbang ni. Dari sekecil-kecil tikus sampai ke kerbau pun dorang bawak masuk dalam ni. Yang 'tukang karut' cakap pun english tak jelas. Macam slang dia sendirik je. Padahal ramai foreigners dalam ni kan. Bagi aku biasa je la & masih banyak improvement perlu dalam performance ni. Kesian. Tapi kat sini kita dapat tengok binatang-binatang tu pandai memahami bahasa kita.


Keluar je dari 1st performance, kami pergi tengok orang utan malas. Dorang ni memang malas bergerak kan. Size orang utan ni besar gila. Then kami proceeded ke second performance. Kira show ni berterusan la.


The second performance was Bird Show. Part ni aku suka. Best sebab macam-macam jenis burung ada then burung-burung tu terbang atas kita. Pastu tengok burung nyanyi birthday song untuk audience, burung painting la, burung kutip duit la, burung race la & etc. Memang fun.

Pigeon tu comel sangat.

Last performance was Elephant Show. Hurm memang biasa jugak sebabnya 'tukang karut' yang sama dari show memula. Semua pun keboringan je aku tengok. So aku pun amik la peluang feeding elephent tu untuk menghilangkan keboringan kat situ. Elephant show ni sekejap je.


Aku rasa sangat-sangat simpati dengan foreigners yang datang sini. Fee masuk dah la mahal. RM 62 (adult) & RM 52 (child) tapi bila masuk biasa-biasa je. Tapi maybe dorang banyak duit kan,so harga tu mungkin murah je bagi dorang. Bagi aku memang tak berbaloi.

Bila nak keluar dari Animal Safari ni, kita akan tengok gambar-gambar yang dorang snap masa kita mula-mula masuk tadi. So macam biasa la, bila dah tengok gambar tu sure akan terbeli punya. Kalau tak salah, sekeping harga RM 18.

Kami keluar dari Animal Safari dah lewat petang. Perut lapar gila. Tempat makan kat dalam A Famosa Resort ni memang tak ada unless kat cafe hotel kot. Bila kami GPS, tempat yang paling dekat dengan A Famosa Resort tu ialah area Tampin, Negeri Sembilan. So we all decided nak makan dinner kat KFC Tampin tu je. Beli, tapau & makan kat Condo.

Bukti aku sampai Tampin. Tak ada gambar lain aku nak snap yang tulis perkataan Tampin.
Loji ni pun ok la.

Tampin ni kira besar juga sebab ada Dominos Pizza. So bagi aku besar la. Pekan dia pun macam tenang je. Tak busy macam KL pastu macam kawasan tersusun je. Macam best je kan. Tak busy tapi semua kemudahan ada.

Balik je Condo, kami makan, mandi, solat & ready untuk ke Cowboy Town pulak. Tunggu for next entry. To be continued.

2 comments: