Saturday 19 April 2014

Kembali PJJ

Entri aku sekarang ni hampir kebanyakannya adalah cerita tahun lepas. So back dated for 1 year.


Tak tahu nak bermula dari mana kisah aku ni. Tapi dipendekkan bahawa tempat seorang isteri adalah disamping suaminya. Aku dahulunya bekerja di Jelebu, Negeri Sembilan telah minta transfer ke Kuching disebabkan my hubby bekerja kat Kuching & peluangnya untuk balik ke Semenanjung memanglah tipis.

Dari awal kahwin kami memang dah PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh). Cukup setahun kahwin, aku akhirnya dapat pindah ke Kuching. Gembira tak terkata la bila dapat hidup sebumbung & merasa betul-betul hidup as husband & wife. Perancangannya, kami akan stay di sini sampailah waktu yang membolehkan kedua-duanya ready get set go balik ke Semenanjung. Jangakanya paling lama 5 tahun di Sarawak.

Manusia hanya merancang, Allah juga sebaik-baik perancang. Ku sangka panas sampai ke petang, rupa-rupanya mendung di tengah hari. Ha, bermadah sikit. Hubby dapat better offer & tempat kerja baru dia tu dia Port Dickson, Negeri Sembilan, SEMENANJUNG MALAYSIA! *Dush!* Kalau la kita dapat tengok future, aku patut stay je kat Jelebu hari tu. Jadi gadis Jolobu. ;p  Maka, peninglah kepala kami berdua. Aku yang datang ke Kuching tak sampai 2 tahun, kena minta tukar lagi. Itulah benda paling tidak logic akan berlaku kepada aku. Queue untuk orang balik ke Semenanjung sangatlah ekstrim. (No words can describe) Banyak faktor kena consider. Kalau aku nak minta transfer sekali lagi, memang tak tau lah nak cakap apa.

Nak tak nak, demi masa depan yang lebih baik untuk hubby, untuk kami juga, on July 2013, TERPAKSALAH aku merelakan diriku sekali lagi hidup PJJ dengan suami. Kini, aku pula yang terperangkap di Kuching seorang diri. Tak ada saudara langsung hokkay. Just officemates. Halangan? Masalah? Derita? Banyak sangat nak diceritakan di sinilah. Cukuplah untuk bagitahu yang kami membayar 2 rumah sewa, 2 transportation, 2 bil air, 2 bil elektrik & 2 periuk nasi & paling penting; tiket-tiket kapal terbang yang infiniti.



Selagi kami belum settle down, selagi itulah kami akan macam ni. Nak bekerja, nak berumah, di tempat impian yang memenuhi kedua-dua pihak tidaklah mudah. So, bagi sesiapa yang tidak melalui macam aku, bersyukurlah. Nikmatlah. Tak semudah itu yang aku lalui.

1 je laluan yang mudah, aku berhenti kerja & jadi full time housewife. Tapi I’m not that kind of person. Setakat belum ada anak ni, aku belum rasa nak berhenti kerja. Aku nak bekerja. Nak kata best gila kerja aku pun tak adalah sangat. Aku just rasa, I have to work walaupun hubby mampu tanggung semuanya. Andai kata hubby kerja gaji puluh ribu, ratus ribu pun, aku tetap nak kerja. Gitulah! Tapi aku tak adalah cakap aku nak kerja permanently. Who knows kan? Mungkin aku berubah opinion lain kali. [sigh]

Life is not that easy but life must go on.

1 comment:

  1. cubalah cari ativiti yg boleh melupakan kerinduan.. memang susah bila dok berjauhan tapi insya Allah ada rezeki mu tukar balik semenanjung..

    ReplyDelete